Bab 7

Humor Completed 19044

BAB 7

Dah sebulan aku menjadi isteri Hazwan dan mama kepada Adam. Dan sekarang kami duduk di rumah baru. Hazwan membawa kami tinggal di penthouse miliknya.

Mujur tempat tinggal kami dekat dengan universiti aku. Takdelah aku terkejar kejar nak ke sana. Pagi pagi macam biasa, walaupun Hazwan tak anggap aku macam isteri dia, tapi aku tetap jalankan tanggungjawab aku menjaga makan pakai dia.

Dan aku juga sudah tahu yang Adam bukan anak Hazwan. Adam itu anak saudara Hazwan, anak kakaknya. Perkara ini sedikit sebanyak buat aku makin respect mamat tu even dia punya arrogant nakmateyyyy.

Pagi itu, aku sedang menyiapkan sarapan untuk Adam dan Hazwan. Seperti biasa Adam makan Koko Krunch. Ketika aku sedang melayan Adam , tiba tiba telefon Hazwan berbunyi.

"Ye yang, kejap lagi abiy sampai. Abiy nak breakfast dulu ni. Kejap lagi abiy jemput ayang dekat rumah."

Gedik ja aku dengar perbualan mereka itu. Selesai bersarapan, Hazwan meminta diri untuk ke pejabat. Seperti biasa, aku akan menghulurkan tangan aku untuk bersalam dengannya.

"Dam, cepat papa nak pergi kerja dah ni." Gesa Hazwan. Selesai sahaja Adam minum susu, aku terus memcium pipinya.

"Mama, kenapa mama tak cium pipi papa jugak? Cium lah papa mama! Kan papa, papa pun nak mama cium papa kan?" Adam menggesa aku untuk mencium Hazwan.Muka aku sudah merah.

Adehhhh, Adam buat perangai dah! Ciss.

Hazwan hanya diam memandang aku. Nak taknak aku mendekati Hazwan.

Chup! Aku mencium pipinya. Kemudian dia terus pergi tanpa menolah kearah ku.

Aku memegang jantung aku. Dup dap! Dup dap!

Di dalam kereta , Hazwan hanya diam melayan perasaan. Dia kembali teringat ketika Nadia mencium pipinya. Spontan dia memegang pipinya.

"Abiy, abiy kenapa diam dari tadi je? abiy okey ke?" Teguran Mimi, buah hatinya mematikan lamunannya.
"Eh , takde ape lah yang. Abiy okey ja." Jawab Hazwan.
Hazwan kembali focus pada pemanduannya. Bayangan Nadia mencium pipinya segera diusir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience