BAB 4
Petang tu, umi mintak tolong aku pergi ambik Adam dekat taska kerana Puan Aina ada urusan. Lagipula Hazwan ada mesyuarat yang tidak boleh ditinggalkan.
Nasib aku ada kereta swift , boleh lah p jemput Adam.
Sebaik sahaja tiba di Taska Riang Ria Cahaya, aku melihat Adam sedang termenung.
"Adam!" Sapa aku. Adam terus mengangkat wajahnya. Sebaik sahaja nampak aku, terus dia berlari ke arah aku.
"Auntie Nad! Auntie datang nak ambik Adam eh?" aku mengangguk dengan senyuman.
Kemudian cikgu Adam datang menghampiri ku.
"Cik ni siapa ye? Boleh saya tahu." Tanya cikgu tersebut.
"Oh, saya Nadia. Auntie Adam. Puan Aina yang suruh saya jemput Adam" kata Aku lalu mengulurkan tangan kepada cikgu Adam.
"Oh begitu. Saya Aliah. Cikgu Adam. Maaflah sebab saya tanya tadi lagipun saya takut Adam ikut orang yang tak kenal tadi." Aku hanya tersenyum lalu mengangguk tanda paham.
Setelah itu, kami meminta diri untuk pulang.
"Adam lapar tak?" Tanya aku. Adam mengangguk. Kemudian aku tersenyum lalu membawa dia ke kedai makan kegemaran aku.
"Adam nak makan apa? Auntie nak order." Tanya aku.
"Mama , Adam nak makan Nasi goreng." Kata Adam. Aku sedikit terkejut kerana Adam memanggil aku 'mama' .
Aku senyum sahaja. Mungkin Adam tersasul.
Seronok aku tengok Adam makan. Nasi yang terlekat di pipinya aku sapu.
"Tengok tu, muda muda lagi dah jadi mama. Comel ja anak dia kan?"
Aku terdengar seperti orang sedang bercakap cakap tentang aku dan Adam.
Adam memang comel. Hensem. Macam Hazwan. Eh?!
Habis saja makan, aku membawa Adam pulang ke rumah aku kerana di rumah Adam tiada siapa siapa.
Adam yang tertidur di dalam kereta itu, aku angkat naik ke bilik aku. Mujur lah Adam ni tidak berat. Kalau tak , patah pinggang aku ni! Hahahaa.
Aku kemudian berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebaik sahaja sudah mandi, mata aku juga turut mengantuk. Aku mengambil tempat di sebelah Adam. Dalam mengantuk itu, aku sedar tangan Adam memeluk ku. Sempat jugak aku menangkap dia mengingau.
"Emm, Adam sayang Mama."
Aku senyum sahaja lalu turut terlena.
Aku tersedar apabila bunyi ketukan di pintu bilik. Tangan Adam yang memeluk erat tubuhku itu aku kalih kan lalu bergerak ke pintu bilik.
"Akak, papa Adam dah sampai. Dia nak jemput Adam balik." Kata Nazila lalu berlalu pergi.
Aku kemudian menyarung tudung ke kepala aku lalu turun kebawah untuk berjumpa dengan Hazwan.
"Encik, Adam masih tidur. Kesian saya nak kejutkan dia." Aku mendekatinya yang sedang duduk bermain telefon bimbit di ruang tamu rumah ku.
"Hmm kejutkan lah dia!" Katanya tanpa memandang ku.
Eeee mamat ni! Kan aku dah cakap aku tak sampai hati nak kejut dia bangun!
"Kalau encik nak cepat, encik gerak lah dia sendiri!" Kata aku merengus geram.
Kemudian dia memandang aku tajam. Lalu bangun menuju ke tingkat atas.
Aku mengikutnya dari belakang.
Ehh mamat ni nak kemana? Aduh Nad, bukan kau yang suruh dia pergi kejut Adam kan? Nah, dia nak p kejut lah tu Nad oi!
Sampai sahaja di tingkat atas. Dia menanyakan aku mana bilik aku. Aku lantas menunjukkan bilikku.
Sekali lagi aku menurutnya dari belakang. Buka sahaja pintu, terlihat kelibat Adam yang masih baring di atas katilku.
Aku hanya berdiri di muka pintu.
Hazwan menghampiri Adam lalu menghadiahkan satu kucupan di dahi. Kemudian Adam membuka matanya.
"Papa!" Jerit Adam terus memeluk papanya itu.
"Jum balik rumah kita sayang." Kata Hazwan lalu mengendong Adam.
"Emm, Adam taknak balik! Adam nak duduk sini , Adam nak tidur dengan mama." Adam merengek.
Hazwan memandang aku dengan tajam. Sah! Dia nak salahkan aku lagi. Aku kemudian pergi memujuk Adam.
"Adam, Adam balik dulu eh. Nanti Adam datang rumah auntie lagi esok. Okey?" Alu mengusap kepala Adam yang masih dalam kendongan Hazwan.
"Betul mama? Esok Adam boleh datang lagi? Yeayyyy. Jum papa kita balik." Kata Adam gembira lalu mencium pipi ku. Aku hanya tersenyum dengan perbuatan Adam itu.
Renungan mata Hazwan macam memberikan amaran.
Jangan nak perasan kau tu mama Adam!
Aku kemudian menghantar mereka ke kereta. Sebaik sahaja kereta mereka hilang dari pandangan aku kembali masuk ke dalam rumah.
"Cehhhh, mama!" Terkejut aku disergah sebegitu oleh Nazila. Aku melihat dia dan umi sedang tersengih sengih ke arah aku.
"Ish, mana ada lah. Adam tu biasa lah budak budak." Bela aku.
"Tapi kan umi tengok Adam macam sayang benar dekat Nad. Nad pun layan Adam tu macam anak Nad." Kata umi pula.
Adehhh , kalau dua lawan satu mang kalah aku ah.
Aku diam kan saja lalu pergi naik ke bilik. Baru sahaja masuk, aku tertancap ke arah satu objek di atas katil.
Ya Allah, beg Adam! Adehh. Gimana ni dong?hmm takpelah malam ni lah aku hantar.
Malam itu, Nazila menemani aku ke rumah Puan Aina untuk memulangkan beg Adam.
Sebaik sahaja aku memberi salam, terjegul wajah Puan Aina yang tersenyum ke arah ku.
"Nad, Ila, masuk lah." Jemputnya.
"Eh, takpelah auntie, Nad singgah sebentar ja. Ni haa Nad nak hantar beg Adam yang tertinggal tadi." Kataku lalu menghulur beg Adam.
"Ler, masuk lah kejap. Ada benda auntie nak bincang dengan Nad."
Aku kemudian masuk bersama Nazila. Kami duduk di sofa di ruang tamu.
"Nad, auntie nak cakap sikit boleh?" Tanya Puan Aina.
Aku kemudian mengangguk.
"Nad ada boyfriend ka?" Aku menggeleng. "Takde auntie . Nad mana ada boyfriend."
Aku melihat Puan Aina sudah tersenyum. Pelik.
"Nadia, auntie mintak tolong sangat, khawin dengan Hazwan. Adam nak sangat Nadia jadi mama dia. Tolong auntie please." Puan Aina mengenggam tangan ku.
Ahhh berat sungguh permintaan auntie ni!
"Hmm tapi kenapa Nad auntie? Takkan Nad nak khawin dengan Hazwan? Eh tak mungkin auntie!" Jawabku. Nazila di sebelah sudah tersenyum senyum.
"Nad ja auntie nampak yang boleh jaga Adam. Tolong auntie Nad. Jadi mama Adam." Serius benar Puan Aina meminta pertolongan aku.
Baru sahaja aku ingin menjawab , Adam muncul.
"Mama! Mama! Yeayy mama datang." Adam datang meluru ke arah ku lalu memelukku. Dia juga mencium pipi ku. Seronok aku melihat Adam.
"Mama! Mama! Mama Nad! Mama khawin lah dengan papa. Adam nak Mama jadi mama betul Adam. Boleh Adam peluk tiap tiap malam." Aduh! Kali ini Adam pula yang meminta aku untuk jadi mamanya. Aku buntu.
Permintaan Adam dan Puan Aina itu aku biarkan dahulu. Lama sudah aku berada di rumah itu, akhirnya aku meminta diri untuk pulang. Puan Aina menyuruh aku supaya memikirkan permintaan dia dan Adam tadi.
Balik sahaja dirumah aku menceritakan semua kepada ibu bapa ku. Mereka menasihati aku supaya berfikir masak masak. Kalau boleh buat istikharah. Aku kemudian berlalu naik ke bilik. Sungguh berat permintaan mereka itu.
Nak jadi mama Adam aku tak kisah! Tapi? Khawin dengan mamat Arrogant tu? Duduk pula serumah? Aduh memang tak lah!
Pening kepala Nadia memikirkan permintaan Adam dan Puan Aina itu. Lalu dia memejamkan mata untuk tidur.
Share this novel