Bab 6

Humor Completed 19044

BAB 6

Pagi itu, aku bangun dari tidur terus turun kebawah untuk membantu MakTimah menyediakan sarapan. Kelihatan Hazwan turun bersama Adam menuju ke tempat makan.

"Morning mama!" Sapa Adam lalu turun dari kendongan Hazwan. Dia mendekatiku dan menghadiahkan ku satu ciuman di pipi.

"Morning sayang." Jawabku lantas mencium pipi nya juga. Hazwan hanya memerhati keletah kami.

Hazwan kemudian mengambil tempat di meja makan. Kemudian ibu dan bapa mertua ku pula turun dan duduk di meja makan itu.

"Mama, Adam nak koko krunch tu!" Katanya. Aku kemudian menuang koko krunch itu kedalam mangkuknya. .
Comey ja aku tengok budak ni.

"Wan, dengan Nad tak pergi honeymoon ka?" Tanya Encik Sofwan, bapa mertua ku.

Aku hanya diam. "Em tak kot Pa. Wan ada kerja banyak. Lagipun Nad kan ada kelas sem akhir." Jelas hazwan sambil menyuapkan nasi kedalam mulut.

"Kalau begitu, tak pelah. Nanti honeymoon lain kali." Kata Puan Aina pula.

Aku kemudian hanya tersenyum nipis.

Petang itu, aku duduk di rumah hanya bermain dengan Adam . Hazwan entah kemana, pagi pagi lagi telah keluar. Pergi jumpa awek lah tu..

Aku dan Adam menonton cerita Cinta Paling Agung. Tiba tiba pintu rumah dibuka. Aku kalih dan melihat Hazwan baru balik. Hazwan duduk menyertai kami menonton cerita tersebut.

Habis sahaja cerita itu, aku kemudian mengajak Adam untuk naik mandi. Baru sahaja ingin melangkah, Adam bersuara.

"Papa, papa kendong lah mama macam dalam cerita tu." Aku terkedu. Hazwan lagi lah.
"Cepat lah papa! Kendong mama. Cepatlah." Gesa Adam.
Hazwan kemudian mendekatiku.
"Err.." Aku berkira kira.
"Kau tak payah perasan eh. Aku buat ni sebab Adam." Hazwan membisik di telinga ku. Jelas hati aku terguris.

Dia kemudian mengangkat aku naik ke atas.
"Yeayyy! Papa angkat mama!" Jerit Adam. Malu aku dibuatnya apabila bertembung dengan ibu mertua ku di tangga. Puan Aina hanya tersenyum.

Sampai sahaja di tingkat atas, dia meletakkan aku. Aku kemudian membawa Adam untuk mandi.

Hazwan kemudian memegang jantungnya.
Kenapa tiba tiba aku rasa berdebar ni? Hish! Persetankan semua ni.! Desis Hazwan.

Selesai sahaja mandikan Adam, aku masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Baru sahaj ingin melangkah , aku terlanggar Hazwan yang baru keluar dari bilik air.
"Woi! Mata letak mana? Adehhh." Marah Hazwan sambil mengusap kepala nya yang terhantuk dengan kepalaku tadi.
"Sorry, saya tak nampak awak nak keluar." Aku meminta maaf. Dia kemudian mendengus geram lalu bergerak untuk bangun.
Tanpa diduga, kain tuala yang dibalut di pinggang Hazwan itu, telah tercabut.

"Arghhhhhhhhhh!!" Aku apa lagi, menjerit lalu berlari masuk ke dalam bilik air.

Hazwan turut malu.
Adeh, macam mana boleh tercabut ni! Ni mesti dia dah nampak apa yang tan patut ni! Aduhh!
Rungut Hazwan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience