18

Romance Series 40612

Cermin mata ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Kertas putih yang penuh dengan perkataan berhuruf times new roman itu berselerak di atas meja kerjanya. Pangkal hidung dipicit-picit mahu menghilangkan rasa mengantuknya.

Kesibukkannya bertambah setelah kerjasamanya dipersetujui untuk projek baru di Manila.

Dengan tubuh yang penat, Isaac memaksa jua diri turun ke tingkat bawah lalu menapak ke arah mesin kopi di dapur. Berdenting bunyi sudu berlaga dengan cawan kaca di ruang itu oleh jejaka yang hanya memakai Tshirt sleeveless hitam serta berseluar pendek berkenaan.

Usai itu, dia kembali menapak di bilik kerjanya. Kerusi diseret merapat pada meja. Beberapa kali dia berdecit apabila matanya masih belum segar walaupun setelah meminum secawan kopi.

Kalau ikutkan hati, Isaac memang mahu menurut permintaan matanya yang kian layu. Namun, kerjanya ini harus disiapkan sebelum meeting esok pagi.

Kertas ditangan ditolak ke tepi. Kemudian telefon pintarnya pula diambil. Dia mengeluh berat pabila mesejnya masih tidak dibalas oleh Dianne. Hampir masuk lima hari, dia perasan Dianne seakan mengelak darinya. Panggilan tak disambut dan mesej dibiarkan sepi. Dan Isaac pun sukar cari masa untuk berjumpa empat mata dengan wanita itu.

Dianne masih tak maafkannya kah? Jari bergerak-gerak di atas skrin telefon. Menghantar mesej buat sekian kalinya lalu telefon dijauhkan darinya.

Laci di bahagian sisi meja, dibuka. Mahu mengambil minyak angin sebagai alternatif lain untuk menghilangkan kantuk. Dan-dan itu ada sekeping sampul coklat mencuri tumpuan. Tangannya yang hendak mengambil minyak angin beralih kepada sampul itu. Sampul yang sudah sebulan lebih menapak dalam lacinya.

Sampul dibuka dan beberapa helai kertas yang sudah dikepilkan itu dikeluarkan. Raut wajah yang tadinya tenang bertukar dingin. Kantuknya pula hilang melayang. Dengan tatapan yang beku sambil tangannya menyelak helaian kertas berkenaan.

Sekeping gambar dan sebaris nama yang tertera buatkan rahangnya terketap kuat. Seringai sinis terbentuk di bibir.

Mariam Daud.

Baru sahaja jarinya ingin menyelak muka surat lain, dentingan telefon berbunyi. Mesej daripada Mike.

~ Saya nak maklumkan berkenaan individu yang mengekori Tengku serta Dianne.

~ Razif syak orangnya adalah sama.

Badannya disandarkan di kerusi. Tatapannya tertuju pada telefon miliknya yang terletak elok di atas meja di depan. Jarinya mengetuk perlahan meja kerja kayu itu dalam selang tempoh yang sama. Dan hanya bunyi irama ketukan jarinya mengisi ruang bilik itu.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Lampu disco berwarna-warni menjadi sumber cahaya bagi menerangi ruang gelap itu. Di bawahnya ramai manusia bersesak-sesak, rapat hingga saling berlaga bahu menari mencucuk langit. Dianne juga Re ikut sama menikmati malam muda dalam ruang yang penuh dan sempit itu.

Gaun hitam yang cukup singkat dan seksi dipakai sempurna pada tubuh putihnya. Rambut yang digunting long layered cut berwarna dark brown itu dibiarkan lepas. Tangan diangkat ke udara dan badan berlengguk lembut.

Sedang asyik dia menari, tiba-tiba ada tangan kekar memaut pinggangnya dan menarik tubuhnya merapat. Spontan dia berpaling dan matanya membulat melihat kelibat Isaac yang muncul entah dari mana itu. Wajah lelaki itu mendatar seperti biasa.

"Isaac?"

"It's been a while since you keep ignoring me." Ujar Isaac dekat pada telinga Dianne memandangkan bunyi muzik yang kuat disitu.

Baru malam ini dia punya peluang untuk bersua muka dengan Dianne. Walaupun penat selepas menghadiri mesyuarat siang tadi masih lagi tersisa, namun malam ini dia tetap putuskan untuk menemui Dianne. Tadipun dia tinggalkan sekejap kerjanya, tengah malam nanti dia sambung semula.

Terkebil-kebil mata Dianne memandang sisi wajah Isaac yang dekat dengannya itu. Ya, Dianne akui kebenaran dari ayat Isaac tersebut. Tetapi dia bukannya saja-saja mengelak melainkan dia mula pasang curiga terhadap jejaka itu. Dia jadi meragui setiap bicara dan tindak tanduk lelaki di depannya ini.

Tersedar dia masih dalam relungan erat Isaac, Dianne tolak tangan lelaki itu di pinggang. Malangnya, pegangan Isaac sikitpun tak terlerai. Malah lelaki itu mengemaskan rangkulan mahu membawa dirinya keluar dari lautan manusia disitu.

Walaupun begitu, Dianne keraskan badan enggan mengikuti langkah Isaac. Terjungkit kening Isaac memandang wanita itu.

"You nak bawa I pergi mana?" Soal Dianne. Dia mendongak memandang Isaac.

"Balik." Pendek jawapan Isaac dan serta merta Dianne gelengkan kepala.

"No, masih awal... I taknak balik dulu." Tangannya masih mencuba melepaskan rangkulan Isaac.

"Ikut I," tegas Isaac. Tidakkah Dianne tahu sedari tadi dia penat menolak orang disekeliling wanita itu agar tak tertolak Dianne? Sudahlah tak berapa nak dengar, bercakap perlu menjerit. Namun Dianne pula banyak bunyi dan songeh!

"I belum puas lagi!" Wajah Dianne menyinga. Geram apabila Isaac menganggu malam liburannya.

"I don't care." rayuan Dianne tidak dipedulikan malah dia terus menarik pinggang ramping itu menjauh dari situ. Badan Dianne dipegang kemas apabila wanita itu meronta sepanjang mereka berjalan keluar dari bangunan itu.

Sebaik udara segar di luar menyapa rongga hidung, Dianne tepis kuat pegangan Isaac di pinggang yang mula longgar. Rambut diraup ke belakang dan dia mendengus marah.

"Call I tak jawab, mesej I tak reply. Bila I suruh Mike jemput you datang jumpa I, you cakap you busy. Tapi ada pula masa nak pergi kelab malam? Ini ke you punya busy? Suka ke kena raba dengan jantan terdesak kat dalam tu?"

Isaac memulakan perbicaraan dengan tangan yang mencekak pinggang. Emosinya sedikit terganggu dengan reaksi Dianne yang tampak menyampah dengannya. Apa dia ada buat salahkah? Serasanya dia sudahpun merendahkan ego dengan meminta maaf tentang kes bergaduh dengan Adib tempoh hari. Jadi, kemarahan Dianne sekarang kerana apa?

"I busy ataupun tidak, itu hak I dan bukan urusan you." Balas Dianne acuh tak acuh. Badannya sedikitpun tak bergerak untuk berdepan dengan Isaac. Tangan disilangkan di dada.

Dahi Isaac berkerut malah pandangan biasanya tadi mula berubah menjadi tajam. Sisi tubuh Dianne itu direnung tak puas hati.

"Pardon?"

Dianne jeling Isaac dari hujung mata. Pekakkah lelaki itu?

"Salahkah I nak spend time untuk diri I? Ke you nak I ada dekat sisi you 24 jam? Kenapa tak ikat je I terus dekat pinggang you?" Sinis Dianne berkata. Jujur, dia tiada hati mahu berbual manja seperti selalu dengan Isaac. Lagi-lagi otaknya telah diracun dengan gambar misteri itu.

Tambahan itu, Isaac selalu menganggunya dengan pesanan mesej atau panggilan telefon pada setiap jam dan setiap hari. Dianne jadi rimas!

Tak semena-mena, Isaac tarik lengan Dianne hingga tubuh kecil itu sedikit berlanggar dengan dadanya.

"You nak I ikat you betul-betul ke? Jangan cabar I Anne." Rendah suara itu mengeluarkan kata dan Dianne cukup tahu bahaya disebalik nada rendah dan keras itu. Mata tajam Isaac setia memanah anak mata Dianne.

"Tak payah. Orang yang kuat mengongkong bukan taste I." Setiap kata itu ditutur dengan nada tenang sambil mata tepat menusuk iris hitam pekat Isaac.

Rahang lelaki itu terketap kuat. Walaupun Dianne tidak menyebut namanya, tapi dia cukup faham ayat itu ditujukan kepadanya. Dianne ingin katakan dia lelaki yang kuat mengongkong.

Sudahlah Isaac stress dengan beban kerja yang banyak, datang berjumpa dengan Dianne dia ingatkan bakal mengurangkan tekanan malah bertambah sakit kepalanya.

"What's wrong with your behaviour tonight?" Bisik Isaac keras. Keningnya bertaut rapat. Dianne mengeluh kejap.

"Perangai I memang macamni." Dianne alihkan pandang ke tepi. Malas mahu main sabung mata dengan Isaac. Pandangan lelaki itu buatkan dia rasa sukar bernafas. Seakan ia bisa membunuh Dianne bila-bila masa saja.

Jeda.

"You ada masalah?" Sambung Isaac lagi seraya melepaskan lengan Dianne. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Badan Dianne mengeras. Dengan perlahan dia alihkan anak matanya ke wajah kacak Isaac. Pakaian yang sudah tak rapi serta rambut yang sedikit serabai tak mampu mengurangkan daya tarikan yang ada pada lelaki itu. Malah bertambah menarik.

Melihat kepada reaksi Dianne, Isaac sedar sesuatu. Ya, dia yakin. Pasti ada yang menganggu di fikiran Dianne kerana itu wanita di depannya ini emosi semacam. Isaac meluruskan badan lalu kali ini tangan wanita itu dicapainya lembut.

"What's the problem?" Soal Isaac dengan nada yang kini berubah tenang. Anak mata Isaac bergerak-gerak memandang wajah cantik Dianne yang bersolek sedikit tebal itu. Gincu merah menyala dengan smokey eye nya.

Beberapa saat Dianne hanya diam sambil bola matanya sekadar memandang leher Isaac sebelum dia menyambung bicara.

"You... you ada sorokkan apa-apa ke dari I?" Akhirnya terluah jua soalan itu dari bibirnya. Bola matanya bergerak-gerak menjamah seraut wajah di depannya itu. Isaac agak tersentak dengan pertanyaan itu namun dia bijak mengawal reaksi wajah agar Dianne tak bisa membaca air mukanya.

"Nope, why?" Nafi Isaac. Serta merta keluhan berat Dianne terlepas. Tak pasti haruskah dia percaya dan berasa lega dengan penafian Isaac tersebut. Well, mana ada pencuri yang mengaku dirinya mencuri, betul tak? Selagi dia tak tahu kebenaran, selagi itu dia akan terus meragui Isaac.

"Nothing," balas Dianne senada. Malas mahu memanjangkan topik perbualan. Setelah itu dia mengundur selangkah kebelakang, tidak mahu berdiri terlalu rapat dengan Isaac.

"I dah takda mood nak masuk dalam lagi. I nak balik." Ujar Dianne.

"I hantarkan,"

Dianne pantas geleng kepala.

"I boleh balik sendiri. Lagipun, I datang dengan Laila tadi dan dia tumpang I." Tolak Dianne.

Isaac tidak membalas malah hanya diam memerhati segenap wajah cantik itu yang sejak awal tadi tiada melemparkan segaris senyuman. Rindu pula rasanya hendak melihat senyuman manis itu. Malangnya, malam ini Dianne kedekut mahu tunjukkan.

"You baliklah dulu. I nak masuk kejap ambil beg dan ajak Laila pulang." Dianne berura-ura mahu berpaling dan melangkah masuk ke dalam kelab malam. Namun begitu, Isaac pantas menghalang.

"Biar I ambilkan. You stay here." Tanpa menunggu kata-kata dari Dianne, Isaac terus mengorak langkah. Beberapa minit menunggu, Isaac keluar semula kali ini bersama beg tangan Dianne.

"Thank y-"

"Jom, I hantar." Isaac berjalan melepasi Dianne mahu menuju kearah keretanya. Dianne mengerutkan dahi, rasanya tadi dia sudah kata mahu balik sendiri saja. Langkah lelaki itu diikuti dari belakang.

"I dah cakap I-"

"Kunci kereta you I dah bagi pada Laila. Nanti I suruh Mike hantarkan dia balik dengan selamat. You jangan risau." Potong Isaac sambil menonong berjalan di depan membiarkan Dianne terkial-kial mengepung langkah besarnya di belakang.

"Tapi-"

"Dianne Felora!" Mendadak Isaac menghentikan langkahnya. Dianne ikut sama berhenti. Dengan perlahan dia memusingkan badan lalu bola matanya jatuh kepada sosok tubuh Dianne yang berdiri beza beberapa tapak darinya itu.

"One more word..." Sengaja dia biarkan ayat itu berdesir keluar dari celah giginya tergantung disitu saja. Matanya tajam menikam mata bundar Dianne. Dari tadi Dianne uji kesabarannya yang kian menipis dek kerana karenah wanita itu.

Jangan sampai dia betul-betul hilang sabar.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Kereta mewah itu berhenti tepat di hadapan pintu masuk ke blok apartment Dianne. Setengah jam perjalanan pulang itu diisi dengan Isaac yang banyak memulakan kata serta Dianne yang pandai menyahut pedas tiap bicaranya walaupun responnya acuh tak acuh.

Sudah tentu mereka berdua sempat bertengkar kecil apabila Dianne mati-matian menolak ajakan Isaac agar wanita itu bermalam di penthouse nya. Malas mahu merosakkan mood, Isaac akur saja. Enggan emosinya kacau kerana nanti akan menganggu konsentrasi dia melakukan kerja. Isaac punya banyak fail yang perlu disemak malam ini.

Nanti-nanti saja dia paksa wanita itu.

"Thank you, bye." Pamit Dianne namun mukanya ditolehkan semula ke arah Isaac pabila dia dapati pintu kereta masih berkunci.

"Isaac," panggil Dianne pada jejaka yang sedang termenung lurus memandang hadapan.

"Opss, sorry." Isaac benar-benar terlupa mahu membuka lock pintu. Sebaik sahaja kunci pintu dibuka, Dianne pantas melangkah keluar.

"Anne," belum jauh Dianne melangkah, Isaac seru nama Dianne seraya membuka tingkap kereta. Wanita itu menoleh dengan kening yang terjongket.

"Goodnight," ucapnya perlahan. Dianne balas ucapan itu kemudian lantas meneruskan langkah kakinya.

Isaac melepaskan keluh panjang sambil menghantar Dianne melalui pandangan matanya. Siku ditongkatkan di birai pintu sambil jarinya bermain di bibir. Kepalanya digerakkan sedikit kearah kiri pabila telefonnya berdenting.

Mesej dari Mike mengatakan Laila juga sudah selamat tiba di rumah. Beberapa saat setelah itu, nombor Mike didail lalu telefon dilekapkan di telinga.

"Hello, tengku."

"Mike, ada apa-apa ke yang berlaku pada Dianne beberapa harini?" Soal Isaac.

"Razif bagitahu Dianne ada jumpa dengan inspektor Luqman beberapa hari yang lalu. Dan Razif bagitahu Dianne ada serahkan kepingan gambar yang tidak diketahui subjeknya."

Berkerut hebat dahi Isaac.

"Inspektor Luqman?" nama itu asing di pendengaran Isaac.

"Ya tengku, dia abang kepada Laila." Isaac senyap seketika dan mindanya teringat kembali ayat Dianne tadi.

'You ada sorokkan apa-apa ke dari I?'

Bukan itu sahaja, sikap Dianne yang tiba-tiba menjauhkan diri dan bersikap dingin juga aneh baginya. Untuk apa Dianne berjumpa dengan inspektor? Dianne sudah tahukah tentang rahsia silam Mariam?

"Tengku nak saya buat apa-apa ke?"

"Aku nak kau terus selidik tentang stalker itu. Aku yakin dia ada buat sesuatu untuk pengaruh fikiran Dianne dan kalau kau dah berjaya jejak dia, bawa jumpa aku." Arah Isaac.

"Saya cuba tengku."

Tut... tut... panggilan dimatikan.

Isaac menghembuskan keluh berat. Jika Dianne dapat tahu rahsia sebenar yang telah lama terkubur itu, bagaimanakah reaksi wanita itu nanti? Sudah tentu dirinya dibenci. Itu yang paling pasti.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s; Ok, saya dah update lagi chapter baru. Babaii, masa untuk saya berhibernasi~

Teaser :

takda, lain kalilah saya bagi ya hehe

Share this novel

Aisyah Esya
2024-11-19 21:39:20 

mcm lama sgt dah x update


NovelPlus Premium

The best ads free experience