"Assalamualaikum... " Suara itu.
"Kejap aku pergi tengok." Balas Aurora tanpa sebarang riak.
"Kau memang lah Nathan..." Habislah aku kali ni.
"Waalaikumuasalam... " Mata mereka sama sama bertembung. Kiddo juga tidak beriak apa apa. Dia sungguh terpana melihat kecantikan bekas kekasihnya. Berbeza dengan dirinya yang dulu. Manakan baju mereka sama pula. Memang sah jodoh tak salah alamat lagi.
"Sorry aku... Sesat tadi. Maklumalah first time lalu area sini. " Entah kenapa Aurora rasakan dirinya seolah olah dikhianati.
"Masuklah..." Pelawa Aurora.Sebak bertandang di dada sebaik dia melangkah masuk melintasinya. Hatinya bagai disiat siat. Kenapa selama ni dia tak mengecam langsung itu adalah Zayden! Dylan Zayden.
"Layan tetamu dengan baik Aurora. Tetamu pembawa rezeki. " Tubuhnya mahu sahaja pitam tapi dia tahan.
"Allahuakhbar..." Dia mengosok dadanya. Naik ditarik. Lalu dihembus kembali.
Dia kemudian masuk semula ke dalam.
"Duduklah bro." Pelawa Nathan.
"Kau hantar location salah lah. Nasib baik aku tak masuk gaung. " Dia mengambil tempat di hadapan Nathan.
"Kau makanlah. Ni semua Rory yang masak." Kiddo tidak terkejut sebab dia tahu yang Aurora pandai masak.
Dia ingat lagi pertama kali rasa air tangannya. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
Aurora datang lalu menarik kerusi duduk di antara mereka. Nathan yang faham situasi tersebut terus meminta izin untuk ke tandas.
"Aku gi toilet dulu ." Kini tinggal mereka berdua.
Aurora tak tahu apa yang harus dia katakan.
Dia hanya memerhati setiap pergerakan bekas kekasihnya. Doanya telah lama dimakbulkan cuma dia tidak perasan sahaja. Kini dia berada di hadapan matanya.
"Asal kau tengok aku makan? Pelik ke aku makan guna tangan? Aku tak suka kalau makan lemang guna sudu garfu. " Aurora tidak menjawab. Dia hanya memasang telinga mendengar suara yang telah lama dia rindui.
Airmata tidak boleh lagi ditahan.
"Aku minta maaf...sebab makan pakai tangan. Ok² aku tukar." Aurora tergelak sinis.
"Sudahlah berpura pura tidak kenal aku Zayden! Tangannya terhenti. Wajah Aurora dipandang. Dia boleh melihat air jernih yang mengalir keluar dari tubir matanya.
"Aku..aku minta maaf. Aku takut nak beritahu hal yang sebenar pada kau . Aku takut kau benci aku Aurora. " Lagilah lebat air matanya mengalir.
"10 years I was waiting for you Zayden!! Ten years!! How could you did this to me!! Kenapa kau seksa jiwa aku! Kenapa! Kenapa kau seksa aku dengan janji kau!! Apa kau ingat aku ni takde perasaan? Kau buat aku gila... "
"Aurora...aku minta maaf. Aku terpaksa demi mengejar cita cita aku.. aku terpaksa putus dengan kau. Aku taknak buat kau tunggu aku. "
Geram aku dengan mamat ni.
"Habis kenapa kau janji. Kenapa kau janji dengan aku. Kau suruh aku tunggu kau. Aku tunggu. Tapi sekarang? "
"Pasal janji tu...aku tak sangka kau still pegang janji tu...aku minta maaf. "
Aurora hilang kata kata.
Hatinya benar benar terluka.
"Please...bagi aku peluang kedua. Aku akan fix balik. Aku akan berusaha untuk ambil balik hati kau. Percayalah... Aku Sayang kau Aurora. Cinta aku pada kau tidak pernah berubah sikit pun. Even bertahun kita tak bersua... "
Aurora berbelah bahagi.
Patutkah dia memberi lelaki ini peluang kedua ATAU lepaskan semuanya dengan hati yang ikhlas.
"Setiap kali lepas solat aku tak pernah missed doa aku ,agar Tuhan jagakan hati kau untuk aku Aurora. Aku betul betul ikhlas sayang kau. Aku ikhlas nak jaga kau hingga nafas aku yang terakhir... Please bagi aku peluang...aku akan buktikan..." Jatuh air mata jantannya.
Aurora boleh nampak keikhlasan hatinya.
Zayden bangun dari kerusinya lalu melutut di depan Aurora.
Aurora juga terkejut dengan tindakan itu.
"Aku merayu. Bagilah aku peluang aku takkan sia siakan..."
"Takyah lah sampai melutut bangun lah nanti ada orang nampak. "
"Aku takkan bangun selagi kau tak bagi aku peluang. " Kiddo memandang lantai sambil mengesat air mata. Dia sudah tidak penduli yang penting Aurora sudi memberi peluang kepadanya.
"Maaf tapi aku dah bagi peluang tu dekat orang lain..." Pantas Kiddo mengangkat kepalanya.
"Si...siapa? Cukup cukuplah ego tu Aurora. Kau kata kau sayang dia. Tak mengapa mengalah demi kebahagian kau sendiri. Allah ada bersama sama kau. Jangan khuatir.
"Siapa Aurora? Siapa dia. " Wajah yang pernah mencipta memori bersama . Bayang bayangnya sering bermain di fikirannya Berkat solat istikarah selama ini. Akhirnya dia menemui jawapan bahawa jodohnya adalah Zayden. Dylan Zayden.
Kau nak lari mana lagi? Kau larilah sampai ke pelusuk bumi. Dia tetap jodoh kau Aurora.
"Dia..yang ada di depan aku ni. Dia yang banyak mengajar aku erti kesabaran ,ketulusan ,keikhlasan. Doa kau terlalu utuh kepada Sang Pencipta
Sehingga aku tak dapat membenci kau Zayden... Aku dapat rasakan hati kau betul betul tulus.
"Aku minta, Jangan tinggalkan aku lagi. Aku dah takde sapa sapa lagi. Vivi dah tinggalkan aku takkan kau nak buat perkara yang sama..." Ikhlaskan hati kau untuk menerima dia sebagai cinta hati kau.
"Terima kasih Aurora..." Kiddo ingin memeluk Aurora. Namun pantas ditepis.
"Oops! Aku lupa. Kita tak halal lagi. Hehe..." Muka Aurora bertukar merah. Malu disakat begitu.
"Terima kasih...aku akan cuba untuk ambil hati kau balik..."
"So we officially couple now? Soal Kiddo.
"Hmm... Aurora ingin lari daripada situ.
"Maybe Kiddo.." Dia tersenyum sebelum meninggalkan Zayden.
"Hey! I want to hear from your heart!! Kiddo juga bangkit mengejar Cinta hatinya.
"Aku tumpang gembira untuk korang..." Dia hilang disebalik tembok.
Sakitkan? Mencintai seseorang yang mencintai orang lain.
Langkah kakinya terhenti serta merta.
"Hey..." Kakinya juga terhenti.
Matanya terjatuh pada sosok tubuh yang sedang duduk di sofa sambil tangannya memangku sesuatu. Terlihat juga seorang lelaki yang berada di sebelahnya.
"Sara..." Tina mendekati dirinya.
Dia juga tidak tahu hendak explain macam mana.
"Kenapa tak cakap ada tetamu? Bella yang duduk di antara mereka bangun lalu mendekati dirinya.
"Sara...aku.." Bella cuba menghalang.
"Kenapa dengan korang ni." Aurora berjalan menuju ke tubuh tersebut.
Dia macam kenal dengan sosok itu.
"Ni siapa ya..." Tangannya terhenti daripada menyentuh bahu itu.
Sudah lama dia tidak melihat wanita itu. Wanita yang telah pergi setahun lepas. Pandangannya jatuh pada bayi yang berada pada gendongannya.
Senyumannya mati.
"Ili... " Panggil Vivian. Dia tidak tahu mahu mula dari mana.
Aurora menapak selangkah demi selangkah ke belakang.
Dia tidak percaya apa yang dia lihat sekarang ni.
"Apa ni Vivi? Ni anak siapa? Tergetar getar tangannya naik menutup mulut.
"Ni anak I. Nama dia Sophia." Aurora memandang Vivi dengan muka yang tidak percaya.
"Anak? Anak you? Vivian mengangguk.
"Ni husband I. Kita orang nikah, dah masuk dua tahun. I nikah masa you dekat London." Vivian tahu apa dia buat selama ni bersalah.
"Sedar tak apa you cakap ni!!! Sapa jantan ni hah!! Kenapa you nikah I langsung tak tahu!! Tergamak you buat I macam ni Vivi. "
Dengar suaranya sudah tahu yang dia betul betul kecewa.
"I terpaksa rahsiakan hal ni daripada you Ili. I taknak ganggu you." Cristina mengambil alih mendukung bayinya.
"Astafirullah alhazim... "
"Ili I minta maaf. " Vivian melutut.
"Vivi stop! Jangan buat diri you macam ni! Aurora memandang tajam kearah suami Vivian.
"Pandai kau kan! Senyap senyap kahwin dengan dia! Aku menanti kepulangan kau! Kau memang jantan tak sedar diri kan! Tempik Aurora.
"Kau tuh yang tak sedar diri!! Kau sedar tak dia ni kakak kau. Mana hormat kau pada dia ,pada aku!! Kini dia pula melampiskan kemarahan.
"Sara...jangan macam ni. " Bella cuba menarik dirinya jauh daripada tempat itu.
"Abang cukuplah." Vivian cuba memujuk suaminya.
"Heh!! Hormat? Buat apa aku nak hormat orang macam kau!! Mana aku nak letak maruah keluarga aku? Mana!! Apa kau ingat keluarga aku ni tak bermaruah ke hah!!! Tengkingnya.
"Ili stop it..." Kini giliran Kiddo pula ingin menarik Aurora keluar dari situ.
"Lepaslah... Aurora cuba untuk melepaskan dari gengaman kiddo.
"Keluar Ili. Ni bukan kau yang aku kenal. Kita keluar. Tenangkan dulu fikiran kau. Aku faham kau serabut tapi ini bukan cara yang betul..." Nasihatnya.
"Kalau aku keluar sekalipun masalah ni takkan selesai." Aurora terduduk. Air matanya mengalir laju.
Terdiam seketika mereka semua. Hanya esakan Aurora jelas kedengaran.
"Asal ni? Nathan, Nix, Cason, Yara dan Syera pantas berlalu ke ruang tamu apabila terdengar suara orang bertengkar.
Nathan memandang Kiddo. Kiddo hanya mengelengkan kepalanya.
"Better you bawa kawan kawan you balik. Family problem." Mereka menganguk apabila mendengar Bella menjelaskan perkara yang terjadi.
Hidup tak semudah yang diharapkan...
Share this novel