Seminggu kemudian.
Hidup ni terasa kosong. Sejak daripada mereka putus. Sudah dia tidak dengari lagi khabar jejaka tersebut.
Atas permintaan dia juga. Jadi apa yang perlu disesali lagi. Lagi pun Aurora tidak menangis seperti kebanyakkan pasangan yang putus. Cuma dia banyak termenung dan sesekali air matanya jatuh.
Nafas ditarik dalam.
"Aurora. " Dia melihat dirinya dalam pantulan cermin dihadapannya.
"Kau yang meminta kepada Tuhan kalau dia untuk kau maka dekatlah ,tetapi sekiranya bukan maka lapangkanlah apa yang perlu kau sesalkan? Hm?
"Daripada kau terus macam ni baik kau bersiap. Lagi pun sekarang dah pukul 12. Karang si Bella tu membebel tak ingat Dunia.
"Mana Aurora ni." Macam lah dia tak kenal dengan sahabatnya sorang itu.
Selesai memakai lip mate. Setting spray diambil lalu disembur ke seluruh wajahnya.
Dia berdiri di hadapan cermin. Harini moodnya Ingin memakai kebarung berwarna mint.
"Dah Aurora. Kau dah cukup cantik,terlalu cantik untuk dimiliki ia bukan? Dia senyum senget.
Tas tangan dicapai lalu dia keluar dari bilik. Dia dengan berhati hati menuruni anak tangga.
"Nak bawak kereta apa ek. " Dia berfikir sejenak. Alah bukannya banyak pun keretanya. Dua buah sahaja. Satu Honda satu lagi Mini Cooper.
"Bawak jelah. Asal Selamat sampai. " Kunci kereta diambil. Tubuh meluru masuk ke dalam kereta sebelum dipecut laju.
"Realized I loved you in the fall."
"And the cold came,the dark days when fear crept into my mind."
"You give me all your loved,and I gave you was goodbye."
"So this is me. Swallowing my pride standing in front of you. "
"Saying I'm sorry for that night."
"And I'd go back to the December all the time..."
"And I'd go back to the December, turn around and change my own mind..."
Dalam tidak sedar dia sudah sampai di kawasan perumahan Bella. Lagu tadi betul kena dengan dirinya sekarang.
"Adakah aku yang kejam terhadap dia? Aurora mengelengkan kepalanya. Kunci kereta dicabut kasar. Kakinya melangkah keluar dari kereta.
Dia melangkah menuju ke rumah agam kepunyaan keluarga bella. Uish kaya juga ek si Bella ni. Bisik hati kecilnya.
Ramainya. Aduh mana bella ni. Aku ni dahlah tak suka bergaul mana dengan orang yang aku tak kenal.
Aku hanya tersenyum kearah tetamu yang sedang menjamu selera. Lagu raya dimainkan.
Kasut ditanggalkan. Dia melangkah masuk ke rumah. Matanya meliar mencari si tuan rumah.
"Eh Sara! Bila sampai. La maaf lah Auntie tak perasaan tadi. " Aurora berpaling ke satu suara lembut yang menegurnya tadi. Tangannya aku sambut untuk bersalaman.
"Baru je sampai. Auntie sihat? Aurora memaparkan senyuman paling manis. Semenjak dia berkawan dengan Bella. Auntie Tini lah tempat aku menumpang kasih sayang seorang Ibu.
"Ya Allah makin cantik kamu Sara. Untung sapa jadi suami kamu nanti. "
"Tini , dessert ni nak letak dekat mana? Soal seorang wanita yang berusia. Tapi macam pernah aku dengar suaranya. Tapi dimana.
Mata kami bertembung. Ini bukan ke.
"Lah. Kamu rupanya. Macam tak percaya je Auntie dapat jumpa kamu dekat sini. Keciknya dunia ni. "tangannya aku raih untuk bersalaman.
"You guys dah kenal ke. Ini lah anak angkat I yang I cerita dekat you tadi. Ni dah jumpa dh empunya badan. Cantik kan sesuai lah kalau dijodohkan dengan si Along tu. "
Ni aku malas ni. Main jodoh jodoh pulak.
"Btw auntie. Mana Bella. Dari tadi Sara cari dia. "Tanyaku
"Bella keluar dengan Tina tadi. Jemput kawan dia. Kejap lagi baliklah. " Sampai hati diorang tinggalkan aku.
"Ouh." Hanya sepatah sahaja jawapan yang keluar dari mulutku.
Mereka berdua meminta izin untuk melayani tetamu. Aurora hanya mengangguk.
Kini dia duduk sorang sorang di meja makan. Ok lepas makan ,jumpa bella terus blah. Maleh aku nak berlama dekat sini.
"Ehem!! Aurora memusing melihat siapa yang berdehem.
"Jadi inilah dia kawan adik I bella?
Aurora pandang atas bawah . Jadi inilah dia mamat yang dikatakan syok dekat aku tu.
"Ya kenapa? Encik ni siapa? Aurora hanya layan acuh tak acuh. Baik aku makan daripada layan mamat tak betul ni. Dia kenal sahaja dengan mamat muka poyo ni cuba mereka jarang berjumpa. Dia sering mendengar daripada mulut Bella namun tahu tahu lah dirinya yang malas nak ambik port.
"You tak kenal lagi ke dengan I. Meh I perkenalkan diri. My name is Khairul. But you can call me Khai or sayang. " Dia mengenyitkan matanya.
Aurora menjelingnya. Apa poyo sangat abang kau ni Bella.
"I'm Chief Executive officer or CEO of Bernama Company. " Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. Namun aku hanya pandang sekilas sebelum menyambung menyuap makanan ke dalam mulut.
"Nah it's okay. " Dia tersenyum seraya menarik tangannya.
"Habis lepas Encik perkenalkan diri lepastu jawatan apa semua. Encik ingat reaction saya macam mana? Wah hebatnya macam tu? Itu orang lain jelah. Saya anggap itu normal sahaja. Lagi pun saya tak pernah dengar pun nama syarikat tu." Sengaja aku Ingin membuatnya marah. Kacau lagi aku makan. Kau tak kenal lagi siapa aku.
"Tak kenal maka tak cinta . Lagipun I ni dahlah handsome,kaya,cukup sifat. Bak kata orang perfect. Apa lagi tak kena dekat mata you Aurora tell me. Mungkin I cuba berubah untuk you. " Dia mengangkat keningnya.
"Saya nak Encik berambus daripada kacau saya. " Aurora tersenyum sinis. Wajah Khairul berubah serta merta.
"Lagipun saya tak suka lelaki bermulut manis macam Encik ni. Dah berapa banyak perempuan yang Encik sakitkan? Hm? Encik jangan ingat saya ni perempuan senang nak diperbodohkan oleh lelaki macam Encik ni. Lagipun taste saya lagi tinggi. Setakat CEO. Petik jari boleh dapat lah. " Sindir Aurora.
"Ok I'm sorry about that. Tell me apa yang patut I buat untuk you terima I dalam hidup you. " Tiba tiba otaknya mendapat idea.
"Kalau Encik betul betul nak saya. Encik kena bermalam dalam hutan Amazon selama 60 hari tanpa sebarang gadget atau mana mana bantuan sekalipun. Baju encik hanya dibenarkan bawa dua helai sahaja. Dan paling penting no food allowed to bring. Encik kena pandai pandai hidup dekat sana. Amacam boleh ke terima idea saya yang bernas ni. " Aurora menahan ketawa. Seronok dia kenakan CEO yang tak semenggah ni.
Wajah Khairul dah cuak.
"Mati lah I kalau macam tu. Takde ke idea lain." Aurora mengeleng.
Khairul menelan air liur. Baik aku cari orang lain daripada membahayakan diri aku. Bisik hati kecilnya.
"Lebih baik Encik batalkan niat Encik nak memiliki saya. Sebab saya tak suka lelaki yang lemah dan gagal nak lindungi saya. Lagipun Encik pernah rasa ke tikam atau kena tembak . Kalau tak pernah lebih baik Encik diam. " Aurora senget sengaja dia ingin takutkan lelaki ni. Nampak je badan sado tapi penakut. Phuiihhh.
Aurora kembali menyambung makan yang tersisa. Dia kemudian terdengar suara orang bergelak ketawa yang berjalan ke arah meja makan tempat dia sedang duduki sekarang.
"Aurora sorry lah. Kitaorang keluar tadi sebab nak jemput diorang ni. " Bella menunjuk kearah Nathan,Nix,Cason,Yara dan Syera dan Zayden. Tetapi Aurora melihat Zayden tidak keseorang dia datang dengan seseorang. Baju mereka sama warna. Mungkin penganti dirinya.
Sejak bila lah Bella dengan Tina berkawan dengan diorang.
Aurora hanya menunduk. Malas dia mahu mendongak melihat mereka. Biar sahaja Bella yang melayan tetamu. Dia hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka kejap ketawa. Bahagia sangat nampaknya.
"Bell you tengok lah kawan you ni. Ade ke dia suruh I yang handsome lagi macho ni bermalam dekat hutan Amazon tu. You cuba lah nasihat dekat dia. Takde ke cara lain nak tambat hati dia. " Khairul mencecah kesunyian antara mereka. Semua berpaling memandang Aurora. Mamat ni sengaja cari pasal dengan aku kan.
"Betul lah cakap dia abang. Abang tu patut rasa tercabar dan sahut cabaran tu. Barulah si Aurora ni rasa telindungi tak gitu Aurora? Bella sengih kearah aku. Namun Aurora hanya membalas dengan jelingan maut.
'Memang tak lah aku nak jadi kakak ipar kau.'
"Bella balik pun kamu. Mommy baru nak call. Kesian dekat anak mommy sorang ni. Duduk sorang sorang. " Auntie Tini memeluk bahu aku dari belakang.
"Habis mommy ingat Khai dekat sini patung ke. Mestilah khai yang teman Aurora kan sayang? Khairul mengenyitkan matanya. Aku rasa nak cucuk je mata mamat ni.
"Mommy bukan apa. Salah satu sebab Mommy tak percaya dekat kamu. Perempuan keliling pinggang. Mommy awal awal tak setuju kalau kamu jadi suami Sara. " Aurora menjelirkan lidahnya. Padan muka. Mak kau pun bela aku. Dasar jantan tak sedar diri.
"Lagipun kawan auntie nak jodohkan Sara dengan anak dia. " Aurora tersedak.
"What mommy! Bantah Khairul.
"Serius lah mommy. Siapa? Soal Bella.
"Kamu kenal kan dengan Auntie Hana. Anak dia yang sulung tu lah. Sapa dah nama." Auntie Tini mengetuk kepalanya.
"Hah Dylan. " Tak mungkin dia.
"Mesti orangnya handsome kan mommy. " Bella sengaja ingin membuat Aurora marah.
"Of course handsome nak mampus. Lagipun dia tu belajar dekat jerman Tau. " Lagilah Aurora tidak dapat berfikir.
Tak..tak dia mahu dengar lagi. Cukuplah.
"Auntie..." Panggil Aurora lembut.
"Yes dear?
Belum sempat dia ingin berbicara. Seorang wanita menegur lembut Auntie Tini.
"You guys borak apa. May I joined?
"Ha ni lah auntie Hana. " Ni bukan ke mak cik tadi?
"Ni Hana mana satu ya anak you. I cakap lah dekat Sara yang you ni nak Sara jadi menantu you. " Auntie Hana melilar mencari kelibat seseorang. Matanya tertancap pada satu figura.
"Along? Panggil auntie Hana.
"Ya ma? Lambat lambat Zayden menjawab.
"Ni lah anak auntie." Kepala Aurora terasa nak pitam. Drama apa pulak ni.
Dalam ramai ramai manusia kenapa mesti dia.
Semua yang ada disitu tidak terkejut. Melainkan Bella Dan Tina. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu hubungan dia dan Zayden sudah berakhir.
"Dia satu satunya anak lelaki auntie. Yang bawah pada dia semua perempuan. Jadi auntie ni dah lama berkenan dengan Aurora semenjak pertama kali kita jumpa. " Sudah. mak cik ni nak lamar aku depan diorang ni dah kenapa. Tak menyempat betul.
"Jadi auntie nak kamu bahagiakan dia boleh kan Aurora..." Pantas sahaja dipotong oleh Aurora.
"Ma!! Apa ni. "Bentak Zayden. Semua disitu terkejut dengan tindakannya.
"Maafkan saya. " Seraya dia bangkit dari tempat duduknya. Hatinya sakit apabila mengungkap ayat tersebut. Ya di tak kuat. Gugur jua air mata yang ditahanya.
Dia perlu menjauh agar mereka berdua tidak tersakiti. Aku yang tak layak untuk dia. Aku tak mampu nak bahagiakan dia. Maafkan aku...
Kasutnya disarung ke kaki. Tergopoh gopoh dia memakai. Tidak betah dia berlama takut dia akan lebih terluka.
"Ya Allah. Kenapa hati ini sakit!! Aku yang melepaskan dia. Tetapi kenapa harus aku yang sakit." Teresak esak dia menangis.
Sakit. Hatinya terlalu sakit.
Kenapa hatinya harus sakit disebabkan hal bodoh macam ni.
Malam itu.
Berpuluh puluh missed call yang tidak dijawab.
"Kenapa diorang nak sibuk pasal aku? Lantaklah aku nak buat apa pun. Takde kaitan lah dengan korang. " Otaknya berserabut. Dia memegang meramas kasar rambutnya. Dia berjalan kaki sejauh ini. Keretanya ditinggalkan di rumah Bella.
"Aku benci kau. Aku benci kau Zayden. Kau memang tak sayang aku kan. Cepatnya kau dah ada penganti. Apa kau ingat kau tu hebat sangat Hah!!
"ARGH!!! Dia menjerit sepenuh hati. Tempat tersebut tiada orang. Jalan itu pun Masih belum dibuka kepada orang ramai. Dia kini berada di atas jambatan.
Dia memandang ke bawah. Suara bisikan seakan akan suruh dia untuk terjun.
'Kau mati pun belum tentu ada orang kisah'
"Kau diam. Walaupun Iman aku nipis. Aku tak bodoh nak bunuh diri. " Dia masih waras.
"Aku cuma perlukan ruang.. kenapa susah sangat...
"O.G. Ili memang tak layak eh nak bahagia dengan cara Ili sendiri? Kenapa eh Dunia ni kejam sangat...
"Agent Rory..." Panggil seseorang. Lantas Aurora berpaling. Dia terkedu melihat gerangan yang menyebut namanya.
Share this novel