Bab 3

Humor Completed 19044

BAB 3

Keesokan paginya , aku bercadang untuk keluar hangout dengan Suria dan Aterg.
Seperti biasa , kami berjanji untuk bertemu di Ioicity mall.
Kelihatan Aterg tengah mengusik Suria.
Hmm dia tu kerja usik Suria jaa.

"Hai gais!" Aku melambai lambai ke arah mereka.
Aterg dan suria turut melambai ke arah aku. Kemudian kami bergerak ke panggung wayang, memandang kan Suria ingin menonton cerita 'Langit Cinta'.

Oh lupa pulak nak kenalkan diri aku! Hahaha aku Nadia Nazira. Umur 24 tahun. Still belajar. Ada dua orang abang dan seorang adik. Aku takde boyfriend lagi lah setakat ni! Hak! Kemudian hari tu manalah tahu kot ada putera raja nak lamar aku! Hak! Hahaha.

Dah ! Balik pada cerita tadi. Selama 2jam kami tengok wayang, Suria ajak makan di Mcdonals. Suria tu sapa tak kenal? Ratu makan. Tapi apapun aku suka kawan dengan diorang.

Aku duduk di meja kosong sementara menunggu Aterg dengan Suria membeli di kaunter.
Sedang asyik bermain telefon bimbit, aku terasa seperti seseorang menarik lengan baju aku. Aku kalih.

"Ya Allah Adam! Buat apa dekat sini? Datang dengan sape?" Aku melihat Adam sudah tersenyum senyum kepadaku.
Aku melilau sekeliling untuk melihat Adam datang dengan siapa. Namun hampa.

"Adam datang dengan papa, tapi takdi papa asyik cakap dengan kawan dia. Adam nampak auntie , tu yang Adam datang sini." Terang si kecil itu.
"Laaa, papa Adam pergi mana? Mama Adam mana?" Tanya aku lagi.
Adam hanya mengeleng kepala. Aku melihat mukanya yang semakin mendung itu. Kemudian aku mengajak Adam untuk join aku makan disitu.
Aterg dengan Suria pelik melihat Adam disebelah aku.
"Woi! Sape ni? Anak kau?" Tanya Aterg.

"Hish, tak lah! Ni cucu kawan umi aku. Dia datang dengan papa dia tadi, tapi papa dia entah pergi mana. So aku ajak dia mai sini." Jelas aku.
Suria dan Aterg mengangguk tanda paham. Aku kemudian memberi burger aku kepada Adam. Tersenyum gembira budak tu dapat makan burger.

"Adam, adam ingat no telefon papa?" Tanya aku sambil melihat Adam yang asyik mengunyah burger itu.
Dia cuma menggeleng. Aku buntu.
Kemudian, aku menelefon umi. Umi menyuruh aku menghantar Adam ke rumahnya. Nak tak nak terpaksa aku menghantar kerumahnya.

Sebaik sahaja sampai dirumah, aku disambut oleh Puan Aina.
"Ya Allah , nasib baik Nadia jumpa Adam, kalau tak, tak tahu apa jadi. Ehh, masuk lah dulu Nad." Aku baru sahaja ingin melangkah masuk, kelihatan sebuah kereta Audi masuk ke perkarangan rumah.
"Haa tu Hazwan dah balik!" Kata Puan Aina.

Aku melihat Hazwan tergopoh gapah menghampiri kami.
"Adam mana mummy?" Risau benar dia dengan Adam.
"Ada tu haa, kat dalam . Dah tidur agaknya." Jawab Puan Aina. Hazwan memandang ke arah aku.

"Kau perempuan! Ish , tak habis habis susah kan aku? Kau bawak anak aku pergi mana hah?" Aku panas punggung.
"Hello encik ni memang tak pandai berbahasa ka? Nak tuduh saya macam macam! Saya jumpa Adam , dia datang dekat saya. Dia kata encik tu busy cakap dengan kawan Encik sampaikan tak layan dia. Haaa, " geram aku bila dituduh sebegitu!
Hazwan terus terdiam. Terus dia masuk ke dalam rumah.
"Nad, auntie mintak maaf bagi pihak Hazwan. Anak auntie tu memang macam tu. Kalau pasal Adam, dia memang main cakap lepas ja. Sayang benor dia dengan Adam." Kata Puan Aina.
Aku hanya tersenyum lalu meminta izin untuk pulang.

Sampai sahaja dirumah aku terus merebahkan badan ke atas katil.
Sakit hatinya mengingatkan peristiwa tadi.

Eeeee! Dasar Arrogant!
Malas memikirkan mamat yang menyakitkan hati itu, Nadia terus tertidur dek kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience