26

Romance Series 51143

Bangunan hospital dimasuki dengan langkah yang tergesa-gesa. Langkahnya dibuka besar dan laju bersama anak mata yang meliar ke sekeliling mencari sosok yang dia kenali. Keadaan di dalam yang cukup sibuk dan ramai manusia itu kadang membuatkan langkahnya terganggu.

Dan di satu lorong, dia nampak figura papa sedang duduk di bangku luar wad.

"Pa, mama macam mana?" Tanpa menyapa, Isaac terus bertanya.

"Mama okay, takda cedera langsung. Mungkin dia pengsan sebab terkejut ada kereta hampir langgar dia." Jelas Isma.

Selepas mendengar penjelasan dari papanya, Isaac menapak masuk ke dalam bilik wad menempatkan mamanya. Dia mahu melihat keadaan mama dengan matanya sendiri. Nafas ditarik tenang sebaik melihat mama sedang tidur di atas katil.

Dia menerima berita yang menimpa mamanya ketika dia sedang berada di ofis. Terkejut bukan kepalang mendengar papa mengatakan mama berada di hospital. Puncanya bikin jantung Isac hampir meluruh. Mujur sahaja mama selamat.

Dia jarakkan sedikit dirinya menjauh dari katil Raudhah lalu telefon pintar dikeluarkan dari dalam kocek seluar. Nombor Mike dicari.

''Mike, kau dah dapat nombor plat kenderaan yang hampir meragut nyawa mama aku?'' soal Isaac. Matanya bergerak-gerak memandang pemandangan kota raya dari cermin jernih yang luas itu.

''Sudah Tengku... masalahnya... dia...''

Wajah Isaac berkerut tatkala Mike kelihatan teragak-agak untuk memberitahunya. Hatinya semakin kuat meronta untuk tahu milik siapakah kenderaan yang memandu secara berbahaya itu? Jika mamanya cedera, Isaac berani bersumpah dia akan bawa hal ini ke mahkamah. Biar puas hatinya!

''Siapa Mike?'' nada Isaac menekan.

''Kereta toyota Yaris dengan nombor plat 5019 milik... cik Dianne''

"What?" Hampir tak terkeluar suara Isaac kerana terkejut. Dia tak sangka.

"Saya baru saja hantar rakaman cctv pada tengku. Tengku boleh periksa sendiri."

Panggilan terus ditamatkan. Mesej yang baru diterima ditekan lalu video berdurasi seminit lebih itu dimainkan. Benar seperti yang dikata oleh Mike. Pemilik kenderaan itu memang sah milik Dianne. Dia sungguh kenal.

Video tersebut merakam kenderaan itu laju menuju ke arah mama yang baru usai keluar dari kedai runcit berdekatan. Namun kereta itu berhenti mendadak ketika semakin hampiri mama. Dan Isaac dapat lihat barangan yang dibeli oleh mamanya jatuh bertaburan di atas jalan raya lalu wanita itu pengsan.

Beberapa saat kemudian, kenderaan Yaris itu berundur sebelum meninggalkan mamanya yang pengsan sendirian disitu. Tangan Isaac automatik membentuk penumbuk. Rahangnya terketap kuat. Ingin saja dia hempas telefon miliknya di dinding namun dia cuba kawal diri.

Dia tidak mahu mama terjaga.

Apa yang berada dalam fikiran Dianne hingga sanggup bermain nyawa begini?! Dendam? Benci? Sudah tentu. Tiada manusia di muka bumi ini yang lebih tahu motif tindakan berani mati Dianne itu selain dirinya.

Kerana dialah punca utama.

Bunyi pintu digeser ke tepi buatkan Isaac berpaling. Kelibat papa masuk ke dalam bilik tersebut lalu berdiri disebelah katil mama.

"Doktor kata mama boleh discaj bila dia dah bangun nanti," ujar Isma. Tangan isterinya diusap dengan ibu jari.

"Okay. Kalau mama dah sedar nanti, call Isaac." Isaac berpesan. Telefon disimpan ke dalam kocek seluar lalu langkah dibuka untuk beredar.

"Kamu dah dapat tahu ke siapa yang hampir langgar mama kamu?" Isma bertanya kerana dia cukup tahu bahawa anaknya takkan abaikan apa-apa perkara yang melibatkan insan tersayang. Mata Isma sedikitpun tidak beralih dari menatap wajah lena Raudhah.

Isaac diam seketika.

"Biar Isaac uruskan."

Hanya itu yang dia balas kemudian melangkah keluar tanpa ada bicara lanjut. Pintu bilik wad mama ditutup perlahan. Kepalanya menoleh ke arah kiri lorong dan sebaik sahaja dia toleh ke kanan, anak matanya menangkap kelibat figura yang saban malam menganggu fikiran dan mengacau jiwanya.

Malah gerangan itu barusan saja berlegar di minda seminit yang lalu.

"Anne!" Panggil Isaac seraya mula mengejar langkah wanita itu yang melarikan diri sebaik ternampak dia.

"Anne stop!"

Lariannya kadang terhenti oleh kaki tangan yang bertugas dan juga pesakit. Matanya seratus peratus difokuskan kepada Dianne agar tak hilang jejak. Dianne larikan diri bagai lipas kudung kerana saiz tubuhnya yang kecil, mudah untuk menyelit sana sini.

Pintu kelabu yang hampir tertutup, ditolak dengan sisi tubuh. Dengan kelebihan kaki panjangnya, Isaac menuruni tangga dengan sangat laju. Sehinggalah jaraknya semakin hampir, Isaac pantas memaut bahu Dianne lalu wanita itu ditolak pada dinding.

Dada Isaac berombak kelelahan mengepung langkah Dianne. Hoodie yang menutupi wajah wanita itu ditolak jatuh. Namun, Dianne masih menunduk. Wanita itu juga sama bernafas kencang. Nak sangat main kejar-kejar, kan dah penat!

"What are you doing here?" Itu soalan pertama yang terpancul keluar dari bibir Isaac.

Senyap. Sungguh Isaac tidak gemar dengan kebisuan tersebut. Dagu Dianne cuba diraih untuk memandangnya namun tangannya ditepis pantas oleh wanita itu. Benci sangat gamaknya dengan sentuhan dari dirinya.

Tiba-tiba hatinya berdenyut pedih.

"I datang nak tengok keadaan Puan Raudhah. Hidup lagi ke dia?" Tajam bicara Dianne. Langsung tiada gentar dalam diri. Lihat wajah Isaac pun sudah hampir buatkan dia ingin muntah.

Dia berani berkata begitu kerana dia yakin Isaac pasti sudah tahu pelaku sebenar untuk insiden siang tadi. Dan dia sikitpun tak hairan jikalau Isaac tahu dan marah akan hal itu. Cara Dianne, dia tidak akan lunaskan dendamnya secara sembunyi. Bukankah lagi menarik kalau dibuat secara terang-terangan?

Agar dia bisa lihat emosi lelaki itu berkecamuk dengan kedua matanya sendiri. Persis saat ini. Di depannya, lelaki itu jelas terluka dengan bahaya yang menimpa mamanya.

Isaac terpempan. Langsung tak menjangka wanita itu berani melontarkan ayat berbaur pengakuan. Dia sangkakan Dianne tidak akan mengaku perbuatannya. Tapi, sebaliknya. Pandangan wanita itu penuh benci dan sarat dengan dendam menusuk ke dalam matanya.

"This is so not you, Anne." Isaac geleng kepala, kecewa.

Apa yang sudah dia lakukan kepada Dianne hingga wanita itu berubah menjadi seorang yang pendendam begini? Sampai sanggup bermain dengan nyawa.

Kau memang teruk, Isaac! Kau ubah seorang wanita manja dan penyayang kepada seorang yang bertentangan.

"This is me, Isaac. I sedar apa yang I buat dan I tak menyesal. Patutnya I langgar dia sampai mati! Takpun sampai dia gila sama macam ibu I!"

Bukk!

Bahu Dianne sedikit terhinjut disaat buku lima Isaac menghentam dinding di tepinya. Walaupun wajah lelaki itu agak menunduk namun Dianne dapat tangkap  emosi yang cukup serabut jelas terpapar di muka Isaac.

Isaac geleng kepala seraya menyatukan pandangan.

"Then, kenapa you berhenti? Peluang dah ada di depan mata tapi kenapa you ragu-ragu? Sebab you sendiri pun tak sanggup untuk jadi sekejam itu kan? Kehadiran you disini sudah cukup membuktikan yang you takut kalau ada apa-apa jadi pada mama I." Soal Isaac bertalu-talu.

Ayat terakhir itu cukup buatkan Dianne jadi panas hati. Dia tak suka apabila telahan Isaac tepat. Bila berdepan dengan Isaac, Dianne diibaratkan sebuah buku yang mudah untuk lelaki itu baca.

Dia bencikan hal itu! Kerana ia hanya membuatkan Dianne seorang wanita yang lemah! Dia yang ingin balas dendam, maka harus dia yang berkuasa dalam mengawal rentak permainan.

Tetapi, mengapa aura Isaac terlalu kuat? Berada sedekat ini dengan lelaki itu buatkan Dianne berada dia bawah kuasa Isaac. Serasa ingin mengecilkan diri dan melepaskan tangis.

"I takkan marah atas apa yang you dah buat pada mama I, Anne. Because I know, it's all my fault. You can hate me as much as you want. Do whatever you please, I takkan halang." Tangan Dianne digenggam kemas. Birai mata Dianne yang mula berlinang dia tatap redup.

"But still, jangan paksa diri Anne. Revenge doesn't suit you. You are too kin-"

"Shut up, Isaac! I don't need your words!" Dada Isaac ditumbuk semahunya. Dia benci dengan bicara Isaac. Dia sakit hati melihat lelaki itu tenang! Dia mahu Isaac mengamuk dan memarahi tindakannya!

Ini bukan seperti apa yang Dianne bayangkan!

"You shouldn't suppose to be like this. You should be mad at me! Blame me! Show me how angry you were to see your mom almost get hit by a car!" Isaac hanya menadah dadanya menjadi mangsa tumbukan Dianne. Hinggalah pukulan itu perlahan berhenti.

Dianne menangis tak henti-henti. Kenapa hati dia yang jadi perit? Kenapa semua perkara perlu berpihak pada Isaac sedangkan dia yang menjadi mangsa. Hidup dia tidak pernah adil.

"You make me hate you even more," ucap Dianne lemah. Isaac mengetap rahangnya. Dadanya bagai ditusuk belati dengan sebaris ayat itu. Dia rasa sesak melihat wajah wanita itu melepaskan tangis yang sarat dengan luka.

Tangan Dianne yang masih mengenggam baju di bahagian dadanya, dia pegang.

"Siapa kata I tak marah? I marah sangat dengan tindakan you yang langsung tak fikir panjang. Jantung I hampir gugur bila dengar mama I hampir kena langgar. Lagi I bertambah sakit hati bila dapat tahu, pelakunya adalah you Anne. Tapi, rasa marah tu tak dapat mengatasi marah I pada diri sendiri. Sebab I tahu, I lah puncanya." Tutur Isaac.

"Hati I memang dah luka setiap kali tangisan you berpunca daripada I. You didn't need to try so hard to break me apart. I'm already broken, Anne. I know a thousand sorry will not change anything. Perhaps, it's only make you more miserable. You hate it when I say sorry."

Pandangan masing-masing tak putus. Seakan menyalurkan luka yang tak berdarah di hati melalui tatapan.

Jeda.

"Sayang, let me fix all of this. Please give me a chance." Rayu Isaac. Tatapannya kian dalam membuktikan dia benar-benar memaksudkan apa yang dikata.

"Takda cara-"

"Ada!"

Dahi Dianne berlapis memandang Isaac. Lelaki itu tampak sungguh yakin.

"Let's get marry. I mean it," lafaz Isaac tekad. Sama seperti kali pertama dia melamar wanita itu. Dianne geleng kepala. Tangannya yang berada dalam genggaman Isaac ditarik semula.

"Stop it, Isaac. I taknak kahwin dengan you." Dianne tolak tubuh Isaac ke tepi kerana ingin berlalu menuruni tangga. Kalau Isaac masih degil mahu bersembang tentang kahwin dengannya, Dianne malas mahu dengar.

Dia tak perlukan simpati lelaki itu.

Dia tak mahukan perkahwinan yang semata-mata hanya kerana kesilapan satu malam.

Dia cukup terkilan dengan perbuatan Isaac pada tubuhnya.

Lelaki itu tak perlu memaksa diri untuk bertanggungjawab.

Dianne benci!

"What if you get pregnant?"

Pertanyaan itu buatkan kaki Dianne terpasak kaku di tangga terakhir. Sunyi. Isaac sekadar memerhati tubuh wanita yang sedang membelakanginya itu dari atas. Lebih kurang tujuh anak tangga menjadi pemisah diantara mereka.

"I bunuh anak tu," balas Dianne tidak main-main. Setelah itu, dia susun kembali langkah untuk beredar dari situ.

Isaac raup wajah. Nafas dihembus berat. Perbincangan dia dan Dianne masih berhujung duka.

Jika benar benihnya bercambah dalam perut wanita itu, jadi Diannne mahu bunuh anak mereka? Tak, Isaac takkan benarkan. Langkah mayat dia dulu kalau Dianne benar nekad mahu lakukan hal sedemikian!

Andai Dianne benar serius dengan katanya, Isaac juga sama. Sekali dia pasang niat untuk menghalalkan wanita itu, tiada lagi jalan untuk patah balik.

Kalau Dianne dengan rancangannya, Isaac pula akan ikut dengan caranya!

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; korang team siapa? Anne ke Isaac? Ke korang lalang, team dua2 sekali? HAHA!

(Ehem, btw saya team Anne. #terpalinggirlsupport)

Share this novel

Zai Zai
2025-05-07 20:03:27 

next

Zai Zai
2025-05-07 17:12:43 

next

Nour Rizqismail
2025-02-04 22:04:15 

kenapa x de apa2 update


NovelPlus Premium

The best ads free experience