8

Detective Series 1266

Agent Kiddo hanya menuruti belakang agent Rory, meninggalkan mereka di dalam bilik berkenaan.

Agent Rory masih dengan dunianya. Sehingga tidak perasan kehadiran agent kiddo.

Agent Rory menuju ke bilik khas yang menempatkan perbagai jenis kelengkapan bertarung.

Sebelah sayap kanan. Pelbagai jenis senjata bermula dari M9 sehingga HK MP5 A2.
Sebelah sayap kiri pula, terdapat pisau combat sehingga ke samurai dari jenis MACHETE sampaikan SHAMSHIR.

Depan dia pula kelengkapan diri seperti baju start daripada agent biasa sehingga pangkat paling tinggi. Yang lain lain seperti walkie talkie,Jam pengesan dan memberi signal ,bag pack ,kaca mata ,kunci kereta,teropong ,kamera ,tali pinggang khas ,bandana dan paling penting sekali rambut palsu.

Agent Rory seperti sudah tahu apa yang mahu dibuat sebaik masuk ke sini.

Desert Eagle 50E diambil . Kemudian dia menilik pada senjata INGRAM MAC-11.
"Senjata tu tak sesuai untuk jarak jauh. Kalau nak jarak jauh antara 100 meter ke hadapan musuh kau better ambik yang ni ." Agent Rory memandang senjata jenis GLOCK 18.

Terus tangannya mencapai tanpa banyak basa basi.
Dia tahu mamat kat sebelah ni banyak pengalaman dibandingkan dengan dirinya.

Tidak lupa juga pisau combat jenis SPEAR POINT diambil lalu di simpan disisi seluar kanan. SMOKE, CS digantung di belakang pinggang. Dan yang terakhir airpod.
Kenapa dia ambil airpod. Nantikan sahaja.

"Aku dah agak yang diaorang ada something punya..." Agent Rory dan agent kiddo berpaling ke arah suara yang datang dari pintu masuk.

Semua terkejut melihat agent Rory dan agent kiddo berduan lagi.
Agent Rory hanya buat bodoh sahaja. Dia tahu mereka sedang meng judge dia kenapa boleh bersama dengan agent kiddo.
Ah penduli apa .
Kelengkapan dia sudah siap. Dia harus keluar. Menunggu di pintu depan.
Agent Rory ingin berjalan ke pintu keluar namun dihalang oleh Nathan.

"Excuse me? Orang nak lalu boleh pula halang pintu masuk.
Agent Rory menatap matanya dengan penuh amarah.

"I bet you will." Dia tersenyum sungging.
Mereka yang baru sahaja masuk terus memilih kelengkapan masing masing.

Agent kiddo yang baru selesai memilih peralatan mendekati Nathan yang sedang mengisi peluru.

"I knew her well bruh..." Bisiknya namun masih boleh kedengaran oleh Nathan. Nathan berpaling.

Walaupun dengan memakai mask dia masih boleh lihat senyuman sinis yang dihadiahkan oleh Agent Kiddo.
Agent Kiddo meninggalkan Nathan yang masih menatapnya dengan pandangan tidak berpuas hati.

Persaingan bermula.

Suasana malam ditemani dengan kelipan bintang . Dan angin yang sangat dingin menambah kegusaran buat agent Rory. Kenapa hatinya tidak sedap.

Nafas ditarik lalu dihembus kembali. Dia tidak boleh terlalu gemuruh nanti anxiety dia datang yang boleh merosakkan misi. Vivian pula jauh di Malaysia.
Dia perlu cuba kawal.

"Janganlah Nervous sangat. Anggap je ini semua latihan untuk mengasah bakat kau. Kalau kau terlalu nervous aku risau kau hilang fokus dalam misi ni. " Ujar Agent Kiddo . Namun tak membantu langsung.

"Thanks for your advice. But I don't think It's worth it..." Ucapku.

"Takde apa pun lagi pun..." Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya yang lain sudah datang dengan peralatan masing masing.

"Ingat pesan aku tadi. Fokus utama kita pada aktiviti mereka dan kumpul maklumat secukupnya bukan semata mata ingin menumpaskan mereka. " Kami mengangguk faham.

"Sebelum itu ada sesiapa volunteer yang ingin membaca doa? Agent Kiddo mengangkat tangannya.

"Bismillahilrahman ni rahiim . Yaa Hayyu Yaa Qoyyuum Ashlih Lii Sya -Nii Kullahu Biromahtika Astaqhiitsu Wa Laa TakilNii Ilaa Nafsii Thorfata Ain...
"Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Terjaga dengan rahmant-Mu kami meminta pertolongan ,perbaikilah segala urusan kami Dan janganlah Engkau limpahkan (semua urusan) terhadap diri kami walau sekelip mata... Ya Robbal Al alamin.

"Kau lindungi kakakku dari segala bahaya. Dia satu satunya ahli keluarga yang aku ada." Sempat dia selitkan doa sebelum mengaminkan.

Agent Kiddo berpaling kearah Rory. Dia tidak mahu kehilangan wanita ini buat kali kedua.

"Ok gerak sekarang. " Aku , kiddo dan Chris bergerak ke timur, Tango ke Ellerau manakala yang lain ke barat daya.

Perjalanan mereka bertiga hanya ditemani dengan bunyi deruan sungai di sebelah kirinya. Tiada apa yang nak dibual. Masing masing hanya mendiamkan diri.

"So you guys dah lama dalam intelligence? Soalku sengaja ingin mencecah kesunyian. Lagipun apa salahnya berbual ,takde dalam skop kerja pun nak berbual dengan rakan setugas pun tak boleh.

"Lama lah lah juga nak masuk satu dekad ." Balas Chris.
Wah. Kalau dia lah tak sanggup nak duduk lama lama dalam dunia yang penuh kekejaman ini.
Sebab dia tahu lain orang lain cabarannya.

"Kau pula? Soal Agent Kiddo.

"Tak lama sangat tak baru sangat. I mean literally dalam 4 ke 5 tahun camtuh. " Balas Rory sambil matanya melihat keadaan sekeliling, tidak lah terlalu gelap sangat kawasan ini kerana diterangi oleh cahaya bulan.

"Apa yang membawa kau masuk ke dunia perisikan? Soal Chris. Setahu dia bahawa agent Rory boleh dikatakan agent yang menyusahkan. Dia tak tahu betul ke tidak.

"Wasiat..."Perlahan sahaja dia menuturkan perkataan tersebut.

Dia ingat lagi sewaktu dia mengemas bilik untuk berpindah ke rumah baru. Dia terjumpa satu sampul yang agak lusuh. Dia tidak memberitahu sang kakak. Dan alangkah terkejutnya surat tersebut daripada Datuknya sendiri.
THE O.G. Panggilan dia terhadap Datuknya.

(Kehadapan cucu O.G yang sangat O.G sangat sayangi Ili. Disini O.G ingin menyampaikan satu permintaan yang mungkin cucunda rasa tidak masuk akal. O.G mahu cucunda menuruti permintaan O.G buat terakhir kali. O.G tahu mungkin Cucunda berat hati ingin menunaikan permintaan O.G.

O.G mahu Ili meneruskan legasi O.G dalam Dunia perisikan. O.G tahu Ili terkejut dan tertanya tanya kenapa bukan Vivi. Disini O.G ingin membuka satu rahsia dan rahsia ini antara O.G dan Ili sahaja. Jangan sesekali beritahu Vivi. Yang sebenarnya Vivian anak angkat kepada Ibu dan Ayah. Setahun usia perkhawinan mereka masih tidak dikurniakan anak. Jadi Ibu dan Ayah mengambil keputusan untuk menjadikan Vivian sebagai anak angkat. Selang beberapa tahun selepas itu ,Ibu disahkan mengandung maka lahirlah Ili ke dunia ini.
Namun nasib tidak menyebelahi Ibu. Ibu Ili meninggal dunia sebaik sahaja suara tanggisan Ili didengari.

Jadi O.G mohon rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Vivian. Sebab O.G tahu Vivian tidak dapat menerima buat masa ini.

Ili tolonglah O.G buat kali terakhir terima wasiat ni. O.G tahu cucu O.G yang satu ini kental orangnya. O.G tak pernah menyalahkan Ili atas apa yang berlaku. O.G percaya ini semua ada hikmah atas apa yang berlaku.

Ili satu satunya waris O.G yang paling O.G percaya. Sampai disini sahaja tulisan O.G buat Ili.
O.G harap Ili pertimbangkan apa yang O.G cuba sampaikan. )

Ikhlas daripada O.G

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience