24

Romance Series 40612

Warning redflag detected.

Bunyi gelak tawa dua insan memenuhi ruang bilik hotel itu. Dianne kesat air mata yang keluar dari hujung birai matanya. Nasib saja dia setuju untuk mengikuti Jeffri, lelaki yang baru dia kenali sejam yang lalu kerana lelaki itu banyak cerita lucu yang bikin dia gelak dan lupakan tentang masalahnya.

Dan, lelaki itu nampak baik. Walaupun Dianne baru kenal, tetapi dia cepat menselesakan diri dengan Jeffri. Mungkin kerana lelaki itu seorang yang santai dan tak berat mulut.

"Lucukan?" Tanya Jeffri lalu menghabiskan gelaknya. Dianne pula mengangguk masih dengan sisa tawanya.

"Sorry I gelak banyak sangat. Kesian you, boleh tersadung atas pentas. Tapi kisah tu memang lucu!" Ujar Dianne.

Jeffri baru sahaja tunjukkan Dianne video majlis konvokesyen lelaki itu di UK. Tak indah seperti video majlis konvokesyen orang lain apabila Jeffri tersadung di atas pentas besar itu kerana gementar. Kata Jeffri, dia memang seorang yang mudah berdarah gemuruh apabila menjadi tumpuan di khalayak ramai.

Sudah masuk kali kelapan Dianne ulang video tersebut dan setiap kali itu dia tidak dapat menahan gelaknya. Bahagian yang paling kelakar apabila professor yang menyampaikan sijil tersebut bersedia untuk menyambut Jeffri yang hampir tersembam ke lantai.

"I malu gila tahu tak waktu tu," ulas Jeffri.

"Takpa, pengalaman tu mahal sebab tak semua orang ada tau!" Ujar Dianne lalu mencapai remote televisyen diatas coffee table untuk menukar kepada video yang seterusnya. Jeffri kata, dia punya banyak koleksi video-video kelakar.

Ah, tak menyesal Dianne ikut Jeffri malam ini. Walaupun pada awalnya dia ragu-ragu apabila Jeffri ingin mengajaknya ke hotel. Tetapi lelaki itu bersungguh bersumpah menyakinkan bahawa dia tidak akan mengapa-apakan Dianne. Siap suruh Dianne pegang kad pengenalannnya lagi!

Dianne tekan butang yang ada diatas remote tersebut untuk menukar ke video yang seterusnya. Dan-dan itu, Jeffri menyampuk.

"Oh no! Please, jangan tengok video ni! I malu, tukar Anne." Mohon Jeffri membuatkan Dianne semakin mahu melihatnya.

"You cakap boleh tengok mana-mana je. I nak tengok yang ni," Dianne tinggikan tangannya apabila Jeffri mahu merebut alat kawalan jauh ditangannya.

"I tarik balik ayat I tadi. You boleh tengok semua video lain kecuali yang ini," kata Jeffri yang masih berusaha untuk mendapatkan remote di tangan Dianne.

Bukan apa, tetapi Jeffri segan jika wanita yang baru dia kenali itu melihat tayangan video dirinya yang berdurasi dua minit berkenaan. Sebuah video pendek yang dirakam oleh dirinya sendiri bertujuan untuk meluahkan perasaan kepada cinta monyetnya ketika kecil dahulu. Ya, ketika Jeffri berusia sepuluh tahun!

Kenapalah dirinya masih menyimpan video yang memalukan tersebut!

Melihat kepada kesungguhan Jeffri menghalangnya, semakin kuat rasa ingin tahu Dianne untuk menonton video tersebut. Seorang mengelak, seorang pula mendekat. Tak semena-mena, cawan kopi yang berada di pegangan tangan kanan Jeffri tertumpah pada baju Dianne.

"Oh no, Anne! I minta maaf," Jeffri segera menjarakkan diri mencipta ruang diantara mereka.

Dianne tundukkan pandangan memandang bahagian hadapan bajunya yang habis basah dengan air kopi tersebut. Untung saja air itu tidak panas lagi. Jikalau tidak, memang melecur kulitnya!

Kemudian, tatapan Dianne naik semula memandang Jeffri yang terkulat-kulat menayangkan riak bersalahnya. Dengan sengaja, Dianne tajamkan pandangannya kearah Jeffri.

"Kalau you nak I maafkan, you kena bagi I tengok video tu," ugut Dianne. Jeffri berdecit lalu melepaskan keluhan.

"Okay, fine..." Jeffri pasrah manakala Dianne pula menguntumkan senyuman.

"Tapi sebelum tu Anne, I rasa you kena tukar baju dulu. Teruk basah tu," Cadang Jeffri. Dianne perlahan bangkit dari duduk lalu remote diletakkan diatas meja. Memang dia bercadang mahu tukar baju sekalipun Jeffri tidak berkata begitu.

Tak selesa!

"You ganti dengan bathrobe hotel dulu sementara I turun bawah cari baju untuk you." Ujar Jeffri lagi sambil pandangannya menghantar langkah Dianne yang sedang masuk ke dalam bilik air.

Selepas itu, Jeffri mencari keberadaan dompetnya di setiap poket seluar namun tiada. Haih, entah manalah dia letak tadi! Ke sana sini dia bergerak mencari dompetnya hingga Dianne yang pergi menukar pakaian tadi sudahpun selesai.

"Eh, you tak turun bawah lagi?" Soal Dianne sambil memerhati Jeffri yang sedang menunduk seakan mencari sesuatu dibalik kerusi sofa itu.

"I tengah cari... jumpa pun!" Jeffri angkat dompetnya yang terselit dicelahan kusyen sofa.

Tokk! Tokk! Tokk!

Kedua-duanya serentak memusingkan kepala kearah pintu yang diketuk. Jeffri menghayun langkah mendekati pintu yang diketuk serupa nak roboh tersebut diikuti oleh Dianne.

"Sekejap," ujar Jeffri agar orang diluar sabar menunggu.

Klak!

Terkejut Jeffri apabila terpancul satu figura yang sudah bertahun-tahun menghilang dari dalam kamus hidupnya. Bukannya lelaki itu yang menghilang melainkan Jeffri yang dilupuskan dari hidup lelaki yang sedang berdiri di depannya itu.

"Isaac?" Gumam Jeffri. Hairan dengan kemunculan Isaac yang secara tiba-tiba itu. Wajah lelaki itu pula ketat seperti gunung berani sedang menanti untuk meledakkan larvanya.

"Jeffri, siapa tu?" Suara Dianne yang terdengar sipi-sipi mendekati mereka itu bagai menjawab segala prasangka yang ada sekaligus membuatkan Isaac tidak mampu menahan emosi lalu melepaskan penumbuk pada Jeffri yang masih tertanya-tanya itu.

Bukk!

Selepas satu tumbukan, Isaac lepaskan lagi satu tumbukan. Langsung tidak memberi peluang untuk Jeffri melawan serangannya.

"Isaac! Stop it!" Halang Dianne yang baru tiba dan menyaksikan perkara yang terjadi. Tangannya menutup mulut bersama mata membulat besar melihat Jeffri lunyai dikerjakan oleh Isaac.

Malangnya arahan Dianne sikitpun tidak masuk di gegendang telinga Isaac. Yang dia tahu, dia terlalu marah dengan kenyataan bahawa Dianne berdua-duaan dengan lelaki lain  di dalam bilik hotel.

Lagi-lagi melihat pakaian yamg dikenakan oleh Dianne! Sungguh mengasak mindanya untuk berfikiran negatif!

"Isaac, I cakap sudah! What's wrong with you?!" Dianne memberanikan diri untuk menahan tangan Isaac yang hampir menghentam wajah lebam Jeffri.

Isaac lepaskan tubuh Jeffri lalu lelaki yang sudah lemah dipukul itu terbaring di atas lantai sambil meringis sakit. Kemudian, Isaac genggam lengan Dianne kuat hingga wajah wanita itu mula berkerut.

"You tanya I kenapa? You yang kenapa, Anne! What the fuck are you thinking sampai check in with some random guy yang you baru jumpa?!" Tengking Isaac. Badannya bergetar menahan rasa sakit yang memalu dalam dada.

Marah, kecewa dan geram!

Dianne tersentak dengan suara tengkingan Isaac.

"And you have a guts to ask me, what's wrong with me? Hah?" Rendah nada itu namun penuh keras. Pandangan lelaki itu usah dikata tajamnya. Bagai pemangsa yang ingin memakan mangsa.

"Isaac, you salah faham ni! Kitarang takda buat apa-apa pun! And you tiba-tiba datang sini, pukul orang sesuka hati dan serang Jeffri. You fikir you siapa?" Selar Dianne sambil berusaha untuk melepaskan diri dari pegangan kuat Isaac.

"Isaac, aku yang bersalah. Anne tak-"

"Eh kau diam!" Isaac tunding jari kearah Jeffri.

"Lebih baik kau berambus sebelum muka kau pecah sekali lagi!" Usir Isaac bengis.

"Isaac, aku-"

"Berambus sial!" Terhinjut bahu Dianne dengan suara kuat Isaac. Isaac cengkam kolar baju Jeffri lalu tubuh itu diheret keluar dari bilik itu.

Tup!

Pintu dihempas dan tertutup rapat oleh Isaac. Jeffri mengeluh kerana kesal tidak cukup berani untuk menentang Isaac. Peristiwa silam antara dia dan Isaac bertahun yang lalu membuatkan Jeffri serik untuk melawan lelaki itu. Enggan menambahkan lagi kebencian Isaac terhadapnya, Jeffri akur untuk berlalu pergi.

Harap Dianne baik-baik saja, itu yang Jeffri doakan dalam hati. Nanti bila keadaan mereda, Jeffri akan berjumpa semula untuk memberikan penjelasan dan membuat permohonan maaf.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Tup!

Pintu dihempas dan tertutup rapat oleh Isaac. Kemudian lelaki itu berpaling menghadap Dianne yang memasang wajah cuak. Tangan wanita itu pantas dicengkam lalu ditarik dan tubuh Dianne dihumban ke katil.

"Dia ada sentuh you?" Soal Isaac garang. Dadanya berombak kasar sambil bercekak pinggang menghadap Dianne yang terduduk di birai katil itu.

"Takda, I dengan dia cuma borak je!" Sahut Dianne yang sedikit mendongak memandang tubuh tinggi Isaac di depan.

"Jangan tipulah Anne! Orang bodoh pun boleh fikir apa lelaki dan perempuan akan buat bila berdua-duaan dalam bilik hotel!" Marah Isaac bila Dianne masih tegar untuk menidakkan tuduhannya.

"I bukan perempuan yang macamtu. I tak semurah itu Isaac!" Dianne bangkit berdiri saling bertikam pandangan. Dia tidak betah apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Isaac.

"Yes, memang you murah! Kalau you ada harga diri sebagai perempuan, dari awal lagi you akan tolak pelawaan dia," selar Isaac seraya menundingkan jarinya kearah Dianne. Seakan menekan kenyataannya.

Pang!

Tangan Dianne naik ke pipi Isaac. Terteleng sedikit wajah tampan itu kerana tidak menyangka bahawa dia bakal menerima tamparan dari wanita itu. Dan hal itu semakin menaikkan darah Isaac. Tak semena-mena dia mencengkam kasar rahang Dianne.

"Berani you lempang I sebab jantan tak guna tu?" Sinis Isaac menyoal sambil melangkah ke depan sekaligus menyebabkan Dianne berundur ke belakang dan jatuh di atas tilam. Tubuh wanita itu kemudiannya ditindih oleh badan sasa Isaac.

"Isaac, tolonglah... I takda masa nak layan perangai you,"

Posisi itu membuatkan Dianne jadi sesak nafas. Dada lelaki itu ditolak dengan tangan ingin bangun tetapi kakinya pula dihimpit oleh Isaac.

"Kenapa? Sebab lelaki tu bagi servis tiptop? So you puas?" Keji Isaac cukup meremukkan hati Dianne. Dianne geleng kepala sambil diiringi air mata yang mula mengalir ke pipi.

"You dah melampau Isaac!" Ucap Dianne hampa namun disambut dengan gelak sinis Isaac.

"I melampau? Then, how about you Anne? Haus sangat ke sampai nak kena jual badan pada sebarangan orang? Kalau you nak sangat, biar I layan you!" Tanpa amaran, Isaac ragut bibir mungil Dianne. Wanita itu meronta dalam kepungan Isaac namun sedikitpun tidak menganggu perbuatan Isaac.

Kepalanya ditolehkan ke kiri dan kanan untuk menghentikan ciuman posessif Isaac tapi kudratnya sebagai seorang perempuan terbatas. Dia tidak mampu menandingi kekuatan Isaac. Penat meronta, Dianne membiarkan perlakuan Isaac terhadapnya bersama air mata yang kian laju mengalir.

Setelah beberapa saat, Isaac menghentikan ciuman itu. Dahinya disatukan pada dahi Dianne.

"Tak perlu menangis. Malam ni kita enjoy, okay?" Sambil berkata, Isaac usap air mata Dianne di pipi. Ayat itu terdengar cukup hina pada pendengaran Dianne kerana Isaac seolah memandangnya sebagai seorang pelacur.

Pang!

Sekali lagi, Dianne dengan berani menampar kuat wajah Isaac. Rahang lelaki itu terketap menahan geram dengan sikap Dianne yang masih mahu melawannya.

Di kesempatan itu, Dianne tolak sehabis daya tubuh kekar tersebut hingga mencipta sedikit jarak serta memberi ruang untuk Dianne meloloskan diri. Namum belum sempat dia menapak ke lantai, terasa pinggangnya dipaut dan tubuhnya dihempas kasar di atas tilam.

"Jangan buat I naik gila Anne!" Isaac memberi amaran seraya membuka pantas butang bajunya.

"No, Isaac... I taknak..." mohon Dianne takut pabila menyaksikan Isaac yang sedang melepaskan baju dari tubuh.

"Dengan I taknak, tapi dekat jantan lain you bagi? I banyak berhabis duit untuk you. I didn't pay you for nothing, Anne." Balas Isaac sambil perlahan merangkak diatas katil sementara Dianne pula mengundur ke belakang.

"Isaac I merayu... Jangan buat I macamni. I minta maaf," rayu Dianne. Dan dengan sekali sentakan, Isaac tarik kedua kaki Diannne hingga wanita itu terbaring dibawahnya.

"Ya, I tak sabar nak dengar you merayu nama I sepanjang malam ni." Ujar Isaac lalu sekali lagi meragut bibir Dianne. Sambil itu, tangan Isaac bermain di ikatan bathrobe Dianne. Nafsu lelakinya semakin membuak-buak.

"You memang anggap I perempuan murah ke Isaac?" Tanya Dianne sayu dalam esakan ketika lelaki itu menghentikan ciuman apabila kehilangan nafas. Mata kuyu Isaac ditatap dalam. Masih berharap agar lelaki itu sedar dari godaan nafsu sendiri.

"Yes," sahut Isaac tanpa ragu lalu membenamkan kepalanya di leher Dianne.

Malam itu, segala bicara dan perbuatan Isaac benar-benar menghiris sekeping hati Dianne. Kosong, itu yang Dianne rasakan sepanjang malam itu. Sementara Isaac pula hanyut dan gagal dalam melawan nafsu sendiri.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; storyline ni makin melalut laa mungkin sbb saya dh mula lost spark dgn kisah anne n isaac.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience