Hampir kesemua berjaya diselamatkan oleh unit keselamatan. Namun ada yang cedera parah akibat terkena serpihan kaca dan kayu yang menimpa tubuh mereka.
Anggota yang cedera telah dirawat dan mereka tidak dibenarkan mengikuti misi sehingga sembuh.
"Kau ok tak ni? Habis macam mana dengan misi kita? Soal Nix
Nathan tidak menjawab rasa kesalnya masih mengunung.
"Aku rasa kau patut baca ni. " Surat bertukar tangan .
Berkerut kerut dahinya membaca isi yang terkandung dalam surat tersebut.
"Firasat aku mengatakan Rory takkan buat semua ni tanpa sebab. Dan sebab utamanya ialah kakak dia. Kakak dia kena culik jadikan dia sebagai tebusan. Diorang ambik kesempatan ini untuk perangkap Rory. Dan aku memang dah agak ending dia macam mana. Macamlah kau tak kenal dengan anak buah kau sorang tu. Keras kepala, ego. Jadi aku ,Luca dan Chris akan bergerak ke sana malam ni. Sebab merujuk pada lokasi diorang tak jauh dari sini. " Macam mana dia boleh tahu lokasi Rory dekat mana? Sebab track location dah dilekatkan pada baju yang dia pakai.
"Aku taknak buang masa. Kau nak ikut suka hati kau. Aku tak boleh paksa sebab dia perlukan aku. " Nathan mendesis.
"Sebab aku tahu penjahat tu takkan berlama dekat sini. Diorang akan berpindah ke lokasi lain. " Terangnya. Jadi kemungkinan besar Rory akan dibawa bersama mereka.
"Baiklah. Aku akan suruh team lain siap sedia. Perang bakal bermula..." Kecederaan keatas dirinya tidak menghalang dirinya untuk berbakti pada negara dan menyelamatkan si dia.
'aku takkan benarkan kau apa apa kan dia.' Bisik hatinya.
Bunyi hentakkan kuat mengejutkan mereka.
Masing masing menoleh.
Harie bersama anak buahnya berjalan masuk menghampiri Rory.
"How? Dah puas berbual. " Dia tersenyum sinis.
"Masuk!! Dia mengarahkan seseorang untuk masuk.
Ya dia ni lah yang mengugutnya tempoh hari di jambatan .
Rory memandang sang kakak. Vivian kelihatan sedang menahan sebak didada.
"Apa kau dapat lepas buat dia macam ni hah!! Jantan tak guna!! Kau dengan dia sama sahaja takde beza!! Dua dua binatang!! Pantas tangan ringgan melayang penampar di wajah Rory.
Mulutnya dicekam.
"Kau cakaplah apa kau nak cakap. Perempuan ni yang bodoh percaya ,kata kata aku. But I'm glad that she is your sister. Senang kerja aku nak dapatkan kau perempuan." Harie menunjukkan isyarat supaya Izzat menjauh.Namun tidak diendahkan olehnya. Ya lelaki durjana bertopengkan iblis.
Dari mula aku lihat wajahnya terserlah kepuraan.
"Sekarang ni. Aku nak kau bagitahu aku. Dekat mana korang sorokkan barang rampasan tu!! Jerit Izzat
"Aku tak tahu lah!! Izzat tersenyum sinis. Seraya pistol dikeluarkan.
"Ok aku bagi kau peluang sama ada bagitahu aku atau." pistol diacukan pada Vivian
"Kau!! Jangan berani nak apa apa dia setann!!
Jeritnya dia ingin bangun namun cepat sahaja
Kaki harie melayang.
"Ouch!! Rory mengerang kesakitan.
"Stop!! Kolar bajunya dicekam kuat.
"Kenapa kau nak pertahankan perempuan ni." Izzat mengarahkan agar rakan rakan memegang Boss mereka. Mereka mengganguk seraya mengacukan senapang kearah Harie.
"Ingat siapa ketua kau!! Sedar dulu yang aku ni kutip kau macam kucing kurap!!
"Mulai hari ,saat ini kau bukan lagi Boss aku dan diorang akan dengar segala apa yang keluar dari mulut aku. Aku bebaskan kau sebab aku nak seksa perempuan ni depan kau sahaja!! Bodoh!! Aku nak kau rasa macam perasaanya bila ahli keluarga aku kau bunuh!!! Dan sekarang adalah masanya untuk aku balas balik perbuatan kau!! Dia menembak betis Harie. Lelaki tersebut menyerigai kesakitan.
Dia ditumbuk bertubi tubi tanpa belas kasihan terpacur darah dari mulut.
Dia berdiri setelah berpuas hati membelasah.
"Tu baru sikit. Aku akan seksa kau macam yang kau buat pada diorang dulu!! HAHAHA sudah seperti orang tidak siuman sahaja.
Dia beralih semula pada Agent Rory
"Aku bagi pilihan senang macam ni takkan kau tak boleh pilih!! Kau memang nak aku guna kekerasan kan? Tong dram yang berada di sebelahnya ditendang kuat sehingga isi minyak di dalamya melimpah keluar.
"Bang!! Tembakan dilepaskan.Tubuh Vivian tersungkur menghembas bumi. Cecair berwarna merah membuak buak keluar dari badanya.
"VIVI!!!! Seraya dia bangun mendekati sang kakak.
"Ya Allah!!! Ke... kenapa." Tergetar getar tangannya naik menyentuh pipi yang dingin itu.
"Ili... Dalam keadaan lemah dia cuba memangil sang adik.
"Vivi!!! Esakan Rory semakin kuat. Apa yang dia lihat sekarang ni. Kakaknya baru sahaja ditembak.
"Maafkan Vivi ya sayang... Vivi sakitkan hati Ili... Tolong jagakan Tiara untuk Vivi. Beritahu dia yang mama dia sentiasa ada disisi. Lagi satu... Nafasnya tersekat sekat. Ajalnya sudah makin hampir.
"Jangan menangis lagi... I just want to see my sister happy... Senyuman manis dilemparkan pada sang adik sebelum dia menutup rapat kedua matanya.
"Vivi!!! Tiada kata kata yang mampu lagi dia lontarkan sang kakak sudah pergi menghadap ilahi.
"PEMBUNUH!!! Dia berlari ke arah lelaki tersebut namun pantas dia ditembak pada bahagian peha.
"ARGH!!! Parut yang dulu baru sahaja pudar dah ada parut baru. Sial.
"Berhenti lah Jantan tak guna!! Harie cuba mengensot mendekati Rory. Namun dihalang oleh konco konconya sendiri.
"Aku takde masa nak bermain dengan kau perempuan. Kau yang cabar aku. Kau cabar kesabaran aku. " Sebuah syringe diambil dari kocek seluarnya.
"KAU NAK BUAT APA HAH! Jerit Harie.
Rory meronta ronta minta dilepaskan dia tidak sanggup diperlakukan untuk kali kedua.
"Ini balasan untuk kau!! Syringe tersebut hinggap di leher Rory.
Syringe tersebut mengandungi ubat perangsang. Dia mahukan tubuh Agent Rory sebagai tanda balas dendamnya .
"SIAL PUNYA JANTAN!! KAU CUCUK APA HAH DEKAT BADAN AKU!!! Rory menjerit seperti orang yang sedang kerasukan. Dua minit masa diambil untuk Effect ubat tersebut meresap sepenuhnya keatas badanya.
"Hanya ubat untuk menaikan kau punya ransangan..." Izzat tersenyum sinis.
Peluh merecik keluar. Perasaan yang tidak selesa. Dia cuba menahan diri. Dia tidak mahu kalah dalam permainan kotor lelaki ini.
Sementara di luar.
"Team kita sudah bersiap sedia. Tuan!! Beritahu anak buahnya.
"Bang!! Bunyi tembakan dari gudang tersebut mengejutkan mereka yang ada disitu.
"One down!! Beritahu salah seorang yang diarahkan untuk memerhati gudang tersebut menggunakan binoculars.
"Kita kesuntukkan masa!! Seraya Agent Kiddo meluru berlari ke arah gudang.
"Shit!! Rancangan tidak berjalan seperti dirancang. Nathan dan yang lain memgikuti langkah Agent Kiddo.
Satu persatu musuh tumbang dengan skills sneaky. Senjatanya memiliki silencer jadi dari dalam tidak akan mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan.
"Move!! Mereka bergerak sambil menghalakan senjata ke kiri dan ke kanan. Mereka sudah sampai di depan pintu.
"ARGH!!! Mereka sama sama berpaling.Itu suara Agent Rory.
"Jangan melawan. Aku tahu kau mahukan juga." Izzat tersenyum senget.
"Ja..jangan dekat!! Pintanya lemah. Mulutnya sedaya upaya menolak ajakan otaknya. Tolong berfikir waras Aurora. Kau kena tahan kesan ubat tu akan hilang.
"Kau takkan mampu lawan. " Dia seronok melihat Agent Rory menahan nafsunya.
Rory mengigit Bibir sekuat hati.
Izzat mendekati. Tudung yang dipakainya dicabut kasar. Rambutnya dibau. Menaikkan lagi shahwatnya.
"To..tolong jangan..." Rory merayu minta dilepaskan.
"Shhh!! Aku akan puaskan kau!! Baju yang dipakai Rory ditanggal kasar. Menampakkan tubuhnya yang putih mulus.
"BUM!!!
Belum sempat Izzat mahu menjilat jinjang leher Rory Bunyi dentuman mengejutkan dirinya.
"JANGAN BERANI KAU SENTUH DIA SETAN!! Agent Kiddo melepaskan tembakan tepat mengena bahunya.
Manakala Nathan dan yang lain menguruskan musuh yang lain.
"Tak guna!! Izzat mencapai senjata dia melepaskan tembakan kearah kiddo namun pantas sahaja dia mengelak.
Tembakan masih lagi kedengaran.
"Menyerah atau mati!! Terlebih dahulu agent Kiddo mengangkat Senjata betul betul dihadapan wajahnya.
Izzat tersenyum sinis. Tanganya dihalakan pada Rory.
"Bang!!
Tembakan dilepaskan.
"HARIE!!! Rory menjerit melihat tubuh Harie jatuh di atas ribanya.
Serta merta Kiddo melepaskan tembakan. Kini sekujur tubuh itu terkaku rebah.
Yang dia lihat bukan Rory yang ditembak tetapi Fernando aka Harie.
Segera dia menghampiri tubuh tersebut.
"Bro!! Dia mengarahkan yang lain
"Aku minta maaf...aku nak kau tahu kau cinta pertama aku dan selamanya. Aku akan sentiasa cintakan kau Aurora meskipun aku tahu ia nya hanya sebuah penolakan bagi kau...
"Hey!!! Apa kau cakap ni... bangun lah Harie...
Namun dia sudah menutup mata.
Semakin lebat tanggisan Agent Rory. Dia menangis semahunya. Kakaknya dibunuh, manakala Harie mati disebabkan menyelamatkan dirinya.
Mayat kakaknya dan Harie dibawa keluar. Kiddo mendekati Agent Rory.
Selimut diambil untuk menutup badan Agent Rory yang terdedah.Seraya dia memeluk tubuh kecil itu. Belakang badanya digosok bagi menenangkan dirinya.
"Shuhhh..." Diusap lembut bagai seorang bayi kecil.
Namun Rory mencekam lengan sasa Kiddo. Kiddo terus memandang wajahnya yang sembab dengan air mata.
"To.. tolong Zayden..." Rory merengek seperti bayi kecil yang minta didukung.
"Diorang cucuk aku dengan benda tu. " Tanganya yang terketar ketar naik menekup mulut.
"Ak..aku tak tahan. Please do something."Baju yang dipakainya ditarik oleh Rory bagaikan anak kecil.
"Aku akan minta bantuan diaorang." Agent Kiddo memangil salah seorang petugas kesihatan
Setelah diceritakan petugas itu bersetuju memberikan ubat tidur kepada Rory.
"Tahan sikit... Benda ni akan hilang lepas kau bangun tidur nanti. " Ubat tidur dimasukkan ke dalam tubuhnya. Tidak perlu mengambil masa lama Agent Rory sudah berada dia alam mimpi.
Petugas yang lain mengangkat Rory dia atas stretcher sebelum ditolak masuk ke dalam ambulan.
Penderitaan Rory telah berakhir. Namun pengakhiran tidak seindah cerita orang lain. Ada nyawa yang terkorban.
...
Share this novel