Bab 17 Epilog

Humor Completed 19044

?BAB 17-EPILOG

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Pagi yang mendung. Tanah yang lembap dek embun. Adam dan Hazwan duduk berteleku di tepi kubur.
Hazwan sedang membaca yassin untuk disedekahkan kepada arwah.

Sebak. Ya sebak perasaannya ketika ini.
Adam di sebelahnya hanya diam sahaja.

“mama, nanti Adam datang lagi ye dengan papa.” Ucap Adam sebaik sahaja dia selesai membaca yassin.

"Hazwan ! Adam! jum kita balik nak. Arwah dah tenang dah dekat sana nak." Puan Aina mengajak anaknya pulang.

Hazwan menyiram air bunga di atas pusara itu. Airmata nya yang tadinya ditahan mengalir jua.

"Adam, siram air ni atas kubur mama ye sayang." Pinta Hazwan.
Adam lalu bangun untuk menyiram kubur itu.

Setelah itu, mereka bergerak pulang kerumah. Risau dengan anaknya yang berada dirumah.

Di dalam kereta, Hazwan banyak termenung.

"papa, Mama tunggu Adam dekat Syurga kan? Cikgu kata nanti Adam akan jumpa mama dekat sana." Kata kata Adam menyebabkan airmata Hazwan mengalir lagi.

"Ye sayang, nanti kita jumpa mama dekat sana." Ucap Hazwan seraya membawa Adam ke dalam pelukannya.

Tiba dirumah, Hazwan mengambil puteri kembar nya yang berada dalam pangkuan bibik yang sedang menangis itu. Puteri puteri nya itu diberi nama Aini Najwa dan Dania Najwa.

"Hai puteri papa. Kenapa nangis ni. Lapar susu eh." Hazwan cuba menenangkan puterinya yang sedang menangis itu.

Dia mengambil botol susu yang terletak di atas meja itu lalu disuakan kepada puterinya. namun puteinya tidak mahu. Makin kuat tangisan anaknya itu. Buntu dia saat ini. Nak minta bantuan ibunya, ibunya pula sudah keluar tadi bersama Adam.

akhirnya..... terpaksalah dia….

"Nad! Anak lapar nak menyusu ni." Panggil Hazwan.

"Kejap bang. Nad tengah masak ni kejap kejap. Bik, tolong tengok tengok lauk tu." Nadia yang baru muncul dari dapur terus bergerak mendekati Hazwan di ruang tamu.

“Hmm macam mana dengan Adam? Dia okey tak pergi melawat kubur Kak Intan tadi?” Hazwan hanya mengangguk.

Anak sulungnya Aini Najwa diambil dari pangkuan Hazwan lalu terus dia menyusukan bayinya itu.
Hazwan hanya melihat Nadia menyusukan anaknya. Hazwan pula mengambil anak keduanya Dania Najwa lalu dibawa ke pangkuannya.

"Terima kasih sayang sanggup lahirkan anak-anak yang comle ni untuk abang. Sanggup tarungkan nyawa sayang. Abang tak dapat bayang kalau haritu abang kehilangan sayang.Terima kasih. Maafkan abang juga sebab selama ini abang tak mampu menjadi suami yang baik untuk sayang." Ucap Hazwan lalu mengucup tangan Nadia.

Nadia hanya tersenyum dengan ucapan suaminya itu.

Ketika pembedahan yang lalu, Nadia telah dapat di selamatkan kerana ada yang mendermakan darah kepadanya.

Hazwan lah orang paling bahagia apabila mengetahui bahawa Nadia berjaya di selamatkan.

Tadi, mereka pergi melawat kubur kakaknya, mama sebenar Adam. Adam tahu yang Hazwan bukan papa sebenarnya. Mujur Adam itu paham.

"Tak abang. Nad patut terima kasih dengan abang sebab sanggup terima Nad sebagai isteri dan ibu kepada anak anak abang. Terima kasih."

Hazwan kemudian membawa Nadia ke dalam dakapannya.. bahagia nya mereka saat ini. Hazwan berjanji dia tidak akan sesekali mensia siakan Nadia lagi.

-The end-

Share this novel

??????
2021-10-01 21:55:38 

benda siakk..... aku ingt bini dia mati..bazir air mata ku


NovelPlus Premium

The best ads free experience