BAB 9
Malam itu, Nadia sibuk di dapur sediakan makan malam. Hujan diluar turun dengan lebat. Adam sedang bermain game dengan Hazwan.
Sudah sahaja masak, Nadia memanggil Hazwan dan Adam makan.
"Awak, Adam jum makan."
Adam dan Hazwan pun menuju ke meja makan. Baru sahaja Nadia ingin mencedok nasi ke pinggan Hazwan, bunyi guruh di luar membuatkan Nadia terkejut. Sebenarnya Nadia takut dengan kilat. Spontan dia memeluk Hazwan. Adam tergelak dengan tindakan spontan Nadia tu.
Nadia yang baru perasan dia telah terpeluk Hazwan terus meleraikan pelukannya.
"Mm maaf. Tak sengaja."
Hazwan hanya buat muka dingin. Nadia kembali mencedok makanan ke pinggan Hazwan dan Adam. Selepas itu, mereka kembali menjamu selera.
Selesai sahaja makan, Nadia sedang membasuh pinggan di dapur. Sekali lagi kilat sabung menyabung. Nadia menjerit ketakutan tanpa sengaja telah menjatuhkan pinggan kaca ke lantai lalu pecah.
Prang!
Hazwan yang terkejut dengan bunyi pinggan pecah terus meluru ke dapur.
Dia melihat Nadia sedang duduk berpeluk tubuhnya sambil menangis. Sepertinya dia ketakutan.
"Kau kenapa? Hei Nadia. Kau okey tak?" Sebaik sahaja Hazwan menghampiri Nadia, Nadia terus memeluk erat Hazwan. Hazwan terkejut namun dia biarkan sahaja Nadia memeluknya.
"saya takut." Rengek Nadia. Hazwan mengemaskan lagi pelukan itu. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah Nadia okey.
Nadia yang tersedar yang dia telah memeluk Hazwan segera meleraikan pelukannya. Dia yang terkejut itu tanpa sengaja telah terpijak pinggan yang pecah di lantai itu.
"Auchh." Aduh Nadia. Kakinya telah berdarah. Hazwan kemudian mendekati Nadia untuk melihat luka di kakinya itu.
"Kau dah kenapa pijak pinggan pecah tu? Kan dah luka." Marah Hazwan. Dia kemudian membawa Nadia duduk di kerusi. Nadia hanya diam membisu tambah pula dia merasa pedih kerana kaca yang tertusuk di kakinya agak dalam.
Hazwan kemudian datang membawa first-aid . Dia mencuci kaki Nadia lalu membalutnya.
Dalam diam Nadia memerhati wajah Hazwan yang sedang tekun merawat kakinya itu.
Kacak jugak suami aku ni. Tapi sayang, arrogant.
"Dah puas tilik muka aku? Hmm, baru perasan ke suami kau ni hensem?” Kata kata Hazwan mematikan lamunan Nadia. Cepat cepat Nadia kalih ke tempat lain. Malu!
"Terima kasih." Ucap Nadia sebaik sahaja Hazwan selesai membalut kakinya. Hazwan kemudian bangun untuk mencuci kaca yang pecah itu.
Setelah selesai dia mencuci semua itu, dia mengangkat Nadia naik ke atas.
"Wuuu. Papa dukung mama. Yeayyy." Adam sudah kecoh melihat Hazwan mengendong Nadia naik ke bilik. Nadia sudah merah mukanya menahan malu.
"Kau jangan perasan. Aku cuma nak tolong kau." Bisik Hazwan kepada Nadia. Baru Nadia nak syok syok, terus tak jadi. Kuangjaqqq!
Selepas meletak Nadia ke atas katil, Hazwan terus keluar dari bilik. Sekali lagi jantungnya berdegup dengan kencang. Tambah pulak apabila Nadia memeluknya tadi. Hurr.. boleh gila aku macam ni.
Share this novel