"Mike, aku nak kau tangkap jantan yang serang aku petang tadi! Ikat dan kurung dia, as soon as possible!" Arah Isaac dengan penuh nada diktator lalu panggilan dimatikan. Telefon itu kemudiannya dilontarkan pada sofa ruang tamu. Mujur tidak jatuh ke lantai.
Rambut diraup kebelakang lalu badan dihempas pada sofa-bed. Mata dipejam berhasrat untuk melelapkan diri kerana penat dengan hari ini.
Sejenak hatinya kembali panas mengingatkan kejadian dia diserang oleh manusia bodoh petang tadi. Memang sengaja tempah maut agaknya!
Namun serangan tadi bukanlah satu kerisauan besar buatnya melainkan dia bimbang dengan keselamatan Dianne. Kerana Isaac yakin orang yang menyerangnya tadi adalah orang yang sama yang sering mengekori Dianne hingga wanita itu mula mencurigai dirinya.
Sial!
Apa motifnya Isaac juga belum bisa meneka. Kalau dapat tangkap, memang nahaslah individu tersebut dikerjakannya!
Sedikit sahaja lagi Isaac mahu terlelap, tangannya yang berada di atas dahi dialihkan ke sisi pabila bunyi loceng rumah bergema memecahkan kesepian ruang itu. Dengan badan yang penat, Isaac menapak menghampiri pintu.
Siapa yang datang malam begini?
Sebaik pintu dibuka, muncul satu sosok kecil yang kebelakangan ini semakin kerap menghadirkan rasa rindu dalam dirinya. Hampir sahaja Isaac gagal mengawal pergerakan badan daripada menarik tubuh wanita itu tenggelam dalam pelukan kerana terlalu teruja.
"Anne?" Tegur Isaac.
Namun yang peliknya saat dia membuka pintu tadi, wanita itu sedang menggigit kuku dan mundar-mandir di hadapan pintu rumahnya. Ada perkara buruk yang berlakukah?
"You!" Dianne berdiri tegak dihadapan Isaac yang berjarak dua langkah darinya itu. Anak matanya bergerak-gerak memandang tubuh tinggi Isaac dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.
Isaac jadi pelik dengan tingkah Dianne.
"Anne, are you okay?" Isaac cuba melangkah setapak namun langkahnya terhenti pabila Dianne mengundur selangkah kebelakang. Berkerut hebat kening Isaac melihat reaksi itu.
"Syukurlah you tak apa-apa, I balik dulu." Ujar Dianne lalu berura-ura mahu berpaling pergi. Namun tidak semudah itu pabila Isaac bertindak dengan lebih cekap dengan meraih tangan Dianne hingga wanita itu sedikit tertarik pada tubuh Isaac.
"Wait, tell me what happen Anne. You looked anxious." Nada Isaac sedikit menekan dan keras. Mindanya diasak dengan pelbagai perkara negatif saat ini.
Dianne diam seketika sebelum bersuara.
"No, I'm just... I ingatkan ada perkara buruk berlaku kat you. Kena rompak ke apa, I silap kot." Terang Dianne dengan nada yang kian perlahan dihujungnya. Sedikit malu dengan sikap melulunya.
Entah apalah yang Isaac akan fikirkan kalau dia tahu Dianne bergegas datang ke penthouse lelaki itu kerana risau setelah apa yang didengarinya ketika berada di talian sejam yang lalu.
Wajah yang sedikit menegang tadi berubah kendur dan berganti dengan riak nakal. Isaac ukir senyum senget. Dianne spontan menelan air liur melihat tatapan dan senyuman Isaac kerana dia seakan dapat meneka perkara yang sedang lelaki itu fikirkan.
"You risaukan I?"
Suara garau yang bertanya itu membuatkan telinga Dianne jadi merinding. Serta merta Dianne alihkan pandangan kerana tidak betah melihat riak nakal yang dipaparkan Isaac. Ah, perkara inilah yang paling dia mahu elak!
Sesaat dan kemudian sepuluh saat berlalu, namun Dianne masih diam. Tidak mengiyakan dan juga tidak menafikan. Jika dijawab sekalipun nanti Isaac lebih pandai memutarkan katanya menjadi lain. Kalau boleh dia mahu segera angkat kaki dari situ.
"Just admit it, Anne. I tell you, it won't harm but instead it warm me." Pujuk Isaac. Katakanlah dia gila, tetapi dia suka dengan kenyataan bahawa Dianne sanggup datang ke penthousenya semata-mata ingin memeriksa keadaannya baik ataupun tidak.
Bukankah itu jelas menandakan Dianne sedang risau akan dirinya? Ya, sangat jelas. Namun entah mengapa Isaac tetap bertanya kerana dia mahu Dianne mengaku sendiri. Mengada-ngada? Tak apalah, bukannya selalupun!
Ayat Isaac itu buatkan Dianne mahu tolak saja lelaki itu dari tingkat penthouse ini. Matanya dikecilkan memandang wajah Isaac yang masih tersengih nakal itu.
"Kalau I risau sekalipun, itu tandanya hati I masih ada nilai kemanusiaan dan simpati. Benda basic je, takkan dulu you tak belajar? Setiap sekolah diajar nilai-nilai murnikan?" Ujar Dianne sambil berpeluk tubuh. Raut mukanya sedikit tidak puas hati menghadap Isaac.
Lelaki yang masih berbaju kerja itu menjuihkan bibirnya.
"Soalan I simple je kenapa sampai nak kena bercakap tentang nilai-nilai murni? Risau cakap risau, sayang. Kan senang?" Usai berkata, Isaac cuit pucuk hidung mancung Dianne. Rasa macam sudah lama saja mereka tidak bergurau begini kerana sikap dingin Dianne kebelakangan ini.
Dianne mendengus geram.
"Memandangkan mulut you nampak okay sangat nak menjawab, jadi I yakin keadaan you baik-baik saja. So, I balik dulu." Kata Dianne berniat mahu pamit pergi.
"Not that fast, Anne. You dah susah-susah datang sini, nampak tak sopan pula kalau I tak jemput tetamu I masuk." Halang Isaac sambil membuka luas pintu rumahnya. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala sebelah lagi melintang menahan pintu daripada tertutup.
"Coffee?" Pelawa Isaac. Dahi Dianne berlapis memandang lelaki dihadapannya itu. Mungkin bukan fizikal Isaac yang cedera tetapi otak, duga Dianne dalam hati.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Sosok yang hanya mengenakan Tshirt putih kosong bersama kardigan berwarna cream dan berseluar pendek itu melabuhkan perlahan punggungnya di bangku paras pinggang tersebut. Sebelum berangkat ke rumah Isaac tadi, Dianne tak terfikirpun mahu menukar pakaian malamnya. Tahu-tahu sudah sampai di hadapan unit rumah Isaac.
Namun lelaki itu tampak baik-baik saja seperti tiada perkara buruk yang menimpa. Dianne salah fahamkah dengan apa yang didengarinya tadi?
"Your coffee," Dari mesin kopi, Isaac melangkah ke arah Dianne lalu secawan kopi hangat dihidangkan tepat dihadapan wanita tersebut.
"Thank you," ucap Dianne kemudian memegang kedua sisi cawan tersebut. Merenung air hitam berkenaan tanpa berniat untuk mencicipnya.
"You dah dinner?" Tanya Isaac sambil membuka pintu peti sejuknya. Anak matanya meliar menganalisis isi di dalam peti sejuk berkenaan seraya otaknya memikirkan menu yang perlu dimasak untuk makan malam sebentar lagi.
"Sudah," balas Dianne ringkas lalu mula mencicip perlahan air kopi di tangan. Balasan itu membuatkan kepala Isaac menoleh seketika memandang Dianne.
"Dinner apa?" Soalnya.
"Maggi," jawapan dari wanita itu langsung tidak memuaskan hati Isaac dan Dianne yang sudah kenal dengan riak wajah yang seakan mahu berleter itu kembali menyambung bicaranya.
"Tapi I dah kenyang, sumpah!" Dianne cuba meyakinkan.
"Instant food isn't a proper meal, Anne." Tegur Isaac. Dianne dan jadual pemakanannya tidak pernah menyenangkan hati Isaac.
Beberapa bahan mentah dikeluarkan dari peti sejuk lalu diletakkan di atas table top dapur. Dianne hanya diam di kerusinya tanpa berniat mahu menganggu jejaka itu memasak.
Sedang Isaac berulang-alik menyediakan bahan masakan, tidak semena-mena tangannya berpaut pada table top berhampiran sinki bagi menahan badannya daripada tumbang. Matanya automatik terpejam rapat.
Dianne yang menyaksikan hal itu segera bangkit dari duduk lalu bergerak dengan pantas menuju ke arah Isaac. Tangannya dilabuhkan pada belakang bahu Isaac. Dari sisi, Dianne dapat lihat wajah itu sedang berkerut seakan menahan kesakitan yang melampau.
"Jom, I bawa you ke depan." Tanpa banyak tanya, Dianne papah tubuh berat Isaac kemudian dilabuhkan perlahan di atas sofa ruang tamu.
"You tak sihat ke Isaac? Sakit kat mana?" Tanya Dianne. Jantungnya berdegup sedikit laju pabila sedari tadi Isaac langsung tidak membuka kelopak matanya walaupun sedikit. Pengsankah lelaki itu? Tetapi, Isaac masih bernafas walaupun kedengaran agak berat.
Dianne lekapkan tangannya diatas dahi Isaac. Suhu normal. Jadi Isaac kenapa?
"Kepala I rasa berat sangat..." perlahan suara itu mengeluarkan kata sambil tangan kanannya memegang bahagian belakang kepala. Dan pabila Isaac menarik semula tangannya, Dianne terkejut ketika ada darah di tapak tangan lelaki itu.
"Isaac, kepala you berdarah!" Ujar Dianne panik.
"You baring mengiring, I ambilkan first aid sekejap." Isaac hanya akur pabila Dianne merebahkan dirinya di sofa. Sementara menunggu Dianne tiba bersama ubat, Isaac urut perlahan pelipisnya.
Dalam kiraan dua minit, Dianne tiba bersama kotak berwarna putih di tangan. Segera dia melutut di lantai mendepani Isaac yang sedang baring mengiring membelakanginya itu. Rambut hitam itu diselak perlahan sebelum cecair pencuci luka digunakan.
"Sstt," suara menahan sakit itu membuatkan Dianne memperlahankan kerjanya.
"Macam mana kepala you boleh berdarah ni? Jadi betullah ada orang jahat serang you waktu kita on the phone tadi?" Dianne bertanya. Isaac celikkan mata perlahan dan pandangannya hanya diisi dengan sofa berwarna hitam.
"Hmm..." Isaac hanya bergumam. Dianne mendengus geram.
"Lain kali kalau ada penjahat, lari. Bukannya tunjuk hero. Telefon polis biar polis yang tangkap." Bebel Dianne. Isaac juihkan bibir. Tidak setuju dengan kata-kata Dianne yang seakan memandang remeh kekuatan dan ketangkasannya. Tidakkah Dianne tahu bahawa Isaac lagi cekap mengejar musuh berbanding polis?
"I boleh lawan," balas Isaac.
Sebenarnya, sikit sahaja lagi tajam pisau tersebut menembusi perutnya namun mujur Isaac sempat menghalang. Dan Isaac tidak sedar pula kepalanya boleh berdarah terkena hentakan kuat di jalan raya ketika sedang bergelut. Mungkin, ada batu ataupun objek tajam yang lain berhampiran kawasan itu yang melukakan kepalanya.
"Ya, lawan sampai kepala sendiri berdarah. Eloklah tu," sindir Dianne. Mata Isaac yang celik tadi kembali ditutup sambil tangannya dilipat di dada. Malaslah layan Dianne. Lebih baik dia tidur.
"Sudah. You rehat sajalah, nanti I masak untuk makan malam." Arah Dianne ringkas. Sekali lagi, kelopak mata Isaac terbuka luas. Badannya dipusingkan menghadap Dianne yang masih lagi menunduk menyimpan semula kapas dan ubatan lain ke dalam bekas putih tersebut.
"You masak?" Dianne angkat wajah menyambut pandangan Isaac yang sudah sedia menikam bola matanya.
"I nak udang masak buttermilk," pinta Isaac dengan wajah teruja. Kening Dianne terjongket keatas dengan permintaan Isaac. Lelaki ini sengaja memerlinya ke apa sekarang ni?
"Telur goreng dan nasi putih je. Beggars can't be choosy, right?" Balas Dianne selamba lalu berlalu pergi bersama first aid di tangan.
Isaac tergelak halus dengan bicara Dianne. Bukannya Isaac tak tahu memang lauk mudah sebegitu sajalah yang wanita itu reti masak. Tapi tak mengapa, bukannya selalu dapat merasa air tangan Dianne dan asalkan perutnya kenyang. Itu sudah cukup.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Praangg!
Bunyi kaca pecah berderai menghempas lantai kuat kedengaran di ruang bilik itu. Habis segala barang yang tersusun rapi dan kemas ditolak dan dicampakkan ke lantai.
Dadanya berombak sungguh kencang menahan amarah kerana rancangan jahatnya hampir kantoi dek kesilapan bodoh dari lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini.
"Kau pergi intip dia dekat sangat sudah kenapa?! Kalau kantoi, habis rosak rancangan aku disebabkan kebodohan kau tahu tak?!" Suara itu menengking tinggi. Rambutnya diraup kebelakang dengan kasar.
"Aku tak tahu yang dia sedar aku ikut dia!" Suara itu keras mempertahankan diri. Namun ayat itu disambut dengan gelak tawa sinis figura tersebut.
"Kau memang sengajakan nak sabotaj rancangan aku?! Dari awal lagi kau memang tak setuju dengan apa yang aku buat!" Marahnya lalu pasu bunga di rak berdekatan dilontar pada individu dihadapannya. Mujur, sosok itu sempat mengelak. Jikalau tidak, memang tercalar kulit wajahnya.
"Aku dah buat semua yang kau suruh! Ini balasan yang aku dapat? Kalau aku tarik diri, memang mampuslah kau buat kerja sorang-sorang!" Tinggi nadanya menengking. Ingat dia takut sangatkah?!
Kali ini, sosok yang satu lagi tidak berani mahu meneruskan amarah. Nafas ditarik dalam. Dia perlu bersabar kerana tanpa gerangan dihadapannya ini, satu pelan pun tidak akan terjadi.
Dia perlu mengawal amukannya kerana individu di hadapannya ini amat berguna untuk dia terus menyusun rancangan jahatnya.
"No, please jangan tarik diri! Kalini aku ada rancangan lagi besar untuk lagakan mereka berdua. Kau cuma perlu ikut arahan aku." Ujarnya dengan nada lebih rendah.
Sejenak hilai tawa jahat memecahkan ruangan itu pabila dia mula membayangkan rancangannya itu akan berjaya seperti yang dia mahukan.
Terdengar rengusan kuat keluar daripada sosok yang sedang diarah. Hatinya sakit apabila diarahkan sesuka hati. Rasa seperti dia dipergunakan! Dia bertahan pun kerana dia ketagih dengan habuan yang akan dia dapat selepas melakukan apa yang diarahkan.
tbc ۫ ꣑ৎ
P/s ; yeay, capai dah 20 bab!
Share this novel
siapa agaknya penjahat tu