17

Romance Series 40612

ya, saya tahu saya lambat update hehe

Kakinya dari tadi tak berhenti bergerak. Sekejap digoyang kiri dan kanan, sekejap pula dihentak-hendak kecil pada lantai sejuk itu. Tangannya menyilang di dada dan ada kalanya dia meraup rambut ke belakang tanpa sebab.

Jika ada orang yang melihat, mereka pasti dapat meneka bahawa wanita itu sedang gementar.

Seperti biasa, Dianne harus menunggu terlebih dahulu di ruang tempat duduk lobi sebelum dia dibenarkan untuk masuk melawat. Hampir lima belas minit menanti, staf disitu membenarkan dia masuk.

Pintu yang bertulis 2A1 itu dikuak perlahan dan iris matanya disapa dengan pemandangan yang biasa. Sosok kurus yang sedang termenung jauh serta diam mengunci pandangan ke luar jendela.

Kata nurse, dua ke tiga hari kebelakangan ini ibunya bersikap baik. Tidak mudah memberontak ataupun meracau tak tentu hala. Mendengarkan itu, hati Dianne disapa ketenangan. Tipu jika dia katakan, dia tak pernah penat berharap agar ibunya bisa sembuh suatu hari nanti.

Tetapi, Dianne tetap mencari semangat baru. Sentiasa peka dengan perkembangan dan perubahan dari sang ibu daripada doktor yang menjaganya. Malah dia juga tidak pernah culas membayar perubatan ibunya disini. Dianne hanya mahukan yang terbaik buat sang ibu.

Impiannya hanyalah cuma ingin melihat ibunya menyentuh bahagia lagi. Kerana wanita kuat itu sudah cukup menderita sebelum ini.

Langkah disambung menghampiri Mariam. Kerusi kayu diseret lalu Dianne melabuhkan duduk berhadapan wanita tua itu. Dan seperti biasa, Mariam tidak memberikan reaksi. Sekadar diam tak berkutik.

"Assalamualaikum, ibu." Sapa Dianne. Bebola matanya menari-nari di wajah cengkung itu.

Selepas menerima sampul misteri itu, hati Dianne tidak pernah tenang. Setiap saat memikirkan kondisi ibunya. Bimbang jika individu tersebut melakukan perkara buruk pada ibu. Tapi syukurlah, melihat ibunya dalam keadaan baik-baik saja.

"Anne datang nak jumpa ibu." Sayu Dianne bersuara. Tangan Mariam diraih dan dibawa dalam genggaman. Ibu jarinya mengusap perlahan kulit tua si ibu.

Senyap.

Fikiran Dianne selalu begini pabila bertentang mata dengan Mariam. Sesat dan hilang dalam kerumitan hidup bagai seorang anak kecil yang nanar mencari tempat berlindung. Terlalu banyak yang mengasak di dada hingga dia sering menghabiskan masa lawatan ini dengan berdiam diri.

Tak tahu dimana harus dia bermula,

dari masa kecilnya yang rapuh. Dari ketika dia terpisah dengan si ibu. Apa mungkin dari saat ayahnya bertemu sang Ilahi? Dan bagaimana liku hidupnya setelah ditinggalkan sebatang kara. Sesudah itu bagaimana dia bangkit hidup seorang bersama keluarga yang bukan dia punya.

Atau dia terus menjangkau kisah itu dan beralih dengan bagaimana dia terjebak dalam gejala sosial. Seperti mana pertemuannya bersama Isaac. Dan perkenalan itu membawa satu masalah baru dalam hidupnya.

Siapa yang mengekorinya? Siapa yang menghantar sampul itu? Kenapa ibunya yang menjadi sasaran? Benarkah Isaac turut terlibat dalam hal ini? Apa maksud ayat di sebalik gambar itu? Tipu, siapa yang menipu?

Dianne menunduk ke bawah bersama mata yang terpejam. Tanpa dia sedar, air mata sudah merembes keluar membasahi pipi.

"Anne..."

Hampir detak jantungnya berhenti disaat dia mendengar suara lemah menyebut namanya terpancul keluar dari mulut Mariam. Spontan kepalanya diangkat. Genggaman tangannya makin erat.

"Ib... ibu panggil... Anne?" Bergetar suaranya bertanya.

Dapat dia rasakan air mata kian laju meluncur di pipi namun cepat dia lap dengan belakang tangan. Tidak mampu dia gambarkan perasaan gembira apabila ibunya memanggil namanya selepas bertahun lama nikmat itu ditarik daripadanya.

"Dulu aku ada anak nama Anne," ujar suara tak bermaya itu. Tatapannya kosong saja melurus ke depan.

"Aku dah lama tak jumpa dia,"

Tak dapat menahan sebak, terlepas jua bunyi esakan yang cuba dia tahan. Pandangannya masih tak lepas dari seraut wajah Mariam walaupun matanya sudah dikaburi air jernih.

"Ibu, ini Anne. Anne ada depan ibu." Dianne ambil tangan kurus Mariam lalu telapak dingin itu dia lekapkan di pipi sendiri.

Buat seketika, hati Dianne merasakan kehangatan di saat anak mata Mariam dengan perlahan bergerak memandangnya. Beberapa saat, wajah Dianne ditatap diam sebelum kepala itu dengan perlahan menggeleng kecil.

Mariam menarik tangannya daripada menyentuh pipi Dianne seraya menepis pegangan itu. Dia berganjak ke belakang lalu tanpa aba-aba membaringkan diri membelakangi Dianne.

Dianne tatap sendu sosok yang sedang mengerekot itu dari belakang. Dia tak berkecil hati. Malah hari ini adalah hari baik buatnya. Sekurang-kurangnya ibunya bercakap dan memberikan reaksi.

Dia bangkit berdiri.

"Ibu, Anne pulang dulu. Nanti kita sembang lagi ya?" Pamit Dianne. Spontan bibirnya ukir senyum nipis. Tanpa menganggu Mariam lagi, Dianne undurkan diri dengan senyap dari bilik itu.

Air mata diusap hingga tiada yang bersisa di wajah lalu nafas diatur tenang sebelum langkah disusun menghampiri kaunter pertanyaan. Dia punya soalan yang ingin ditanyakan.

"Ya cik Dianne, boleh saya bantu?" Ramah pekerja yang bernama Sufi itu menyapa. Dianne memberi senyum ringkas. Dia dan Sufi memang sudah saling mengenali kerana Dianne kerap datang ke sini.

"I nak tanya selain daripada I, ada lagi tak orang lain yang lawat ibu I?" Tanyanya.

"Hrmm, rasanya tiada cik Dianne." Sufi geleng kecil. Dianne diam seketika sambil jarinya mengetuk perlahan meja kaunter itu.

"Sufi, boleh tak nak I tengok buku log pelawat?" Pinta Dianne penuh berharap. Sufi jadi buntu dan dihurung serba salah kerana kalau ikutkan peraturan kerja, jawapannya memang tak boleh.

"Please, benda ni sangat penting untuk I." Rayu Dianne lagi. Sufi gigit bibir.

"Tapi..." jeda Sufi seraya kepalanya ditoleh kiri dan kanan dan dengan perlahan dia serahkan buku itu kepada Dianne.

"Cepat sikit." Bisik Sufi.

"Thank you." Ucap Dianne turut dalam nada berbisik. Buku log itu dibuka pantas.

Hampir sepuluh minit mencari, Dianne putus asa. Tiada rekod menunjukkan terdapat pelawat lain ke bilik 2A1 melainkan dirinya.

Bahu Dianne jatuh. Sedikit hampa. Buku itu dikembalikan semula kepada Sufi bersama dengan ucapan terima kasih. Setelah itu, dia bergerak keluar dari bangunan tersebut.

Sebaik masuk ke dalam perut kereta, Dianne lepaskan keluh berat. Kepalanya disandarkan pada steering kereta. Tanda tanya kembali bertandang di minda. Terus gambar itu bagaimana pula? Benar ataupun tidak?

Ke Sufi tipu dia?

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Pintu kaca itu ditolak lalu Dianne melangkah masuk. Segera dia melajukan langkah kaki apabila matanya menangkap kelibat Laila bersama abangnya sudah ada dalam kedai makan itu.

"Sorry, dah lama ke tunggu?" Dianne ambil tempat duduk berhadapan Laila dan disebelah Laila pula ada Luqman.

"Takdalah, baru je lagi."

"Haah, berkulat dah bontot ni."

Dianne tergelak kecil dengan dua balasan berbeza itu. Seperti biasa, Laila dengan perangai tak semengahnya dan Luqman yang lebih bersikap matang. Perbezaan karakter itu mungkin atas faktor umur.

"Abang dah orderkan dah air untuk Anne cuma makan je belum. Tak tahu Anne nak makan apa." Ujar Luqman.

"Takpa abang, terima kasih. Anne kenyang lagi." Dianne menolak.

"Susahnya lahai nak jumpa Anne sekarang. Balik rumah pun jarang. Laila pun sama. Mama dengan papa selalu tanya bila korang nak balik rumah." Luqman bercerita.

Dianne dan Laila hanya sengih tak bersalah.

"Orang busy lah abang." Jawab Laila sambil mengacau air minumannya.

"Sorry, abang Luq. Nanti Anne cari masa jumpa mama Qish dan papa Am, okey." Janji Dianne. Luqman mencebik.

"Yelahtu, janji manis." Sindir Luqman.

"Yang tentang mesej Anne tu-"

"Hal apa yang urgent tu, Anne? Kau ada simpan rahsia dengan aku eh?" Laila potong bicara Dianne seraya mengecilkan matanya memandang wanita di depannya.

"Anne nak minta abang tolong apa je?" Luqman pula bertanya.

Semalam Dianne tiba-tiba menghantarkan pesanan memberitahu ingin berjumpa kerana memerlukan bantuan. Sepanjang malam itu jua, hatinya tertanya-tanya kerana jarang sekali Dianne meminta pertolongan. Selalu juga dia ceramah Dianne, kalau-kalau wanita itu punya masalah tapi pendam sendiri.

Naluri dia sebagai seorang abang hanya risau. Kerana dia tahu Dianne tidak punya tempat bergantung melainkan mereka sekeluarga. Jadi, Luqman tidak mahu timbul ralat di masa akan datang nanti. Laila pun selalu dia berpesan, kalau ada masalah bagitahu. Jangan simpan seorang.

Luqman hanya mahu jadi abang yang terbaik buat dua wanita itu. Dia enggan memandang remeh amanah dari mama dan papanya untuk menjaga kedua adiknya itu dengan baik.

Dianne buka beg tangannya lalu mengeluarkan dua sampul dan diserahkan kepada Luqman. Terjongket kening Luqman melihat sampul berkenaan namun dia ambil jua. Laila merapatkan tubuh menjenguk mahu melihat isi sampul yang sedang abangnya keluarkan itu.

"Gambar apa ni, Anne?" Laila pantas bertanya. Matanya beralih memandang Dianne manakala wajah Luqman sudah berubah. Rautnya sedikit tegang dengan dahi yang berlapis. Lagi-lagi ketika dia belek gambar itu ada tulisan dengan ayat mencurigakan.

Dianne diugutkah? Dia jadi tak sedap hati.

"Anne, siapa yang bagi ni?" Serius nada Luqman menyoal. Dianne hembus nafas sebelum memulakan penjelasan. Penuh tekun Laila dan Luqman mendengar.

"Jadi orang tu nak apa? Minta duit?" Tebak Laila namun Luqman menggeleng kepala tak setuju.

"Abang rasa orang yang hantar ni nak bagi amaran. Di sini ada tulis 'him', Anne ada berkawan rapat dengan mana-mana lelaki ke?" Soalan Luqman buatkan Dianne telan air liur. Dengan perlahan kepalanya diangguk.

"Siapa?" Tanya Luqman lagi. Dianne dan Laila saling berpandangan.

"Tengku Isaac Mateen. Anne kenal dia waktu dia datang untuk rasmikan program kampus kami." Bohong Dianne. Takkan dia nak jujur cakap dia sugar baby Isaac? Mahu dia dihukum gantung oleh Luqman.

Laila turut gementar dengan menebarkan pandangannya ke sekeliling kafe itu. Risau penipuan itu ditangkap oleh Luqman. Maklumlah, inspektor polis.

"Sebenarnya, kebelakangan ni Anne rasa macam diekori cuma Anne tak pasti lagi betul ataupun tidak. Takut firasat Anne salah." Sambung Dianne lagi. Jarinya dimainkan sesama sendiri.

"Kenapa baru nak bagitahu abang sekarang? Sepatutnya dari awal lagi Anne terus cerita pada abang supaya kita boleh cegah awal. Tengok, sekarang sampai diugut dengan gambar ni semua. Anne sedar tak benda macam ni bahaya?" Tegas Luqman. Wajahnya juga sudah tak setenang awal tadi.

Dianne menunduk. Laila mengerling sekilas abangnya.

"Kan Anne dah bagitahu sekarang. Abang janganlah marah." Laila cuba berada di pihak Dianne. Abangnya itu memang garang. Kadang-kadang dia sendiri pun takut nak hadap muka ketat Luqman.

"Abang bukan marah, abang risau." Ujar Luqman. Dia sudah biasa handle kes sebegini, dan Kadang-kadang ia berlarutan dengan serius. Jadi, dia sedikit paranoid.

"Anne ada curiga apa-apa dengan Tengku Isaac tu ke?" Luqman kembali dalam mood inspektornya, menyoal siasat sebanyak yang mungkin dari Dianne.

"Anne syak orang dalam gambar tu adalah dia. Dan amaran tu merujuk pada dia." Ujar Dianne. Laila pula sudah membulatkan mata sambil menekup mulut.

"Anne, takkanlah..." Laila sekadar membiarkan ayatnya tergantung. Masih tak percaya dengan tuduhan Dianne.

"Kenapa Anne kata dia?" Tanya Luqman.

"Sebab Anne jumpa pakaian yang sama dalam bonet kereta dia." Jawab Dianne ringkas.

"Seriuslah?!" Tak sengaja, Laila terkuatkan suaranya hingga ada beberapa kepala menoleh ke arah mereka. Segera dia menunduk ringkas meminta maaf atas keterlanjurannya itu.

Luqman mendiamkan diri. Sedang mencerna maklumat. Timbul banyak persoalan di mindanya. Kalau benar tuduhan Dianne itu, jadi apa kaitannya Tengku Isaac dan ibu Dianne?

"Abang, Anne cuma risaukan keselamatan ibu je sekarang." Diane luahkan kegusaran. Luqman hela nafas panjang.

"Ya, abang tahu tapi pada masa yang sama Anne pun patut risaukan keselamatan Anne sendiri. Dan satu lagi, korang berdua tolonglah jangan merayau sendiri. Kalau boleh buat masa ni, tinggallah di rumah mama papa dulu. Bahayalah tinggal seorang diri." Ujar Luqman.

Senyap. Luqman mendengus geram. Dua wanita ini memang sukar nak bawa berbincang.

"Kalau taknak tinggal rumah mama papa, at least kalau nak pergi mana-mana bagitahu abang. Faham?" Luqman mengalah. Kedua wanita itu angguk bersama sengih tak bersalah.

"Dan Anne jangan risau. Abang sendiri yang akan siasat kes ni. Make sure kalau ada apa-apa yang mencurigakan, terus bagitahu abang." Pesan Luqman.

"Baik inspektor!" Sahut Dianne sambil tangannya diangkat diletakkan di dahi.

"Terima kasih abang Luq, terima kasih Laila." Ucap Dianne ikhlas.

"Small matter, Anne. Anne kan adik abang jugak, dah jadi tanggungjawab abang untuk jaga Anne macam mana abang jaga Laila." Tersentuh hati Dianne mendengarkan itu. Mulalah birai matanya ingin memanas.

"Entahlah kau ni! Kau kalau berahsia lagi next time, memang aku timbus kau dengan tanah hidup-hidup! Berahsia dengan abang takpe tapi jangan aku." Ujar Laila mengundang tawa Dianne dan Luqman. Di ayat terakhir, dia acah-acah berbisik walaupun dapat didengari jelas oleh Luqman disebelah.

Dianne tatap dalam dua insan di depannya itu, orang baik yang dihadiahkan Tuhan buat dirinya.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; maaf hampakan korang Isaac takde dalam bab ni muahahahaha

Teaser :

"Salahkah I nak spend time untuk diri I? Ke you nak I ada dekat sisi you 24 jam? Kenapa tak ikat je I terus dekat pinggang you?"

"You nak I ikat you betul-betul ke? Jangan cabar I Anne."

(komen bebanyakk kalau nak isaac muncul )

Share this novel

Aisyah Esya
2024-11-09 06:43:05 

cepat munculkan Isaac.. ikat kat pinggang ekk


NovelPlus Premium

The best ads free experience