22

Romance Series 40612

Penerbangan yang memakan masa hampir tujuh jam itu sedikitpun tidak membuatkan matanya terlelap pejam. Semenjak berada di bumi matahari terbit itu, fikirannya tidak pernah tenang. Dalam kesibukkan menghadiri mesyuarat, Isaac tetap memastikan dia tidak terlepas satu halpun khabar di Malaysia dari Mike.

Dan hari ini dia pulang dan ada berita kurang enak telahpun sampai di pendengarannya oleh Mike semalam kepadanya. Masih dia ingat, bagaimana dia meninggalkan bilik hotel dalam keadaan bersepah, patah dan berkecai dek kerana rasa marahnya.

Tak lain dan tak bukan perihal rahsia silam yang sudah diketahui oleh Dianne.

Setelah tiba di balai pelepasan, Mike sudahpun menunggu ketibaannya. Tanpa menunggu arahan, Mike dengan tangkas terus mengambil alih untuk membawa bagasi milik majikannya. Dari balai pelepasan hingga sewaktu pemanduan, Isaac langsung tidak berbunyi walaupun satu patah perkataan.

Dan hal itu membuatkan Mike jadi gelisah. Seakan tahu apa yang bakal terjadi dalam masa yang terdekat.

"Berhenti tepi dan keluar," rendah suara itu menuturkan arahan. Mike telan air liur gugup lalu bergerak seperti yang dipinta.

Tegak dia berdiri di tepi jalan sunyi sambil matanya menatap lurus bahagian tepi kereta mewah itu. Tinted gelap membataskan pandangan mata untuk mengetahui apa yang sedang Tengku Isaac lakukan di dalam kereta.

Selang beberapa minit, Isaac turut keluar dari perut kenderaan. Dan hal yang membuatkan Mike bertambah berdebar adalah kerana kehadiran sepucuk pistol hitam ditangan kanan Tengku Isaac.

Bangg!

Tanpa sebarang amaran, peluru deras menembusi kulit benar-benar di tepi bahu Mike. Walaupun terkena sipi-sipi namun darah tetap jua mengalir keluar. Mike tahu Isaac mampu melepaskan tembakan lebih daripada itu. Dan tembakan yang tersasar ini hanyalah satu bentuk peringatan.

Belum sembuh dari kejutan ditembak, sebuah penumbuk yang cukup padu pula menghentam ke wajah Mike. Cukup dengan satu tumbukan, ia mampu membuatkan Mike tersungkur bersama hidung dan mulut yang berdarah.

"Kau tahu kenapa aku pukul kau?" Soal Isaac kedengaran seram di pendengaran Mike. Lelaki yang terduduk melutut menghadap Isaac itu menganggukkan kepala.

"Maafkan saya, Tengku." Ucap Mike. Dia cukup tahu sebabnya. Pertama, Mike lambat menghalang Dianne melihat Isaac di wad pada malam itu. Kedua, Mike mengambil masa yang terlalu lama untuk menangkap stalker misteri tersebut.

"Prestasi kau merosot, Mike. Dan aku tak sukakannya." Ujar Isaac keras sambil memeriksa peluru di dalam pistolnya.

Dalam diam Mike mengaku akan kesalahannya. Tetapi dia punya alasan sendiri. Jika orang yang perlu dia lawan adalah musuh Tengku Isaac, sudah tentu dia akan tentang habis-habisan tanpa perlu berlembut.

Namun kali ini ia adalah Dianne Felora, seorang perempuan yang membuatkan Tengku Isaac tersenyum dalam diam serta rindu bila berjauhan. Bagaimana Mike mahu berkasar? Silap-silap, dia boleh putus tangan dan kaki!

"Aku cuma nak dengar berita baik. Macam mana dengan stalker tu?" Ujar Isaac sambil meletakkan muncung pistol di dahi Mike.

"Stalker tu dah berjaya ditangkap, Tengku." Jawab Mike. Isaac mengangguk kecil kepalanya.

"Bagus," Muncung pistol dijauhkan dari dahi Mike.

Sejujurnya dia memang tiada hatipun mahu menghukum Mike dengan teruk. Sekadar mahu mengertak agar lelaki itu tidak cuai lagi dalam melakukan pekerjaan kerana lelaki yang digelar Mike itu sudah lama menjadi orang kanan merangkap orang kepercayaannya.

Melainkan jika ada isu khianat. Hal itu Isaac tidak akan berkompromi.

"Pandai-pandai kaulah balik sendiri," ujar Isaac seraya menyisipkan pistol ke pinggang lalu menapak pergi ke arah kereta meninggalkan Mike yang masih melutut di tepi jalan.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Tiga hari berputar terlalu lambat buat Dianne. Terlalu lama rasanya menghitung hari untuk berpeluang bersemuka dengan Tengku Isaac Mateen. Satu demi satu kebenaran yang terbongkar membuatkannya tidak sabar untuk mengungkit kisah silam!

Masa silam yang menjadikan darah Dianne menggelegak bila teringatkan kembali. Tengku Isaac Mateen punya hutang besar terhadapnya! Dan Dianne tidak akan biarkan hutang itu tergantung tanpa ditagih.

Nombor merah yang tertera di dalam lif ditenung tanpa berkelip mata. Mengira setiap satu tingkat yang dilepasi sebelum ia bertukar kepada tingkat yang ingin dituju.

"Tentang kejadian sepuluh tahun yang lalu..."

Tidak semena, perbualan penuh kejutan bersama Luqman semalam menggamit semula di minda. Hati Dianne menjadi sakit.

"Abang sudah berjaya dapatkan info pelaku yang melanggar ibu Anne,"

Genggaman tangannya di sisi dikepal kuat. Gigi bergesel menahan geram. Emosinya terus memuncak.

"Orangnya adalah..."

Ting!

Lif berbunyi menyentak Dianne yang sedang larut dengan isi kepalanya. Kaki dibawa keluar dari dalam perut lif lalu diatur laju menuju ke destinasi.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Tit! Tit! Tit!

Nombor password rumah ditekan pantas lalu pintu rumah ditolak dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi menyorong bagasi hitam masuk ke dalam. Tangannya meraba ke dinding untuk mencari suis lampu bagi menerangi ruang gelap itu.

Tap! Lampu menyala.

"Selamat malam daddy," Kehadiran Dianne Felora yang duduk menyilang kaki diatas sofa ruang tamunya itu sungguh mengejutkan. Sejak bila wanita itu menunggunya di situ? Malah dalam gelap.

"Lama tak jumpa, how are you?" Ujar Dianne sambil berdiri dan menyusun langkah mendekati Isaac yang masih diam kaku di tengah ruangan itu.

Isaac mengamati lama wajah Dianne yang berpura-pura senyum manis itu sebelum wajah wanita itu berubah serius dan menyungging senyum sinis.

"I know what's in your mind but I'll explain, Anne." Kata Isaac tenang sambil masih mengunci pandangan menatap Dianne yang berdiri lurus di hadapannya itu.

"Explain a bullshit? Or another lie, Isaac?" Sinis Dianne membalas. Anak matanya tajam menikam wajah kepenatan Isaac.

"I will tell you the truth, Anne." Isaac melangkah beberapa tapak mendekati Dianne seraya cuba mengapai tangan wanita itu sebelum kembali menyambung bicara.

"Sit down fi-"

"You almost freaking killed my mom, Isaac!" Jerit Dianne sambil menepis dan menolak tubuh Isaac hingga lelaki itu berundur dua tapak kebelakang.

Dada Dianne turun naik menahan emosi. Deru nafas terhela kasar di ruangan besar itu.

"That's the truth..." lirih Dianne bersuara bersama air mata yang sudah mengalir ke pipi. Sekian lama dia menahan air mata itu daripada keluar dan akhirnya ia terhambur jua.

Isaac masih seperti tadi. Berdiri teguh dan memakukan pandangan kearah wanita itu. Ah, hati Isaac bagai dicengkam kawat berduri disaat mendengar tangisan Dianne. Kerana ia terdengar rapuh sekali.

"Anne, I made a mistake. I masih muda waktu tu. Sumpah, I tak sengaja!" Jelas Isaac cuba membela diri.

"Dan you tahu apa yang I paling sakit hati?" Soal Dianne mengabaikan ayat Isaac. Jarinya menunjuk-nunjuk ke dada sendiri untuk memberitahu betapa hatinya remuk dengan segala yang terjadi suatu ketika dahulu.

"You terlepas daripada hukuman just because you're underage. You gunakan duit mama papa you untuk tutup kes itu seolah-olah that whole damn accident didn't happened... and I! I almost lost my mom because of that!" Luah Dianne penuh kesal.

Andai saja dia ketika itu sudah boleh berfikir dengan matang, sudah tentu dia akan membela nasib ibu! Tetapi malangnya, ketika itu Dianne masih mentah. Tidak tahu menganalis keadaan dengan cara yang benar. Bila dikatakan ibu kemalangan, Dianne cuma terina sahaja. Kerana dia terlalu muda untuk mengambil tindakan yang tepat.

"You didn't know and not even think, how I cope with my pain bila ibu I terlantar koma 6 bulan di hospital. You dengan family you sikitpun tak datang minta maaf, jauh sekali nak membantu!"

Dianne masih meneruskan kata walau dalam esakan dan suara yang bergetar. Isaac jatuhkan pandangan ke lantai. Tidak lagi mampu memandang wajah yang penuh kesakitan dan kehampaan itu.

"And bila ibu I sedar dari koma, I terlalu gembira... sampaikan I terus belikan makanan kegemaran dia sebaik sahaja I pulang dari sekolah." Dianne usap air mata yang deras mengalir keluar hanya untuk pipinya kembali basah dengan air mata yang baharu.

"Just to see her more suffer then before. She was not herself, she barely recognised me, anak kandung dia sendiri. I hilang ayah... dan pada masa yang sama I hilang ibu I walaupun dia masih hidup."

"My life wasn't easy, Isaac. Tak pernah. I didn't born to have a good life like you. Childhood I tak sama macam budak lain. Dan you berjaya jadikan hidup I lebih sakit dan rumit!" Sambung Dianne lagi dengan sedu-sedan.

Malam ini, hati Isaac bagai ditikam belati dengan luahan Dianne. Berkali-kali. Setiap ayat yang keluar dari mulut Dianne sungguh tajam menyalahkannya. Rahangnya terketap kuat, menahan rasa sakit dan marah pada diri sendiri.

Dianne diam tidak berbicara lagi. Berulang kali dia usap pipi yang basah dengan belakang tangan lalu mengorak langkah ke arah meja kopi kemudian sampul coklat itu diambil. Sesudah itu, dia kembali melangkah berhadapan dengan Isaac.

Helaian kertas yang terkandung di dalam sampul itu kemudiannya pantas dilemparkan ke wajah Isaac.

Isaac yang sedari tadi tunduk ke bawah dalam posisi punggung bersandar di laci bersama kedua tangan ditegakkan diatas permukaan laci itu, mengangkat wajah pabila mukanya serasa ditampar oleh sisi kertas yang nipis serta tajam yang berterbangan di udara tersebut.

Isaac leka dalam memori masa silam hingga tidak sedar Dianne muncul bersama kertas-kertas itu. Anak matanya bergerak-gerak memerhati kertas yang telah jatuh ke lantai sebelum ia berhenti pada helaian yang mempunyai gambar Mariam.

Isaac mengeluh dalam diam. Sejak bila pula wanita itu menemukan fail yang disimpan rapi dalam laci itu?

Tidak dia sangka, wanita dihadapannya ini lebih pantas bertindak daripadanya. Dari segenap segi. Silap Isaac, memandang remeh kemampuan Dianne.

"You plan semua ni? Sejak bila you tahu I anak kepada Mariam Daud? Pertemuan pertama kita tu, sebahagian daripada rancangan you ke?" Kali ini suara Dianne bertanya lebih keras tiada getaran lagi. Tangisannya sudah dilepaskan sepuasnya tadi. Kini, hanya ketegasan yang tinggal.

Isaac lantas berdiri tegak.

"No! Our first meet takda kaitan langsung dengan semua ni!" Isaac tegas menidakkan sangkaan Dianne. Benar, dia tidak agenda lain melainkan rasa ingin tahu untuk mengenali dengan lebih dalam ketika mendekati Dianne buat pertama kali pada malam itu.

Dan akhirnya rasa ingin tahu itu membawa Isaac kembali kepada perkara yang ingin dia lupakan. Larilah sejauh mana, dia tetap kembali semula kepada kesilapannya dahulu.

Kifarah? Mungkin ya.

"I dapat tahu you siapa cuma bila I selidik latar belakang you selepas you terikat dengan perjanjian tu," sambung Isaac lagi.

Ah, kenapa perkara seperti ini perlu terjadi diantara dia dan Dianne? Hal ini membuatkan hubungannya bersama Dianne semakin dingin dan rumit!

Dalam banyak-banyak orang, mengapa harus Dianne? Dalam banyak-banyak putaran waktu, mengapa harus sekarang? Di ketika nama Dianne tanpa sedar telah lama mendapat tempat di hati. Di ketika bayangan Dianne menjadi tetamu tetap di setiap mimpinya.

Argh, sial!

Dianne tertawa sinis. Pandangnya dibuang ke tepi.

"You dah lama tahu, tapi you pura-pura macam takda apa yang berlaku. Exactly like how you did in the past," suaranya rendah namun diucapkan dengan penuh sinis.

"Anne," panggil Isaac seraya melangkah merapatkan jarak diantara dia dan Dianne. Tatapan Dianne tertuju semula kearah Isaac.

"I tak sangka, orang yang menjadi punca ibu I gila sebenarnya sudah ada di depan mata I." Anak matanya menari-nari di wajah Isaac. Bagaimana wajah sesempurna itu bisa menjadi penyebab derita orang lain?

"Anne, I'm sorry..."

"Maaf you dah basi, Isaac. It won't change anything." Balas Dianne lalu bergerak melepasi Isaac. Isaac melepaskan keluh disaat bahunya dilanggar oleh wanita itu. Kemudiannya dia berpaling memerhati Dianne yang sedang mengambil beg tangan di atas sofa.

Marah wanita itu masih belum habis. Isaac tahu.

"Jangan cuba salahkan I seorang, Anne." Tak tertahan, ayat itu keluar dari mulut Isaac sekaligus menghentikan tingkah Dianne yang hendak memulas tombol pintu. Dahinya berkerut tidak faham.

Genggamannya pada tombol pintu kian erat. Hatinya bertambah geram dengan ayat yang dituturkan oleh Isaac. Jadi, Isaac mahu salahkan siapa? Sudah jelas-jelas lelaki itu yang bersalah dalam hal ini!

Memandu di bawah umur hingga menyebabkan kemalangan! Dan mangsanya adalah ibu Dianne sendiri! Isaac selfish!

"I takkan berdiam diri, Isaac." Sempat Dianne ucapkan kata sebelum pamit pergi. Malas mahu berlama lagi serta menahan sakit hati menghadap muka Isaac.

Isaac yang sedang berdiri keseorangan di tengah ruangan itu mengepal kuat genggaman tangannya hingga urat hijau mula timbul. Lalu, kertas yang masih bersepah di lantai disepak hingga ia terjatuh jauh dari tempatnya berdiri. Beberapa helaian pula berterbangan kejap di udara dek angin yang terhasil.

Dan-dan itu, kertas yang mempunyai gambar Mariam jatuh tepat dihadapan kakinya.

"Mariam..." bisiknya keras dengan rahangnya yang kian kuat terketap. Bagai menyimpan dendam yang mendalam.

"Fuck!" Buku limanya menumbuk cermin hiasan di ruang tamu dan darah yang mengalir tidak dipeduli.

"Hati I pun sakit, Anne." Rintih Isaac sambil menatap pantulan dirinya pada kaca yang telah retak itu.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; Saya tak tahu apa yang saya tulis, tapi harap korang boleh terima seadanya penulisan saya ni. Maaf kalau emosi tak sampai, saya masih lagi belajar.

Share this novel

Sal
2024-12-08 23:02:18 

lgi please


NovelPlus Premium

The best ads free experience