11

Romance Series 40612

Dianne tersedar dari tidur nyenyaknya. Matanya terasa amat sukar untuk dibuka. Kalau dia terus lajak tidur sampai ke petang pun seronok juga ni! Comforter semakin ditarik hingga ke leher. Sejuk dari aircond menyampaikan rasa dingin.

"Anne, wake up!"

Wajah Dianne berkerut, tidak suka dengan panggilan itu. Telinganya dipekakkan, pura-pura tidak dengar.

"Anne!"

"Take your breakfast first!"

Sepi.

"Baby, don't make me count!"

Dianne mendengus geram. Kakinya yang berada di dalam gulungan comforter tebal itu, bergerak-gerak menghentam tilam. Rasa nak menangis bila tidurnya diganggu. Sudahlah dia tiada kelas harini! Maknanya tiada keperluan untuk dia bangun awal.

"Five minutes, Anne!"

Mendengarkan itu, Dianne bangun mendadak. Rambutnya yang terurai panjang itu diramas-ramas kasar. Macam nak teriak, marah!

Comforter ditolak ke tepi lalu kakinya melangkah masuk ke kamar mandi. Dia mahu cuci muka dan gosok gigi sahaja. Kalau nak tunggu Dianne mandi, nanti tak pasal-pasal ada singa liar terlepas masuk dalam bilik.

Wajah baru bangun tidurnya yang terpantul di cermin bilik mandi itu, ditatap lama. Sedar tak sedar, dua bulan telah berlalu. Dan di dalam tempoh itu, tidak banyak yang berubah dalam hidup Dianne.

Hubungannya bersama Isaac masih seperti dulu. Adakalanya lelaki itu tiba-tiba muncul di rumahnya dan tidur di situ. Kadangkala jejaka itu meminta Dianne menemaninya di penthouse Isaac, seperti keadaan sekarang.

Ada saatnya mereka keluar berjalan-jalan, shopping ataupun makan di luar. Pernah beberapa ketika Isaac melayannya dengan dingin dan marah-marah kerana Dianne berada dekat dengan lelaki lain.

Terkadang Dianne ikut marah sama, tetapi selebihnya dia biarkan saja Isaac menghamburkan marahnya sehingga lelaki itu sudah tenang lalu mencarinya semula.

Jika hendak dibandingkan dengan awal perkenalan mereka dahulu, Dianne boleh katakan sekarang mereka lebih rapat. Mereka semakin mengenali antara satu sama yang lain. Apa yang disuka dan sebaliknya.

Sejujurnya, kadang-kadang Dianne rasa bahagia berada di samping lelaki itu. Isaac melayannya seolah dia adalah wanita istimewa dalam hidup Isaac. Dia sukakannya. Dianne enggan menipu dengan diri sendiri.

Tetapi, seringkali juga Dianne ingatkan pada diri sendiri bahawa di antara dia dan Isaac ada satu jurang pemisah yang Dianne tidak boleh masuki. Jikalau boleh, Dianne tidak mahu melibatkan sebarang perasaan dalam hubungan mereka.

Kerana dia masih sedar dengan perjanjian yang telah dia tandatangan bersama Isaac.

Keluhan terlepas dari seulas bibirnya.

Dianne tidak boleh membiarkan hal ini berterusan. Maksud Dianne, lihatlah sekarang. Dia dan Isaac sering melanggar batas, tidur bersama, peluk dan cium. Dianne tidak pernah berlaku secuai itu bersama sugar daddy yang sebelum ini. Paling pun pun sekadar berpegangan tangan.

Risau esok lusa mereka terlanjur...

Ah, Dianne tidak mampu bayangkan jika hal itu benar-benar berlaku. Dianne perlu letakkan sempadan!

Namun, tidak dinafikan hati Dianne terkadang mahukannya. Sentuhan lembut lelaki itu bisa memberinya rasa selamat dan nyaman. Mungkin otaknya menolak tetapi badannya bergerak mengikut kemahuan di hati.

Ah, Dianne! Kau memang seorang pendosa! Hidup kau terlalu bergelumang dengan dosa!

Selepas urusannya selesai di bilik mandi, Dianne turun ke tingkat bawah mencari Isaac di dapur. Dengan wajah cemberut, dia menarik kerusi lantas melabuhkan duduk.

Isaac yang terdengar bunyi seretan kerusi, membalikkan tubuh. Wajah masam Dianne menyapa pandangan. Tahu sangatlah dia bahawa Dianne marah kerana tidurnya diganggu.

Tangan dicuci di sinki kemudian di lap dengan kain bersih lalu langkah dibawa menghampiri Dianne. Wanita itu hanya diam sambil mengunyah makanan. Isaac mendekatkan mukanya pada sisi kepala Dianne, untuk melabuhkan bibir pada pipi wanita itu seperti pagi kebiasaannya.

Namun dia tersentak apabila Dianne menjauhkan kepalanya. Pandangan Dianne tertuju pada Isaac yang sudah sedia menatapnya serius.

Tak, Dianne mengelak bukan kerana marah tetapi dia cuba untuk mengelak daripada terlepas laku seperti selalu.

Dan ayat itu hanya tersimpan dalam hatinya.

Isaac sekadar menghela nafas. Dia menjarakkan dirinya pada Dianne. Kerusi di hadapan Dianne ditarik. Dia anggap wanita itu tiada mood kerana dipaksa mengambil sarapan pagi. Isaac amat tidak gemar dengan habit Dianne yang suka sangat nak skip breakfast itu.

Habit yang tak sihat.

"Make sure, habiskan your breakfast." Arah Isaac mendatar. Cawan berisi kopi dicicip perlahan. Sebelah tangannya memegang Ipad. Membaca hal berkaitan kerjanya.

Dianne melihat hidangan yang tersedia di atas meja. Isaac suruh habiskan? Sebanyak ini dengan perut kecilnya? Ah, Isaac ingin membunuhnya! Kalau tak habis, terpaksalah dia tadah telinga dengan bebelan Isaac.

Sepuluh minit berlalu.

Dianne rasa diabaikan oleh Isaac apabila lelaki itu langsung tidak lagi berbicara dengannya sepanjang Dianne menikmati sarapan. Kerana selalunya, banyak saja hal yang dibualkan dan ditanya oleh Isaac padanya.

Pasti lelaki itu merajuk dengan penolakan dari Dianne sebentar tadi.

Justeru itu, baked sweet potatoes di atas piring, diambil sesudu. Kemudian disuakan pada mulut Isaac. Lelaki itu yang sedari tadi mengunci mulut sambil fokus dengan isi di Ipadnya, lantas mengangkat wajah.

"Aaaa..." ujar Dianne. Isaac mengerutkan dahinya. Tiba-tiba pulak Dianne ingin menyuapnya. Namun, dia tetap membuka mulut, menerima suapan sesudu penuh sweet potato itu.

"Good job, daddy." Puji Dianne dengan sebaris senyuman manis. Melihatkan tingkah comel itu, bibir Isaac ikut senyum. Ipad ditangan diletakkan di atas meja. Fokusnya sekarang tertumpu pada seorang wanita yang kelihatan sangat comel mengunyah makanan di hadapan.

Dengan pipi kembungnya dan gigitan kecil setiap kali Dianne membuka mulut. Dari tadi lagi Isaac hanya curi-curi pandang gelagat Dianne. Cuma egonya melarang.

"You kemas hensem-hensem ni nak pergi mana?" Tanya Dianne. Isaac mengenakan Tshirt hitam yang di tuck in dengan seluar slack khaki. Setahunya hari ini hari Ahad. Hari di mana orang tidak bekerja.

"I nak jumpa klien sekejap lepasni, ada kerja sikit." Jawab Isaac. Dianne angguk-angguk kecil.

"I tinggalkan you seorang di rumah, jangan nakal-nakal okay?" Pesan Isaac ringkas. Dia tertawa kecil melihat reaksi Dianne yang mencebikkan bibirnya itu.

Dianne memang selalu nakal, tetapi kalau Dianne nakal sekalipun dia tidak kisah melainkan nakal yang tidak boleh diterima Isaac. Contohnya, ajak lelaki lain ataupun keluar dengan lelaki lain, bermesej atau bertelefon mesra. Itu dia marah.

Dan Isaac tidak risaukan hal itu memandangkan dia boleh memerhati Dianne melalui Cctv di rumahnya. Malah di luar pintu rumah pun dia ada pasang Cctv. Jadi, dia tidak risau mahu meninggalkan Dianne seorang di rumah.

Pernah dahulu, Dianne terpecahkan pasu bunga di rumahnya. Dia masih ingat betapa paniknya Dianne ketika itu. Dia yang ketika itu sedang berada di pejabat, gelak seorang diri melihat Dianne.

Mulanya dia risau apabila melihat Dianne menyapu dan mengutip serpihan kaca yang pecah. Mujur saja tiada luka. Kemudian dengan kelam-kabutnya Dianne mengambil beg tangan lalu keluar terburu-buru dari rumah.

Awalnya Isaac ingatkan Dianne mahu lari setelah memecahkan pasu bunganya. Rupa-rupanya, wanita itu pergi membeli pasu bunga di kedai berdekatan.

Dia memerhati dengan tekun bagaimana Dianne memindahkan tanah dan bunga ke dalam pasu yang baru. Rasa nak pecah perutnya menyaksikan gelagat Dianne yang berusaha menutupi jenayahnya agar tidak diketahui Isaac.

Wanita itu tidak tahukah bahawa pasu bunga itu dihadiahkan oleh salah seorang kliennya yang didatangkan khas dari dubai sana.

Dan sehingga sekarang, Dianne tidak tahu Isaac mengetahui hal itu. Biarlah Isaac seorang menyimpan kisah lucu itu.

"Kenapa you senyum sorang-sorang?" Soal Dianne aneh. Jus yang diteguknya tadi, diletakkan di atas meja.

"Nothing."

Ding! Dong!

Dianne dan Isaac sama-sama menoleh ke arah pintu. Selang sesaat, bunyi loceng rumah berbunyi sekali lagi. Isaac bangkit dari duduk lalu bergerak menuju ke pintu.

Dianne tertanya, siapa pula yang rajin datang pagi begini? Mike kah? Biarlah Isaac yang uruskan. Dianne meneruskan sarapan.

"Morning baby! I miss you so much!"

Kuat suara itu bergema. Badan Dianne terus kaku. Baby? Skandal Isaac mana pula yang datang ke rumah lelaki itu? Isaac pasang sugar baby yang lainkah?

Eh, tapi itu suara lelaki. Ya, suara lelaki!

Tidak sabar menunggu, Dianne juga turut menyusul mencari sosok Isaac dan tetamu yang datang. Setibanya di situ, terbuntang mata Dianne melihat aksi intim di hadapannya.

Seorang lelaki bertubuh gempal sedang memeluk erat Isaac, namun riak wajah Isaac seakan marah dan tidak selesa. Dapat Dianne lihat tangan Isaac yang ingin menolak badan lelaki tersebut.

Situasi apakah ini?

"Isaac you... gay...?" Kedua-dua kepala itu langsung menoleh kearah Dianne. Membulat mata Isaac memandang Dianne.

"Shit. No!" Tinggi suara Isaac menafikan.

Dengan pantas, tubuh Sean yang melekat padanya ditolak kuat. Sean yang tidak bersedia kerana tergamam memandang ada wanita asing di dalam rumah Isaac, terus terpelanting jauh. Dia mengaduh sakit kerana belakangnya yang berlanggar kuat pada dinding.

Jeda.

Isaac pandang Dianne dengan dadanya yang laju turun naik, manakala Dianne memandang Sean dan Sean turut membalas pandangannya.

Isaac yang melihatkan keadaan itu jadi panas hati. Dah kenapa pula saling berbalas pandangan sedangkan dia ada di hadapan mereka?

Takkan Sean ni pun bekas sugar daddy Dianne? Mustahil! Dengan badan berisinya, rambut kerinting dan perangai sengalnya. Bukan taste Dianne!

Atau,

shit!

Dia baru perasan gaun tidur yang dikenakan Dianne pada tubuh! Sangat seksi! Dengan laju Isaac memeluk tubuh Dianne, menghalang pandangan Sean.

"Tutup mata Sean! Atau aku cungkil bagi kau sendiri makan!" Ugut Isaac garang.

Berkerut kening Dianne apabila tubuh tegap Isaac menutup pandangannya. Kepalanya dijengukkan mencari sosok Sean di belakang Isaac. Lelaki bertubuh chubby itu sedang menutup matanya dengan kedua tapak tangan.

Patuh bebenor gayanya!

"You Sean The Giant, right?" Tanya Dianne. Sean yang sedang menutup mata itu, perlahan-lahan menjatuhkan tangan.

"Yes, itu I!" Dengan nada gembira Sean menyahut. Jarinya menunjuk-nunjuk kearah sendiri. Seolah ingin meyakinkan Dianne.

Isaac kerut kening. Dia tidak faham situasi ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang singkat.

"Oh wow! I fans you!" Dianne mengaku teruja. Dia berura-ura ingin melangkah mendekati Sean, influencer yang sedang meningkat naik dengan content mukbang nya.

Tetapi baru selangkah maju ke hadapan, Isaac menahan langkahnya. Dianne mendongak memandang Isaac.

"No, tukar baju dulu." Arah Isaac. Badan Dianne di pusing arah bertentangan.

"Alaa tapi-" Dianne masih dengan sikap degilnya.

"Cepat Anne!" Gesa Isaac. Matanya dijegilkan menatap Dianne.

"Urgh!" Dianne menghentak-hentakkan kakinya kuat berlalu pergi ke tingkat atas, tanda protes. Semua nak kena ikut cakap dia, desis Dianne dalam hati.

Isaac kembali berpaling menghadap Sean. Tangannya dicekakkan di pinggang. Mata itu memandang serius muka Sean yang ketakutan seperti seekor ayam dikepung musang. Dia punya perhitungan dengan Sean!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

"Lagi sepuluh kali!" Arah Isaac yang sedang duduk santai menyandar di sofa.

"Aku tak larat, Isaac..." rengek Sean. Wajahnya sudah memerah.

"Sepuluh... sembilan... lapan..." Isaac tetap meneruskan pengiraan.

"Aku penatlah, woi!" Bentak Sean. Nafasnya kian terasa pendek. Walaupun begitu, badannya masih bergerak turun naik mengikut arahan Isaac. Tangan disilangkan, memegang telinga.

Dianne yang sedang menuruni tangga itu, menggelengkan kepala. Apa lagi yang mereka berdua ni buat?

"I tak tahu pula Isaac jadi personal trainer you, Sean." Ujar Dianne lalu melabuhkan duduk di sofa.

Sebelum ini dia selalu mengikuti perkembangan Sean di sosial media. Tidak pernah pula pempengaruh itu membuat hantaran berkenaan aktiviti senamannya.

"You tolong-"

"Yes! Sean memang selalu datang sini untuk workout. I yang guide dia." Laju Isaac menjawab, memotong Sean yang baru sahaja hendak membongkarkan situasi sebenar.

Situasi yang mana Sean dipaksa untuk buat ketuk ketampi lima puluh kali oleh Isaac sebagai hukuman.

"Ohh, bagusnya..." Dianne angguk kepala. Tiada syak wasangka.

Isaac bangkit dari sofa lalu mengerling sekilas ke arah Sean yang masih dalam posisi ketuk ketampinya. Melalui pandangan mata, Sean tahu Isaac menyuruhnya berdiri sekaligus menamatkan sesi hukuman mereka.

Tidak tunggu lama, Sean terus berlari menuju ke dapur. Dia mahu minum air!

"I dah lewat. I need to go now." Maklum Isaac pada Dianne. Jam tangannya ditilik kejap.

"Okay." Acuh tak acuh Dianne menjawab. Matanya tertumpu ke arah dapur, menanti sosok Sean kembali ke ruang tamu.

Ah, dia tidak sabar mahu beramah mesra dengan influencer itu! Video mukbang Sean The Giant lah yang sering menjadi peneman ketika dia kebosanan serta menjadi penghibur apabila dia stress belajar.

Isaac tatap tingkah Dianne. Minat sangatkah wanita itu pada Sean sampaikan dia di depan mata ini diabaikan semudah itu? Jangan sampai dia haramkan Sean munculkan diri di hadapan Dianne lepasni!

"Ehem!" Isaac berdehem, meminta perhatian. Namun sayang, Dianne hanya mengalihkan perhatian sesaat kemudian kembali menatap ke arah dapur.

"Sean!" Panggil Isaac kuat. Dengan langkah tergopoh-gapah, Sean datang mendekat. Mulutnya yang tertumpah air, dilap lekas. Dia berdiri tegak di hadapan Isaac.

"Aku nak keluar jumpa klien sekejap, cuma ada Dianne dirumah. Jadi, kau pergi balik."

Terkebil-kebil mata Sean apabila disuruh balik. Dia baru tiba tak sampai sejam pun lagi. Makanan dalam peti sejuk Isaac pun dia belum jamah lagi! Rugilah dia!

"No! I nak sembang dengan dia!" Tegah Dianne. Isaac memberi pandangan tajam pada Dianne.

Sean angguk kepala setuju dengan Dianne. Sean membuka langkah kecil, menghampiri Dianne dengan perlahan-lahan. Bukan selalu Sean bertuah dapat berjumpa peminatnya. Bagilah dia feeling-feeling terpaling famous.

Isaac menarik nafas dalam lalu dihembus kasar. Sean dan Dianne, Kedua-duanya bikin kepalanya pusing!

"I promise, kita orang sembang-sembang je. Lagipun, dia kan kawan you juga... tak salahkan kalau I nak kenal-kenal?" Pinta Dianne dengan nada selembut yang boleh. Urat hijau yang timbul di tangan Isaac, dicuit dan ditekan-tekan.

Jeda.

"Lepasni kan ada stylist dan MUA datang, so I tak berdua-duaan dengan Sean." Pujuk Dianne lagi.

"Please..."

Tidak mahu tidak, Dianne jengketkan kakinya lalu mengucup sekilas pipi Isaac. Sean yang menyaksikan itu, segera membalikkan badan. Pasangan itu memang sengaja nak sabotaj kesucian matanya!

"Oka-"

"Thank you!" Bidas Dianne lalu tubuh Isaac ditolak sedaya upaya ke arah pintu rumah. Tanpa sempat Isaac berkata apa-apa, Dianne terus buka pintu rumah dan menolak figura itu ke luar.

"Bye! See you!" Ucap Dianne kemudian terus menutup deras pintu rumah Isaac.

Sean yang memandang situasi itu, terkedu dengan keberanian Dianne. Macam itu je wanita itu tumpaskan seekor singa?!

tbc ۫ ꣑ৎ

Teaser :

"I can say that, he's really into you."

"Anne, are you okay? You look
so pale." - Adib

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience