25

Romance Series 51143

Jam lima pagi. Namun mata Dianne sedikitpun tidak mahu terlelap dalam lena. Bagaimana hendak beradu jika tangisannya langsung tidak berhenti dari lewat malam tadi. Puas air matanya mengalir lesu, merayu agar dirinya tidak diperlakukannya sebegitu.

Malangnya, kesucian Dianne tetap dinodai. Walang di hati cuma dia yang tahu rasanya.

Dianne yang masih berselubung di dalam selimut tebal itu mengusap saki baki air matanya. Matanya memerah dan pedih kerana tak berhenti memerah cecair jernih daripada mengalir keluar. Apabila dirinya sudah merasa tenang, Dianne kumpulkan kekuatan untuk bangkit dari baring.

Tetapi tangan kekar yang melingkar erat di pinggangnya menyukarkan niat. Dianne  mengeluh bersama setitis air mata yang meluncur laju ke pipi apabila mengenangkan keadaannya yang tanpa seurat benang di tubuh sedang dipeluk oleh lelaki yang merampas kesuciannya.

Terasa diri ini amat lemah dan tak berharga lagi.

Sekali lagi, Dianne cuba bangkit walaupun segala sendi ototnya terasa sangat sakit dan lenguh. Pelukan di pinggangnya cuba dirungkaikan. Dianne ingin pergi. Dia mahu pulang. Dia benci untuk berlama-lamaan dalam keadaan yang mengaibkan itu.

"Maaf..." pohon suara serak basah itu sambil lingkaran tangan kian dieratkan. Mendengarkan ucapan maaf itu semakin membuatkan hati Dianne diterpa rasa sayu lagi. Sakit! Serta bagai menoreh lagi sekeping hatinya yang sudah sedia bercalar itu. Tanpa dipaksa, tangisannya terhambur lagi.

Ah, mudahnya kau menangis sekarang Anne! Getusnya dalam hati.

"Lepaslah, Isaac." Pinta Dianne dalam esakan. Tangannya cuba menolak tangan Isaac agar menjauh dari pinggangnya. Namun tetap gagal.

"I minta maaf, Anne. I'm truly sorry," ucap Isaac nyaris seakan berbisik pada diri. Dapat Dianne rasakan hangat nafas lelaki itu di bahunya. Tidak lama itu, sistem pendengaran Dianne seakan dapat menangkap bunyi tangisan yang cuba jejaka itu sembunyikan.

Dianne termangu sendiri. Untuk apa lelaki itu menangisi apa yang telah berlaku sedangkan ini semua adalag kemahuan serakah lelaki itu? Isaac berlakon? Berpura-pura merasa bersalah seperti setiap kali lelaki itu melakukan kesilapan? Contohnya kejadian kemalangan ibu Dianne.

Hati yang meratap sedih tadi tiba-tiba berganti marah. Isaac memang benar-benar licik!

"Isaac, let me go!" Nadanya sedikit meninggi kali ini. Tanda bahawa dia benar-benar serius. Dan mujur rangkulan Isaac terlepas dek kekuatannya yang tiba-tiba datang kerana bara di hati mula memanas.

Tanpa berlengah, Dianne segera bangkit dari posisinya bersama comforter yang menutupi tubuhnya. Namun baru selangkah menapak, langkahnya terhenti. Kakinya belum kuat serta ada anggota badannya yang ngilu hampir membuatkan dirinya terjelupuk di lantai.

Menyaksikan itu membuatkan Isaac turut sama berdiri dan mahu menyambut tubuh lemah Dianne. Baru saja hujung jarinya hendak menyentuh kulit Dianne, wanita itu pantas menegah.

"Jangan sentuh!" Tegas Dianne walau dalam nada getar. Anak matanya tajam menikam Isaac.

Sakitnya hati ini tidak dapat Dianne ucapkan dengan kata pabila melihat sosok itu di depannya. Lelaki yang sudah menghancurkan hidupnya! Sejak dahulu dan kini.

"Kau memang lelaki tak guna Isaac! I benci tengok muka you! I jijik dengam sentuhan you!" ucap Dianne penuh benci.

Segala hal manis yang dilalui bersama Isaac suatu ketika dahulu terasa punah dalam sekelip mata. Yang tersisa hanyalah kebencian yang melampau terhadap lelaki itu. Isaac sifatnya ular! Penuh bisa dan racun!

"Anne, I mengaku I salah atas apa yang I buat pada you malam tadi. I bodoh! Ya, I mengaku itu. Tapi sumpah I buat bukan atas kehendak nafsu semata, melainkan atas dasar cinta, Anne." Isaac angkat tangan kanannya bersumpah.

Dianne tergelak sinis lalu meraup wajahnya. Pengakuan Isaac itu bagai satu kudis buatnya!

"Atas dasar cinta? Jadi you nak cakap apa yang kita lalui malam tadi tu suci ke?! Kita takda ikatan yang sah, itu zina namanya Isaac. I kotor! Malam tadi tu jijik Isaac!" Sahut Dianne dalam sedu sedannya. Hati ibarat menanah setiap kali dia teringatkan kejadian itu.

Isaac telan air liur. Rasa sebu dalam diri apabila dia cuba mencerna ayat Dianne. Malam tadi bukan perkara baru buatnya. Isaac akui, dia bukan lelaki yang baik. Islam hanyalah diatas kad identiti dan untuk ditayangkan kepada orang awam.

Hakikat sebenar, hatinya hitam.

Dianne menjentik rasa kesal serta berdosa di hatinya. Sedangkan, sebelum ini dia merasa megah dan hebat setelah berjaya menumpaskan batin wanita.

Mungkin kerana Dianne Felora bukan seperti wanita yang pernah dia tiduri. Bukan Dianne yang murah tetapi dia! Dia tahu malam tadi adalah kali pertama buat Dianne. Wanita itu masih bersih namun telah Isaac cemari dengan dakwat kekal yang sukar untuk dihapus.

"Jangan bercakap soal cinta kalau you tak tahu apa-apa tentang hati. Kalau betul cinta you akan lindung orang tu, bukannya meletakkan maruah dia serendah bawah tapak kaki you. Jadi jangan bercakap tentang cinta di depan I! Perasaan you langsung tak bermakna pada I!"

Dianne tatap tepat ke dalam anak mata Isaac yang terlihat seakan larut dalam fikiran sendiri itu lalu dia seka air mata yang jatuh di pipi. Tidak betah terus berdiri disitu, dia kembali menyambung langkah menuju ke bilik air. Dia mahu bilas dan sental seluruh badannya dengan air walaupun dia tahu kesan itu tidak akan mungkin hilang.

Sekali lagi langkahnya diganggu apabila Isaac capai pergelangan tangannya. Dianne tidak menoleh. Sekadar menunggu ayat yang keluar dari mulut Isaac.

"Kita kahwin," ajaknya. Isaac pandang belakang tubuh wanita itu. Ada beberapa kesan merah di bahagian bahu Dianne. Bagai tersekat air liur di rengkungnya melihat hasil sentuhan sendiri.

Dianne rentap kuat tangannya dari pegangan Isaac.

"I rasa you dah gila, Isaac." Sahut Dianne tak bernada. Lucu, lelaki itu sungguh lucu. Isaac fikir kahwin itu boleh diajak sesuka hatikah? Kali ini Dianne menapak ke bilik air tanpa gangguan lagi.

Isaac berdiri kaku memandang setiap langkah wanita itu hingga pintu tersebut tertutup. Sejenak rambutnya diraup. Fikirannya cukup serabut! Mengenangkan bahawa kebencian Dianne kian menebal terhadapnya membuatkan hatinya teriris.

Bodoh, engkau memang bodoh Isaac! Kerana cemburu buta dia tega melontarkan kata hinaan serta melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap Dianne. Isaac akui bahawa apabila menyentuh tentang Dianne, dia sering gagal bertindak ikut fikiran rasional.

Tetapi...

Melainkan perkataan kahwin yang dilafazkan seketika tadi. Isaac yakin ajakan untuk mengikat hubungan halal itu lahirnya dari hati yang tulus. Dia mengucapkan kata itu dengan fikiran yang waras bukan seperti yang Dianne tuduh.

Ya, keputusan itu dibuat tanpa terpengaruh oleh emosi yang bercampur baur tika ini.

Isaac yakin!

Dia sudah nekad!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Bukk!

Bukk!

Bukk!

Tumbukan dilepaskan sepenuh tenaga pada punching bag yang tergantung di tengah ruangan sederhana kecil itu. Peluh menitik dari hujung rambut jatuh ke lantai.

Sedang dia menumbuk, fikirannya menerawang jauh tentang perbualannya bersama Dianne.

Pintu bilik air yang terkuak mencuri perhatian Isaac yang sedang duduk tunduk ke bawah di birai katil. Segera dia membawa langkah kaki menghampiri wanita itu.

"Anne, please listen to me first." Ujar Isaac apabila belum sempat dia mendekat, Dianne sudah laju mengelak berlalu ke bahagian sofa. Isaac mengekori langkah Dianne dari arah belakang.

"Anne, please!" Desaknya lalu memaut pergelangan tangan Dianne disaat wanita itu masih tidak pedulikannya lalu ingin segera menuju ke arah pintu.

Dan sepantas itu jua Dianne tepis sentuhan Isaac. Matanya garang menatap lelaki itu.

Isaac terkedu melihat wajah sembap Dianne. Kulit putih yang dimiliki membuatkan warna merah jelas dapat dilihat pada sekitar mata dan hidung. Dia yakin Dianne pasti menangis teruk dalam bilik mandi tadi.

Hatinya bagai ditusuk sesuatu yang tajam.

"Kau nak cakap apa lagi? Ada apa lagi yang perlu aku dengar dari mulut kau?!" Soal Dianne kasar.

Gulp. Isaac telan air liur. Biasanya, dia langsung tiada gentar berdepan dengan Dianne. Tetapi, kini ia berbeza. Sangat berbeza. Rasa serba salah amat berat menimpa bahunya. Hakikat bahawa Dianne akan terus membencinya membuatkan dia jadi lebih berhati-hati dalam berbicara.

Lagi-lagi dalam keadaan emosi Dianne yang tidak stabil saat ini. Apapun yang Isaac katakan ataupun janjikan pada saat ini cuma akan menjadi racun bagi Dianne.

Tapi, Isaac juga enggan membiarkan Dianne pulang begitu saja. Dia perlu memujuk setidaknya sedikit hati wanita itu. Isaac yakin, hati Dianne lembut. Sifat wanita adalah mudah terpujuk.

"Anne, I betul nak kita bernikah. You tahu I tak main-main dengan setiap apa yang I katakan." Tutur Isaac penuh serius.

Sayangnya, ketegasan Isaac itu mencuit rasa lucu bagi Dianne. Lelaki itu masih belum puas untuk mempermainkannya.

"Kalau you nak bernikah, silakan. Tapi bukan dengan I! You dah rosakkan maruah diri I sebagai seorang wanita, then sekarang you nak kutip I pula? You fikir I apa? I tak perlukan simpati daripada you lah!."

"Untuk pengetahuan you, Isaac. Mungkin apa yang jadi malam tadi ada hikmahnya. You masih ingat perjanjian kita pada awal dulu? I akan terus terikat jadi sugar baby you selama mana I tak serahkan tubuh I pada you. Tapi malam tadi... I dah serahkan segalanya."

Retina mata Isaac bergetar menatap wajah tak berperasaan Dianne. Kepalanya digelengkan berkali berharap agar Dianne tidak meneruskan kata yang cuma bakal menyesalkan Isaac.

"Perjanjian tu sekarang dah batal, Isaac. Terima kasih dah bebaskan I. I harap you dah tak ganggu I lagi lepasni." Dianne menyambung lalu mengorak langkah pergi meninggalkan Isaac yang terkesima di posisinya.

Dengan lemah Isaac terduduk di atas sofa.

Lamunannya terhenti. Sarung tangan dibuka pantas dengan nafas tercungap-cungap. Lalu air mineral sejuk diteguk rakus bersama tangan kiri yang bercekak pinggang. Iris hitamnya menatap lurus ke dinding kosong sebelum botol yang sudah kosong diletakkan semula dia atas meja.

Tangannya bertahan pada sisi meja. Dadanya masih lagi berombak kencang. Sekencang perasaan gementarnya andai Dianne Felora terlepas dari tangan.

Isaac perlu bertindak cepat.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s; menci isaac, korang nak I tidurkan dia tak?

Share this novel

Norzilawati
2025-01-02 16:36:57 

tidokan sementara waktu.. bagi dia berfikir ngan betul

nafisahisa
2024-12-28 21:22:35 

tidokan untuk selamanye pon boleh sis. nak lagi sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience