Bab 11

Humor Completed 19044

BAB 11

Hazwan hanya memandu. Entah , dia tiada tempat untuk dituju. Kusut dia memikirkan kejadian tadi.

Arghhhhhhhhh! Apa aku dah buat!

Tak! Aku tak salah. Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku. Desis hati Hazwan.

Tu bukan tanggungjawab. Kau hanya ikutkan nafsu ! Nafsu Hazwan! Kau marah bila Nadia dalam pelukan orang lain. Kata akal Hazwan pula.

Tak ! Aku tak cemburu.. Aku ..aku hanya lakukan tanggungjawab aku.

Kusut Hazwan dengan dirinya ketika itu. Lalu dia berhentikan keretanya di tepi pantai.

"Apa aku dah buat! Mesti Nadia benci aku nanti." Keluh Hazwan.

***************

Selesai sahaja solat, Nadia keluar ke rumah mummy nya untuk mengambil Adam. Dia perlukan Adam ketika ini. Ketika dia sampai, ibu mertuanya mengatakan bahawa Adam sudah tidur dek kerana penat bermain. Nadia kemudian melangkah naik ke bilik Adam.

Nadia kemudian mengusap lembut dahi Adam. Lama dia berkeadaan begitu, akhirnya dia turut terlelap disisi Adam.

Tidak lama kemudian Hazwan datang untuk mengambil Adam. Pelik dia melihat kereta Nadia disitu.

"Jangan kata dia datang mengadu dekat mummy sudah!" Bentak Hazwan.

Hazwan kemudian masuk ke dalam rumah. Mummy nya memberitahu bahawa Nadia ada di atas di bilik Adam. Hazwan terus naik keatas. Dia melihat isterinya itu sedang tidur di sebelah Adam. Lena.

Untuk seketika, dia memandang wajah isterinya yang sedang lena itu.
Cantik! Bisik hatinya. Dia kemudian mengerakkan tangannya ke bibir Nadia. Tiba tiba kejadian tadi terlayang di fikirannya. Terus dia mengalih tangannya itu.

Takut berlama lama disitu, Hazwan kemudian mengangkat Nadia masuk ke dalam keretanya. Nadia tidak pula sedr dia mengangkat Nadia. Letih menangis mungkin. Kerana dia melihat mata Nadia yang sembab itu. Kemudian dia mengangkat Adam pula masuk ke dalam kereta.

Keesokan harinya, Nadia merasa ada satu benda yang berat di atas badannya.

Adam yang peluk aku kot. Nadia kemudian mengemaskan lagi pelukannya.
Aik! Takkan tangan Adam dah berotot kot? Pelik dengan keadaan itu, Nadia terus membuka matanya.

Sebaik sahaja mata dibuka, dia melihat wajah Hazwan yang sedang lena tidur disisi nya sambil memeluk pinggangnya. Nadia kemudian melihat pakaian nya takut takut benda itu terjadi lagi. Lega apabila mendapati dirinya masih lengkap berpakaian.

Nadia cuba untuk menarik tangan Hazwan , namun hampa. Kuat sungguh dia memeluk pinggang Nadia.

Telefon Hazwan berbunyi, terus pelukan itu terungkai. Nadia menarik nafas lega!

Hazwan bangun untuk menjawab telefonnya.
"Hai yang."

Sempat Nadia mendengar perbualan itu. Sakit hatinya terus dia masuk ke dalam bilik air.

Keluar sahaja dari bilik air, dia melihat Hazwan duduk di birai katil. Dia cuba mengelak dari bertembung mata dengan Hazwan.

Nadia ingin turun ke bawah. Baru sahaja ingin membuka tombol pintu, Hazwan memohon maaf kepadanya.

"Nadia, aku mintak maaf pasal semalam." Nadia kemudian meninggalkan kata maaf Hazwan itu begitu sahaja.

Dia ke bilik Adam. Kelihatan Adam belum bangun dari tidurnya.
"Adam, bangun sayang. Dah pagi ni." Kejut Nadia dengan kasih sayang.

Adam mengeliat. Tersenyum Nadia dengan perlakuan Adam itu.
"Morning mama!" Kata Adam sebaik sahaja dia mencelik matanya.
"Morning sayang! Dah bangun. Pergi mandi." Nadia kemudian membantu Adam untuk bangun. Selepas itu, dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.

"Tak payah masak lah hari ini. Kita breakfast dekat luar." Tegur Hazwan tiba tiba. Nadia terus berhenti memotong sayur. Kemudian dia naik ke atas untuk bersiap.

Sudah sahaja bersiap, dia melihat Hazwan sedang tunggu di sofa. Adam dan dia turun bersama. "Dah siap?" Tanya Hazwan. Kemudian Nadia mengangguk.

Mereka bergerak ke arah kereta Hazwan.

Hazwan membawa Nadia dan Adam makan di restoran.
Di suatu sudut meja makan mereka, kelihatan seorang wanita bersama suaminya serta bayi nya. Tercuit hati Adam melihat baby itu tersenyum kepadanya.

"Mama! Mama! Bila Adam nak dapat adik? Adam nak adik!" Gesa Adam.
Nadia terkejut. Hazwan pula hampir tersedak.

Nadia memandang Hazwan untuk meminta pertolongan nya menjawab pertanyaan Hazwan.

"Adam nak adik?" Tanya Hazwan. Adam cuma mengangguk senyum.
"Kalau Adam nak adik, Adam kena jaga perangai. Jangan nakal nakal. Kesian mama nanti nak jaga Adam dengan adik. So, kalau Adam nak adik Adam kena perangai leklok." Kata Hazwan.

"Ohh, jadi dalam perut mama ni dah ada adik lah papa?" Kata Adam lalu dengan selamba dia mengusap perut Nadia.

Adehh parah ni! Nadia mula buntu.

"Dalam perut mama ni ada adik kan mama? Adam tak sabar nak ada adik." Tidak mahu mengecewakan Adam, Nadia terpaksa mengangguk.

Nadia takut. Hampa. Semua ada. Dia takut Adam hampa yang sebenarnya dia takkan hamil. Setelah itu mereka pulang kerumah. Adam sungguh gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience