Bab 15

Humor Completed 19044

?BAB 15

Sejak Hazwan tahu keadaannya yang kini berbadan dua, Hazwan selalu lepak dirumah bersama

Semua kerja rumah dia tidak dibenarkan buat. Hazwan sudah mengupah orang gaji. Pernah juga Nadia membantah , namun Hazwan tetap dengan keputusannya. dia dan Adam. Hazwan pun jarang dah keluar rumah malam malam.

Lawan dengan mamat Arrogant mang takkan menang.

Malah kandungan Nadia kini sudah masuk 5bulan. Malam itu, di dalam bilik, Nadia menanyakan soalan pada Hazwan. Sebenar sudah lama dia ingin bertanya tapi tidak kesampaian.

"Awak....." Panggil Nadia.
"Ye? Ade apa? Awak nak apa apa ke?" Tanya Hazwan yang sedang membuat kerjanya itu.
"Hmm tak. Saya taknak apa apa. Hmm awak dengan Mimi sekarang macam mana?" Nadia takut takut untuk bertanya.

Hazwan mula berhenti meneruskan kerjanya. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Nadia di atas katil.

Terus dia menggapai kedua belah tangan Nadia.
"Mimi dengan abang dah lama clash! Dia dah lama mati dalam hati abang sayang. Selama ini abang buta. Abang tak nampak permata didepan abang ni." Ucap Hazwan.

"Hmm kenapa tiba tiba?" Tanya Nadia lagi.
"Semua ini perancangan Allah sayang . Akhirnya Allah dah bukakpintu hati abang untuk terima sayang." Jawab Hazwan lagi .
"Bukan awak terima saya sebab saya mengandungkan anak awak?" Soal Nadia lagi.
Hazwan menggeleng kepalanya. "Tak sayang! Sebelum abang tahu sayang mengandung lagi abang dah rasa yang abang suka sayang. Bagi abang peluang sayang. Abang janji abang takkan lukakan hati sayang lagi." Jelas Hazwan mengharap Nadia menerima nya.

"Okey." Kata Nadia. Gembira dengan penerimaan Nadia, Hazwab terus membawa Nadia kedalam pelukannya. Setelah pelukan dileraikan, dia mengusap perut Nadia yang sedikit memboyot itu.
Nadia tersenyum bahagia.

Lupa nak bagitahu! Nadia juga sudah graduate! Sekarang ini dia sedang mencari kerja.

"Abang, saya nak kerja boleh?" Petang itu Nadia memberitahu Hazwan bahawa dia ingin bekerja.

"No! Dengan sayang macam ni abang tak benarkan sayang kerja! No !" Hazwan tidak bersetuju untuk memberi Nadia kerja.

Nadia sudah menarik mucung tanda merajuk.
"Sayang, bukan abang taknak bagi sayang kerja. Tapi kan sayang tengah sarat ni. Abang taknak jadi apa apa dekat sayang." Hazwan mencuba untuk memujuk Nadia.

Nadia maih lagi merajuk. Akhirnya Hazwan mengalah. "Hmm kalau sayang nak kerja sangat, apa kata sayang kerja dengan abang?" Cadang Hazwan.

Nadia sudah memandangnya dengan senyuman. "Betul ke bang? Abang bagi Nad kerja dengan abang?" Tanya Nadia gembira.

"Ye sayang." Kata Hazwan lalu mencubit geram pipi isterinya yang semakin chubby itu.

"Yeayyy! Bila boleh start kerja bang?" Tanya Nadia sudah tidak sabar sabar.

"Amboi! Excited nampak! Hmm esok pergi dengan abang." Kata Hazwan.
Oleh kerana terlalu gembira Nadia mencium pipi Hazwan bertalu talu.

"Dekat sini tak mau kiss?" Hazwan mengusik Nadia lalu memuncungkan bibirnya.

"Ee gatal lah abang ni." Nadia terus berlalu dari situ.
Hazwan tergelak melihat reaksi Nadia itu.

Pagi itu, Nadia eksaited sangat nak pergi kerja dengan Hazwan. Yelah, kerja dengan somi, mana tak syok woi!

Di tempat kerja Hazwan, Nadia sudah dikenalkan oleh semua staff Hazwan. Dia selaku Assistant Manager , biliknya ditempatkan di sebelah bilik Hazwan. Semua itu atas permintaan Hazwan. Senang dia nak jenguk isterinya.

Ketika itu, Nadia sedang membuat kerja dalam biliknya. Kemudian pintu dibuka. Hazwan tersenyum manis kearahnya. Hazwan mendekati Nadia yang sedang sibuk itu.

"So sayang, macam mana first day? Okey? Baby buat hal tak harini?" Tanya Hazwan. Nadia tersenyum manis pada Hazwan.

"Nad okey. Baby pun oke." Kata Nadia lalu sambung menyiapkan kerjanya.

"Sayang jum lunch. Sekarang dah pukul 1." Ajak Hazwan.

"Kejap bang. Nak siapkan yang ni kejap. Bagi Nad 5minit." Kata Nadia yang sedang fokus dengan kerjanya itu.

"Amboi, baru first day dah busy mengalahkan abang.hmm tak bolehlah macam ni." Kata Hazwan mengusik.

"Hmm sapa suruh abang suruh Encik Epul bagi kerja banyak dekat Nad. Nad nak siapkan aje." Balas Nadia balik.

"Hish tak boleh jadi ni! Nanti abang pesan dekat Encik Epul jangan bagi kerja banyak dekat sayang." Hazwan pura pura marah.

"Haha, dah lah jum! Nad dah siap dah." Kata Nadia lalu mencapai beg tangannya dan mengajak Hazwan keluar makan.

Mereka keluar berpimpin tangan. Staff lain yang tengok tersenyum senyum kepada mereka. Malu pulak Nadia rasa. Hazwan pula dengan selambannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience