BAB 10
"Abiy, bila kita nak khawin? Hmm." Tanya Mimi.
Hazwan ketika itu sedang asyik dengan pemanduannnya.
"Nanti ye yang. Nanti kita khawin. Bagi biy masa dulu. Biy nak kena bincang dengan family biy." kata Hazwan.
Beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di tempat yang dituju.
Hazwan sebenarnya sangat sayangkan Mimi dan pernah berhajat untuk menjadikan Mimi sebagai isterinya, namun lain pulak jadinya apabila Adam menginginkan Nadia menjadi mamanya. Jadi dia memerlukan masa untuk memberitahu Mimi tentang statusnya kini.
Nadia? Ahh. Sebut nama itu hatinya jadi tak keruan. Entah kenpa semenjak dua menjak ini fikiran nya asyik memikirkan Nadia. Arghhhh tension!
Nadia juga perasan sejak dua menjak ini setiap kali dia berdua dengan Hazwan mesti hatinya berdebar. Tambahan pula bila Hazwan merenung matanya. Aduh hatinya bergelora.oleh itu, dia mencuba untuk mengelak dari bertembung dengan Hazwan.
Petang itu , Nadia seperti biasa akan keluar bersama Aterg dan Suria. Mereka terserempak dengan senior mereka Husnina bersama suaminya Afiq.
"Kak Hus! Wah." Sapa Nadia.
Husnina tersenyum ke arah Nadia. Afiq juga begitu.
"Eh Nad,dari mana?" Tanya Husnina yang sedang sarat mengandung itu.
"Oh Nad datang dengan kawan Nad,makan makan kejap." Kata Nad lalu menunjuk ke arah Aterg dan Suria yang sedang memesan makanan. Mereka tidak dapat berbual lama kerana Husnina dan Afiq meminta diri kerana mereka terpaksa ke tempat lain. Ada urusan katanya.
Sebaik sahaja Husnina dan Afiq pergi, Nadia kembali ke tempat makan tadi. Aterg dan Suria masih belum habis mengambil pesanan.
Tiba tiba Mifzal datang dan mengambil tempat di sebelah nya.
"Hai Nad." Sapa Mifzal.
"Eh Mifzal. Hai. Buat apa kat sini?" Tanya Nadia.
" i datang jumpa kawan i tadi. Pastu nampak u dekat sini. Tu yang i tegur u tu." Kata Mifzal. Nadia hanya mengangguk tanda faham.
Kemudian kelihatan Aterg dan Suria datang membawa makanan. Nadia bangun untuk membantu Suria mengangkat makanannya. Malangnya, Nadia tersepak kaki meja dan hampir terjatuh. Mujur Mifzal sempat menangkapnya. Dia terjatuh dalam pelukan Mifzal.
Nadia memohon maaf dan berterima kasih kepada Mifzal kerana membantunya tadi. Mifzal hanya tersenyum faham lalu meminta diri kerana dia ada urusan lain.
Masuk sahaja dalam kereta mood Hazwan terus tak elok. Pelik Mimi dengan perubahan Hazwan yang tiba tiba itu.
Panas hati Hazwan melihat Nadia dalam pelukan lelaki lain itu tadi.
"Tak guna!" Bentak Hazwan sambil menghentak stereng kereta.
Pelik juga Mimi kerana tiba tiba sahaja kekasihnya itu badmood .Takut Mimi dibuatnya. Sebaik sahaja menghantar Mimi ke rumahnya, Hazwan terus pulang kerumah. Adam pula dia tinggalkan di rumah mummynya.
Sampai sahaja dirumah, Nadia berasa pelik kerana suasana rumah yang Nampak sunyi. Selalunya Adam mesti menonton televisyen di ruang tamu. Dia memberi salam namun tiada yang menyahut lalu dia menapak naik ke bilik tidurnya. Kelihatan Hazwan sedang duduk di atas sofa dan merenungnya dengan tajam.
"Errr, awal awak balik? Adam mana?" Tanya Nadia. Hazwan masih lagi diam membisu. Nadia berasa seram tiba tiba.
Kemudian Hazwan bersuara. "Lambat balik! Syok berpelukan dengan lelaki lain tadi?"
Nadia tak paham dengan kata kata Hazwan itu. "Apa mende awak cakap ni? Tiba tiba tuduh saya macam tu!" Nadia mula geram.
Hazwan kemudian mendekatinya. Nadia cuba mengundur. Makin dia mengundur, makin Hazwan menghampirinya.
Hazwan mula mengelus pipinya. Sungguh Nadia merasa seram ketika itu. Dia menepis tangan Hazwan yang mengelus pipinya itu.
"Kau layan jantan tu takpe pulak berpelukan bagai. Aku sentuh pipi kau, kau takut pulak. Hmmm?!"
Nadia menutup matanya. Dia reda andai Hazwan ingin menuntut haknya ketika itu.. Dia sudah cuba menerangkan perkara yang terjadi tadi, namun Hazwan tetap tidak mempercayainya.
Hazwan kemudian membuka tudung yang dipakai Nadia. Perasaan Nadia ketika itu sungguh berdebar.
"Aw..awak nak buat apa dekat saya ni?" Tanya Nadia ketakutan.
Hazwah tersenyum sinis. "Aku nak buat apa yang seorang suami perlu buat dengan isterinya." Hazwan mula menggila. Dia mencium seluruh wajah Nadia dengan penuh nafsu.
Nadia reda dengan perlakuan Hazwan itu. Air mata yang ditahan tadi sudah mengalir laju. Biarpun Hazwan menginginkannya hanya kerana nafsu, tapi bagi Nadia dia ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri Hazwan yang sebenar.
Setelah 'bersama' , Hazwan tersenyum sinis kepadanya.
"Kau tahulah nasib kau kalau kau layan lelaki lain lagi." Ugut Hazwan.
Nadia sudah menangis teresak esak dibalik selimut yang membalut tubuhnya ketika itu.
Sedih mengenangkan kata kata Hazwan yang mengguris hati itu.
Sebaik sahaja Hazwan meninggalkan rumah, dia terus meluru masuk ke dalam bilik air. Apalah malang nasibnya ketika itu.
Share this novel