"Wasiat? Kau biar betul. Aku ingat kau masuk Dunia ni sebab minat rupanya sebab wasiat. Tsk!! Agent Kiddo menyiku bahu rakannya.
"Kau ni! Bisiknya.
"Apa? Betul lah. Kalau tak disebabkan wasiat tu dia tidak akan berada di sini. Dan kemungkinan dia tak akan menyusahkan orang dengan perangai dia yang tak berapa nak semenghah lagipun Dunia ni perlukan orang yang kuat dari segi ,mental ,emosi dan perangai. "
Agent Rory berubah riak. Dia tidak sangka Agent Chris pun sama seperti kumpulan dia yang lain.
Agent Rory berjalan laju ke hadapan meninggalkan mereka di belakang .
"Bullshit lah kau ni. Kau tak lalui apa dia lalui. Cakap jangan sebarang cakap. " Marah Agent Kiddo.
"Kalau benda tu betul dia tidak akan terasa." Chris seakan tidak mahu mengalah.
"Lantak kau lah. " Agent Kiddo sudah malas hendak melayan Agent Chris yang tiba tiba sahaja lain.
Agent Kiddo mengejar sosok tubuh Agent Rory yang sudah jauh kehadapan.
"Memang!! Memang aku menyusahkan kau orang semua . Memang aku pembawa sial!! Tapi pembawa sial ni lah yang korang selalu hina ,keji pandang rendah ni lah yang akan tunjukan siapa diri dia yang sebenarnya." Entah macam mana dia boleh melihat ada perangkap di situ lalu dia melompat dari perangkap tersebut alangkah malang nasibnya dia tergelincir lalu badannya meluncur turun ke bawah.
Badanya berguling guling sesetika kepalanya menghantuk pokok .
"Ouch!! Akhirnya dia sampai ke kawasan paling bawah sekali. Habis seluruh badannya terasa sakit.
Matanya berpinar. Dia perlu kuat agar tidak pengsan.
"Kau kena kuat Rory sebelum misi berakhir . Takkan kau nak jadi beban orang lagi.
"Aku tahu kau kuat . Kau kuat Rory. Kau kuat Aurora. Kau kuat Sara. Kau kuat Iliana.
"Buktikan telahan mereka pada kau selama ni salah. " Dia mengensot badannya agar bersandar dia belakang pokok berkenaan.
Dia tengah mencuba agar tidak pengsan. Dia memandang kawasan tersebut. Seperti sebuah penempatan .
Satu Bayang bayang mendekati dirinya. Rory mendongak.
"Tidak....
"Rory? Kau pergi mana? Sejak dari tadi lagi dia memanggil agent Rory. Namun tiada sahutan dari tuan badan. Sah dia merajuk.
Chris yang baru sahaja sampai. Terus dicengkam kolar bajunnya.
"Sebab mulut kau . Rory hilang. Aku dah pesan awal awal. Kalau kau ada masalah dengan dia diam diam sudah lah. Kau tengok sekarang dia dah hilang. " Agent Kiddo seolah mahu menelan sahaja rakannya yang satu ini.
"Lepaslah. Biarlah dia nak hilang ke apa. Itu bukan masalah aku. Lagipun senang nak teruskan misi tanpa dia."
"Kau..."
"Krek!!! Bunyi pijakan kayu menyedarkan mereka. Cepat cepat mereka bersembunyi di sebalik semak samun.
"Beeil dich. "(Cepat jalan) Arah salah seorang dari mereka.
Sah itu salah seorang daripada anak buah Fernando.
"Gehen Sie schnell, wenn Sie nicht sterben wollen ." (Jalan cepat kalau tidak mahu mati)
Mereka berdua tekun sahaja memandang apa yang akan anak buahnya akan lakukan kepada orang orang yang mereka tangkap.
Namun tidak semena mena salah seorang dari mereka terjatuh.
"Du!! Es ist wirklich schwierig." ( Kau ni!! Memang menyusahkan betul lah).
Picu senapang ditarik kemudian dihalakan ke arah orang berkenaan.
Agent Kiddo yang tidak betah melihat pelakuan tersebut bingkas mahu bangun dan melayangkan penumbuk. Namun dihalang oleh Agent Chris.
'Kau nak kita mati. Hah!!! Bisiknya.
'Aku takleh biar dia buat macam tu!!
'Duduk diam sini. Kalau kau taknak misi kita terbongkar. ' Mereka kemudian berpaling semula ke hadapan.
"Bitte... töte mich nicht. Ich habe mich geirrt, verzeih mir.“ (Tolong...jangan bunuh aku ,aku tahu salah aku)
"Zu spät!! ( Terlambat)
Namun belum sempat dia ingin melepaskan tembakan. Dia dihalang oleh rakannya yang satu lagi.
„Was machst du! Du willst ihn töten? Wenn der Chef es weiß. Du bist fertig!!( Kau buat apa ni! Kau nak bunuh dia? Kalau Boss tahu masak kau). Rakannya cuba untuk masuk campur.
"Argh!! Tembakan dilepaskan ke udara.
Tahanan tersebut menunduk ketakutan.
"Worauf wartest du! Gehen! Ich möchte keine Zeit verschwenden.“(Tunggu apa lagi! Jalan lah! jangan buang masa.)
Tahanan tersebut bangun lalu meneruskan berjalan termasuk orang tadi.
Sebaik sahaja bayang mereka sudah tidak kelihatan . Barulah mereka berdua berani untuk keluar dari tempat persembunyian.
Walkie talkie diambil.
"This is Alpha 03. Alpha 03 over."
"Lima 69. Lima 69 over.
"Dua anak buah Fernando berjaya menangkap 15 orang tahanan. Aku syak mereka menuju ke markas. Over!
"Aku nak kau slow slow pantau diaorang sehingga sampai ke markas. Dan ingat jangan sampai tertangkap. Roger that."
"Alpha 03. Alpha 03 Roger it." Walkie talkie dimatikan.
Chris memandang Kiddo yang tidak menyebut akan kehilangan agent Rory.
"Asal kau tak cakap yang agent Rory hilang? Soalnya.
"Aku takdelah bodoh macam kau. Kalau aku cakap. Memang sah sah lah diaorang mengamuk and misi ini takkan diteruskan gara gara agent Rory hilang. " Agent Kiddo berjalan dengan penuh berhati hati kerana kawasan tersebut mula penuh dengan periuk api .
Rory perlahan lahan membuka kelopak mata. Dia sedang terbaring. Tangannya yang terluka tadi sudah siap terbalut. Dia sedang berada di rumah seseorang.
Rory segera bangun. Dia baru teringat yang dia baru sahaja terjatuh dari ketinggian 300meter dari Paras sungai.
Dan kini dia diselamatkan oleh seseorang.
Dia tidak dapat mengecam wajah orang berkenaan yang ditutupi dengan jaket.
Pintu dibuka.
Rory menoleh. Habislah dia kalini.
Share this novel