Hi, saya muncul balik ;-)
Keindahan bunga yang berwarna-warni di taman itu masih belum dapat menghilangkan segala rasa lelah dari beban kerja. Dia duduk di bangku di bawah redup pohon rendang dengan tangan dilipatkan di dada. Pandangannya kosong lurus ke hadapan.
"Jauh termenung," Isaac menoleh ke kiri disaat disapa suara lembut yang sudah sebati di pendengarannya. Sebaris senyum terukir di bibir tanpa perlu dipaksa. Raut wajah yang masih cantik dan sentiasa tenang bagai tak dimamah usia.
"Morning mama," ucap Isaac seraya mengalihkan duduknya ke tepi sekali, memberi ruang untuk mamanya duduk. Sebaik sahaja Raudhah melabuhkan punggung, Isaac dengan manja melentokkan kepala di bahunya.
Anaknya itu, nampak keras diluar tetapi manja di dalam. Hanya orang yang Isaac selesa bersama dapat melihat sisi lembut ini.
"Isaac balik tengah malam tadi ke?" Tanya Raudhah. Isaac memang pulang jam lewat sebegitu dan sudah tentunya baru balik dari ofis. Kadang-kadang balik ke penthouse sendiri, kadang-kadang tidur di pejabat ataupun tidur disini.
"Hmm... mama dah tidur dah," jawab Isaac sambil menyelesakan kepalanya di bahu Raudhah dengan mata yang terpejam. Kantuknya masih ada.
"Mana tak mama tidur kalau dah Isaac balik pukul 1 ke 2 pagi. Burung hantu je yang bangun waktu tu," ujar Raudhah seraya mengusap rambut lembut Isaac.
"Isaac lah burung hantu tu," balas Isaac nyaris bergumam kerana hampir saja mahu menyambung kembali tidurnya. Usapan di kepalanya menambahkan kelayuan mata. Dianne pun selalu bermain dengan rambutnya.
Ah, Dianne Felora...
Rindu mahu bermanja dengan wanita itu kerana kebelakangan ini bila bertemu, Dianne jadi garang. Tak manja dan menggoda seperti dahulu.
"Kenapa mengeluh?" Soal Raudhah. Isaac dengan perlahan membuka mata lalu mengangkat kepala dengan kening bertaut rapat. Tak sedar pula keluhan terlepas dari bibirnya.
"Ada masalah?" Soal Raudhah lagi. Matanya menatap redup raut wajah kacak anaknya.
Jeda.
"Ma, rindu tu normalkan?" Soalan pendek itu berjaya mencuri seratus peratus perhatian Raudhah.
"Anak mama rindukan siapa? Isaac dah jatuh hati dengan seseorangkah?" Nada teruja tidak dapat disorok. Terus kepala Isaac bergerak kiri dan kanan.
"Taklah, Isaac tanya je. Mama ni, tak semestinya rasa rindu tu semata-mata berpunca kerana kita dah jatuh hati. Maksud Isaac... Isaac rindu masa kecil. Memori dulu-dulu." Isaac menepis sangkaan si ibu.
Bahu Raudhah jatuh. Baru sahaja dia mahu pasang angan. Tanyalah pada semua ibu ayah di luar sana, sudah tentu mereka tidak sabar mahu melihat anak-anak mereka mempunyai pasangan dan mendirikan rumahtangga. Ada cucu, bilangan keluarga bertambah, jadi lebih meriah.
Raudhah juga begitu.
"Biasalah tu bila kita dah meningkat dewasa, memang kita akan teringin nak jadi kanak-kanak lagi. Kita jadi rindu dengan memori-memori yang kita suka, yang kita sayang nak lepas." Kata Raudhah sambil menepuk-nepuk lembut tangan besar anaknya.
"Suka dan sayang?" Ulang Isaac seakan berbicara dengan diri sendiri. Namun, jarak yang dekat membolehkan Raudhah mendengar sekali.
"Iyalah, rasa rindu tu hadir sebab kita sayang akan sesuatu. Macam memori childhood Isaac. Isaac tak percaya ke cakap mama? Mama ni dah lebih makan garam daripada Isaac tau." Ujar Raudhah tanpa sedar Isaac sudah lama berada dalam dunianya sendiri.
"Puan, Tuan Isma dah turun breakfast." Maklum Mak Jah yang muncul bersama apron terikat di badan. Raudhah senyum dan angguk kepala kemudian Mak Jah menapak pergi dari situ.
"Isaac, jom sarapan." Raudhah tepuk peha Isaac yang hanya bersarung seluar tracksuit hitam itu. Entah apalah yang anak lelakinya itu sedang termenungkan.
Sebaik tiba di meja makan, sudah kelihatan suaminya sedang mencicip air kopi, minuman wajib di tiap pagi. Raudhah dan Isaac masing-masing mengambil tempat. Sebagai isteri, Raudhah menghidangkan mee bihun di atas pinggan suaminya.
Isaac pula lebih memilih untuk diam sambil menjamah beberapa jenis kuih-muih yang ada. Manakala sebelah tangannya ligat menggesek skrin telefon.
"Isaac, bila kamu balik sini?" Tanya Isma. Tangannya yang memegang kuih karipap dijatuhkan diatas meja. Isaac panggung kepala cukup hanya sesaat sebelum kembali menatap telefon.
"Malam tadi," balasnya ringkas. Isma angguk kecil.
"Bisnes macam mana, okay?" Mereka memang jarang berjumpa jadi bila ada peluang bersua muka, Isma pasti akan bertanya perkembangan anak lelakinya itu.
"Okay," sekali lagi Isaac menyahut tak bernada.
Sepi. Hanya terdengar bunyi dentingan piring dan cawan kaca di ruang itu.
"Weekend ni jom lawan golf," ajak Isma. Lelaki tua itu, walaupun sudah berumur namun penampilannya masih gagah dan kekal fit. Aktif bersukan adalah salah satu asbab untuk kekal awet muda.
"Sorry, Isaac busy." Pantas saja Isaac menolak lalu kerusi diseretkan kebelakang sebelum dia berdiri.
"Enjoy your breakfast. Isaac nak naik atas dulu," pamit Isaac kemudian membuka langkah besar menaiki tangga. Tiada sebarang reaksi terpapar pada wajah Isma walaupun sedikit tertanya dengan respon dingin Isaac terhadapnya.
Raudhah pandang pelik belakang badan anak terunanya itu. Dia sedia maklum hubungan suami dan anaknya itu memang tidak seakrab dan semesra seperti hubungan orang lain tetapi mereka berdua tidaklah juga dingin dan sekadar buat hal masing-masing.
Bergaduh kah dua beranak itu ataupun ada yang menganggu fikiran Isaac? Atau mungkin benar Isaac sibuk dengan kerjanya yang banyak.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Kaki panjang itu melangkah keluar dari bangunan pejabat dengan penuh aura. Karismanya masih sama seperti di awal pagi walaupun sekarang waktu sudah menghampiri marghrib.
Sambil satu tangannya menjinjing beg kerja, sebelah lagi sibuk mendail nombor telefon Dianne. Berkerut-kerut wajahnya apabila setiap cubaan tidak bersambut. Mana pergi wanita itu? Berapa lama lagi Dianne mahu melayannya dingin?
Sekali lagi telefon didekatkan pada telinga.
"Hai," Serta merta senyum Isaac tergaris di bibir setelah satu hari urat wajahnya menegang menghadap pekerja pabila disapa Dianne walaupun cukup ringkas.
"Hello?" Senyap.
"Dia yang call tapi tak bercakap, mabuk ke apa dia ni?" Tawa kecil Isaac terlepas disaat bebelan Dianne memasuki gegendang telinganya. Walaupun suara itu kecil tapi mungkin jaraknya dekat dengan telefon membuatkan Isaac dapat mendengar dengan jelas.
"I dengar, Anne." Ujar Isaac. Dianne terdiam di hujung panggilan. Telefon yang tersadai diatas meja dan dalam mod loud speaker itu dipandang dengan mata bundarnya. Lupa pula talian masih bersambung kerana terlampau fokus dengan assignmentnya.
Dianne berdehem.
"You nak cakap apa?" Alih Dianne.
"I tak puas hatilah kenapa I susah sangat nak call dan jumpa sugar baby I sendiri? I invest banyak kot," adu Isaac dengan nada tak serius. Jari Dianne yang sibuk menaip laju di laptopnya tadi automatik terhenti.
"You kenalah faham, I ni student lagi. Banyak tugasan yang nak I kena siapkan. I bukannya macam you, boss. Goyang kaki sambil marahkan pekerja buat itu buat ini." Penuh selamba ayat itu diutarakan oleh Dianne.
"Hey hey, you ingat jadi boss ni tak busy ke? Silap sikit je, boleh hilang berjuta ringgit tau!" Isaac membela diri.
"Habistu kalau busy sangat, you takkan ada masa untuk ganggu I buat kerjalah. Lebih baik you sambung buat kerja, takut nanti hilang duit berjuta you. Tak pasal-pasal dah tak mampu nak bayar I. I tak nak sugar daddy miskin." Dianne tak mengalah, sengaja dia membidas ayat Isaac dengan ayat yang lebih berbisa biar Isaac terasa.
Hati Isaac berdongkol geram. Dianne mana pernah mahu takut mematahkan bicaranya. Jikalau ada Dianne dihadapannya sekarang, memang sudah lemas wanita itu dalam renungannya.
Belum sempat bibirnya dibuka hendak membalas, ada sesuatu yang lebih mencuri perhatian Isaac. Walaupun fokusnya tertumpu pada suara bebelan Dianne namun firasat kuat Isaac tidak dapat ditipu. Hatinya yakin bahawa ada seseorang sedang memerhati gerak gerinya.
Hujung matanya menjeling tajam cuba membaca rentak langkah seseorang yang sedang mengekorinya. Rahang spontan terketap. Telefon masih dilekapkan pada telinga, agar orang dibelakang tidak sedar bahawa intipannya sudah ketahuan.
Tiba di selekoh bangunan, Isaac segera menghilangkan diri dibalik dinding. Pantas gerakannya hingga individu yang mengekorinya mula melajukan langkah kaki mahu memeriksa kemana perginya Isaac.
Tap... tapp..
Isaac berdiri dalam posisi bersedia bersama dengan tali leher digenggam kuat di tangan. Telinganya penuh waspada bagi mendengar tiap derapan langkah individu tersebut.
Dan sreett,
Tali leher yang dililit kemas pada pergelangan tangannya tadi pantas dijerut pada leher sebaik sahaja lelaki misteri itu sedang menoleh ke arah bertentangan dari kedudukan Isaac.
Tangan individu itu cuba merungkaikan jerutan yang serasa menutupi laluan udaranya dengan penuh kekuatan namun kekuatan Isaac tak kalah bandingnya. Kedua-duanya bergelut hebat, seorang cuba melepaskan diri manakala seorang lagi cuba untuk menumpaskan.
"Kau siapa!" Keras Isaac bersuara pada tempat yang sunyi itu. Tali leher yang dijadikan senjata itu kian kuat menjerut hingga kulit tangan Isaac sendiri bertukar merah. Disaat dia tidak membawa sebarang senjata perlindungan dirilah, dia diserang.
Setelah itu, bahagian pelipat belakang lutut individu berkenaan ditendang olehnya hingga lelaki yang tak dikenali itu melutut ke bawah. Bersama sebelah tangan yang masih menjerut kuat leher lelaki berkenaan, sebelah lagi tangan Isaac cuba membuka pelitup muka yang menutupi wajah individu itu.
Dan-dan itu, individu tersebut menghentak perut Isaac menggunakan siku tepat di bahagian buah pinggangnya hingga terasa senak. Sedang Isaac hilang tumpuan, individu berkenaan dengan pantas mengeluarkan pisau di dalam poket lalu bangkit dan menyerang Isaac.
Zapp!
P/s; Saya lama tak update sbb busy ada temuduga dan satu lagi, boleh follow ig saya kalau nak tahu sbrg update ttg novel ni supaya korang xtertanya2. Username saya, @nitaffy_
Share this novel