?BAB 16
"Mama! Bila adik nak keluar?" Tanya Adam yang ketika itu sedang mengusap lembut perut Nadia.
Hazwan yang baru tiba dari dapur tersenyum kepada Nadia lalu mengambil tempat di sebelah Nadia.
"Tunggu 4bulan lagi ye sayang. Dah tak lama dah." Jawab Nadia sambil mengusap kepala Adam.
"Tashabarrrr nye Adam nak jumpa adik." Jawab Adam lagi.
Tangan Nadia kemudian digenggam erat oleh Hazwan.
"Adam,cakap lah dengan adik dalam perut mama tu." Kata Hazwan.
"Adik! Hello! Adik apa khabar? Abang tashabarrr nak tunggu adik keluar! Cepat dik,abang nak ajak adik main ps4 ni!" Adam yang berusaha bercakap dengan perut Nadia.
"Sayang, sayang pergi checkup haritu, doktor ada cakap apa apa tak?" Tanya Hazwan kepada Nadia.
"Emm, doktor tak cakap apapun. Dia cuma kata anak anak abang sihat ja." Jawab Nadia sambil mengusap dahi Adam.
"Eh jap! Apa yang? Anak anak? What do you mean? Kita akan dapat twins eh yang?" Hazwan tertanya tanya.
Nadia kemudian mengangguk mengiakan kata kata Hazwan itu.
"Yeayy! Alhamdulillah syukur!" Terus dipeluk Nadia dan dia kucup lembut pipi Nadia.
Sudah masuk usia 8bulan kandungannya.
Buat masa sekarang Nadia masih bekerja dengan Hazwan, jadi dia juga sibuk di pagi hari. Nasib ada bibik dapat tolong beban dia sikit.
"Adam! Cepat sayang, nanti kita lambat." Nadia membantu Adam memakai baju dengan kemas.
"Dah siap ke yang? Kalau dah siap jum! Takut jalan jem jap lagi." Ajak Hazwan.
Di pejabat, Nadia begitu tekun membuat kerja kerja nya.
Nadia kemudian bangun untuk mendapatkan tandangan Hazwan dibilik nya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik dibuka.
Hazwan sudah terkenyih melihat Nadia masuk ke dalam biliknya itu.
Dia terus bangun lalu merapati Nadia.
"Hish, abang. Kan dekat pejabat ni. Malu lah orang tengok!" Marah Nadia apabila Hazwan memeluknya dari belakang.
"Takde org nampak lah sayang. Ala kejap lah. Abang rindu." Hazwan menghayati keadaan itu seketika.
Tiba tiba, pintu bilik dibuka dengan kasar dari luar.
"Mimi!" Jerit Hazwan. Terus sahaja dia merungkai pelukan tadi.
"! Oo kau lah perempuan ! Jadi selama ni u tolak i sebab perempuan ni Hazwan?" Marah Mimi cuba mendekati Nadia.
Hazwan kemudian menyuruh Nadia berlindung di belakang dia.
"Enough mimi! Kau datang pejabat aku kau nak buat kecoh! Peliss lah! Better kau keluar." Hazwan mengarahkan Mimi untuk keluar.
Kemudian Mimi mendekati Hazwan lalu memaut lengan Hazwan.
"Abiy, ayang rindu abiy. Hmm kita getback balik k. I tahu i salah." Rayu Mimi.
Nadia yang melihat itu rasa sakit dihatinya apabila Hazwan biarkan saja Mimi memaut lengannya.
Malas nak berlama lama disitu, Nadia bergerak ke pintu untuk keluar.
"Sayang!" Jerit Hazwan lalu melepaskan pegangan Mimi itu.
Nadia kemudian turun ke bawah. Sakit hati nya melihat adegan tadi.
Hazwan terus mengejar Nadia dari belakang.
Tiba tiba ada sebuah kereta datang lalu melanggar Nadia. Terbaring Nadia di jalan.
"Sayang!" Jerit Hazwan lalu menuju ke arah Nadia.
"Sayang! Sayang bangun sayang! Sayang jangan tinggalkan abang." Hazwan sudah teresak esak memangku kepala Nadia.
Orang ramai sudah mengerumun tempat itu.
Sekali lagi Nadia di bawa ke wad kecemasan.
Takut! Ya. Hazwan sungguh takut perkara yang tidak elok berlaku kepada isteri dan anak anaknya itu.
Semua ni salah aku! Kalau Nad tak marah pasal Mimi tu, dia takkan lari!
Hazwan acapkali menyalahi dirinya sendiri.
"sabar Wan, insyaAllah Nad dengan babies selamat." Puan Aina cuba mententeramkan anak lelakinya itu.
Doktor keluar, terus Hazwan menuju ke arah doktor.
"Encik suami Puan Nadia?" Tanya Doktor itu.
"Ya saya! Macam mana dengan isteri saya?" Hazwan mula tak sedap hati.
"Emm begini Encik, sekarang ini kami terpaksa membuat pembedahan untuk menyelamatkan kandungan Puan Nadia. Jadi kami meminta izin encik untuk melakukan pembedahan ke atas kandungan Puan Nadia. Kami takut bayi dalam kandungan itu lemas." Terang doktor tersebut.
Hazwan bersetuju asalkan isterinya selamat.
Lama menunggu akhirnya nurse membawa anak kembar nya keluar dari bilik pembedahan.
Dia dah jadi papa! Airmata lelaki nya keluar.
"Encik Hazwan dah boleh mula iqamat anak encik!" Hazwan mengambil anaknya dari jururawat tersebut lalu di diiqamatkan. Terus aimatanya mengalir tanpa dipinta. Selepas itu, Hazwan kembali menyerahkan bayi nya kepada nurse untuk dibersihkan.
Dia menunggu lagi Nadia di depan bilik pembedahan.
"Encik Hazwan, puan Nadia banyak kehilangan darah. Keadaannya semakin kritikal. Kami takut kami tak boleh selamatkan dia." Ujar doktor.
Hazwan jatuh terduduk.
"Selamat kan isteri saya doktor. Selamat kan dia." Hazwan sudah menangis meminta doktor tersebut menyelamatkan isterinya.
Dalam hatinya tidak putus putus dia berdoa agar isterinya itu selamat.
Share this novel