Bab 2

Humor Completed 19044

BAB 2

"Mummy suka tengok Nadia tu Wan. Baik, cantik , sopan santun. Bila tengok dia layan Adam tu sejuk hati mummy tengok." Kata Puan Aina sambil mengambil tempat di sofa. Kelihatan Hazwan sedang khusyuk bermain ip6s nya.

"Hmmm" jawab Hazwan.
"Hish budak ni, orang kata , dia jawab hmm ja? Wan tak berkenan ke?" Tanya Puan Aina.
"Mummy ni selalu macam tu. Suka sgt rekomen kan Wan dengan anak kawan mummy. Please mummy, Wan nak cari sendiri isteri untuk Wan." Kata Hazwan lalu berlalu naik ke bilik.

Dia menuju ke bilik Adam. Kelihatan Adam sedang enak tidur. Diusapnya kepala Adam.
Tiba tiba dia teringat kembali memori lama.

Beberapa tahun yang lalu...

"Wan, janji dengan akak Wan, yang Wan akan jaga anak kakak macam anak Wan bila kakak dah takde nanti. Janji ye Wan." Hazwan memegang erat tangan kakaknya, Intan yang kini sedang sakit.

"Ye kak, Wan janji. Akak kena kuat! Akak tak kesian kan Adam ke kak? Takkan dia nak kehilangan ibu bapa dia muda muda lagi? Akak kena kuat!" Hazwan teresak esak melihat kakaknya yang sedang bertarung dengan maut itu. Puan Aina disisi nya turut mengalir airmata melihat anak perempuannya itu yang sedang terlantar sakit.
Akhirnya Intan menghembuskan nafas terakhir.

Kak, Wan janji kak, Wan akan sayangkan Adam macam anak Wan sendiri. Wan takkan abaikan dia kak. Itu janji Wan!

Hazwan selama ini telah menjaga anak kakaknya itu sejak kakaknya meninggal dunia. Ayah Adam pula hilang entah kemana sejak bercerai dengan kakaknya. Jadi dialah yang selama ini menjadi Papa Adam.
Hazwan kemudian mengucup dahi Adam lalu berlalu ke biliknya

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, Nazila menghampiri ku.
"Kak, papa Adam tu tadi hensem kan?" Nazila ni nampak gayanya macam nak ajak aku bersembang. Aku layankan saja dia.
"Hensem? Hmm boleh lah! Tapi Arrogant nakmateyyyy." Kata Nadia meluat.
"Arrogant tang mana nye kak? Oke ja. Ramah ja Ila tengok." Bela Nazila lagi.
"Hmm adik tk tengok tadi kemain dia marah akak macam akak yang buat anak dia tu jatuh." Kata Nadia pula.

Nazila hanya tergelak lalu berlalu pergi. Aku kemudian kembali menyambung lenaku yang terbantut tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience