2

Detective Series 1266

Beberapa tahun kemudian...

Tok tok tok !!! Bunyi ketukan pintu menganggu tidurnya.

"Ish.." Dengan malas dia bangun . Tangannya naik mengosok mata.

"Ada apa." Soal Rory. Dia bangun dari katil sambil mengeliat. Mulutnya menguap seluas luas alam.
"Ngantuk nya kul berapa dah." Dia mengerling ke arah jam dinding. Kul 8 lebih baru. Lagipun hari ni hari minggu nak bermalasan sikit pun tak boleh. Ada sahaja yang mahu mengacau.

"Tak tahu nak bangun ke anak dara ni. Cuba tengok dah pukul berapa!!! Kata seseorang di luar muka pintu.
"Iyer! Dah bangun dah ni. " Dia berjalan malas ke arah balkoni rumah. Pintu dibuka. Cahaya matahari masuk menembusi wajah. Angin pagi itu sangat dingin. Dia berjalan selangkah demi selangkah ke hadapan. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling . Ini semua usahanya sendiri. Sebaik sahaja keluar dari sekolah dia terus mendapat pekerjaan yang sangat dia inginkan sejak kecil lagi. Dalam masa yang sama dia masih seorang pelajar yang menuntut di University Cambridge. Itu semua rezeki. Dia akui penat tapi dia nak merelisasikan impian untuk bergelar doktor dalam bidang epidemiologist. Dia nak sangat sangat gelaran tersebut dan alhamdullilah juga dia mendapat tawaran. Dia akui mentalnya lelah tapi dia harus kuat demi mengejar cita citanya.

Kenangan demi kenangan menerjah masuk ke fikirannya. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Tiada sorang pun yang berjaya mengisi kekosongan hati ini. Walaupun dia cuba melupakan si dia. Namun si dia juga sering muncul di benak fikiran.

"Maybe he already find somebody else . Who knows..." Ucapnya perlahan.
Kakinya melangkah masuk ke dalam kembali. Dia perlu bersiap sebab ada beberapa kerja yang dia perlu siapkan.

Kakinya menuruni anak tangga. Menuju ke ruangan dapur. Matanya mencari kelibat seseorang.
"Aik mana dia. Tadi rasanya ada je kat sini. " Dia mengangkat bahu. Perutnya berkeroncong tanda harus diisi.
Almari dibuka. Terpampang pelbagai jenis makanan segera. Jarinya menyentuh dagu.
"Nak makan mana satu ya. " Tanpa berfikir lama tangan mencapai satu bungkusan berwarna pink.

"Benda lain ada ni juga kau nak makan. Dah lah minggu depan ada test. " Bebelnya.
"Tapi kalau makan benda ni bukan jadi bodoh pun kan. " Segera dia membawa pinggan yang berisi makanan tersebut ke ruang tamu.

Tempat kegemaran kalau makan ringan atau segera.
Remote diambil. Lalu dihidupkan tv .
"Rasa nak tengok Netflix. Tapi cerita apa yang best ya." Matanya ligat mencari cerita yang dia belum tonton.

"Hmm movie ni macam best je. " Tangannya mula menyua makanan ke dalam sambil satu tangannya lagi mengambil mug yang berisi air kopi.

"Assalamualaikum!!! Laung seseorang di luar.
Memang taklah Rory nak dengar pintu utama dengan ruang tamu agak jauh.

Namun nasib baik ada Vivian.
" Siapa pula yang datang ni. "Vivian membuka pintu. Terpampang wajah beberapa orang orang jejaka yang agak tampan dan dua orang perempuan bersama mereka.
"Waalaikumuasalam. Ya cari siapa?? Soalnya. Mana tak nya pagi pagi buta dah bertandang ke rumah orang.

"Kami cari agent... maksud kami Cik Rory dia ada dekat dalam ke. " Soal salah seorang dari mereka.

"Ohh Ili." Katanya.

"Dia ada kat dalam . Kalau macam tu masuk lah dulu. Nanti saya panggil dia. " Mereka berlima menanggalkan kasut lalu berlalu masuk .

"Duduk lah dulu. Kejap saya panggilkan dia."
Pelawa Vivian lalu meninggalkan mereka berlima di ruangan tersebut.

"Pandai juga agent Rory decor rumah. Cantik pun cantik. " Kata salah seorang dari mereka.

"Ili oh Ili ada orang datang ni. " Ketuknya. Namun tiada sahutan .

"Vivi masuk ek." Pintu dikuak namun tiada orang.
"Mana dia pergi. Takkan dah turun. Budak ni kalau menyelinap macam ninja. " Vivian mengelengkan kepala. Lalu dia keluar kembali.

"I'm tired of this...You always be like this..."

"You don't love me ... you want to possess me, and I won't let you go."

"You're broken ,and I can't fix you ..."

"And I have nothing left to says..."

"Why!! Jerit Rory boleh dikatakan kuat juga dia jerit mujur tiada yang dengar.

"Why... why you hurt her every time. And you girl? why you still with him. Find the another guys. He so idiot. He just use you for fun. And he not serious with you just leave him. If I be you. I'm done with that guy." Geram Rory dengan perangai Lelaki ni. Buat sakit hati. Si perempuan sorang lagi . Bukan nak blah. Masih stay dengan mamat ni. Aku pun tak faham. Itulah cinta . Kalau dah sayang sepenuh hati memang susah nak lepas.

Rory bangkit kerana tidak sangup lagi melihat drama antara mereka. Sungguh sakit.

"To kiss in cars and downtown bars...

Was all we needed...

You drew stars around my scars...

But now I'm bleedin '...

'Causs I knew you...

Steppin on the last train...

Marked me like a bloodstain...

I knew you...

Tried to change ending,...

Peter losing Wendy...

"I knew you....

"And I knew you'd come back to me...

"And you'd come back ...

Sudahlah. Dia tidak akan pulang ke pangkuan kau. Dia sudah bahagia. Ujar hatinya.

Mereka berpaling ke arah suara yang lunak bernyanyi. Mereka terpaku melihat Rory

Mata Rory berpaling ke arah mereka semua. Baru dia perasaan yang dirinya tidak memakai tudung. Hanya memakai t shirt lengan pendek dan seluar separa betis. Agak seksi di situ.

"Arghhh!!!!! Dia menjerit lalu berlari ke arah belakang dinding.

"ASAL DATANG SINI!!!! jeritnya. Mukanya merah padam. Malu ,berdosa semua ada.

"Kita orang tunggu kau nak dekat setengah jam tau tak. Tiba tiba dapat free show. " Kata Nix. Sambil ketawa.
Rory menahan amarah. Kenapa Vivian tidak memanggilnya.

"Kita orang ada benda nak bincang dengan kau Rory. " Ucap Nathan. Aka atasan paling aku tak suka. Macam mana mereka boleh datang tanpa memberitahu sepatah.

"Pusing lah sana dulu. Aku nak naik atas!! Laung Rory. Dahlah tangga menghadap mereka.

"Oh ya ya." Kata mereka. Sebelum berpusing ke arah lain.

Rory melihat jejaka tiga orang tu sudah berpaling badan. Baru dia berani naik . Laju sehaja langkahnya menuju ke bilik.
Sampai sahaja ke bilik laju tangannya menghempas pintu tanda protes.

"Sial lah korang ni. Benci benci benci!!! Dia menghentak hentak kakinya. Dengan perasaan marah dia perlu bersiap untuk bertemu dengan mereka berlima.

" Lain kali kalau nak datang cakap dulu. Jangan main terjah jer!!! Kata Rory sambil duduk di sofa sebelah kanan . Sorang sorang ditenung. Dia ingat aku ni apa .

"Abaikan apa yang korang nampak tadi! Awas!! Warningnya. Dia tidak kira dia bercakap dengan orang yang pangkat lebih tinggi dari dia atau tak. Maruah tercalar gara gara mereka ni lah.

"Okaay agent Rory we really sorry for what happened. Kita orang nak cepat lagipun perbincangan ni tak boleh dibuat main. " Tegas Nathan. Rory mengRolling eyes ke arah Nathan.

"Cakap lah cepat apa dia. Aku ada hal kejap lagi ." Malas dia nak berbasa basi.

Nathan menarik nafas dalam. Perbincangan ini sangat sulit. Hanya mereka berenam sahaja yang boleh tahu .

"Seperti yang kita tahu sindiket penyeludupan atau lebih tepat lagi pemerdagangan manusia semakin berleluasa. Dan maklumat terkini yang aku dapat adalah markas diaorang terletak Hamburg, Jerman. Hamburg bersebelahan dengan Berlin yang menjadi top 3 destinasi pelancong ke negara berkenaan. Hamburg kawasan yang boleh dikatakan popular dalam kalangan pelancong asing tapi tidak bagi penduduk tempatan. Diaorang tahu tempat tu tak selamat untuk tinggal tapi mereka terpaksa demi meneruskan perniagaan mereka." Cason berpaling ke arah Nathan. Memberi isyarat agar menyambung ayat terakhir.

Rory macam biasa hanya buat muka toya dia bila orang bercerita.

"Minggu depan Kita orang nak kau ikut untuk undercover misi ke Jerman." Nathan memandang wajah Rory.

"APA?? Jeritnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience