"Jangan Rory!!! Apa kau cakap ni?." Agent Kiddo masih tidak percaya apa yang dia dengar.
"Apa aku cakap!! Kau tak dengar. Aku dah penat! Bertahun tahun aku makan hati, Pendam sampai aku dapat depression! Sampai aku stress. Aku ni manusia paling menyusahkan dalam intelligence world.
Hinaan demi hinaan aku terima. Perlian demi perlian aku terima. Aku dianggap agent BEBAN!! Daripada atasan paling tinggi sehingga korang!! Jarinya ditunjukkan ke arah Cason,Nix, Nathan, Syera dan Yara.
"Aku dianggap pembawa nasib malang!!
"Aku selalu menjadi pilihan terakhir...
"Aku tak pernah sekalipun mintak semuanya berlaku. Aku tak pernah mintak sikit pun pada Tuhan untuk susahkan orang! Bebankan orang. Mahupun sakitkan sesiapa. Aku tak pernah mintak. " Setitik air mata jatuh ke pipi. Sudah lama dia pendam rasa yang teramat sakit.
"Aku cuba nak orang senang dengan kehadiran aku!! Aku tak pernah mintak untuk jadi begini.... Rory terduduk lemah. Air mata lebat menuruni pipi.
Agent agent saling berpandangan. Ternyata mereka salah selama ini.
"Tolong.. Harie lepaskan diaorang. Ambiklah aku. Aku sudah lelah..."Matanya sudah kabur.Sikit lagi Rory semuanya akan berakhir.
Lencana yang terlekat kemas di sebelah kiri bajunya ditanggalkan .Rory mencampakkan di hadapan Nathan.
"Bagitahu Tuan Fendi kata katanya selama ini sudah termakbul... Aku berhenti... aku mengalah..." Lembut Rory membalas.
Fernando tersentuh. Dia telah berbuat kesilapan terbesar dalam hidupnya.
"Vivi..." Panggil Rory.
"Maafkan I... I can't be good sister to you. " Air mata yang ditahan akhirnya pecah juga. Dia tidak dapat membenci sang adik meskipun mereka bukan adik beradik kandung.
"I nak sangat tengok you kahwin... At least ada orang yang akan tengok tengokkan you kalau I dah takde..." Bergetar mulutnya melafazkan perkataan tersebut.
"Aku...aku minta maaf... Maafkan aku..." Semua memandang ke wajah mendung tersebut. Mereka menyesal.
Akhirnya Rory rebah ke tanah. Dirinya Sudah terlalu lemah. Biarlah dia pergi dengan tenang. Dia sudah terlalu lelah dengan dunia ni.
Selang beberapa saat. Pasukan unit keselamatan menyerbu markas.
Konco konconya tidak bersedia dengan serbuan drastic tersebut. Pantas sahaja SUR(safety unit rescue) melepaskan tembakan. Satu demi satu anak buahnya rebah ke lantai.
"HAND UP!! Arahnya kepada Fernando.
Fernando menyerah diri. Segera Anggota SUR mengari tangannya. Lalu dibawa keluar dari markas.
Vivian segera mendekati tubuhnya ke sang adik yang sudah pengsan.
"Ili. Bangun Ili. Please jangan tinggalkan I.." Tangannya naik menutup mulut yang tergetar getar.
Tangannya naik menyentuh nadi Rory.
"Ta..tak mungkin." Ucapnya apabila tiada lagi denyutan nadi.
"Cepat bawak dia keluar sebelum tempat ini musnah!! Arah salah seorang agent.
Tubuh Rory dicempung Kiddo. Lalu dibawa keluar.
"Please bertahan...
BERLIN HOSPITAL
Semua agent masih setia menunggu perkhabaran keadaan Agent di luar bilik pembedahan.
"Apa aku dah buat..." Ujar Nathan.
"Aku gagal lindungi dia...." Dia meraup kasar wajahnya.
Vivian masih tidak berhenti berdoa pada sang pencipta agar adiknya selamat. Dia terlalu mengikut perasaan sampaikan dia sanggup menghina Ili.
Menyalahkan Ili atas apa yang berlaku.
Dia seorang kakak yang teruk. Dia seharusnya mendengar perjelasan sang adik.
Dia kecewa dengan dirinya sendiri.
"I kakak yang teruk... I tak patut cakap macam tu pada Ili..." Tersedu sedu tanggisannya.
"Sekarang bukan masanya nak menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Kita sama sama berdoa agar agent Rory Selamat. Itu sahaja yang penting sekarang ni." Ujar Agent Kiddo. Lalu matanya terpandang lampu yang tadinya berwarna merah sekarang sudah bertukar hijau.
Pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang Doktor keluar menghampiri mereka semua.
Seraya mereka bangkit mengerumuni Doktor tersebut.
"Ich bin Sandriz-Arzt. Kann ich die Familienangehörigen des Patienten kennen?(Saya doktor sandriz. Boleh saya tahu ahli keluarga mangsa?)
"Er gehört zur Familie des Patienten.( Dia ahli keluarga pesakit) Jarinya ditunjukkan ke arah Vivian.
Vivian yang tidak tahu berbahasa Jerman hanya menganguk sahaja. Nasib ada Abe Kiddo.
"Wie geht es dem Patienten des Arztes?(Bagaimana keadaan pesakit Doktor?) Soal agent Kiddo.
"Er hatte großes Glück. Die Blutung an seinem Kopf war im Vergleich zu den anderen Verletzungen nicht allzu schlimm. Sein Zustand hat sich stabilisiert, aber ich kann nicht garantieren, wann Der Patient kann bei Bewusstsein sein. "(Dia sangat bernasib baik. Pendarahan di kepalanya tidak terlalu teruk dibandingkan kecederaan yang dialami di tempat lain. Keadaan dia sudah kembali stabil tapi saya tak boleh beri jaminan bila pesakit boleh sedar) Terang Doktor Sandriz.
"Wir verlegen den Patienten auf die Beobachtungsstation. Lass ihn erst einmal ruhen, bevor du ihn besuchst."(Kami akan memindahkan pesakit ke wad pantauan. Buat masa ni biarlah dia berehat terlebih dahulu sebelum kamu melawat dia) Doktor tersebut menepuk bahu agent Kiddo.
"Dankenschön..." Ucapnya.
"Ich glaube, er ist ein starker Mann. "( Saya percaya dia seorang yang kuat) . Balasnya sebelum meninggalkan mereka.
"Doktor cakap apa? Soal mereka.
"Keadaan dia sudah stabil. Rory sangat bertuah. Sebab pendarahan di kepalanya tidak terlalu teruk. Jika mahu dibandingkan dengan luka ditempat lain. Tapi Doktor tak sure bila dia boleh bangun..." Vivian terduduk. Apa dia sudah buat..
Pintu wad dibuka sekali lagi kali ini tubuh Rory ditolak oleh petugas perubatan menggunakan stretcher.
"Kannst du ein wenig zur Seite gehen? (Boleh ke tepi sedikit?) Soal salah satu daripada mereka.
"Sure! Agent Kiddo mengarahkan yang lain agar berundur ke tepi untuk memberi laluan.
"Dankenschön..." Balasnya sebelum meneruskan tolakan.
Saat tubuh itu melintas di hadapan mereka. Timbul perasaan bersalah dalam diri masing masing. Agent Rory terbaring dengan balutan di mana mana.
"Aku nak tengok dia!! Kata Vivian.
"Better kau ikut kita orang ke ibu pejabat lagipun Doktor dah pesan biar dia berehat dulu. Esok baru kita lawat dia. " Vivian akur.
Lalu mereka semua berjalan meninggalkan wad tersebut untuk balik semula ke ibu pejabat. Langkah mereka diikuti Vivian dari belakang.
'Ili maafkan Vivi.... Ucapnya hatinya sebelum hilang disebalik lift.
Share this novel