Agent Rory cuba untuk bangkit. Namun disepak oleh Vivian.
Pistol milik Rory terjatuh ke tanah. Vivian yang melihat benda tersebut terus mencapainya tanpa berfikir panjang.
Tangannya terketar ketar memegang pistol tersebut. Ini kali pertama dalam hidupnya. Memegang benda tersebut.
Vivian menghalakan pistol tersebut ke arah Rory.
Fernando terkejut dengan tindakan itu, dia terus mendekati perempuan tersebut.
"Jangan dekat kalau kau taknak aku bunuh dia!!
Vivian sudah hilang akal. Amarahnya sudah menguasai diri.
Ada satu suara seolah olah menyuruhnya membunuh Ili.
"Membunuhnya adalah tugas aku! Sekarang aku nak kau buang senjata tu. " Fernando cuba untuk memujuk Vivian. Anak buahnya sudah mengangkat senjata menghalakan ke arah Vivian.
"Kalau kau nak selamat letak senjata tu!! Arahnya.
Rory melihat kearah jam yang dipakai oleh Agent Chris. Sudah jam 3:45 bermakna 1 jam sahaja lagi sebelum tempat ini diletupkan.
Dia harus membawa mereka keluar hidup hidup daripada tempat ini. Pisau yang berada di poketnya perlahan lahan dibawa keluar.
Matanya dan mata Chris bertemu. Rory menunjukkan pisau tersebut ditangannya. Rory memastikan tiada musuh yang melihat dia segera bangun lalu pura pura terjatuh di kaki Agent Chris. Pisau tersebut berjaya diambilnya.
"Rory maafkan aku.. aku punca kau begini!! Chris memohon maaf. " Ujarnya sambil tangannya ligat memotong tali di belakang badan.
"Tolong aku buat kali yang terakhir. Bawa diaorang semua keluar daripada sini termasuk kakak aku. Tepat jam 5 pagi tempat ini bakal meletup!! Aku sudah hubungi ibu pejabat mereka akan sampai!!
Fernando akhirnya berjaya merampas kembali senjata daripada tangan Vivian. Lalu dia menyuruh anak buahnya mengangkat Vivian supaya diletakkan bersama sama dengan agent.
"Lepaslah BODOH!!! Namun anak buahnya tidak penduli kerana tidak faham apa yang dibicarakan oleh Vivian.
Vivian dicampak di hadapan Nathan.
"CUKUP! Fernando! Kau tak nampak lagi apa yang kau telah buat? Kau dah buat dia hancur. Kau dah buat dia hilang keluarga. Apa lagi yang kau nak! Lepaskan mereka semua! Hukum aku! Aku yang mengetuai Misi ini! Aku yang bertanggungjawab!! Nathan memandang wajah Fernando yang tidak beriak.
"Aku nak dia rasa apa yang aku rasa! Kalau aku lepaskan korang! Aku yang rugi!! No aku tak bodoh macam kau!! Fernando kemudian mengambil senjata tadi. Lalu dihalakan ke muka Nathan.
"Better aku dagangkan korang. Aku juga yang untung!! HAHAHAHHA!!! Fernando gelak jahat.
"Dagang! Syera menelan air liur.
"Ta..tak aku taknak!! Syera memandang sekilas tubuh Rory yang terbaring di tanah.
"Ini semua salah kau Rory!! Kalau agent Kiddo dan Nathan tak bergaduh pasal kau!! Sudah tentu semua takkan terjadi. Kami tidak akan ditangkap. Kau memang pembawa sial!!! Jeritnya.
"Diam kalau kau taknak mati!! Fernando menghampiri Agent Rory lalu tangannya naik menyentuh pipi gadis tersebut.
Dia dapat melihat bertapa sakitnya gadis tersebut.
"Sa..sakit HARIE!!
"Sakit? Sakit lagi hati aku sebab kau permainkan hati aku!!! Ada kau fikir perasaan aku!! Ada!! Takde kan!!
Aurora tahu Harie ada menaruh perasaan padanya sewaktu dia baru sahaja masuk ke U. Namun Aurora tidak sangka pula dendamnya sampai sekarang.
"Aku tak reject kau... Aku kata bagi aku masa!! Tup..tup kau hilang?! Macam mana aku nak bagitahu perasaan aku pada kau HARIE! .." Bentak Rory.
"MASA!! Berapa lama dah aku bagi kau masa? Seminggu! Bahkan setahun sekalipun kau masih tiada jawapan untuk soalan aku..." Fernando mula menjarakkan diri dari Aurora.
"Setelah Bapak aku dibunuh oleh Datuk kau. Hidup aku tak aman. Dan aku perlu teruskan benda yang dia mulakan. Kalau tidak nyawa aku dalam bahaya... Aurora. " Fernando menunduk.
"Kau ada pilihan Harie...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya lalu dipotong Fernando.
"Pilihan? Pilihan apa Aurora? Pilihan apa!! Kau cakap senang kan . Kau tak tahu apa yang aku lalui . Kau tak berada di tempat aku..." Agent Rory tahu Harie bukan begini.
"Kau bukan Harie yang aku kenal..." Rory cuba untuk bangkit. Darah semakin laju mengalir keluar.
"Habis kau kenal aku? Kau hanya tahu permainkan hati aku Aurora. Kau bagi aku harapan seolah olah kita akan hidup bersama..."
"Tapi sekarang! Aku nak balas apa yang seharusnya dibalas." Badannya dipusing menghadap Rory.
"Balaslah apa kau nak balas sekalipun. Kau nak pukul aku ,bunuh aku! Aku dah tak kisah semua tu! Aku minta satu je daripada kau! Tolong lepaskan mereka pergi. Diaorang tak bersalah Harie!! Aku mohon pada kau. " Rory melutut dihadapannya.
"Jangan Rory!!! Apa kau cakap ni?." Agent Kiddo masih tidak percaya apa yang dia dengar.
"Heh!!."Fernando mendesis.
Rory tidak tahu rancangannya menjadi atau tak tapi dia kena pujuk Harie.
Share this novel