BAB 29

Mystery Series 6391

"Wake up, Khairi."

Khairi membuka kelopak matanya. Kini dia berada di dalam bilik serba putih dan dirinya sedang terikat di atas kerusi. Khairi meronta-ronta meminta agar dia dilepaskan. "Apa kau buat ni, sial?" Khairi memandang ke arah Mika yang berdiri tepat di hadapannya. Mika sedang memeluk tubuh dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Now it my turn.." Mika menyentuh muka Khairi. Senyuman yang tadinya ada terus terpadam di wajahnya. "Aku dah bagi kau banyak masa. Tapi apa kau buat? Berseronok permainkan bini cantik kau tu." Mika menampar pipi Khairi.

Pipi Khairi yang menampakkan merah bekas tamparan itu diusap lembut oleh Mika. Kedua tangannya berada di atas bahu Khairi. "Masa untuk kau bermain dah tamat.." Mika tersenyum. Dia menghilang perlahan-lahan dari pandangan mata Khairi.

--

Bang!

"Aku dah jumpa rakaman tu!"

Haikal terbangun dari duduknya. Dia memandang ke arah anak buahnya yang menerjah masuk ke dalam bilik kerjanya itu. Haikal tersenyum bangga. "Good job, Faiz." Faiz tersenyum kecil. Dia meletakkan telefon miliknya di atas meja Haikal. "Kau mungkin akan terkejut bila nampak benda ni.." Haikal mengangkat satu keningnya ke atas.

Telefon Faiz diambil kemudian dia melihat video yang ada di dalam telefon itu. Bagaikan ada pisau menusuk ke dalam jantungnya. Haikal terkejut. "Apa benda ni?" Dia melempar telefon milik Fais ke atas mejanya.

Faiz menepuk bahu Haikal. "Tu sebab aku cakap kau mungkin akan terkejut. Pembunuhan kejam macam ni tak boleh kita biarkan. Kita kena tangkap Khairi secepat mungkin sebelum benda ni jadi makin teruk." Haikal mengangguk faham. Dia kembali melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kemudian melihat sekilas telefon Faiz yang masih menayangkan video tadi.

--

"Arh, sial. Sakit kepala aku.." Mika bangun dari baringannya. Kepala ya dipicit perlahan. Dia turun dari katil kemudian masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setelah beberapa minit berada di dalam bilik mandi, Mika keluar dari bilik mandi tersebut. Dia melangkah ke arah katil yang menempatkan Irene di atasnya. Pipi wanita itu diusapnya lembut.

"I can treat u better than him.." Dia membisikkan kata-kata itu ke telinga Irene. Mika mencium dahi Irene sebelum keluar dari bilik untuk turun ke bawah.

Dia mahu menyiapkan sarapan buat ibu mengandung itu. "Kau bodoh sebab tak boleh jaga dia lebih baik dari aku, Khairi." Dia tersenyum sinis. Kaki satu persatu melangkah turun.

--

"Kenapa awak tak kejut saya? Susah-susah je awak kena masak pula harini."

Irene menarik kerusi kemudian melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut. Dia melihat ke arah Mika yang sedang menyiapkan makanan untuknya.

"Buat apa kau nak buat benda yang menyusahkan? Rehat je. Biar aku yang urus sampai anak kita lahir." Mika menjawab dengan senyuman dibibir. Dia meletakkan piring berisi mee goreng di hadapan Irene.

Irene tersenyum. "Terima kasih, Khairi." Ucapnya dengan senyuman dibibir. Mika mendengus kasar.

"Mika. Panggil aku Mika."

"Mika?"

Mika mengangguk perlahan. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kemudian memberikan pinggan kepada Irene. "Khairi dah tak ada. Sekarang nama aku Mika. Selamat berkenalan.." Mika menghulurkan cawan pula kepada Irene.

Mukanya datar dengan tangan yang mencuba meletakkan mee goreng itu ke dalam pinggan Irene. Irene mengangkat satu keningnya ke atas.

"Kenapa Khairi boleh tak ada? Ni kat depan saya ni siapa kalau bukan Khairi.." Irene ketawa kecil. Dia menepuk bahu Mika perlahan. Mika menggeleng perlahan. "Aku bukannya Khairi and Khairi bukannya aku. Kami orang yang berbeza untuk pengetahuan kau, Sayang." Irene mengangguk dengan senyuman dibibirnya. Masih mengira yang Mika sedang bergurau dengannya.

hi semua. maaf bab kali ni pendek je

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience