BAB 13
Pagi itu, Nadia kerap muntah muntah. Pelik juga Hazwan dengan Nadia itu. Walaupun sakit, digagah juga badannya untuk turun ke bawah sediakan sarapan untuk Hazwan dan Adam.
Baru sahaja ingin melangkah ke dapur, Nadia hampir jatuh, mujur Hazwan sempat menyambutnya.
"Kau kenapa? Dah rasa tak sihat tu berehat lah!" Hazwan kemudian memimpin Nadia duduk di ruang tamu.
"Saya okey lah. Saya cuma pening kepala ja." Kata Nadia masih berkeras untuk bangun namun dihalang oleh Hazwan.
"Aku kata duduk, duduk ajelah. Degil lah!" Marah Hazwan.
Nadia terpaksa menurut. Dia takut marah Hazwan makin memuncak.
Adam kemudian datang menghampiri mereka. Baru sahaja Adam ingin duduk di samping Nadia, Hazwan terlebih dahulu bersuara.
"Adam , jangan kacau mama, mama tak sihat." Pesan Hazwan. Adam kemudian hanya menurut. Dia membuka tv dan melihat rancangan upin ipin.
Tak lama kemudian bayang Hazwan hilang entah kemana.
"Adam, mama nak tidur kejap eh. Nanti Adam kejut mama." Nadia pesan pada Adam yang tengah melayan cerita upin dan ipin itu.
"Okey mama!" Jawab Adam.Nadia kemudian tertidur.
Sedar sahaja dari tidur, dia melihat Adam sudah tiada di tempat tadi. Hanya tv sahaja terbuka, namun tiada siapa menontonnya. Dia bangun untuk mencari Adam. Baru sahaja dia bangun, pintu rumah diketuk.
Tok! Tok!
Dia kemudian pergi ke arah pintu untuk membuka pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Nadia terkejut melihat Mimi tercegat didepan pintu. "Hazwan mana?" Tanya Mimi dengan berlagak.
"Hazwan takde dekat rumah." Jawab Nadia pula. Mimi kemudian terjerit memanggil nama Hazwan. Mimi kemudian membolos kan dirinya masuk ke dalam rumah.
"Cik! Kan saya dah kata Hazwan takde dekat rumah!" Kata Nadia tegas.
"Hey kau orang gaji diam! Jangan nak banyak cakap. Abiy? Abiy! Abiy , ayang mintak maaf abiy.!" Mimi terjerit jerit memanggil Hazwan.
Mimi kemudian cuba untuk naik ke atas, namun Nadia menghalang. Tanpa diduga Mimi telah menolak Nadia hingga jatuh dari tangga.
Nadia kemudian mengaduh kesakitan.
"Mama! Mama! Mama okey?" Adam tiba tiba muncul dengan Hazwan. Sepertinya baru balik dari suatu tempat.
"Abiy!" Jerit Mimi sebaik sahaja ternampak kelibat Hazwan.
"Hey kau buat apa kat rumah aku! Dah lah mimi! Enough is enough! Kita dah clash! Aku dah taknak ada hubungan dengan kau.! Sebelum aku naik angin, baik kau blah dari sini!" Marah Hazwan.
Mimi yang ketakutan itu terus keluar dari rumah nya.
"Papa! Mama! Mama tak sedarkan diri papa. Papa darah!" Jerit Adam.
Hazwan bergegas menghampiri Nadia.
"Ya Allah! Apa dah jadi ni. Nad! Nad!" Panggil Hazwan. Tanpa membuang masa, terus dia angkat Nadia ke hospital.
Hazwan sedang menunggu Nadia bersama Adam di luar wad dengan gelisah. Adam tak berhenti menangis kerana melihat keadaan Nadia tadi.
Resah gelisah semua ada.
Tiba tiba dia takut. Ya, takut kehilangan Nadia.
"Encik, suami Puan Nadia?" Tanya Doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan.
"Ya saya doc! Saya suami dia. Macam mana dengan isteri saya doc?" Tanya Hazwan gelisah.
"Puan Nadia selamat. Kandungan nya juga selamat. Mujur sempat bawa ke hospital, kalau tak, bayi dalam kandungan puan Nadia tidak dapat diselamatkan." Terang doktor tersebut.
"Kandungan doc?" Tanya Hazwan pula.
"Ya! Puan Nadia sudah hamil 2minggu."
Hazwan terus melafaz rasa syukur.
Aku jadi ayah! Aku jadi ayah! Jerit Hazwan dalam hati.
"Emm, boleh saya tengok isteri saya sekarang doktor?" Tanya Hazwan. Doktor tersebut kemudian mengangguk.
Hazwan mengendong Adam yang tertidur itu masuk ke dalam bilik Nadia.
Lena dia lihat Nadia di tidur.
Dia menghampiri Nadia lalu mengucup dengan penuh kasih sayang di dahi Nadia.
"Tenkiu sayang. Abang balik kejap, abang nak hantar Adam. Nanti abang datang lagi." Hazwan membisik lembut di telinga Nadia.
Kemudian dia membawa Adam untuk pulang. Berita gembira itu dia kongsikan dengan keluarga nya.
Share this novel