BAB 5
Akhirnya setelah membuat solat istikharah selama 3malam berturut turut, aku yakin untuk berkhawin dengan Hazwan. Takpelah, aku khawin dengan dia sebab Adam. Mamat tu setuju ke?
Haa, terpaksa lah dia setuju kerana semua itu permintaan Adam. Adam kan segala galanya baginya.
Minggu depan aku akan berkhawin dengan Hazwan.
Petang itu, keluarga Hazwan datang untuk membincangkan tentang perkhawinan kami. Ibu bapa kami tengah bersembang di ruang tamu , manakala aku dan Hazwan meminta izin untuk berbincang sendirian di halaman rumahku.
"Aku khawin dengan kau bukan sebab aku suka kau. Aku khawin dengan kau nipun sebab Adam. Aku pun tak hingin nak khawin dengan kau." Baru sahaja aku labuhkan punggung dia sudah berbicara. Tajam sekali perkataan yang dia lontarkan pada aku.
"Hmm saya tahu ! Dan awak jugak tak payah perasan. Saya setuju untuk khawin dengan awak sebab mummy awak dengan Adam yang mintak. Saya 40kali ganda tak hingin kawin dengan mamat arrogant macam awak!" Aku juga turut geram.
Dia kemudian tersenyum sinis kearah aku. "Dan kau, jangan mimpi kalau aku nak layan kau macam isteri nanti. Aku cuma anggap kau tu mama Adam ja. Sebab aku nanti akan khawin dengan buah hati aku."
Belum jadi isteri dia lagi dia dah cakap pasal madu. Adehhh. Kau betul ke nak khawin dengan dia Nad? Hmm.
Baru sahaja aku ingin membalas kata kata Hazwan tadi, tiba tiba Adam menghampiri kami.
"Mama! Adam nak makan oreo cheese cake tu! " kata Adam lalu memeluk lenganku.
Aku kemudian membawa Adam masuk ke dalam rumah meninggalkan Hazwan sendirian disitu.
Atas permintaan aku, kami cuma akad nikah di rumah.
Buat apa bersanding dengan orang yang tak cintakan aku. Lagipun aku khawin dengan dia sebab Adam ja.
Aku menjeling sekilas. Kacak sungguh dia memakai baju melayu yang berwarna putih. Kelihatan di sebelah abah aku, Adam juga nampak segak dengan baju melayu itu. Aku menghantar senyuman yang manis kepada Adam. Dia membuat flying kiss kepada ku. Gelihati aku dengan kaletah Adam itu.
Hanya dengan sekali lafaz, akhirnya aku menjadi isteri kepada Hazwan si arrogant! Tu. Adam datang menghampiri ku lalu memelukku. Aku turut memeluknya. Kemudian upacara pembatalan air sembahyang, Hazwan datang menghampiri ku. Sebaik sahaja cincin tersarung dijari manisku, aku mencium tangan nya. Dia kemudian mencium dahiku. Aku merasakan sepeti renjatan eletrik yang mengalir di tubuhku.
Entah lah. Namun begitu wajah Hazwan tetap dingin. Habis sahaja majlis akad nikah, kami meminta diri untuk pulang. Hazwan masih sibuk dengan telefonnya.
"Wan, Nad ni dah jadi isteri Wan, Wan kena jaga dia elok elok." Pesan abah aku. Dia hanya mengangguk sahaja dengan pesanan ayahku itu. Aku diminta untuk tinggal di rumah Keluarga Hazwan memandangkan Adam meminta aku untuk tidur disana. Nak taknak terpaksa lah aku.
Sampai sahaja dirumah, Hazwan meninggalkan aku sendirian dibawah.
"Aku nak masuk bilik mana? Ish mamat ni. Boleh tinggal aku bawak beg ni sensorang." Bebel aku sendiri.
"Haa Nad, bilik korang yang kat sebelah sana. Beg tu takpe tinggalkan biar PakMat yang angkat." Kata Puan Aina.
"Oh tenkiu mummy. Takpe! Nad boleh angkat sendiri." Kata aku lalu berlalu naik ke bilik yang dikatakan oleh mummy tadi.
Aku membuka pintu bilik.
Besar sungguh bilik ini! Cantik!
Aku tergamam dengan hiasan di dalam bilik itu.
Kemudian kelihatan Hazwan baru keluar dari bilik air.
"Apasal kau masuk bilik ni woi?" Sergah Hazwan.
"Ish, mummy yang suruh saya masuk bilik ni. Mana lah saya tahu." Kataku geram.
"Hmm ye jugak kan. Kau tu mama Adam. Aku lupa." Kata Hazwan lalu berlalu ke almari bajunya.
Baru sahaja aku membuka beg bagasi ku, Hazwan bersuara.
"Haa, macam yang aku cakap , aku taknak ada touch touch sesama kita . Buat hal masing masing dan jangan sibuk hal masing masing. Dan kau! Jangan mimpi aku akan belaikau macam isteri aku."
Aku tahan saja airmata yang mula mengalir ini lalu berlalu ke bilik air. Di dalam bilik air aku menangis semahu mahunya.
Kau kan nak khawin dengan dia sangat kan Nad? Haa ni lah natijahnya. Kau kena kuat Nad! Ingat! Kau khawin dengan dia sebab Adam Nad. Sebab Adam.
Sudah sahaja mandi, aku keluar dengan memakai pakaian lengkap. Serta tudung. Aku melihat dia sedang ralit bermain dengan telefonnya.
"Yang kau pakai tudung dalam bilik ni pehal? Takut aku tergoda? Heh ?" Tanya Hazwan. Aku memilih untuk diam. Kemudian dia tersenyum sinis.
Malam tu aku berkira kira mahu tidur dimana. Aku tahu aku takkan menang, jadi aku memilih untuk tidur di sofa. Baru sahaja aku mengangkut bantal, Hazwan bersuara lagi.
"Kau nak pergi tidur mana tu? Atas sofa? Tak payah! Aku bukan nak sentuh kau pun. Tidur ajelah atas katil ni."
Aku kemudian menurut walaupun masih berkira kira. Takut diapa apakan , aku meletak bantal di tengah tengan antara kami. Aku nampak dia tersenyum sinis walaupun matanya tertumpu pada telefonnya. Baru sahaja ingin memejam mata, Adam masuk kedalam bilik.
"Adam nak tidur dengan mama boleh?" Tanya Adam sambil membawa patung nyet nyet nya.
Aku kemudian memandang Hazwan , kemudian dia mengangguk, tanda setuju.
Adam tidur ditengah antara kami.
"Mama, peluk Adam eh?" Kata Adam. Aku mengangguk lalu memeluknya.
"Papa, papa peluk lah Adam juga." Kata Adam lagi meminta Hazwan untuk memeluknya.
Hazwan terpaksa menurut kehendak Adam itu. Tangan aku dan tangan nya bersentuhan. Dia buat muka biasa.
Akhirnya kami bertiga tidur bersama.
Share this novel