Bab 14

Humor Completed 19044

?BAB 14

Nadia sedar saja dari tidur dia pelik melihat keadaan di sekeliling nya.

"Aku kat mana ni?" Tanya Nadia. Baru sahaja dia ingin bangun, tapi rasa sakit di ari arinya menahan nya dari bangun. Dia melihat disisi nya kelihatan seorang sedang tidur dalam posisi duduk.

Hazwan? Dia buat apa dekat sini?
Tanya Nadia dalam hati.

Nadia memerhati sahaja Hazwan yang sedang tidur itu.
Kacak! Ya kacak. Dan aku telah jatuh cinta pada suami aku sendiri.

Hazwan yang berasa lenguh berkeadaan begitu terus mengangkat kepalanya. Nadia yang perasan Hazwan sudah terjaga cepat cepat pura pura tidur.
Hazwan melihat Nadia yang masih tertidur itu. Dengan beraninya dia mendekatkan wajahnya dengan Nadia.

Eh! Mamat ni nak buat apa ni? Hish gumam Nadia dalam hati.

Chup! Bibir Nadia dicium oleh Hazwan.

Nadia terkejut dengan perlakuan Hazwan itu. Terus dia berpura pura tersedar dari tidurnya.

"Sayang dah bangun! Sayang oke? Sayang nak apa apa ke?" Tanya Hazwan.

Dia panggil aku sayang bhai! Hahahaa.

Nadia mula buat muka pelik.
"Saya okey. Awak ni dah kenapa? Em macam mana saya boleh duduk sini?" Tanya Nadia. Dia membuat muka pelik. Hazwan hanya tersenyum sahaja.

"Oh. Tadi kan awak pengsan lepas kena tolak dengan Mimi. Saya bawak awak ke hospital." Terang Hazwan.

Baru aku teringat! Tadi Mimi tolak aku jatuh tangga, aku bleeding. Aku keguguran ke? Heh? Aku keguguran ke?

Nadia cuba mengingati perkara yang terjadi.
Tiba tiba dia menangis.
"Saya..sa..saya gugur ke? Kenapa saya rasa sakit dekat sini?" Airmata mula mengalir laju.

"Tak tak sayang. Awak tak gugur. Baby selamat." Hazwan cuba menenangkan Nadia.

"Anak saya selamat?" Soal Nadia yang sudah berhenti menangis.

"Anak kita sayang! Anak kita. Anak kita selamat dalam perut mama dia ni." Kata Hazwan lalu mengusap lembut perut Nadia.

"Ke..kenapa awak baik dengan saya? Sebab saya mengandungkan anak awak?" Tanya Nadia tiba tiba. Dia takut Hazwan melayan dia dengan baik hanya kerana dia mengandungkan anaknya.

"Tak sayang. Abang memang sayangkan sayang. Maafkan selama ini abang berkasar dengan sayang." Hazwan menangis memohon kemaafan dari Nadia.

"Awak beri saya masa. Saya tak boleh nak terima semua benda ni dengan mendadak." Kata Nadia.

"Ambiklah sayang. Ambiklah sebanyak mana masa yang awak nak. Saya sanggup tunggu awak terima saya." Ucap Hazwan lalu mengucup tangan Nadia. Nadia hanya diam.

Petang itu, Adam datang dengan ibu mertuannya.

"Mama!" Sapa Adam lalu memeluk Nadia di atas katil itu.
"Adam! Jangan nakal nakal sayang. Mama still sakit tu." Arah Hazwan.

Adam kemudian naik ke atas katil, berbaring di sebelah Nadia. Seperti biasa Adam akan mengusap perut Nadia.
"Mama, Adam janji tak nakal dah. Mama jangan sakit eh. Adik! Adik jangan nakal nakal jugak, sian mama. Kalau mama sakit nanti Adam sedih." Ucap Adam.

Tersenyum Puan Aina dan Encik Sofwan melihat telatah cucunya yang petah bercakap itu.

"Ye sayang. Mama sayang Adam." Ucap Nadia lalu mencium dahi Adam.

"Adam pun sayang mama dan adik." Jawab Adam pula.

"Hmm takde orang nak sayang papa, takpalah." Kata Hazwan pura pura merajuk.

"Adam pun sayang papa lah!" Kata Adam lalu memeluk Hazwan yang duduk disisi Nadia.

Bahagia Puan Aina melihat anak menantunya sudah berbaik.

3hari ditahan di hospital, Nadia sudah dibenarkan keluar dari Hospital.

"Papa, kita nak pergi ambik mama eh?" Tanya Adam. Ketika itu mereka dalam perjalanan untuk menjemput Nadia di hospital.

"Ye sayang. Kita nak jemput mama balik." Jawab Hazwan.

"Yeayyy! Jemput mama balik." Jerit Adam kegembiraan.

Sampai sahaja di hospital, Nadia sudah mengemas baju untuk balik.
"Dah siap semua?" Tanya Hazwan. Nadia kemudian mengangguk.

Dalam perjalanan pulang, Nadia meminta Hazwan untuk berhenti di secret recipe kerana dia teringin untuk makan kek red velvet.

"Awak, tolong berhenti di secret recipe ye kejap." Pinta Nadia.

"Secret recipe? Buat apa?" Soal Hazwan pula.
"Saya nak beli kek red velvet. Tiba tiba terasa nak makan." Kata Nadia.

"Oh, anak papa kat dalam ni teringin nak makan eh. Takpe. Nanti papa belikan." Kata Hazwan sambil mengusap perut Nadia yang belum memboyot itu. Malu Nadia diperlakukan begitu.

"Papa! Adam nak jugak! Adam nak oreo cheese cake!" Jampuk Adam.
Hazwan ikutkan saja karenah Adam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience