23

Romance Series 40612

Belum sempat enjin kenderaan dimatikan, pintu kereta terus dibuka dan dia segera memboloskan diri keluar. Langkahnya dibuka memasuki gudang besar yang terbiar di tengah ladang kelapa sawit yang tidak lagi terjaga itu.

Ah, dia sungguh tidak sabar mahu melepaskan amarahnya!

Dari kejauhan retina mata Isaac dapat melihat dengan jelas seorang lelaki yang sedang tidak sedarkan diri duduk dikerusi dengan tangan dan kaki yang terikat kuat.

Semakin besar langkahnya, maka semakin laju dia menapak dan tanpa sebarang amaran Isaac menendang kuat perut lelaki berkenaan hingga figura itu terjatuh ke belakang.

Mike yang berdiri tidak jauh dari situ spontan memejamkan mata sesaat melihat serangan mengejut majikannya itu. Dia cukup tahu, tendangan itu bukan biasa-biasa. Dengar saja bunyi gema yang terhasil, Mike sudah dapat meneka sakitnya bagaimana.

Setelah itu, Isaac lepaskan tumbukan bertubi-tubi di wajah lelaki itu sambil tangan kirinya kemas mengenggam kolar baju individu berkenaan.

Darah yang memercik tidak dihiraukan. Apa yang penting amarahnya dihamburkan pada lelaki itu. Biar hancur muka jantan itu dia kerjakan!

"Ehem, Tengku." Seru Mike yang sedari tadi memerhati Isaac menggila. Awalnya dia biarkan saja kerana lelaki itu memang layak dipukul tetapi timbul rasa risau apabila Isaac seperti tiada tanda mahu berhenti.

Bukan apa. Mike bimbang lelaki itu terus mati ditangan Isaac tanpa sempat mereka mengorek maklumat dengan lebih dalam lagi.

Buk! Isaac sudahkan tumbukannya. Dadanya berombak kencang menarik serta menghembus nafas. Matanya tajam bak bilah pedang bersama urat kecil yang timbul di sekitar dahi dan tangan.

Isaac meludah ke tepi nyaris terkena wajah lelaki yang sedang terbaring menahan kesakitan itu. Kemudian, Isaac genggam kemas kolar baju lelaki berkenaan lalu tubuh itu ditarik dan didudukkan semula seperti keadaan asal tadi.

Kotak rokok dikeluarkan dari poket seluar lalu sebatang rokok yang sudah diapit di bibir itu dibakar hujungnya. Isaac sedut dalam batang rokok itu lalu asapnya dihembus berkepul di udara. Isaac berhenti sejenak daripada menyeksa lelaki yang ditangkap itu. Bagi sedikit masa untuk lelaki itu menarik nafas walau cuma untuk beberapa saat.

Sambil-sambil itu, Isaac juga mahu tenangkan sedikit api dalam diri. Agar dia boleh bersikap lebih teliti dan fokus tanpa terbawa emosi.

Habis merokok, Isaac kembali semula menghadap lelaki yang sedang menunduk ke bawah dengan darah yang menitik di lantai. Rahang lelaki berkenaan dicengkam kasar dan senyum sinis tersungging di bibir Isaac dikala dia melihat wajah dihadapannya itu sudah kembang dan pecah di beberapa bahagian.

"Alan Kameel, isn't?" Ujar Isaac keras.

"Jawab!" Bentaknya apabila lelaki dihadapan itu tidak menyahut.

"Ya..." Suara itu tidak bermaya membalas seraya kepala angguk lemah. Mana tak lemah kalau sudah seminggu dia dikurung disitu tanpa diberi makan. Cuma seteguk air setiap hari.

Isaac mendengus lalu rahang Alan dilepas kasar hingga wajah itu terteleng ke tepi.

"Siapa yang bagi kau arahan untuk ganggu aku dan Dianne?" Isaac menyoal lalu melangkah tiga tapak menjauh kebelakang.

Alan geleng kecil. Darah yang berkumpul di dalam mulut diludah ke lantai lalu bibir itu menyenget ke atas.

"Aku sendiri," balas Alan perlahan yang sedari tadi tiada tenaga untuk mengangkat kepala apatah lagi membuka mata.

"It's okay. Kita ada banyak masa lagi untuk bermain," Isaac angguk kecil dengan nada tenang mendengar jawapan itu. Tapak tangannya dihulur ke kanan, disuakan kepada Mike.

Mike yang faham, terus memberikan barang yang dipinta di atas telapak tangan Tengku Isaac.

Picu ditarik dan bangg!

"Argh!" Alan meraung sakit apabila bahunya ditembak. Darah mengalir laju membasahi baju t-shirt polosnya. Berbeza dengan reaksi Isaac yang menayangkan senyum puas.

"Setiap kali kau jawab salah, itu yang kau akan dapat. Aku tahu ada orang yang bagi kau arahan sebab aku tak kenal kau. Kau takda motif untuk cari masalah dengan aku." Tutur Isaac.

Alan menyeringai senyum jahat.

"Kau tak kenal aku tapi aku kenal kau, Isaac! Aku benci kau!" Jerit Alan dengan berani.

"Tch tch tch," Isaac halakan semula pistolnya kearah Alan.

dan Bang!

"Argh!" Kali ini tembakan mengena di kaki Alan. Semakin kuat wajahnya berkerut menahan denyutan di bahu dan kaki.

"Itu sebab kau bercakap tanpa perlu. Lain kali kalau aku suruh kau bercakap, barulah kau bercakap. Faham?!" Nada Isaac tinggi menengking pada ayat terakhir.

Pistol di tangan diserahkan semula kepada Mike lalu dia membuka langkah pergi diikuti Mike dari arah belakang.

"Ingat, cuma bagi dia air seteguk setiap hari untuk pastikan dia hidup. Awasi dia dengan ketat jangan sampai terlepas. Kau tahu risikonya kan kalau dia terlepas?" Ujar Isaac dengan nada yang cukup gerun di pendengaran Mike.

"Tahu, Tengku. Jangan risau, anak buah saya ada untuk sentiasa awasi dia." Jamin Mike. Jikalau Alan terlepas, sudah tentu Mike yang akan menerima butiran peluru tertanam dalam badan. Itu risikonya jika dia cuai.

Isaac sekadar diam meneruskan langkah hingga ke kereta.

"Tengku," Isaac yang baru sahaja mahu masuk ke perut kereta kembali menoleh kearah Mike apabila namanya dipanggil.

"Tengok ni," Mike hulur ipad lalu peranti moden itu berpindah ke tangan Isaac.

'Jutawan muda Malaysia didakwa kaki perempuan dan kaya kerana cuci duit?'

Isaac memicit pangkal hidungnya serta melepaskan keluh panjang. Sebuah hantaran menggunakan akaun palsu dengan berlatar gambarkan dirinya yang telah dikaburkan. Lagi-lagi gosip murahan tentangnya tersebar di media sosial.

Semingga sudah perkara ini berleluasa, naik jemu Isaac melayannya.

"I've had enough with all of this stupid drama." Bisiknya lalu menyerahkan semula Ipad itu kepada Mike.

"Handle macam biasa," arahnya ringkas kemudian masuk ke tempat pemandu. Steering kereta dipulas sebelah tangan dan kenderaan itu laju membelah jalan menuju ke destinasi seterusnya.

Dia mahu terus bertentang mata dengan individu yang sengaja mencipta onar tentang dirinya di media sosial. Semakin dibiar, semakin ia menjadi-jadi!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Senyum lebar terukir di bibir tatkala pesanan yang ditunggu selama sepuluh minit telahpun siap. Iced matcha latte disedut penuh nikmat sambil kakinya menapak keluar dari kafe berkenaan.

Kunci kereta dipusingkan di celah jari seraya langkah kaki dihayun penuh ceria menuju kearah keretanya yang diparkirkan di belakang blok bangunan ini. Maklumlah tengahari jadi parking banyak yang sudah penuh kerana ramai yang keluar untuk lunch.

"Seronok?"

Dianne berhenti menyedut iced matcha lattenya apabila ada suara yang tiba-tiba menegur. Cuaca terik yang memancar menambahkan kerut di wajahnya tambah-tambah lagi sebaik sahaja dia melihat figura Isaac yang segak berkemeja sedang menyandar di kereta miliknya.

Langkah disambung mendekati kereta. Wajahnya masam sahaja menghadap Isaac yang masih selesa berpeluk tubuh menjadi model kenderaannya.

"Ke tepi, I ada kelas lepasni." Ujar Dianne memandangkan lelaki itu menghalang laluannya untuk masuk ke tempat pemandu.

"Ops, my bad." Isaac bergerak selangkah ke tepi memberi laluan seperti yang dipinta. Manakala Dianne pula rasa pelik kerana Isaac senang-senang saja ikut arahannya.

Dianne jeling Isaac dengan hujung mata lalu tangannya memegang gagang pintu kereta namun belum sempat pintu terbuka, badannya terasa dipusing pantas oleh gerangan di belakang.

Hal itu membuatkan Dianne berada dalam posisi menyandar di pintu kereta sambil tangan Isaac keduanya mengunci dirinya di tepi dalam sekelip mata. Jantung Dianne berdegup kencang dengan tindakan mengejut tersebut. Mujur air minumannya tidak tumpah!

Matanya membulat menikam Isaac. Keduanya diam dan saling berbalas pandangan untuk seketika. Seminggu sudah berlalu sejak malam penuh emosi itu berlalu diantara Dianne dan Isaac.

Seperti yang Isaac sangka, wanita di depannya ini masih kuat tidak terbawa emosi walaupun malam itu Dianne menangis teruk di depannya. Isaac sempat risau sekiranya Dianne akan berlarutan sedih namun wanita itu berlagak seperti luahan yang sarat dengan emosi itu tidak berlaku malam itu.

Dan Isaac cukup faham mengapa Dianne sengaja cari pasal dengannya sepanjang seminggu ini. Itu salah satu cara untuk wanita itu melepaskan amukannya.

Di sudut pandangan Dianne pula, Isaac masih terlalu berani untuk muncul di depannya. Seolah-olah lelaki itu tidak membawa rasa kesal dalam diri setiap kali bersua muka dengannya. Rasanya Isaac masih sama seperti dahulu. Buat salah lalu berpura seperti biasa. Meneruskan hari seperti orang normal yang lain tanpa dihurung rasa sesal.

"I tanya tadi, seronok tak jadi haters?" Isaac bertanya lagi sekaligus melenyapkan suasana sunyi tadi. Dengan perlahan bibir Dianne melengkung keatas. Mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Isaac.

"Do you like the title? You patut baca the whole article. You might love it." Ujar Dianne penuh bangga. Lalu dengan sengaja melepaskan tawa. Tubuh tinggi Isaac yang berdiri di hadapan Dianne membuatkan wanita itu sedikitpun tidak terkena panahan matahari.

Anak mata Isaac merenung penuh dalam wajah cantik Dianne. Ah, wanita ini! Dalam mencari masalah masih jua mampu mencuri sekeping hati bekunya.

"Yeah, I do love it. Thank you for paying so much attention towards me. Haters affection sometimes come from uncontrolled love. I faham je," Balas Isaac tenang dengan riak wajah yang membuatkan Dianne jadi jengkel.

Balasan sarkastik itu bukanlah apa yang Dianne jangkakan akan menjadi reaksi lelaki itu. Dia mahukan Isaac marah dan bukannya tenang sebegini.

Hujung bibir Isaac terjongket sebelah keatas. Menyembunyikan senyum kemenangan melihat air muka Dianne mula berubah. Tidak cukup dengan itu, Isaac tundukkan kepala mendekatkan bibirnya pada telinga Dianne.

"But I suggest you to stop. Takut jadi obses pula," Bisik Isaac lalu kembali menegakkan tubuhnya.

Matanya kembali terarah pada Dianne yang masih terdiam itu. Lalu tanpa aba-aba, Isaac capai tangan Dianne yang sedang memegang minuman lalu diangkat mendekat pada bibirnya. Dengan penuh selamba dia menyedut iced matcha latte milik wanita itu.

Membesar mata Dianne dengan perangai tak tahu malu Isaac.

"Hey!" Dianne segera menarik tangannya sebaik sahaja Isaac lepaskan pegangan.

"Hmm, sedap. Thank you," Ujar Isaac. Setelah kerongkongnya lega dengan minuman sejuk itu, dia kenyitkan sebelah mata lalu berundur pergi meninggalkan Dianne yang masih terkebil-kebil dengan perbuatannya.

Ah, Isaac menyebalkan!

Bagai tahu-tahu Dianne sedang rancak menyumpah seranah tentangnya di dalam hati, lelaki itu berhenti melangkah dan berpaling seketika.

"Oh ya, I lupa! Kalau I letak tajuk 'Seorang Mahasiswi Didapati Bergiat Aktif Dalam Gejala Sugar Daddy' okay tak?" Bibir Isaac tersenyum sinis melihat wajah Dianne yang drastik berubah kelat itu bersama kepalan tangan yang seakan ingin menumbuk muka Isaac jika lelaki itu berada dekat di depannya.

"Think twice, baby!" Pesan Isaac atau lebih tepat lagi amaran sebelum dia meneruskan langkah kaki. Kali ini dia pergi tanpa berpaling lagi setelah berjaya membuatkan Dianne diam tak terkata.

Dianne yang dipenuhi rasa marah dan geram itu dengan pantas menghempas minuman di tangan ke atas jalan raya bagi melempiaskan emosi.

"Stupid!" Marah Dianne sambil memerhati sahaja air hijau itu mengalir keluar dari bekasnya.

Dia tidak mahu lagi minum air itu. Jalan raya itu kotor pun disebabkan Isaac! Salahkan Isaac! Kerana sepatutnya lelaki itu menerima siraman air sejuk tepat di mukanya!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Gelas kaca yang sudahpun kosong bersusun diatas meja bar yang sedang dia duduki. Buat sekian kalinya, Dianne pesan lagi minuman yang sama iaitu mocktail dari pelayan disitu. Dia tidak gila lagi mahu meneguk minuman beralkohol sebanyak itu. Minum sedikit pun Dianne boleh masuk hospital apatah lagi bergelas-gelas.

Pesanan baharu yang tiba, Dianne segera minum tanpa menunggu. Fikirannya sedikit kusut setelah didatangi Isaac siang tadi. Amarah yang hampir mereda kembali marak semula selepas sikap menyakitkan hati Isaac terhadapnya.

Ya, memang benar Dianne sengaja cari pasal dengan membuat akaun palsu lalu menyebarkan perkara buruk berkenaan Isaac di laman sosial. Biar imej baik yang lelaki itu selalu tunjuk di khalayak ramai terkikis sedikit demi sedikit.

Hati Dianne puas apabila ada sesetengah orang mengecam lelaki itu! Namun, Dianne juga perasan bahawa selepas beberapa jam hantaran berserta komen-komen tersebut semuanya hilang. Tak lain dan tak bukan, pasti Isaac yang buat!

"Hi, pretty..."

Entah dari mana, datangnya seorang lelaki yang Dianne pertama kali lihat menghampirinya. Lelaki itu berdiri dekat di sisi tubuh Dianne yang sedang duduk

"Hi," balas Dianne bersama senyuman nipis.

"Alone?" Tanyanya. Dianne anggukkan kepala lalu mengangkat tangan untuk memesan air yang baru. Pun begitu, tangan Dianne yang diangkat tinggi itu dicapai oleh lelaki berkenaan lalu kekura tangan Dianne dikucupnya ringkas.

"All of this drinks won't solve your problem but..." Lelaki itu dengan berani mengusap pipi Dianne yang sedang menunggu ayatnya yang tergantung.

"I can help you. You looked so stress right now. You need some fun," ayat terakhir itu dibisikkan dekat pada telinga Dianne.

Dianne pandang dalam anak mata lelaki berkenaan. Dihujung mata kirinya ada satu tahi lalat yang kelihatan manis di wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu tidaklah begitu tampan namun manisnya ada. Dengan perlahan, Dianne lingkarkan tangan di leher lelaki berkenaan.

tbc ۫ ꣑ৎ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience