15

Romance Series 52132

Lambatkan? Hehe, enjoy <3 (2200+ words) Hari baharu menjelma lagi. Kebelakangan ini Dianne lebih banyak menyibukkan dirinya dengan aktiviti di kampus. Sampaikan Laila hairan dengan perubahannya yang tiba-tiba rajin itu. Dia pula hanya memberi alasan, ingin mengumpul merit sebelum masuk semester akhir. Dianne mengemaskan lagi pegangannya pada kotak berat yang sedang dibawa. Barang-barang itu semuanya untuk kegunaan di booth mereka nanti sempena karnival usahawan muda yang bakal berlangsung sebentar lagi. Masih bersisa satu jam sahaja lagi sebelum karnival mereka secara rasmi bermula. Ada masanya, Dianne meringis sakit pabila kotak itu menekan-nekan pergelangan tangannya yang masih belum sembuh sepenuhnya. Dianne mengeluh perlahan. Tak semena-mena dia terpandangkan sosok tubuh Adib. Lelaki itu sedang berjalan sambil menunduk melihat kertas di tangan. "Adib!" Lelaki itu mengangkat wajah mencari gerangan yang memanggil dirinya. Sebaik sahaja wajah Dianne menyapa iris mata, Adib segera mengalihkan pandangan. Dia menunduk semula melihat kertas di tangan. "Adib!" Panggil Dianne sekali lagi. Mungkin saja tadi Adib tak nampak dia, walaupun sudah jelas lelaki itu menoleh ke arahnya. Dianne menjadi pelik dengan reaksi Adib. Lelaki itu seperti mengelak daripadanya. Dua hari yang lepas pun, Adib juga begitu. Adib sudah enggan berkawan dengannya kah disebabkan pergaduhan hari itu? Ataupun Isaac ada buat apa-apa pada Adib sehingga lelaki itu takut mahu bertentang mata dengannya? Tak mustahil! Sebut tentang Isaac, lelaki itu hilang dari radar selepas sahaja pergaduhan tempoh hari. Langsung tidak muncul di hadapannya, mesej ataupun menelefon. Kali terakhir adalah sewaktu Isaac mengirimkan ubat buat dirinya. Itupun Dianne buang. Elok juga begitu. Sekurang-kurangnya tiada yang memeningkan kepalanya. "Perlukan bantuankah?" Tegur salah seorang rakannya di kampus. "Salma, you tolong I pegang banner tu boleh? Dari tadi asyik tutup pandangan I je." Rungut Dianne. Salma tergelak halus lalu membantu membawa banner yang digulung di dalam kotak. "Thanks, Sal." Ucapnya. "No problem." Balas Salma ramah. "Anne, saya dengarkan, karnival harini dirasmikan oleh seorang entrepreneur terkenal di Malaysia." Ujar Salma sedikit teruja. "Siapa?" Dianne menoleh sekilas memandang Salma disebelah. "Alaa, saya baru nak tanya awak siapa dia. Saya cuma tahu dia antara jutawan muda di Malaysia." Bagitahu Salma tanpa menyedari perubahan wajah Dianne. Dianne telan air liur. Jutawan muda? Maaf, tetapi Dianne agak alergik bila dengar perkataan itu kerana automatik ada seraut wajah yang muncul di bayangannya. Harap-harap apa yang dia fikirkan ini tak menjadi kenyataan. Mustahil Isaac bukan? Maksud Dianne, ramai lagi jutawan muda di Malaysia ini selain lelaki itu. Kan? "Anne cantik! Tolong aku tiup balloon ni! Aku rasa roh aku dah mula nak lari dari badan!" Kata Laila sambil menyandar lemah pada kerusi dengan nafas yang tercungap-cungap. Kawan-kawan yang lain tak jauh dari booth mereka turut tergelak melihat perangai Laila. Dianne memberhentikan langkah sebaik tiba di booth mereka. Kotak diletakkan di atas meja. Dianne menggeleng kecil dengan tingkah selamba sahabatnya itu. Laila... Laila... tak pernah kalau tak over! ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ "Dengan ini, rasmilah sudah karnival usahawan muda bagi tahun 2024! Para tetamu yang dihormati dijemput untuk singgah di gerai-gerai jualan yang telah tersedia. Kedatangan anda amatlah pihak kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih." Tepukan gemuruh menyambut ucapan daripada pengacara majlis pagi itu. Dianne turut sama bertepuk tangan, yang bezanya tepukannya kurang bertenaga seperti orang lain. Semangatnya juga sudah tidak berkobar seperti tadi. Kerana apa? Kerana apa yang ingin dia elak sekali telahpun berlaku. Usahawan berjaya yang dijemput untuk merasmikan karnival mereka hari ini, tak lain tak bukan adalah Tengku Isaac Mateen. Ya! Telinga Dianne tak salah mendengar, mata Dianne tak silap memandang. Hatinya berdongkol geram sepanjang lelaki itu menyampaikan ucapan. Petah lelaki itu berkata-kata, walhal hanya Dianne yang tahu seberapa tajam kata-kata bisa dilontarkan dari seulas bibir itu. Argh, macam takda usahawan lain sahaja di Malaysia ini! "Kau buat kerja elok-elok sikit, Anne. Lari customer kita nanti." Tegur Laila pada seraut wajah kelat Dianne. Wanita itu pasang muka macam nak menghalau pelanggan saja. "Cubalah kau susun betul-betul. Janganlah main hempas-hempas." Laila menegur lagi seraya membetulkan kedudukan barang jualan yang senget dan tak teratur berkenaan. Matanya menjeling riak tak bersalah Dianne. Ada jugak dia sumbat wanita itu di bawah meja ni! Laila melingas kiri dan kanan sebelum dia merapatkan dirinya dengan Dianne. "Emo sebab ada Tengku Isaac ke?" Laila sengaja bertanya kemudian mengekeh ketawa sebaik sahaja Dianne menjeling tajam. "Jangan sebut nama dia depan aku." Ujar Dianne. Laila angkat bahu. Lantaklah, dia nak sebut juga. Kekadang seronok juga buat Dianne naik angin. Haha! "Tapikan, sugar daddy kau tu memang hot babe! Dia baru melangkah masuk pun aura dia dah memenuhi ruang dewan ni." Bisik Laila dekat di telinga temannya. Dianne berdecit seraya menjarakkan diri. "Aura orang banyak duit." Sambung Laila lalu melepaskan tawanya sambil memegang perutnya. Yang buat dia ketawa adalah riak masam Dianne. Serupa macam muka kera tak dapat makan pisang! Dianne memandang geram sahabatnya itu. Perangai menyakitkan hati wanita itu berganda daripada hari kebiasaannya.  Masalahnya, apa yang lawak sangat? "Hai students." Sapaan itu memberhentikan tawa Laila serta membatalkan niat Dianne yang hendak menyiku perut Laila. Dianne terkelu. Matanya terkunci pada seraut wajah yang sedang tersenyum memasang raut mesra. Berlagak profesional hah? Laila mengerling Dianne sekilas, ingin melihat reaksi wanita itu berdepan dengan Tengku Isaac. Suasana menjadi canggung. Laila garu hidung seraya berdehem. "Selamat datang ke gerai kami, Tengku." Ucap Laila cuba menyelamatkan keadaan. Dianne dan Isaac masing-masing masih merenung antara satu sama yang lain. "Tengku for your information, this is Dianne Felora, one of our top students here." Maklum ketua fakulti yang turut sama mengiringi Isaac untuk sesi melawat gerai jualan. Mahu tak mahu, Dianne maniskan saja mukanya dengan sebingkis senyum ringkas. Kepalanya ditundukkan sedikit, sekadar memenuhi syarat hormat dan sopan. Isaac angguk kepala sambil menyembunyikan senyumnya. Bukan dia tak perasan riak wajah Dianne. Seakan tidak sabar menanti dia angkat kaki dari situ. "Korang jual apa ni?" Isaac bertanya dengan skrip yang sama setiap kali dia singgah di gerai-gerai di situ. Senyap. Laila tunggu Dianne menyahut, malah wanita itu lebih selesa mengunci mulut. Aduh, menyesal pulak dia sebut nama Tengku Isaac tadi! Takda angin, takda ribut, Laila tersepit dalam konflik antara Sahabatnya dan Tengku Isaac. "Err... disini kami ada jual makanan dan minuman. Di samping itu, kami juga ada buat jualan pre-loved di bahagian tepi sana." Jelas Laila seraya menunjuk ke arah sisi Dianne yang bergantung dengan pelbagai pakaian terpakai. "Kak, yang ni berapa ringgit?" Pertanyaan itu mencuri perhatian Laila. Dengan segera dia meminta diri untuk melayan pelanggan yang lain. Dianne jadi resah. Laila dan Salma, kedua-duanya sedang sibuk melayan pelanggan. Yang tinggal cuma dia untuk melayani tetamu yang terrrpaling terrrsangat terrrhormat mereka pada hari ini. Dianne tarik nafas dan hembus. Chill, Anne. Kalau dia boleh berlagak profesional, mengapa tak engkau? "Tengku nak try chocojar kami?" Ujar Dianne dengan senyum lebar yang dipaksa. Isaac tidak menyahut bicara Dianne malah dia memicingkan mata, ralit melihat sehelai hoodie yang tergantung elok di tempat gantungan itu. Dia macam kenal baju itu. Langkah kaki dibawa menapak ke sisi gerai kecil itu. Baju itu dibeleknya. Seringai yang tertarik di hujung bibir Isaac, buatkan Dianne telan air liur sendiri. Namun reaksi wajahnya dikawal. "Hoodie ni pun jual jugak ke?" "Ya, semua ini kami jual." Balas Dianne. Tatapannya sedari tadi hanya dihala sebatas paras dada Isaac sahaja. "Hoodie awak ke ni? Nampak macam hoodie lelaki je. Boyfriend punya eh?" Sengaja Isaac bertanya dengan intonasi bergurau. Ketua fakulti bersama dua orang  berjawatan tinggi kampus itu tertawa kecil mendengar gurauan Isaac. Dianne ketap bibir. Kalau tak kenangkan ada orang lain disitu, memang sudah lama dia simbah muka Isaac dengan chocojar yang dijual. Isaac memang sengaja memancing emosinya! "Ex boyfriend punya." Dianne layankan permainan Isaac. Lelaki itu angguk-angguk kecil. "Oh ya? Putus sebab apa? Dia ada orang lain atau awak ada orang lain?" Isaac tak puas mengusik. Dia tahu tak mungkin wanita itu mampu melawannya di hadapan lecturer sendiri. Dianne tinggikan pandangan untuk menyatukan tatapan. Serius wajah itu melihat Isaac bersama dengan pandangan yang tajam. "Taklah, dia-" "Berapa awak jual hoodie ni?" Potong Isaac seraya mengangkat baju tersebut separas matanya, seperti ingin membelek depan dan belakang. Dianne tarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Cuba mengumpul sabar bagi berdepan dengan sikap menyakitkan hati Isaac. "Rm50 je." Balasnya pendek. Kening Isaac terjongket ke atas mendengar harga berkenaan. Semurah itu Saint laurent rive gauche hoodie itu dijual semula oleh Dianne? Dulu dia beli mahal di London dengan mata wang dollar. Kalau di tukar kepada mata wang Malaysia, ia boleh mencecah ribuan ringgit. "Saya beli. Nah, tolong bungkuskan." Ujar Isaac, menyerahkan baju itu kepada Dianne. Dia butakan mata melihat wajah tak puas hati wanita itu. Isaac pun tak puas hati! Adakah patut Dianne pre-loved kan hoodie nya? Dengan harga yang murah pulak tu! Sikit pun tak pulang modal. Matanya meliar memandang gantungan baju yang lain di gerai Dianne. Mana tahu ada lagi barangan pemberiannya dijual oleh wanita itu? Kalau begini gaya Dianne berniaga, bukan bisnes namanya tapi sedekah. "Rm50." Ujar Dianne. "Keep the change." Isaac menghulurkan duit not Rm100. Plastik hitam itu diambil dari huluran Dianne. "Good luck, guys. Thank you for having me." Ucap Isaac pada mereka bertiga lalu pamit pergi. Dianne mengecilkan matanya menghantar pemergian Isaac dengan hati yang menyirap panas. Tangannya dikepalkan kuat hingga tidak sedar duit not Rm100 itu ronyok di genggam. ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ Penat berniaga, Dianne minta izin untuk pergi ke tandas sekejap. Dia mahu mencuci muka bagi segar sikit. Mungkin atas faktor panas tengahari, Dianne cepat rasa lemau. Sambil dia melangkah, sambil itu tote bag di tangan dihayun-hayun kecil. Bukk! "Sorry, I tak sengaja." Dianne segera menundukkan kepala meminta maaf. Silapnya, main belok saja tak pandang kiri dan kanan. Lelaki bertopi itu turut sama menundukkan kepala dan terus berlalu pergi tanpa sebarang kata. Dianne hela nafas lega. Nasib baik tiada barang lelaki itu yang jatuh atau rosak. Tote bag yang dihayun tadi, disangkut pada bahu. Rambutnya yang sedikit terkeluar, diselitkan di belakang telinga. Ketika itulah dia terpandang satu sampul surat berwarna putih di lantai. Dahinya berkerut. Milik lelaki tadikah? Sampul itu diambil dan baru sahaja dia hendak membuka langkah mengejar lelaki tadi, Dianne terpandang sebaris nama diatas sampul berkenaan. To : Dianne Felora Dejavu. Sampul ini bukan terjatuh melainkan memang untuk diberi kepadanya. Maknanya, pertembungan itu tadi adalah secara sengaja? Dianne usap lengannya yang sedikit meremang. Sampai ke kampus dirinya diekori? Memikirkan tentang itu buatkan dia jadi takut kerana Dianne tidak kenal gerangan penghantar sampul ini. Boleh jadi sesiapa sahaja. Boleh jadi individu itu berjalan di samping Dianne tanpa Dianne sedar. "Aaaa!" Dianne menjerit kuat pabila tangannya tiba-tiba digenggam seseorang. "Shh! It's me, Anne." Isaac tekup mulut Dianne sambil menolak wanita itu melekat pada dinding. Matanya memandang sekeliling. "Janganlah jerit, nak bagi orang dengar ke?" Ujar Isaac. Dengan rasa geram, Dianne pukul tubuh Isaac menggunakan tote bag nya yang penuh dengan barang. "Auch!" Isaac mengaduh sakit. Matanya dijegilkan memandang Dianne. "Follow me." Isaac tarik tangan Dianne memasuki satu bilik bersaiz sederhana tak jauh dari situ. Pintu kemudiannya dikunci. Dianne simpan sampul surat lekas dalam tote bagnya, sebelum Isaac bertanya apa-apa. Kemudian Dianne berpeluk tubuh sambil tajam matanya memanah Isaac. Ingat dia suka ke sikap sukahati redah lelaki dihadapannya ini? "What? Marah?" Selamba jejaka itu bertanya. Terkongket kening Dianne mendengar soalan minta kaki dari Isaac. "I marah? Tak! I'm beyond that, okay!" Sahut Dianne dengan intonasi yang tinggi. "Shh... jangan cakap kuat sangat. You nak orang tahu kita berdua-duaan dalam ni ke apa?" Isaac letakkan jari telunjuknya di bibir sendiri. Nadanya tenang dan rendah. Isaac menjenguk sedikit pada ruang kaca di bahagian pintu itu, ingin memeriksa keadaan sekeliling. Dianne mendengus kuat. Hujung bibir Isaac menaik ke atas namun dia cuba sembunyikan agar tak ketara. Entah mengapa, dia suka sisi garang Dianne. Wanita itu nampak makin cantik dan bertambah menarik di matanya. Mata Dianne tak lepas memerhati tingkah Isaac yang sedang menyandar santai di pintu sambil berpeluk tubuh. "I nampak kacakkan harini?" Tegur Isaac pada Dianne yang memandangnya atas bawah. Tangannya sengaja mengusap lembut sut navy blue di bahagian bahu. Bibirnya tersenyum senget. "Seriously Isaac? Seminggu you hilang and instead of saying sorry, you datang sini sekadar nak tambahkan sakit hati I ke?" Isaac melepaskan keluh. Dia menapak selangkah ke depan lalu kedua tangan Dianne diraih lembut. "I will not apologized for what I've done to that bastard cause he deserved that," Dianne putarkan bebola matanya keatas. Isaac dengan pendiriannya sukar untuk diubah. "...but I'm sorry for leaving you alone that night. And sorry for hurting you." Sambung Isaac lagi sambil menyelak sedikit lengan baju Dianne. Balutan putih itu diusapnya lembut. Redup matanya memandang Dianne. Senyap. "Maafkan I?" Pinta Isaac. Dianne mengeluh seraya melepaskan tangannya daripada pegangan longgar jejaka itu. "I-" Tap... Tap... Telinga Isaac cekap menangkap bunyi tapak kaki mendekati mereka lalu dengan pantas tubuh Dianne direngkuh untuk dibawa bersembunyi di belakang pintu. Klak! Klak! Dianne semakin mengecilkan diri disebalik tubuh besar Isaac pabila mendengar bunyi pintu dipulas dari arah luar. "Rafa cakap pintu bilik ni tak kunci tadi. Kau ada kunci ke Mir?" "Aku dah bagi balik kunci kat lecturer weh. Jomlah, patah balik ambil kunci." Isaac menjengukkan kepalanya ingin memerhati kawasan luar namun tali lehernya ditarik oleh Dianne. Keningnya berkerut melihat wanita yang hanya separas bahunya itu. "Tunggulah seminit dua. Kalau diorang belum pergi macam mana? You nak kita kantoi?" Bisik Dianne keras. Isaac juihkan bibirnya. "Kalau kantoi, cakap sajalah I ex-boyfriend you. Easy." Pap! Percuma dadanya ditampar Dianne. tbc ۫ ꣑ৎ Terima kasih kepada yg rajin komen. Komen anda, semangat saya. Love you all, Teaser : "Aku tak kesah kau nak ke taknak. Malam ni kawan aku nak datang sini, dia nak pakai kau!"

Share this novel

Sal.malek
2024-10-20 13:56:51 

best..nk lg


NovelPlus Premium

The best ads free experience