19

Detective Series 1266

"Flight kau bila? Tangannya menyua aiskrim di mulut.

"Mm mm mm ." Jawabnya.

"Hm hm! Apa kau ingat kita orang faham ke?

"Kejap lagi. " Suapan terakhir aiskrim ke mulutnya.

"Habis dah hmm..." mukanya berubah monyok. Aiskrim kegemaran sudah habis licin rasa baru sahaja tadi dia membelinya.

Seraya satu bekas aiskrim dihulurkan kearahnya. Kepala didongak. Bekas tersebut daripada Nathan.
Pahal pula ni.

"Ambiklah aku punya...

Aurora memandang kearah Nathan.

Matanya menjenguk ke dalam bekas aiskrim tersebut.

"Takpa kau makanlah. Lagipun perisa ni tak kena dengan tekak aku. "
Perlahan Aurora menolak.

Kiddo tergelak kecil. Kena reject depan mata Bai!!.

Nathan memandang tajam ke arah Agent Kiddo.

"Bukan senang tau aku nak berkongsi dengan orang. Kau orang pertama! Ucapnya.

"So selama ni kau tak pernah share makanan dengan sesiapa? Soal Aurora.

Nathan dengan bangganya mengangguk.

"Kedekutnya!! Hampir tersembur air yang diminum oleh Agent Kiddo.

"Oh my gosh!! Korang dengar kan..." Laju laju mereka menganguk.

"Memang patut pun single sampai sekarang jenis berkira dengan perempuan!! Nathan
ternganga.

"What? Nampaknya Rory sudah salah faham.

"Aku ingatkan boleh lah buat jadi abang ipar! Tapi lepas aku tahu hmm takpa lah. Aku suruh Vivi cari lain. "

Kali ini lagi kuat ketawa Agent Kiddo. Bukan setakat kena reject siap kena friend zone lagi.

"Aku faham kau bro!! Bahu Nathan ditepuk.

Agent Rory reject dia? Heh?

Sekilas Aurora melihat jam ditangannya.

"Oklah aku nak fly dah ni." Tangannya mencari passport di dalam tasnya.

Mereka berdiri apabila Aurora bangkit dari duduk. Matanya mencari tempat yang sesuai untuk bergambar buat kenangan.

"Boleh tolong ambikkan gambar aku dekat situ. Aku nak buat kenangan. " Huluran telefon miliknya pantas dicapai Kiddo.

"Be careful! Mahai phone tu! Pesan Aku awal awal.

Segera Aurora berlari ke tempat yang hendak dia bergambar apabila sudah tiada orang yang lalu.

"Ok.. 1,2,3 klik...1,2,3 klik...

Takdelah posing banyak mana. Aurora ni bukan jenis suka sangat bergambar kecuali dia rasa nak bergambar.

"Ok done." Ini lah masanya Kiddo. Seraya kiddo menerjah ke phone miliknya.
Nombornya disave ke dalam telefon Ili tanpa pengetahuan tuan empunya.

"Done!! Balasnya perlahan.

Telefon kembali dirampas dari tangan kiddo.

"Let me see... Hmm...

"Lulus...

"Lulus apa?

"Takde apa apa.."

"Aku dah lambat ni!! Pantas sahaja tangannya menarik luggage.

Tangannya didepa pada Syera dan Yara. Mereka bertiga saling berbalas pelukan.

"Aku harap korang ubah perangai korang. ya? Tidak semena mena air mata menitis.

"InsyaAllah. Kau doakanlah kita orang agar diberikan hidayah. " Mereka turut mengesat air mata dengan hujung jari.

"Bila lah kita orang boleh jumpa kau lagi. "Nix memuncungkan mulutnya.

Tak lama lagi kan hari raya . Lagipun aku cuti sem. So jemputlah datang nanti kalau tak keberatan. " Pelawanya.

"Aku confirm datang! Cepat sahaja Cason menjawab.

"Aku minta diri dulu. Selamat tinggal!! Lambainya sebelum bergerak meninggalkan mereka di belakang.

"Bila kau nak beritahu dia yang kau tuh ex dia dulu? Soal Nathan agak sedikit perlahan.

"Tunggu masa yang sesuai. Lagipun aku taknak tergopoh sangat. Orang putih kata buat kerja biar clean..."

Nathan tahu dia tidak dapat memiliki Agent Rory. Biarlah dia pendam perasaan ni sampai Rory bertemu dengan orang yang tepat.

London airport

"Hello Tina. I dah sampai..."

"Otw!! Panggilan dimatikan. Hatinya berubah sayu. Entah kenapa sejak dalam flight lagi hatinya terasa kosong.
Masa di sana dia tak rasa apa apa. Tapi sebaik pulang ke London. Hatinya terasa kehilangan?

"Zayden? Tak mungkinlah. " Jejak lelaki tu pun dia tak tahu. Yang dia tahu lelaki itu melanjutkan pelajarannya di negara Jerman. Setelah itu tiada lagi maklumat pasal Zayden lagi.

Tangannya memaku ke dagu. Sambil dia menunggu sahabat untuk datang mengambilnya.

Bahunya ditempuh seseorang.
Nasib telefonnya tidak jatuh. Dia terus menoleh ke gerangan yang melanggarnya.
Ternyata seorang wanita.

Lantas dia menunduk memohon maaf.

"I'm so sorry. I.." Aku terpandang wajahnya. Wanita ni macam pernah aku lihat.

"Maaf lah dik ,saya nak cepat...Ehh! Ni bukan ke yang tolong saya bayar haritu. "

"Ouh Puan ke lah saya ingatkan siapa! Seraya aku menyalam tangannya.

"Tak sangka saya dapat jumpa kamu lagi. Ni kamu buat apa dekat sini. " Matanya terarah ada luggage yang berada di sisiku.

"Saya belajar dekat sini puan? Puan pula?

"Tak payahlah berpuan puan. Panggil Auntie je. Auntie datang sini holiday dengan family. Sebelum Auntie terlupa nama kamu siapa?

"Nama saya Aurora." Balasku sambil tersenyum.

"Umur kamu berapa? Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

"Tahun ni masuk 24. "

"Lah. Sebaya lah dengan anak Auntie. Dia pun 24 tahun ni. Tapi tak belajar dekat sini lah. Dia belajar dekat Jerman. Minggu depan baru balik Malaysia. "
Jerman?

Aurora hanya mengangguk faham.
"Ma..." Laung seorang gadis. Mungkin anak wanita ini.

"Auntie pergi dulu lah ya. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Lagipun Auntie seronok berbual dengan kamu. " Wanita tersebut meminta izin untuk pergi ke arah anaknya.

"Ma..siapa tadi tu...? Soal anak perempuan tersebut.

"Nama dia Aurora. Kamu ingat Mama pernah cerita orang yang tolong bayarkan makanan yang mama beli haritu. Dia lah orangnya. "

"Wah. Cantik orangnya Ma. Adik rasa dia sesuai lah dengan Along. Setahu adik , Along masih single.

"Ish. Kamu jangan pandai pandai. Marah Along kamu tu. Dia bukanya boleh orang ship dia dengan perempuan lain. Kamu tak ingat masa dia balik haritu. Mama kata kalau kamu takde teman wanita lagi mama nak tolong carikan. Dia bantah. Katanya nak tunggu kekasih dia yang dulu. Mama pun tak faham dengan perangai Along kamu tuh. Dia yang putuskan hubungan dengan perempuan tu. Kalau Mama jadi dia memang Mama cari lain...."

"You cakap dengan siapa tadi. I tengok mesra je. Ni mesti bakal mother in law kan? Usik Tina.

"Dah² tolong aku angkat masuk kereta. "
Mereka berdua berlalu dari lapangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience