Bab 1

Humor Completed 19044

BAB 1

Hari ni aku cuti sem. Seronok gila dapat bermalas malasan atas katil. Aku mencapai novel Andai Itu Takdirnya 2 yang baru dibeli semalam. Baru sahaja membuka helaian pertama, pintu bilikku dibuka dari luar. Kelihatan adik aku , Nazila.
"Kak, umi panggil turun. Kawan dia, Puan Aina datang. Pi siap siap lekaih."
Aku yang baru sahaja ingin membaca novel itu terus ditutup novel tersebut.
Kacau daun betul!

Takut umi aku berleter, baik aku siap siap cepat.
Aku mengenakan skirt hitam dengan kemeja biru dikenakan pula dengan shawl bunga bunga.
Sebaik sahaja berpuas hati dengan penampilan aku, aku mula turun kebawah.

"Haaa, tudia turun dah anak saya." Kata Puan Maisarah.
Aku bergerak menghampiri mereka lalu menyalam tangan kawan umiku itu. Kelihatan seorang budak lelaki yang comel di sebelah kawan umi itu.
"Hai comel! Nama apa?" Aku menyapa budak lelaki itu.

Dia sepertinya takut dengan aku, terus menyorok di belakang kawan umi ku itu.
"Nadia, ni kawan umi. Puan Aina. Ni pulak cucu dia." Ibuku memperkenalkan aku pada kawannya itu.

"Lah, cucu auntie, Nad ingatkan anak auntie tadi." Puan Aina tergelak dengan kataku itu.
"Hish Nad ni, nampak muda sgt ke auntie ni sampaikan igt Adam ni anak auntie." Jawab Puan Aina pula. Budak lelaki itu masih takut denganku.

Ohh nama Adam rupanya budak ni. Comel!

Aku cuba memancing minat Adam. Aku bergerak ke dapur untuk mengambil oreo cheese cake yang aku buat semalam. Kemudian aku kembali ke ruang tamu.
"Adam, auntie ada kek. Adam nak tak? Sedap ni. Ada oreo. Haa nak rasa?" Kataku sambil menyuakan kek tersebut kepada Adam.
Adam masih takut takut, namun setelah dipujuk akhirnya dia menyambut suapan aku itu.

"Sedap!" Adam baru membuka mulut. Seronok aku melihat dia makan.
"Hmm Nad kalau nak tahu, oreo cheese cake tu favourite Adam ni ha! Hari hari mesti dia mintak dengan papa dia belikan kek tu." Jelas Puan Aina. Aku hanya senyum mengangguk.

Umi kemudian berbual dengan puan Aina. Aku ditinggalkan dengan Adam. Aku mengajak Adam bermain di luar rumah. Ketika sedang asyik bermain kejar mengejar, tiba tiba kaki Adam tersadung lalu jatuh tersembam. Terus menangis budak itu.

"Ya Allah Adam!" Aku terkejut. Baru sahaja aku ingin mendapati Adam, kelihatan seorang lelaki terlebih dahulu mendapatkan Adam.
"Hey! Kau kenapa eh? Kau buat apa sampai anak aku jatuh luka cenni? Hish memang tak boleh diharap!" Maki lelaki tersebut.
Dia ni sape? Tetiba maki aku tak tentu pasal.
Kemudian, umi dan Puan Aina datang menghampiri aku.

"Ya Allah, apa dah jadi ni Nad? Hazwan? Kenapa dengan Adam?" Tanya Puan Aina cemas.
Aku baru sahaja ingin bercerita, lelaki itu memotong percakapan aku.

"Ntah lah mummy! Perempuan ni haa main kejar kejar dengan Adam ha, jatuh sampai luka ni ha!" Lelaki tersebut menjeling ke arah aku.
Aku tak boleh diam diri!

"Hello! Encik mulut cakap leklok sikit eh! Bila masa saya yang buat Adam jatuh? Dia yang tersadung! Bukan salah saya. Dah lah datang tiba tiba nak marah orang." Aku mendengus geram.

"Sudah! Sudah! Bawak Adam ni masuk dalam rumah. Rawat luka tu nanti masuk kuman. Haa Nad, ni anak auntie, papa Adam, Hazwan. Hazwan ni anak kawan mummy, Nadia."

Aku cuma memandang lelaki itu dengan sekilas. Dia pun duk jeling jeling dekat aku. Malas aku berkenalan dengan mamat sombong cenni.
Aku kemudian mengikut langkah umi ku masuk ke dalam rumah. Aku tinggalkan lelaki itu sendirian.
Sombong gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience