Series
52110
Muzik kuat berdentum menyapa gegendang telinganya. Namun bunyi itu sedikit pun tidak menganggunya malah ia membawa satu keseronokan. Dia menari sepuasnya sehingga orang di club malam itu mula bersorak untuknya. Dalam hatinya, cuma Dianne yang tahu seberapa banyak sumpah seranah dia hadiahkan untuk Isaac. Rasa ingin dia cekik sahaja Isaac apabila ingat kembali kini dia adalah sugar baby secara paksa kepada jejaka itu. Nyaris dia didekati oleh seorang lelaki asing tetapi Laila lebih cepat menarik tangan Dianne untuk berlalu dari kawasan sempit dan padat itu. Selalunya Laila yang susah untuk dikawal tetapi malam ini Dianne sedikit agresif. "Laila, kenapa tarik aku?!" Marah Dianne. Rambut panjang terurainya diraup ke belakang. "Kau mahu ke jadi lauk lelaki sebarangan dekat sini?" Ujar Laila sambil menarik tangan Dianne lalu didudukkan di kerusi bar. Dianne berdecit kasar. "Aku nak enjoy puas-puas malam ini." Ujar Dianne. "Kau cakap kau datang jumpa aku sebab nak cerita tentang sugar daddy baru kau. Lama tau aku tunggu kau buka mulut, aku dah tak sabar nak tahu ni." Dianne mengerling sekilas Laila di sebelah. Muka teruja wanita itu langsung tergambar di wajah. Haih, bagaimana dia nak terangkan kepada Laila bahawa sugar daddy nya adalah Tengku Isaac Mateen? Kalau dia bagitahu siapa sugar daddy nya, bakalkah wajah teruja itu kekal sama? Separuh daripada hatinya yakin, kelab malam ini akan runtuh apabila Laila dapat tahu. Tidak semena-mena keluhan terbit dari bibir merah Dianne. "Macam ada masalah besar je kau ini? Bukankah sepatutnya kau happy dapat lelaki kaya yang boleh taja hidup kau?" Laila mengerutkan dahinya. Aneh dengan sikap pelik Dianne. Sebenarnya sejak sampai di sini pun kawannya itu sudah bersikap pelik. Dianne masih lagi diam. Masih menyusun kata yang amat sukar dia suarakan. "Teruk sangat ke lelaki tu? Kaki pukul? Suami orang? Ataupun dia paksa kau buat hubungan-" Dianne laju menekup mulut Laila. Terkebil-kebil mata Laila. Wajah Dianne kelihatan serabut tika ini. Laila semakin penasaran kerana temannya itu jarang sekali sensitif begini. "Siapa-" "Tengku Isaac Mateen. " Dianne lebih pantas membidas. Sikunya ditongkat atas meja lalu wajahnya ditekup dengan tapak tangan. "Fuck you!" Carut Laila kuat sehingga ramai kepala mula menoleh ke arah mereka berdua. Sudahlah fikirannya serabut, Laila pula memberinya malu. "Kau dah gila ke Anne?" Nadanya serius kemudian bahu Dianne ditarik supaya menghadapnya. Dia mahu brainwash otak si Dianne. Mana tahu banyak sudah longgar. "Ya, aku tahu..." ujar Dianne perlahan saja seakan tidak bermaya. "Mana pergi telinga kau waktu aku pesan jangan dekat dengan lelaki itu? Kau guna tak telinga ni?" Bebel Laila sambil meraba-raba telinga Dianne yang disangkut earcuff jenama mewah itu. Terus Dianne menepis tangan itu. Laila ini bikin malu sahaja! Ini yang dia malas hendak cerita pada Laila. Sahabatnya itu pasti overreacting. Kalut! "Aku tak tahu itu dia waktu tu, Ila." Kata Dianne. "Habis itu? Waktu kau dah tahu itu dia, kenapa kau tak cabut lari je? Kenapa sampai setuju nak jadi sugar baby dia? Kau cakap terus terang, Anne. Kau memang sengaja hendak masuk mulut buaya ke?" Soal Laila bertalu-talu. Selagi dia tidak tahu kisah sebenar, dari awal sampai ke akhir, selagi itu dia akan korek. "Aku goda dia sebab dia nampak mudah dekat mata aku. Aku baru usik sikit, dia dah tergoda. For fun, you know." Dianne memberikan alasan. "For fun kau kata?! Dia itu Tengku Isaac Mateen, okay! Kau tak boleh nak main-main dengan dia." Marah Laila lagi. "Shh, suara kau perlahan lah sikit. Malu orang dengar." Bisik Dianne keras pada Laila. Laila tarik nafas bertenang. Dia berdehem kejap. "Jadi, soal sugar baby, sugar daddy itu apa cerita?" Giliran Dianne pula menarik nafas panjang sebelun memulakan penjelasannya. Dari malam kejadian hinggalah bagaimana terjadinya perjanjian di antara dia dan juga Isaac. Semuanya dia ceritakan satu per satu, penuh emosi dan teliti. Pap! Laila tepuk meja di hadapannya. Terhinjut sedikit bahu Dianne dengan aksi tiba-tiba itu. "Aku sakit hati betullah kalau orang paksa-paksa ini! Sorry, Anne. Hidup kau memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Kalau kau boleh keluar dari perangkap licik Tengku itu sekalipun, aku tak jamin kau boleh hidup tenang." Ujar Laila dengan nada sayu. Matanya dikedip-kedipkan memandang Dianne seakan simpati. "Tapi tak apa, sesadis-sadis kau pun, kau dapat Tengku Isaac. Haritu, aku dapat mama's boy je, tau. Pening kepala aku, sikit-sikit tanya mama, sikit-sikit bagitahu mama." Dianne tergelak kecil. "Jap, aku nak order minuman. Malam ini, aku belanja. Kau macam biasakan? Mocktail?" Sambung Laila lagi. Dianne jeda seketika. "No, malam ini aku nak wine." Ujar Dianne. Berkerut kening Laila mendengar permintaan Dianne. "Kau tak ingat ke kau pernah kena tahan seminggu kat hospital sebab ambil minuman keras? Exam kita dah nak dekat tau." Soal Laila. Mana tahu, otak Dianne tengah tak mampu nak berfikir sekarang ni. "Yes, aku tahu. Tapi aku tak kisah." Dianne masih tak ubah fikiran. Biarlah malam ini dia enjoy sepuasnya. Apa kesannya selepas itu, dia malas hendak fikir. Laila angkat bahu. "Well, kalau kau dah kata macam itu." Laila pantas menghantar pesanan dan tidak lama itu, pesanan tersebut sudah terhidang di depan mata. "Cheers to Dianne's new sugar daddy! Good luck, babe!" Laila angkat gelasnya kemudian dilagakan pada gelas Dianne. Dianne hanya memutarkan matanya dengan ucapan itu. Minuman keras itu diteguk berkali-kali. ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ Okane kasegu, orera wa sutaa, Okane kasegu, watashi wa sutaa, Sutaa, sutaa, sutaa, sutaa, kira kira, Watashi wa sutaa~ Buka saja pintu penthouse nya, lagu itu sudah menyapa gegendang telinganya. Dahinya berkerut memikirkan punca datangnya lagu itu. Siapa yang berani memecah masuk ke dalam rumahnya begini? Serasanya, sistem keselamatan disini sudah cukup ketat. Jangan sampai dia beli rumah baru pula nanti. Kaki panjangnya meneruskan langkah masuk ke dalam rumah. Penjahat, pembunuh atau sesiapa pun, dia tidak gentar untuk hadap. Dalam sekelip mata dia boleh buat dahi manusia itu berlubang. Jangan berani cari masalah dengannya. "Kau siapa?" Laung Isaac pada gerangan yang sedang membelakanginya itu. Sempat dia lihat gerangan itu kelihatan menari dengan telefon di hadapan. "Baby!" Gerangan itu menoleh sambil memanggil Isaac manja. Tangan didepangkan seraya meluru ke arah Isaac. Tap! Langkahnya terhenti. Tangan yang tadi didepangkan automatik diangkat tinggi seolah menyerah diri. Matanya takut-takut memandang Isaac yang sedang mengacu dekat pistol pada perutnya. Sejak bila lelaki itu keluarkan pistol? Dia tak perasan pun. "Jangan bunuh aku. Aku cuma rindu kau lah, bodoh!" Bentak Sean sambil menghentakkan kakinya. Makin bertambah keinginan Isaac untuk melepaskan tembakan. Biar betul-betul terburai perut gendut si Sean! Isaac mendengus kasar. Pistol di tangan kembali di sisip pada pinggang. "Terima kasih baby sebab tak jadi bunuh aku." Sean menguis-nguis lengan baju Isaac. Senyum sengeh tak lekang dari bibirnya. "Sekali lagi perkataan baby itu keluar dari mulut kau, aku hantar kau pulang jadi jenazah." Ujar Isaac marah. Sudahlah dia baru balik kerja, di ofis kerjanya bertimbun, pulang pula disambut dengan kedatangan Sean yang berperangai menyebalkan itu. Beg kerjanya dilontar atas sofa. Kemudian kot pada tubuh di buka dan diletakkan bersebelahan beg kerja. Lengan baju dilipat hingga ke siku manakala tali leher yang mencekak di leher itu dilonggarkan. "Kau nak minum apa?" Tanya Isaac mendatar sambil berlalu ke bahagian dapur. Sean yang sedang duduk menyandar pada sofa sambil di tangan memegang remote tv rumahnya dikerling sekilas. Budak gendut itu memang betul-betul buat macam rumahnya sendiri. Tapi, sejujurnya dia tidak kisah tentang itu. Dia dan Sean memang akrab. Isaac juga tiada adik beradik lain, jadi cuma Sean lah yang dia boleh anggap seperti adik beradik. Cuma itulah, kadang-kadang... tak bukan! Lelaki itu kerap menayangkan perangai yang menyebalkan. "Jus oren pun sedap juga! Tapi aku nak yang fresh tau, perah tangan bukan dalam kotak." Demand Sean. Video yang dia rakam tadi dimuat naik pada aplikasi tiktok dengan caption 'stay young and follow the trend'. Tidak lama selepas itu, Isaac datang menghampiri Sean. "Nah. Kau perah sendiri." Dengan penuh selambanya Isaac menghidangkan Sean dengan dua biji buah oren segar dan juga gelas kosong. Sean terkedu. Well, apalah yang dia nak harapkan dari Isaac. Memang tidaklah lelaki itu akan buat seperti yang dipinta. Saja je tadi mengada-ngada. Mana tahu dapat. "Bila kau sampai sini?" Tanya Isaac ringkas. Setahunya, Sean tiada di Malaysia selama 2 minggu kerana bercuti di Vietnam. Makan angin. Biasalah, kononnya influencer. "Baru je lagi. Itu, aku ada bawa sekali luggage aku ke sini. Aku tidur sini, eh?" Pinta Sean sopan dengan senyum lebar hingga nampak sebaris gigi putihnya. Isaac yang sedang menatap Ipad ditangan, mengangkat wajahnya memandang ke arah yang ditunjuk oleh Sean. Ada dua beg bagasi pink tersusun cantik di sudut itu. "Terserah kau. Lagi pula lusa aku nak pergi outstation. Elok juga kau jaga rumah ini kejap." Ujar Isaac sambil mengalihkan semula pandangannya pada Ipad di tangan. Kerjanya tak pernah habis. "Thanks, baby!" Terus mata helang Isaac menikam Sean. "Sorry sorry. Terlepas. " ucap Sean sambil kelam kabut mengambil oren di atas meja. Terkial-kial tangannya memerah buah itu. Alaa, tangan dia tak ada muscle macam Isaac. Kalau Isaac yang buat, kan lagi senang. Tok tok! Bunyi ketukan pintu itu mencuri perhatian Isaac dan Sean. "Pergi buka." Arah Isaac pada Sean. "No, tak nak! Kalau itu penjahat macam mana? Aku takut!" Bulat matanya memandang Isaac. Kepalanya digeleng berkali. "Aku kata buka tu, buka sajalah!" Naik nada Isaac apabila Sean banyak bunyi. Tidak suka apabila orang tidak mendengar arahannya, banyak alasan pula itu. Sean tetap geleng kepala. Dia tidak mahu mati dulu. Nanti siapa nak layan followers dia? "Aku kata buka! Itu Mike je." Isaac sedikit marah. Isaac memang sudah sedia maklum bahawa Mike akan datang ke rumahnya. Ada perkara yang hendak dimaklumkan. "Ohhh..." bingkas Sean berlari membuka pintu. Takut kalau dia berlengah lagi, tidak mustahil Isaac keluarkan lagi pistolnya. "Tengku." Mike menunduk sedikit. "Ada hal apa yang kau nak laporkan?" Soal Isaac seraya menyilangkan kakinya. Jika ada apa-apa hal yang hendak Mike laporkan, Isaac lebih gemar perkara itu disampaikan secara depan-depan. Walaupun perkara itu kecil. Dia tidak suka Mike menyampaikannya melalui panggilan telefon dan mesej. Baginya itu tidak profesional. Melainkan hal-hal yang mendesak. Misalnya, melibatkan nyawa sesiapa. "Saya cuma nak bagitahu keberadaan Cik Dianne. Cik Dianne pergi ke kelab malam dengan Laila." Kata Mike. Isaac mengangguk kecil. Jadi Dianne enjoy pergi ke kelab malam? Dari hari dia menyuruh Mike menghantar pulang Dianne ke rumah lagi, wanita itu tidak menyahut panggilan telefonnya. Mesej juga tak berbalas. Cuma 'ya', itu saja mesej yang Dianne berikan padanya sehingga kini. Balasan Ya yang memberi erti kosong. "Okay. Teruskan ikut dia. Mulai harini, anything about her kau boleh direct mesej aku. Untuk hari ini, kau dah boleh pulang." Arah Isaac. "Baik, terima kasih Tengku. " ucap Mike kemudian terus berangkat pergi. Isaac mengambil beg kerja dan kot yang tersidai diatas sofa. Dia ingin masuk ke dalam bilik tidur dan berehat. Badan dia sudah penat harini. Tentang Dianne, tidak apa. Esok dia buat perhitungan dengan Dianne sebelum dia berangkat ke luar negara. "Who's Dianne, bro?" Soal Sean yang sedari tadi mendengar segala perbualan Isaac bersama Mike. Dua ketul itu dari dulu suka buat dia macam tunggul tau. "Kau curang dengan aku ke?!" Laung Sean sedikit kuat kepada Isaac yang tidak mempedulikannya. Isaac hanya mengabaikan sambil langkah kaki dibuka besar menaiki tingkat atas. Sean mencebik. Isaac buat dia macam tunggul lagi sekali! tbc ۫ ꣑ৎ Ps ; komen tanda awak nak bab seterusnya
Share this novel