Aurora seakan tidak percaya. Susuk tubuh yang dia lihat sekarang ini. Bagaimana...
Apa yang harus aku lakukan. Aurora melihat tanganya memegang Senjata. Selendang yang terjatuh diambil lalu dia tutupi kepalanya.
"Terkejut bukan? Lelaki tersebut tersenyum sinis. Melihat wajah Agent Rory terkejut melihat dirinya.
"Don't worry I'm not gonna hurt you today. " Wajah Rory dielus lembut.
Seraya Aurora melayangkan penampar.
"Jangan kau berani sentuh aku dengan tangan kau. " Teketar ketar tangannya sebaik sahaja menampar wajah lelaki yang berselindung di sebalik topeng muka.
Lelaki tersebut tidak berdiam diri. Wajah Aurora pula dia tampar. Aurora terjatuh. Cecair merah keluar dari tepi mulutnya.
"Itu makannya kalau main kasar dengan aku Aku datang sini dengan baik. Jadi kau kena layan aku dengan baik.Hm? Rahang Aurora dicekam kasar.
"Kau nak apa hah!! Apa kau nak dari aku. "
"Hahaha. Kau ni kelakar juga ya. Sudah tentulah aku mahukan kau tapi bukan dengan cara begini. Kalau kita nak pancing ikan kenalah ada umpan betul tak? Dan aku dah tahu kelemahan kau Aurora. " Seraya sekeping gambar ditunjukkan ke arah aku.
Wajah Vivian serta Tiara yang tersenyum manis.
"Siapa dia. Aku tak kenal. " Bohong Aurora.
"Kalau kau tak kenal takpa. Senang lah aku nak tanam mayat diorang nanti. Tak perlu susah susah aku cari waris. " Gambar tersebut disimpan kembali ke dalam kocek seluar miliknya.
Kemudian dia melangkah kakinya meninggalkan Aurora.
"Jangan kau berani apa apakan mereka!! Keras sahaja suara Aurora.
Lelaki tersebut tersenyum sinis.
"Nampaknya masih tersisa rasa sayang kau pada diorang ya. Aku ingatkan lepas kau benci kau dah taknak muka dia lagi. Mulut kau memang kata benci tapi hati kau kata tidak Aurora... " Bulu romanya menegak.
"Aku akan turuti arahan kau. Kalau kau ikut apa yang aku nak." Aurora merenung tajam ke arah lelaki tersebut.
"Aku nak kau bebaskan dia ." Berkerut dahi Aurora.
"Sapa dia!! Aku tiada kaitan dalam hal ni lah!!
"Bodoh juga eh kau ni. Macam mana lah orang bodoh macam kau boleh jadi Agent." Sindirnya.
Sekeping lagi gambar dicampak ke mukanya.
"Aku nak kau bebaskan dia. Aku bagi kau kurang dari 72 jam. Kalau kau gagal ,kau hanya akan jumpa mayat diorang sahaja. Tapi ingat hanya kau dan aku sahaja yang tahu akan perkara ni!! Ini rahsia antara kita. Kalau kau taknak tengok aku buat apa apa dekat diorang perempuan ni dan orang orang yang kau sayang!! Aurora mengengam penumbuk.
"Buat apa nak bebaskan jantan ni. Memang patut pun dia meringkup dalam tu!!
"Hey! Watch your mouth dear. Kalau taknak apa apa jadi ada diorang just follow the flow.
Dia mengenyitkan matanya sebelum meninggalkan Agent Rory.
"Sial!! Jeritnya.
"Apa perlu aku buat!! Fikir Aurora fikir!! Fikiran buntu. Dia buntu.
Kenapa benda benda macam ni boleh rosakan hidup aku.
Kakinya yang lemah dibawa menuju ke rumah Bella. Dia perlu mengambil keretanya semula.
Dah macam gaya orang gila dia berjalan. Otaknya serabut memikirkan masalah yang bakal dia hadapi. Kenapa harus dia yang diuji.
Dia perlukan bantuan. Tapi bagaimana. Dia sudahlah meletakkan jawatan sebagai Agent perisikan. Macam mana dia nak bebaskan makluk tak guna tu.
"Nathan... Dia perlukan bantuan lelaki tersebut. Memandangkan hanya dia sahaja yang boleh membantunya saat ini. Tapi dia tidak boleh menceritakan hal sebernanya takut sesuatu yang buruk terjadi pada orang yang dia sayang. Dia sanggup pergi dulu daripada perlu menderita kehilangan orang yang dia sayang.
Matanya merenung ke arah sekumpulan orang yang sedang berkumpul di perkarangan rumah Bella.Kawan kawan sudah pulang kecuali Nathan.Dia terpandang Nathan. Segera dia menghampiri lelaki itu. Ah lantaklah apa nak jadi jadilah.
"Aurora! Jerit Tina sebaik nampak susuk tubuh dirinya yang berjalan melintasi rumah Bella.
Aurora tidak mengendahkan panggilannya.
"Ya Allah. Sapa buat you macam ni Aurora. " Tangannya naik memegang pipiku.
"Aurora kau ok? Macam mana boleh jadi macam ni. " Zayden pula menghampiri diriku. Aurora hanya pandang dengan pandangan kosong.
"Rory. Apa berlaku! Cemas sahaja Tuan Nathan bertanyakan soalan kepada Aurora.
Ditariknya Nathan menjauh daripada mereka bertiga. Nathan terkejut dengan tindakan Aurora. Terasa jarak antara mereka sudah jauh lalu pantas dia melepaskan tarikan.
"Kau kenapa. Apa berlaku. Anything kau nak share dengan aku? Soal Nathan.
"Asal korang ni. Ada benda penting yang perlu aku tahu ke? Zayden menyelit antara mereka.
"Kau kenapa tiba tiba menyibuk. Rory nak cakap dengan aku bukan kau. So please get out! Nathan marah secara tiba tiba.
"Jadi kau rasa hebat lah. " Bahu Nathan ditolak kasar.
"Kau pahal hah!! Tengking Nathan.
"Kau tu yang apahal!!
Zayden tidak mahu mengalah.
"Guys please. " Aurora merayu. Mereka berdua saling memandang. Masing masing menjauh.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau."
Aurora berterus terang.
"Intelligence world. " Sebaris perkataan tu membuatkan mereka berdua memandang Aurora.
"Aku nak join balik." Empat perkataan tu membuatkan kiddo tergaman.
"No!! Jangan Aurora. Kau nak ambik risiko lagi ke." Beritahu kiddo.
"Asal tiba tiba ni? Selalunya kalau kau dah buat keputusan memang takkan berpaling lagi. "
"Ak..aku..." Belum sempat Aurora ingin menghabiskan ayatnya satu kereta melintasi hadapan mereka. Cermin kereta diturunkan.
Terpacul wajah lelaki tadi. Kali ini dia menanggalkan topengnya.
"Maaf kacau malam malam macam ni. Tumpang tanya taman Delima dekat mana ya? Tanganya mengepal penumbuk. Amarahnya sedang naik sekarang ni. Dia benci lelaki ni.
"Ouh taman Delima dekat hujung sana. Ni Encik ni dari mana nak ke mana?." Nathan berbasa basi.
Manakala kiddo melihat wajah Aurora yang memandang tajam ke arah lelaki tersebut.
Ni mesti ada benda tak kena.
"Saya dari tempat kerja nak ke rumah kawan saya dekat taman Delima tu hah. Takpa lah terima kasih tunjukkan jalan. " Sempat lelaki itu merenung ke dalam anak mata Aurora.
'Ting! Notification masuk.
'Awas kalau diorang tahu. Ni amaran terakhir aku pada kau perempuan!! Telefon ditutup. Lalu dia genggam kuat.
Sebaik kereta milik lelaki tadi hilang dari padangan. Kiddo memegang kedua belah bahunya.
"TELL ME THE TRUTH! Laki tadi ugut kau kan!!
Aurora tidak membalas. Dia menunduk. Dia takut memandang ke dalam anak mata Zayden.
Aurora menepis kasar tangannya.
"Ia takde kaitan dengan kau. " Aurora segera meninggalkan mereka berdua.
Kiddo memandang Nathan.
"Aku dapat rasakan ada sesuatu tidak kena. "
"Sesuatu maksud kau?
"Kau ni asal bengap sangat. Kau tak nampak ke laki tadi tiba tiba tanya kita pasal jalan. Padahal sebelah tangan dia pegang phone. Kau tak rasa pelik ke. Aku syak dia tak benarkan Rory ceritakan benda tu dekat kita. Sebab mungkin dia akan apa apa dia.
"Tapi sebab apa?
"Mungkin dia suruh Rory do some favor untuk dia. Kita kena siasat. Kau suruh anak buah kau siap siaga. Aku akan suruh pasukan aku siasat no plat dia. " Mereka berdua mengangguk sebelum berpisah.
HAMBURG INTERNATIONAL AIRPORT
Usai turun dari pesawat. Buru buru dia berjalan menuju ke pintu depan. Seseorang telah diarahakan oleh atasan untuk menjemputnya.
"Guten Nachmittag Fräulein."( Selama tengahari Cik)
Rory hanya mengganguk. Seraya dia masuk ke dalam perut kereta.
Kalau tak disebabkan kesian. Dia tidaklah bodoh nak tebalkan muka semata mata nak join balik Intelligence World.
Perjalanan mengambil masa sejam. Dalam sejam Itulah dia terlelap. Tahu tahu sahaja sudah sampai markas.
Dia berjalan masuk. Tetapi hatinya terasa kosong. Dia tidak tahu kenapa harini ni dia menjejakkan lagi kaki ke sini. Tapi dia disini bukan mahu menjalankan misi. Tapi lebih kepada Pura pura.
Tuan Fendi memangilnya ke markas. Bagi menerangkan misi.
Dia berjalan menuju ke bilik perbincangan utama. Dalam hatinya tertanya tanya penjara di markas ini terletak dekat sayap mana. Mungkin di tingkat paling bawah.
Tuan Fendi memberikan arahan dengan sangat teliti. Tapi kalini Agent Rory tidak mendengarnya dengan baik. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Otaknya berterbangan ke tempat lain.
"That's all!! Good luck." Seraya Tuan Fendi meninggalkan mereka.
Habis pun orang tua ni membebel.
"So guys how. Kita nak berpecah lagi ke macam kumpulan haritu. " Soal Cason. Dia memandang satu persatu wajah dihadapan.
"Aku jenis tak kisah. Asalkan penjenayah tu kita berjaya tumpaskan. " Sambung Syera.
"Aku ikut sahaja." Kali ini Chris pula mencelah.
"Ok. Group Tango Luca, Nix, Syera. Group Lima ,aku ,Yara dan Nathan. Manakala group alpha Kiddo,Chris dan Rory." Rory mendongak apabila namanya disebut.
Jam di tangannya dilirik. Masa yang tinggal lebih kurang lapan jam.
"Korang tunggu apa lagi? Boleh tak kita jangan buang masa. Apa korang ingat aku ni takde benda lain nak buat ke!! Mereka terkejut apabila agent Rory tiba tiba menaikkan suaranya.
"Sial lah." Dia mengeluarkan kata kata kesat sebelum meninggalkan mereka.
Tiba di bilik persalinan. Lantas pisau diambil lalu dimasukkan ke pocket yang berada di sebelah kiri. Kasut boots yang dilengkapi dengan silencer disarung ke kaki.
Ruger LC9 dan Glock 26 diambil.
'Betul ke apa yang aku buat ni. ' Bisik hati kecilnya.
"Jauh termenung. Kau ok? Aurora berpaling.
Mamat ni nak apalah.
Matanya terpandang CCTV di atas . Dia tahu setiap pergerakannya diperhatikan. Dan dia tahu lelaki itu tidaklah begitu bodoh.
"Aku okay je. Kenapa nampak macam tak okay ke? Aurora menghadiahkan senyuman manis. Dia turun ingin mengikat tali kasut membelakangkan CCTV. Seraya surat yang telah dia selitkan di dalam kasut di bawa keluar lalu di bangun .
Sengaja dia melanggar bahu kiddo agar dia boleh selitkan surat tersebut di poket kecik yang berada di samping pinggangnya.
Kiddo tidak memberi respon.
"Shhhh." Beritahu Rory. Berkerut dahinya cuma memahami. Rory menunjukkan isyarat tangan seakan memberitahu sesuatu.
Kiddo tidak mengangguk mahupun mengeleng.
"Aku tunggu kat kat luar." Beritahu Rory.
Harap harap Kiddo fahamlah apa yang cuba dia beritahu.
Share this novel