10

Romance Series 40612

Laila mendengus geram. Tangannya mengipas wajah yang sudah mengeluarkan peluh itu. Sudahlah dia bersolek tebal, rambut pula dibiarkan lepas, memang masaklah dia di bawah panas terik matahari.

Khalid, si anak mama itu membiarkannya menunggu di stesen bas sudah hampir dua jam. Katanya mahu jalan-jalan dengannya hari ini tetapi dalam perjalanan mahu menjemput Laila, lelaki itu pula memaklumkan dia terpaksa patah balik kerana mamanya mengirimnya untuk membeli makanan kucing.

Kata saja anak orang kaya, tiada driver kah untuk membawa mamanya ke sana dan ke mari. Laila sebal!

Macam mana lelaki selurus Khalid boleh masuk ke kelab malam dan mengupah sugar baby pun Laila tidak tahu. Kalau dia tahu begini, memang tidaklah Laila mengoda Khalid pada malam itu.

Telefon yang berdering mengalihkan perhatian Laila. Ikon hijau disentuh untuk mengangkat panggilan.

"Khalid, you kat mana? I dah panas tunggu dekat sini tahu tak?" Marah Laila.

"Sorry Laila, saya tak dapat nak keluar dengan awak hari ini. Mama saya minta saya temankan dia pergi ke rumah kawan dia. Lepas ini saya transfer duit tambang awak pulang. Hati-hati, bye."

Tutt... tutt..

Mulut Laila ternganga kecil. Tangannya dikepal menjadi penumbuk. Ini bukan kali pertama perkara seumpama ini terjadi! Kalau Khalid ada di depannya, memang dia tibai bahu lelaki itu dengan beg duri-durinya biar berlubang bahu itu!

Lelaki ini memang nak kena!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Dianne menunggu kedatangan Laila di sebuah kafe yang terletak di dalam shopping mall ini. Air minuman yang hampir separuh, dia sedut lagi. Di mana Laila ini? Kata mahu jumpa, tapi lambatnya kalah babi sedut.

Eh, siput sedut!

Jarinya ditilik penuh minat. Lebih tepat lagi pada kukunya yang sudah cantik berkilat itu. Dia baru sahaja pergi buat meni pedi tadi. Kukunya yang sebelum ini berwarna maroon sudah bertukar menjadi warna baby pink. Dan Dianne sukakannya. Nampak lebih soft dan feminine.

Dan sudah semestinya dia bayar menggunakan duit yang diberi oleh Isaac.

Dianne cuma hantar gambar kedai manicure pedicure pada Isaac, tup-tup lelaki itu terus transfer duit padanya. Bukannya sedikit yang diberi, tapi banyak. Boleh sponsor 10 orang agaknya! Dianne apa lagi, dia terus ambil servis yang paling mahal di kedai itu.

Haih, untung juga ada sugar daddy yang memahami!

Tas tangan yang dihempas kasar di atas meja, buatkan Dianne tersentak. Raut masam sahabatnya menyapa pandangan. Ya, Dianne sudah tahu penyebab air muka Laila jadi muram begitu. Kerana itulah Laila mengajaknya berjumpa.

"Lambatnya kau sampai." Tegur Dianne terlebih dahulu.

"Jangan ditanya, hati aku masih sakit." Kata Laila sambil mengangkat tangan, melambai memanggil waiter. Jus epal menjadi pilihan.

Dianne menahan tawa mendengarnya.

"Aku tertanya, Khalid kau itu handsome tak? Umur dia berapa? Ceritalah tentang dia, Ila. Kau belum bagitahu aku lagi." Desak Dianne.

Laila memutarkan anak matanya ke atas. Menyampah pula dengan topik yang ingin Dianne ketahui itu.

"Muka dia so so jer, pakaian dia pun nampak skema. Old school, you know. Umur dia 38 tahun. Aku boleh katakan yang dia itu bujang terlajak. Mungkin sebab perangai dia yang ikut telunjuk mama dia, punca dia tak kahwin lagi sampai sekarang. Kesimpulannya, takda yang menarik tentang dia." Jelas Laila jelas dan ringkas.

Dianne mengangguk-angukkan kepalanya.

"Lainlah macam Tengku Isaac kau itu. Aku dengar baru-baru ini projek mega dia dekat Singapore berjaya sakan. Untunglah kau." Sambung Laila lagi dengan nada teruja. Sudahlah handsome, berjaya pulak itu. Memang role model!

Dianne angkat bahu.

"Entah, aku tak pernah berminat nak ambil tahu tentang kerja dia." Balas Dianne tak bernada. Apa yang penting, Isaac bagi dia duit dengan jumlah yang lumayan.

Sedar tak sedar, dua jam telah berlalu. Banyak cerita yang diborakkan hingga tidak perasan waktu berputar pantas. Habis berborak di kafe, mereka berjalan-jalan pula di dalam mall. Awalnya sekadar ingin cuci mata, last-last penuh kedua tangan menjinjing beg shopping.

Dianne dan Laila masing-masing mengorak langkah sebaik sahaja pintu lif dibuka. Kini jam sudah menginjak angka sembilan malam. Makanya, mereka berdua memutuskan untuk balik ke rumah sahaja. Kalau rajin, mungkin mereka berdua akan berkunjung ke kelab malam hari ini.

Itupun kalau rajin.

Sedang berjalan di basement tempat letak kereta, langkah Dianne dan Laila mula perlahan. Kedua-duanya saling berpandangan, seolah dapat membaca fikiran antara satu sama yang lain. Tangan Dianne dan Laila bertaut erat.

Tap...

Tap...

Dianne mengangguk kecil kepada Laila, memberi petanda untuk sama-sama menoleh ke belakang.

Kosong.

Matanya meliar memandang di sekitar tempat letak kereta itu. Sudahlah sunyi!

Dada Dianne turun naik menahan cemas. Dengan laju, dia menyusun langkah menuju ke arah kenderannya. Mujur Dianne tidak parking jauh dari pintu masuk mall. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta, pintu segera dikunci.

Nafas diatur tenang. Syukurlah, tiada apa-apa berlaku.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

"Aku nak kau betulkan balik proposal ini!"

Nyaring suara itu bergema di tingkat teratas itu. Kertas penuh berselerak di atas meja dan juga di lantai. Semuanya gara-gara Isaac marah dengan hasil kerja pekerja bawahannya.

Mengarang ayat macam budak darjah satu!

Sebaik sahaja pekerjanya keluar, Isaac terus melabuhkan duduk di kerusi kerjanya. Nafas dihela berat. Semakin besar namanya, semakin banyaklah beban yang menjadi tanggungjawabnya.

Jika dia berjaya dengan projek kali ini, untungnya mungkin akan mencecah sepuluh juta ringgit. Kerana itu dia sangat strict!

Orang yang otak bisnes seperti dia, mana mungkin mahu melepaskan sesuatu yang boleh menjadi lubuk kekayaan. Business is all about gaining profit, not losing it.

"Woi hodoh! Banyak mulut you ni kan? I nak masuk! Bagi I masuk!"

"Tak boleh cik, kalau cik nak jumpa Tengku, kena ikut prosedur dulu."

Kening Isaac berkerut mendengar bunyi bising tersebut. Siapa yang berani buat kecoh di bangunannya?

"I ada urusan penting dengan dia! Ke tepi!"

Bam! Pintu pejabat Isaac dibuka kasar sehingga hampir tertutup sendiri kerana melantun di dinding.

Dahi Isaac berkerut sambil membuka matanya yang dipejam tadi. Manusia mana yang sangat tidak beradab tu?

Kerusi dipusingkan. Matanya dikecilkan memandang gerangan yang bertindik hidung, berdiri di tengah ruang bilik ofisnya. Fesyen kerbau apa yang ingin disampaikan ini?

"Who the fuck are you?" Tanya Isaac keras. Dia berdiri sambil menatap tajam gerangan tersebut.

"I Syamiera. We once slept together." Balas perempuan itu bangga. Langsung tidak gentar. Malah rambutnya sempat lagi dilibas ke belakang agar tak menutupi aset di dadanya.

Isaac kerut dahi. Dia tidak ingat apa-apa. Pandangannya dihalakan kepada Fiona yang merupakan secretary nya. Fiona yang faham akan pandangan itu terus menundukkan kepala kemudian berlalu keluar.

Isaac melangkah mendekati wanita yang memperkenalkan diri sebagai Syamiera itu. Setapak demi setapak sehingga dia berdiri betul-betul berhadapan Syamiera. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Rasa tak sabar nak tengking wanita itu.

"Bitch, what do you want from me?" Rendah suara Isaac bertanya namun penuh dengan autoriti.

Syamiera langsung tidak mempedulikan gelaran hina yang disebut Isaac kepadanya. Dia mengelus lembut dada tegap itu kemudian semakin turun ke bahagian abdomen Isaac. Dia tahu, Isaac sangat sensitif dengan godaan.

"I want you, I miss you." Luah Syamiera manja.

"Hands off from me!" Jerkah Isaac sambil menepis kasar tangan gatal itu. Syamiera meringis sakit. Tidak Isaac peduli, tangan perempuan itu hendak terseliuh atau patah sekalipun. Siapa suruh perempuan itu berani sangat!

Bahu Syamiera dicengkam kuat kemudian ditolak dan dikunci di dinding.

"Auch, sakit you... I tahu you suka kasar-kasar, tapi janganlah kasar sangat." Permintaan Syamiera tidak dia layan. Rahang wanita itu dicengkam kuat.

"Aku tak tahu apa yang aku nampak pada kau dulu, sebab apa yang aku nampak sekarang cumalah seekor kerbau yang cuba menyamar jadi manusia." Ujar Isaac penuh sinis.

Syamiera menolak-nolak tangan Isaac di rahangnya apabila sakit semakin terasa. Bagai nak pecah rahangnya dicengkam Isaac.

"Dan aku yakin aku dah bayar kau sesuai dengan harga murah kau, right?" Sambung lelaki itu lagi. Syamiera lantas mengangguk kepala.

"Aku tak dengar!" Sekali lagi Isaac melenting seraya menghantukkan sedikit kepala Syamiera di dinding. Rambut wanita itu ditarik kuat.

"Ya ya!" Balas Syamiera ketakutan. Ah, sial! Pergi serang Tengku Isaac di ofis adalah satu langkah bodoh darinya! Dia terdesak! Sudah banyak lelaki yang dia goda tapi satu pun tidak melekat!

Semuanya habis madu sepah dibuang!

Cengkaman dilepas kasar membuatkan kepala Syamiera tertoleh ke tepi.

"Aku taknak tengok muka kau lagi depan aku lepasni. So buffalo, GTFO." Ucap Isaac seraya tangannya menunding ke arah pintu.

Isaac menghantar langkah kelam kabut wanita itu dengan pandangan dingin. Hampir Syamiera melanggar badan tegap Mike yang berdiri di hadapan pintu tersebut.

Isaac melangkah menghampiri laci meja kerjanya. Tisu basah diambil kemudian tangannya dilap bersih. Seakan ingin membuang kotoran yang wanita itu telah tinggalkan pada tubuhnya. Dalam hatinya menyumpah seranah kedatangan Syamiera di pejabatnya.

Mencemarkan harinya sahaja!

Tiba-tiba teringatkan si sugar baby di sana. Kalau ada Dianne, bolehlah tolong sejukkan hatinya.

Isaac kembali duduk di tempatnya tadi. Kemudian barulah dia angkat wajah memandang Mike yang berdiri tegak dihadapan meja kerjanya.

"Anything?"

"Barang-barang yang Tengku suruh saya standby untuk malam ni, saya sudah letakkan dalam bonet kereta Tengku." Ujar Mike.

Isaac hela nafas lalu mengangguk kecil.

"Okay, you can go."

Mike tunduk sedikit sebelum melangkah keluar dari ruangan itu.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Tit! Tit! Tit! Tit!

Klak!

Bibir yang tidak beremosi itu tadi melengkung ke atas sebaik sahaja pintu itu berjaya dibuka. Dengan langkah yang paling ringan, dia menjejakkan kakinya masuk ke dalam rumah itu. Kemudian, dengan cermat dan perlahan pintu kembali ditutup.

Isaac membuka kasut di kaki dan meninggalkannya tidak jauh daripada pintu. Topi hitam dibuka lalu diletakkan di  atas meja ruang tamu.

Lehernya dan bahunya diregangkan. Hari ini sangat memenatkan! Langkah kaki dibawa memasuki pintu bilik Dianne.

Ya, dia baru sahaja menceroboh masuk ke dalam apartment milik Dianne! Sebenarnya menceroboh bukanlah satu perkataan yang tepat, memandangkan dia masuk tanpa perlu mencungkil pintu macam pencuri.

Paling tepatnya, masuk tanpa kebenaran tuan rumah!

Haa... kalau Isaac salah, tolong jangan betulkan. Nanti jatuh maruah dia.

Isaac ukir segaris senyuman melihat wanita itu sedang menikmati masa tidurnya. Jam dinding dikerling sekilas. Pukul 2 pagi. Isaac punya beberapa jam saja lagi sebelum kembali tenggelam dalam kerjanya di ofis.

Jaket hitam dan t-shirt nya dibuka lalu disidai pada tempat penggantung baju dalam bilik itu. Dia tidak selesa tidur menggunakan baju. Rasa sedikit lemas.

Badannya perlahan-lahan dibaringkan bersebelahan Dianne. Berhati-hati tangannya diselukkan di bawah kepala Dianne yang sedang membelakangi itu, untuk merapatkan jurang mereka.

"Who-"

"Shh, it's me. Keep sleeping, baby." Isaac pantas memotong bicara Dianne yang mula tersedar itu.

Dahi Dianne berkerut namun matanya masih terpejam rapat. Dia masih benar-benar mengantuk dan ingin terus tidur. Dia kenal suara Isaac. Dan dia kenal bau Isaac.

Bau pedas dan seksi tetapi nyaman.

"Macam mana you masuk?" Dalam mamai Dianne bertanya. Isaac yang semakin menempelkan dirinya pada Dianne, tidak dia hiraukan. Tiada tenaga.

"I have my own way." Balas Isaac pendek. Matanya dipejamkan. Hidungnya menyedut bauan manis yang datang dari Dianne.

"You datang nak apa?" Wanita itu masih ingin bertanya dengan suara seraknya.

"I sunyi, then you came into my mind." Balasnya dengan nada kecil. Isaac juga sudah hampir mahu tidur.

Dianne dapat rasakan belakang kepalanya hangat dengan kucupan kejap dari Isaac. Dengan perlahan, Dianne memusingkan badannya menghadap Isaac. Kini, keduanya dapat merasakan hela nafas masing-masing. Hangat dan halus, memberi kenyamanan.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; sorry kalau chapter ni hambar ? btw, thank you for those yang stay dari bab 1 sampai 10!! we have long journey to go! ?

Teaser :

"Isaac you... gay...?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience