BAB 12
Dua minggu sudah berlalu sejak dari kejadian tempoh hari. Petang itu, mood Nadia tidak berapa elok.
Pelik Aterg dan Suria melihat keadaan Nadia yang tak bermaya tu.
"Nad, kau sihat tak?" Tanya Aterg.
"Aku okey. Sihat ja. Jangan risau." Kata Nadia.
Okey lah sangat! Baru sahaja melangkah terus dia pengsan. Cemas Aterg dan Suria. Mereka kemudian membawa Nadia ke klinik yang berdekatan.
"Tahniah Puan Nadia, puan sudah hamil dua minggu." Kata Dr.Ashikin kepada Nadia. Sungguh gembira wajah Nadia ketika itu. Dia kemudian memeluk Suria dan Aterg.
"Tahniah weh! Kau dah jadi ibu.!" Ucap Suria lalu mengucup pipi Nadia.
Setelah itu, mereka pulang ke rumah.
Ketika memandu, Nadia termenung sendiri.
"Hmm kandungan ni? Kalau Hazwan tahu, mesti dia taknak kan? Hmm buat masa sekarang aku takkan bagitahu dia lagi." Nadia bercakap sendiri.
Sampai sahaja dirumah, dia melihat kereta Hazwan sudah ada di garaj.
Masuk sahaja ke dalam rumah, kelihatan Hazwan dan Adam sedang menonton tv.
"Yeayy, mama dah balik." Ucap Adam terus meluru ke arah Nadia. Nadia memeluk Adam dengan penuh kasih sayang.
"mama mesti penat an? Hai adik, adik sihat?" Kata Adam lalu mengusap perut Nadia. Kali ini Nadia tidak terkedu kerana dalam rahimnya ada suatu nyawa. Adam akan dapat adik! Nadia tersenyum dengan kaletah Adam itu. Hazwan hanya memandang dua beranak itu.
Melihat wajah Nadia yang penat itu, Hazwan menegur Adam.
"Dam, mama penat tu, biar mama naik rehat dulu. Jangan kacau mama."
Nadia meminta diri untuk naik ke atas. Ketika di dalam bilik, Nadia duduk di birai katil sambil mengusap perutnya.
Bahagia sungguh perasaannya ketika itu.
Tiba tiba pintu bilik dibuka. Nadia cepat cepat berlagak macam biasa. Hazwan masuk kedalam bilik.
"Emm, kejap lagi aku nak keluar pergi rumah Mimi. Kau tak payah tunggu aku balik makan." Pesan Hazwan lalu beredar dari situ.
Hazwan memandu dengan gembira kerana dia ingin memberikan kejutan kepada Mimi sempena hari lahirnya pada hari ini. Tambahan pula, dia akan melamar Mimi untuk menjadi isterinya yang sah.
Tepat pukul 8.30 malam, Hazwan tiba di rumah Mimi. Dia menekan loceng apartment Mimi. Tiba tiba pintu dibuka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki lain yang membuka pintu rumah Mimi.
"Siapa yang datang tu yang?" Mimi kemudian muncul di depannya.
"Kau ! Kau memang perempuan tak guna! Kau curang dengan aku!" Bentak Hazwan lalu berlalu dari situ.
Dia memandu pergi dari situ. Entah kenapa hatinya tidak begitu sakit , sesakit dia melihat Nadia di dalam pelukan lelaki lain. Akhirnya dia memandu pulang ke rumah.
Tiba sahaja di rumah. Dia melihat Adam dan Nadia baru hendak makan malam. Terkejut juga Nadia melihat Hazwan. Tadi katanya nak pergi dengan awek.
Tanpa banyak soal, Hazwan mengambil tempat di meja makan.
"Eh papa! Bukan papa kata papa nak keluar jumpa kawan? Papa dah habis jumpa kawan ka?" Tanya Adam.
Hazwan kemudian senyum kepada Adam lalu menyuruh Adam untuk membaca doa makan. Soalan Adam itu tadi dibiar sepi.
Sudah sahaja makan, Nadia bercadang untuk lepak di ruang tamu untuk menonton tv dengan Adam. Lain pula jadinya apabila Hazwan juga turut serta.
"Papa, papa peluk lah mama sambil tengok tv. Haa peluk lah papa. Adam tengok dalam cerita tu, dia peluk isteri dia papa. Suwikk!" Adam tak henti dari bercakap dari tadi.
Adam ni banyak sangat pengaruh tv ni! Ish kecik kecik lagi dah pandai. Rungut Nadia dalam hati.
Hazwan dengan selamba nya terus memeluk bahu Nadia. Terkejut juga Nadia dengan perlakuan Hazwan yang spontan itu. Adam kemudian berbaring di atas paha Nadia sambil mengusap perut Nadia.
"Papa, papa usap lah perut mama. Adik pun nak papa usap dia jugak." Pinta Adam. Hazwan terpaksa juga menurut kata kata Adam. Dia mengusap perut Nadia.
Nadia rasa gementar namun damai. Hazwan belum mengetahui tentang kehamilan dia itu. Biarkan lah buat masa sekarang. Dia takut dia terluka.
Ketika Hazwan mengusap perut Nadia, dia merasakan satu perasaan halus. Terasa seperti naluri kebapaan. Namun cepat cepat dia hakis perasaan itu.
Akhirnya mereka bertiga terlelap begitu sehingga esok pagi. Eh ! Buka bertiga, tapi berempat. Kan Nadia hamil. Heheheheh
Share this novel