06

Romance Series 40612

Matanya dikedipkan beberapa kali sebelum ia benar-benar dapat dicelikkan. Badannya pula mengeliat diatas katil hospital itu. Sekelilingnya dipandang. Cuma ada dia.

Telefonnya cuba dicari di dalam setiap laci pada bahagian tepi katilnya. Ada beberapa mesej dari rakan-rakannya berkenaan kelasnya hari ini. Jam di skrin telefon dipandang, pasti Laila sudah habis kelas saat ini.

Ah, bosannya!

Rasa hendak balik. Perutnya juga sudah kurang meragam. Kalau minta discaj awal, bolehkah?

Sedang Dianne larut dengan pemikiran sendiri, pintu terbuka dari arah luar. Muncul figura Isaac yang kini sedang menapak ke arahnya.

Lelaki ini kelihatan risau ketika dia sedang sakit tadi. Dan Isaac juga sanggup datang ke rumahnya untuk membawanya ke rumah sakit. Hal itu buatkan dia terfikir sebab daripada tindakan Isaac. Sebelum ini juga dia punya sugar daddy, tetapi tidaklah seperti Isaac.

Sebelum ini, tugasnya sebagai sugar baby hanyalah menjadi peneman bosan sugar daddynya. Lain daripada itu, mereka tidak ambil tahu atau masuk campur. Isaac pula lain. Setakat ini lelaki itu tidak pernah menyuruhnya untuk menemani dirinya jika sedang bosan. Cuma panggilan telefon dan mesej saja. Itupun, Dianne tidak balas.

Dan Isaac juga tidak memaksanya. Ataupun lelaki itu belum tunjuk belang lagi? Dia jadi bingung.

Patut ke dia buat sesuatu yang bisa menunjukkan emosi Isaac? Sekadar mahu lihat, apa tindakan lelaki itu padanya.

"Mengelamun apani?" Soal Isaac hairan. Dari dia masuk hingga sekarang Dianne merenung lama wajahnya. Dahi Dianne dicium sekilas.

Hampir-hampir saja dia tewas dengan tatapan Dianne, ingin saja dia cium seluruh wajah putih bersih itu.

"Huh? Tak ada apa-apa. You dari mana tadi?" Ujar Dianne. Dia kembali pada realiti apabila sedikit tersentak dengan ciuman Isaac pada dahinya.

Fikirannya tadi diusir jauh.

"I dari rumah parents I. Perut you macam mana, okay dah?" Tanya Isaac sambil menuang air kosong yang tersedia ke dalam gelas. Kemudian segelas air itu diberikan kepada Dianne.

Dianne angguk kepala sebagai balasan sambil menerima huluran itu tanpa banyak bunyi. Tekaknya memang sedang haus sekarang ini.

"Tomorrow I'll not be around for three to four days. I ada kerja di Singapore." Terang Isaac. Dia melabuhkan duduknya di birai katil bersebelahan Dianne.

Katil itu cukup luas dan selesa untuk Dianne bergerak. Malah ruangan bilik ini juga sangat luas dan mewah. Dia yang meminta untuk menempatkan Dianne di bilik vip.

Dianne sekadar angguk kepala dengan kenyataan Isaac. Untuk apa lelaki itu memberitahu jadualnya pada Dianne? Tiada kaitan pun dengannya.

"Sepanjang I takda, I taknak you buat perangai dekat sini. Study je, tak lama lagi nak exam kan." Pesan Isaac. Wajah Dianne mula berkerut.

"I buat perangai sekalipun, tak ada urusannya dengan you." Ujar Dianne tidak puas hati. Isaac jelas tidak suka dengan bicara Dianne itu.

"Of course ada! The agreement has been signed so you were mine. You need to obey me, no matter what." Tegas Isaac. Dianne tergelak kecil.

"You sugar daddy I saja, bukannya suami I yang I kena taat 24 jam." Dianne membalas sinis.

"Anne!"

Dianne diam. Pandangan mereka tajam menyatu antara satu sama yang lain.

"Jangan buat I marah, Anne. You wouldn't like it." Keras suara itu mengeluarkan amaran. Jika dia tidak fikirkan tentang Dianne, sudah lama dia bawa wanita itu bersamanya ke singapura. Tetapi dia batalkan saja niatnya kerana ingin Dianne fokus pada pelajaran.

Alih-alih wanita itu membuatnya naik angin. Dia tidak suka Dianne membantah percakapannya. Dia tidak suka Dianne tidak hormat padanya. Sebagaimana pantasnya wanita itu buatkan dia tak keruan, sepantas itu juga wanita itu mampu memarakkan api dalam dirinya.

"Sugar daddy I yang sebelum ini, okay je kalau I nak buat apa sekalipun. Kenapa you suka lebih-lebih?" Ujar Dianne.

"Jangan samakan I dengan sugar daddy you yang sebelum ini. You sepatutnya bersyukur sekurang-kurangnya I tak melampaui batas yang you mahukan. Kalau ikutkan I, setiap malam I nak pakai you. I ada hak keatas tubuh you cause I pay you. I akan layan you selayaknya macam seorang perempuan murahan." Wajah itu ketat saja ketika menuturkan kata.

"You nak ke macam itu?" Soal Isaac pada Dianne.

Jeda. Mata hitam Dianne bergetar memandang ke dalam anak mata Isaac.

"Tak..." sahut Dianne cukup kecil hampir tidak kedengaran. Dia terpempan. Isaac melepaskan keluh berat. Dia tidak sangka pula niatnya ingin melawat Dianne membawa kepada pergaduhan ini.

Isaac bangkit dari duduk kemudian mengemaskan lipatan lengan bajunya.

"I dah transfer sepuluh ribu dalam akaun you. Kalau tak cukup, cakap dekat I." Isaac sedikit pun tidak memandang Dianne ketika berbicara. Tidak mahu emosinya semakin keruh.

"I pergi dulu." Isaac berura-ura ingin melangkah pergi. Mood nya sudah hilang.

Dianne yang sedang duduk diatas katil mula rasa serba salah. Benar kata Isaac, dia sepatutnya bersyukur kerana Isaac tidak melayannya buruk. Rambutnya diraup ke belakang. Semua salahnya. Isaac sudah cukup baik padanya.

Dia cuma tidak suka apabila lelaki itu seakan punya kuasa ke atasnya, dan dia sakit hati apabila Isaac sesuka hati menggali tentang hidupnya yang lampau.

"Isaac, I'm sorry." Dianne menggapai tangan Isaac. Terdengar lelaki itu seperti mengeluh.

Dianne turun dari katil dan melangkah ke hadapan Isaac memandangkan lelaki itu sedikitpun tidak menoleh ke arahnya. Kakinya dijengketkan dan tidak semena-mena, Dianne dengan beraninya melabuhkan kucupun kejap di hujung bibir Isaac. Tidak mengena bahagian bibir Isaac, cuma sipi-sipi.

Dianne tersenyum apabila pandangan Isaac sudah tidak segarang tadi.

"Kerja elok-elok, cari duit banyak-banyak. Ingat, you ada sugar baby yang hendak dimewahkan." Tutur Dianne manja sambil membetulkan tali leher Isaac.

Mahu tak mahu, Isaac menarik senyum memandang tingkah laku Dianne. Wanita itu sudah kembali dalam mood manjanya.

"I want a real kiss." Ujar Isaac. Automatik tangannya melingkar pada pinggang Dianne. Dianne memicingkan matanya memandang riak nakal pada wajah Isaac. Eleh, tadi muka ketat macam getah paip.

Sekali lagi Dianne menjengketkan kakinya, mendekatkan bibir mereka. Belum sempat Dianne menyatukan bibirnya pada bibir Isaac, lelaki itu lebih pantas memainkan peranan. Pinggang Dianne dirangkul erat manakala sebelah lagi tangannya menarik leher Dianne agar lebih dekat.

Masing-masing hanyut. Ciuman itu lembut tiada sebarang paksaan. Untuk kali ini, Dianne merelakannya. Dan mungkin, dia perlu belajar untuk sekali sekala mengikuti kemahuan Isaac.

Lama nafas mereka bersatu dan Dianne sekadar membiarkan Isaac mendominasi.

Dianne menolak perlahan dada bidang Isaac apabila dia serasa kehilangan nafas. Isaac menyatukan dahi mereka sambil dada berombak mencari nafas.

"Gosh, that's feel so good." Dianne jadi sedikit malu dengan bicara Isaac. Hesy, lelaki itu kalau dia tidak hentikan mungkin sampai esok mereka begitu. Macam tak boleh nak dibagi muka selalu aje!

"Now, I crave it even more." Sambung Isaac lagi. Wajahnya ingin didekatkan dengan wajah Dianne tetapi Dianne pantas menahan. Matanya terjegil memandang Isaac. Kan dia sudah kata, Isaac spesies yang tidak boleh dibagi muka.

Isaac tergelak kecil memandang wajah garang Dianne.

"Next time, we'll have a better proper kisses." Bisik Isaac nakal.

"No more kisses!" Ujar Dianne seraya menepuk dada kiri Isaac. Dia menjeling tajam lelaki itu. Kalau datang gatal, gatal betul! Kalau datang garang, tahu nak ugut orang sahaja!

Isaac tergelak lagi. Dia lebih suka momen begini bersama Dianne berbanding situasi dimana dia perlu memarahi Dianne.

Klak! Pintu dibuka dan muncullah sebatang tubuh Laila. Laila terkebil-kebil memandang situasi intim diantara sahabatnya dan juga Tengku Isaac.

Isaac melonggarkan sedikit rangkulannya pada pinggang Dianne.

"Ingat pesan I. See you soon, baby." Dianne menganggukkan kepala kemudian Isaac tanpa segan silu melabuhkan ciuman ringkas pada dahi Dianne.

"Bye, take care." Ucap Dianne dan Isaac selepas itu terus pamit pergi.

"What is happening, Anne?" Soal Laila. Sejauh manakah perkembangan hubungan Dianne dan Isaac? Kali terakhir dia tahu, Dianne amat tidak suka terhadap lelaki itu. Dan tadi, apa sudah dia saksikan?

Cepat pula mereka menserasikan diri?

"Nothing. Dekat tangan kau itu ada apa?" Segera Dianne meluru kearah Laila lalu mengambil bungkusan plastik ditangan itu. Bungkusan itu ditiliknya sedikit. Nasi ayam madu!

"Thanks, Laila! Macam tahu-tahu pula aku tengah lapar." Dengan penuh selambanya Dianne duduk bersila atas katil lalu membuka bekas polistrene putih itu.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Tiba sahaja di bumi Temasek dua hari yang lepas, Isaac terus sibuk dengan kerjanya. Hingga tiada masa langsung untuk bertanyakan khabar Dianne. Cuma Mike ada juga menyampaikan tentang keberadaan Dianne dari semasa ke semasa padanya. Kata Mike, Dianne sudah discharge dari hospital selepas ditahan selama dua malam.

Kata Mike lagi, Dianne juga sedang busy dengan peperiksaan percubaannya.

Dan, Mike juga ada menyebut nama seorang lelaki yang datang melawat Dianne di hospital.

Malam sudah menjelma. Isaac terus mengunci diri dalam bilik hotel mewah itu setelah habis meeting. Badannya dibaringkan terlentang diatas katil. Telefon dikeluarkan dari poket seluar.

Tiba-tiba dia teringatkan Dianne. Kalau ikutkan hati, dia ingin melawat Dianne di hospital tempoh hari sebelum berangkat pergi tetapi flight nya pula awal pagi. Jadi memang tiada peluang mahu menjenguk.

Nombor telefon Dianne dicari. Last seen wanita itu adalah malam tadi. Masih tidurkah Dianne? Gambar depan profile Dianne dibuka besar kemudian dia tergelak kecil. Dianne guna gambar jari tengah! Rasa bagai dia pula yang dijari tengahkan oleh Dianne.

Tak lama selepas itu, telefon dilekapkan di telinga menunggu wanita itu untuk mengangkat panggilan.

Tolonglah angkat...

"Hello?"

Isaac hela nafas lega. Dianne mengangkat panggilannya.

"Hello, I ganggu you ke?" Garau suara itu menyapa.

"Takdalah menganggu pun." Balas Dianne mendatar.

Jeda. Sedikit rasa janggal, mungkin kerana mereka tidak pernah berbual di telefon sebelum ini. Malah Isaac sendiri pun tidak pernah menelefon perempuan semata-mata ingin berbual kosong. Baginya tiada keperluan. Tetapi berbeza pula bila bersama Dianne.

"You buat apa itu?" Soal Isaac ingin meneruskan perbualan. Hampir 30 saat talian cuma senyap sehingga Dianne memberi balasan.

"I tengah study untuk paper esok." Pendek Dianne menyahut. Suara itu kedengaran lemau dipendengarannya. Niatnya ingin bertanyakan lelaki yang datang melawat Dianne di hospital terus dibatalkan. Bukan masa yang sesuai.

"Are you okay?" Tanya Isaac prihatin. Dianne mengeluh berat di hujung talian.

"I stress sikit. Banyak sangat yang I nak kena study. Kalau I fail macam mana?" Dianne meluahkan kebimbangannya.

"You're such intelligent woman. Trust me, paper esok will be a piece of cake to you." Bicara Isaac yakin. Dianne setiap semester dapat dekan, jadi takda hal lah.

"Lagipun, ini trial sajakan? Not so important." Sambungnya lagi. Dianne mencebik.

"Macam mana you boleh jadi CEO kalau itu nasihat you pada seorang pelajar yang tengah struggle dan perlukan motivasi?" Sindir Dianne. Tawa halus tercetus di bibir Isaac.

"Just do like you always do, baby. Habis exam, I bagi you reward." Janji Isaac.

"Serious?!" Nada Dianne jadi teruja. Isaac ikut senyum.

"For sure."

Malam itu, mereka berborak seperti seorang kawan dan adakalanya mesra seakan pasangan bercinta. Tiada pertengkaran. Yang ada hanyalah usikan dan kata-kata dorongan.

tbc ۫ ꣑ৎ

Ps ; dengar cerita next chapter ada muncul 2 watak baru.. cuba teka siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience