Bab 8

Humor Completed 19044

BAB 8

Aku tak duduk asrama atas permintaan Adam. Tentang perkhawinan aku, hanya kawan rapat ja yang tahu aku sudah berkhawin. Kata mereka, aku ni dah dikira beruntung kerana mendapat suami hensem macam Hazwan tu.


Beruntung ke ? Heh! Arrogant lagu tu. Beruntung ke?

Habis kuliah pagi tu, aku teman Aterg dengan Suria pergi makan. Tiba tiba seorang lelaki menghampiri kami.

"Hai Nad." Sapa si lelaki.

"Hai. Eh, Mifzal!." Balas aku. Dia kemudian duduk di sebelah aku. Serius aku tak selesa. Aterg dan Suria sudah maklum yang Mifzal ni sukakan aku.

Aku layankan saja Mifzal tu. Lama jugak kami berbual, aku akhirnya meminta diri untuk menjemput Adam dekat sekolah dia.

Sebaik sahaja nampak kereta aku , Adam sudah meluru masuk ke dalam kereta aku.
"Assalamualaikum mama." Sapa Adam lalu menyalam aku.
"Waalaikummussalam sayang. Hmm Adam dah makan?" Tanya aku pula.
Adam menggelengkan kepalanya.
"Mama, jum makan kepciyyy . Adam dah lama tak makan kepciyy."

Aku menurut sahaja keinginan Adam itu. Kami bercadang untuk makan KFC dekat mall.
Sedang kami berjalan jalan dekat mall. Aku terlihat Hazwan dengan seorang perempuan. Erat ja tangan perempuan itu memaut lengan Hazwan.

Aku kemudian menyuruh Adam jalan dengan cepat takut dia ternampak papanya bersama perempuan lain.

Kami akhirnya tiba dia restoran KFC . Adam makan dengan berselera sekali. Habis sahaja makan, aku ajak Adam berjalan dekat mall. Alang alang dah ada dekat situ, aku ajak Adam shopping.

Sedang aku memilih pakaian untuk Adam, Adam menarik baju aku.
"Mama! Mama! Papa ! Tu tu papa mama!" Adam menunjukkan jarinya ke arah Hazwan. Ya kelihatan Hazwan sedang sembang mesra dengan buah hatinya.

"Bukan lah sayang. Tu bukan papa!" Tipu aku. Adam tidak mempercayai kataku lalu pergi ke arah Hazwan. Tak sempat aku untuk menghalangnya. Aku pun ikut sama mengejarnya.

Hazwan terkejut melihat Adam disitu.
"Papa!" Tegur Adam lalu memaut lengan Hazwan.

"Sapa ni biy?" Tanya Mimi. "Kenapa dia panggil u papa?"

Hazwan serba salah. "Ni anak kakak i. I yang jaga dia. Tu yang dia panggil i papa." Mimi cuba untuk percaya kata kata Hazwan itu.

"Adam datang dengan sape?" Tanya Hazwan kemudian dia nampak aku tergopoh gapah menghampiri mereka.

"Papa jum balik! Jum lah balik dengan mama sekali." Pujuk Adam. Hazwan jelas serba salah.

"Adam balik dulu, nanti papa balik. Papa ada kerja ni sayang."

Geram dengan Adam yang menarik tanganya itu, terus dia menengking Adam.
"Adam! Kan papa cakap papa ada kerja ni! Kenapa susah sangat nak paham!" tengking Hazwan.
Adam sudah menikus . Selama ini, Hazwan tidak pernah meninggikan suara kepada Adam.

Adam datang memelukku lalu menangis. Aku mengendong Adam lalu pergi dari situ.

Hazwan berasa serba salah kerana sudah menengking Adam. Mimi menarik tangan Hazwan untuk pulang, namun Hazwan menepis tangan Mimi dan pergi mengejar Nadia dan Adam.

Bermacam cara sudah ku cuba untuk memujuk Adam, namun dia masih menangis.
Adehhh, macam mana aku nak pujuk dia ni?.

"Adam, Adam jangan lah nangis. Adam tak kesian kan mama ke? Hmm Adam nak makan oreo cheese cake tak? Haa kalau nak , berhenti nangis ye saying. " Pujuk aku lagi.
Akhirnya Adam diam dari menangis. Aku menyapu airmatanya itu. Kesian budak ni, tak pasal pasal kena tengking dengan papanya.

"Adam! Papa mintak maaf sayang. Papa tak sengaja nak marah Adam. Maafkan papa ye sayang." Hazwan datang menghampiri kami. Adam menyorok di belakang ku. Sepertinya dia takut dengan Hazwan.

"Adam, papa dah mintak maaf tu. Papa tak sengaja. Adam pergi peluk papa okey?" Pujuk aku.
Adam kemudian teragak agak untuk menghampiri Hazwan. Selepas itu, Hazwan memeluk erat Adam kedalam pelukannya.
"Maafkan papa sayang." Ujar Hazwan.

Adam hanya mengangguk lalu menyuruh Hazwan membawanya ke kedai kek.

Kami kemudian terpaksa membawa Adam makan oreo cheese cake di secret recipe. Bahagia Adam dapat makan kek kesukaan nya. Pelik aku melihat Hazwan ketika itu. Telefonnya yang sedang berdering itu tidak pula dia angkat. Hmm malas aku nak ambik kisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience