18

Detective Series 1266

Sebaik mendengar berita daripada Agent Kiddo bahawa Agent Rory sudah sedar. Lantas mereka semua bergerak menuju ke hospital.

"Aku harap sangat dia dapat maafkan kita..." Ucap Syera. Syera tahu Rory terkesan dengan kata katanya.

"Mudah mudahan Tuhan lembutkan hati dia...

Tidak lama kemudian mereka tiba di hospital . Tapi mereka terserempak pula dengan Agent Kiddo.

"Aik? Mana Vivian?" Soalnya.

"Dia dah balik Malaysia. Asal dia tak beritahu kau ke? Soal Kiddo.

"Tak." Balasnya sepatah.

"Cakap jelah kau nak try kakak dia. Adik dia kau tak dapat. Dapat kakak pun jadilah. " Nathan mengetuk kepala Cason.

"Aku bagi Kang!!

"Dah! Alang tuh. Kita naik sekali tengok dia." Mereka berjalan menuju ke tingkat atas.

Tangannya ralit mengemas barang barang. Dia harus keluar daripada tempat ni.
Ini bukan tempatnya.

Tangannya terhenti.

"Satu satunya ahli keluarga aku? Bodoh lah kalau dia masih tidak perasaan.
Siapa lagi kalau bukan perempuan tuh.

"Vivian...

"Kenapa senyap!! KAU MEMANG PATUT MAMPUS AURORA SARA ILIANA!!!
Aku benci kau!! Kau bukan lagi adik aku!! Mahupun keluarga aku!!! Kau hanya BEBAN orang!! Kata kata Vivian masih segar di ingatannya.

Dia kembali mengemas barangnya. Hatinya cukup sakit apabila teringat kembali kejadian itu.
Cukup sakit...

Pastikan tiada apa yang tertinggal. Sebelum dia menarik luggage kepunyaannya berjalan keluar.
Doktor kata dia boleh keluar esok tapi bagi aku dah cukup sihat. Jadi aku memintanya untuk keluar sehari lebih awal.

Dia perlu kembali semula ke London. Dia perlu memujuk Professor agar beri dia sedikit masa untuk submit assignment. Esok hari terakhir untuk menghantarnya namun disebabkan rajuk seseorang dia hampir kehilangan markah yang sangat berharga.
Sebab memang tak sempat nak buat sambil sambil tunggu flight.
Tiketnya pulang ke London masih belum dibeli.

Pintu wad terbuka dari luar. Badannya seolah olah kaku. Macam mana diaorang boleh sampai awal. Terbantut niatnya untuk melarikan diri.

Mata mereka tertumpu pada bagasi di sisi Agent Rory. Dia sudah boleh keluar?

Agent Kiddo seraya mendekati dirinya.

"Kenapa tak cakap yang kau dah boleh discharge? Kalau aku tahu, takde lah diaorang semua datang sini..."

"Macam mana aku nak cakap. Kalau nombor kau pun aku takde" Nathan berbuat muka pelik? Nombor? Rory takde nombor Kiddo tapi kan diaorang saling kenal.

"Ouh.." Agent Kiddo hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tahu semua sedang memandang kearah dirinya.

"Kau dah boleh keluar? Kita orang hajat nak lawat kau sebelum kita orang bercuti. Memandang kau dah boleh keluar jom. Kita orang belanja kau makan! lagipun ada hal yang kita orang nak cakap dengan kau... Nathan memulakan bicara.

Aurora tersenyum sinis. Pandai diaorang mengolah idea.

"Terima kasih je lah. Aku tak berminat. Lagipun aku kena gerak balik. Tiada apa lagi yang tinggal disini. " Balasnya.

"Nak cakap. Cakap sekarang jangan buang masa aku. "

"Kami minta maaf sebab pandang rendah pada kau. Kami minta sebab selalu mengeluarkan kata kata yang menyakiti hati kau... Kita orang betul betul menyesal...

"Jangan pernah menyesal atas apa yang telah berlaku... Tak ingat? Lagipun tak guna korang menyesal. Benda dah jadi. Kesannya juga telah melekat dalam hati aku. Mungkin Tuhan nak tunjukkan pada aku sisi sebenarnya korang.

"Pernah dengar tak? Satu quote ni. Jauhkan dirimu daripada orang orang yang mendatangkan keburukan kepada kamu...

Deep!!

Aurora menarik nafas sedalam dalam mungkin. Dia nak mulakan hidup baru. Hidup tanpa ada sebarang masalah lagi. Dia nak hidup dengan tenang. Walaupun berat baginya tapi dia manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Dia tahu memaafkan memang senang tapi nak melupakan apa yang diaorang buat tu sangat susah.

"Baiklah...aku maafkan... lagipun aku taknak ada dendam . Korang kawan aku. At the same time aku menyampah dengan korang. "Aurora tersenyum nipis.

"Betul ke!! Ouh Rory!! I love you so much!! Muah..muah..muah... " Pipiku dicium bertalu talu. Tanganku mahu sahaja menolak pelakuan Syera namun tidak sampai hati pula.

"Eh kau ni lebih lebih pulak. Rory tu dah cukup lemas aku tengok kau buat dia macam tu." Ujar Yara.

"Cakap je kau jealous." Syera menjelirkan lidahnya.
Akhirnya pelukan dilepaskan. Mereka tertawa melihat perangai Syera yang seperti budak budak.

"Kalau takde apa apa lagi. Aku nak discharge dulu."

"Vielen Dank, dass Sie unseren Service nutzen.“ (Terima kasih kerana menggunakan perkhimatan kami. ) Ujar petugas tersebut.

"Gern geschehen ." Debit card diambil kembali. Apa kau ingat takde orang nak bayar untuk aku? Ada je cuma aku tolak...sebab aku tak suka menyusahkan orang. Ye ek?

"Sejak bila kau fasih berbahasa Jerman? Soal Nathan. Dia yang mempelawa dirinya untuk menemani Rory. Walaupun berkali kali ditolak namun dia tetap dengan pendiriannya.
Aurora pasrah. Dia tak suka berdua duan dengan Nathan. Sebab satu je. Dia tak nak Nathan jatuh cinta padanya. Sama seperti nasib Harie.

'Aku harap kau berubah. Nanti ada masa aku datang melawat kau... Harie kawan lelaki pertama setelah lepas 3 tahun dia dan Zayden berpisah. Harie kawan lelaki paling terbaik pernah dia ada. Baik hati,penyayang dan pandai buat lawak.

'But he better with someone else. Dirinya tidak layak untuk Harie. Lelaki itu cukup baik buat dirinya. Aku tak layak untuk kau Harie. Aku doakan kau temui kebahagian yang sebenarnya...'

"Hello? Aku tanya ni sejak bila kau tahu cakap jerman ni? Bukan aku suruh kau termenung.

"Sejak kau paksa aku datang sini! Aurora meninggalkan Agent Nathan di belakang.

Nampaknya dia masih marahkan kau Nathan.

"Dah settled? Tanya Cason.

"Dah.."

Kring!! Kring!!

Phone miliknya berdering.

Bibirnya mengukir senyuman. Pantas dia menekan button hijau.

"Hai babe!! Mereka yang berada di situ juga terkejut. Aurora menjauh sedikit daripada mereka. Agar ada ruang untuk dia bercakap.

'Omg lama giler I tak dengar suara you!."

"Baru beberapa hari I tinggalkan rumah bukan setahun. "

'Ni bila you nak balik sini? Soalnya.

"Harini. I sedar daripada..." Aurora tersedar cepat cepat dia mengubah topik.

'Sedar? Sedar apa Sara?

"Ouh tak. I baru sedar yang assignment I tak submit lagi ,tu yang I kena balik London balik." Jelasku.

'I ingatkan apa tadi. Ni you nak I ambik you dekat airport ke?

"Rajin ke? Kalau you rajin I takde masalah. "

'No hal lah. Oklah I letak phone dulu. Kalau dah sampai London call I tau..."

"Ok bye..." Panggilan dimatikan.

Mulutnya tidak lekang daripada senyuman.
Dia juga tidak perasaan yang Agent Kiddo dan Nathan sedang memandang kearah dirinya dengan muka something .

"Siapa tu. Spill lah dengan kita orang. Kita orang nak tahu juga. " Bahunya disengol oleh Yara.

"Siapa apa? Ni? Jarinya ditunjukkan ke arah telefon bimbit.

"My bestie? Why any problem? Sambil tangannya menarik luggage untuk masuk ke dalam.

"Lelaki ke perempuan? Tanya Syera sambil berlari mengejar belakang badannya.

"Of course girl!! Sejak bila aku berkepit dengan jantan." Pantas sahaja dia menuju ke kaunter tiket. Malas dia ingin melayan perangai Syera yang satu ni. Bella dan Syera perangai mereka lebih kurang sama. Sorang tomboy sorang gedik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience