16

Detective Series 1266

Cahaya silau mengena wajahnya.
Segera tangannya naik menghalangi cahaya tersebut daripada terkena mata.
Matanya memandang keadaan sekeliling yang kosong. Dia memandang baju yang dipakainya sekarang ini. Warna putih... Dia tidak memakai tudung. Rambutnya berterbangan perlahan.

"Aku dekat mana... Kakinya melangkah setapak demi setapak ke hadapan. Semakin laju dia berjalan apabila ternampak tubuh dua orang yang sedang bergelak ketawa bersama. Dia kemudian menghampiri mereka.

"Hilang... Bayangan mereka hilang." Dia kemudian berpusing ke kiri dan kanan. Mencari bayangan itu.

"Aku sayang kau...."

"Tolong jangan tinggalkan aku..." Dia berpaling ke sebelah kanan.

Dia terus berlari ke arah mereka. Namun hampa bayangan tersebut hilang.

"Apa yang aku lihat ni? I'm I in heaven?
Soalnya kepada diri sendiri.

"APA YANG KAU MAHU LAGI? AKU BENCI PADA KAU! CINTA AKU PADA KAU SUDAH MATI!!

Dia kemudian berpaling ke sebelah kiri. Terlihat laki laki dan perempuan tadi sedang bertengkar.

"Kenapa!! KENAPA!!!

"AKU SUDAH LELAH DENGAN KAU!!

Dia kemudian berlari sekuat hati ke bayangan tersebut. Namun tetap sama. Bayangan tersebut hilang.

"APA SEMUA INI!! Kenapa wajahnya seperti dirinya.
Kakinya perlahan lahan melorot ke bawah.
Air matanya mengalir.

"Ke..na..pa aku menangis?
"Aa..apa sudah terjadi...

Terasa bahunya disentuh seseorang. Dia pantas berpaling.
Wajahnya tidak tumpah seperti dirinya. Daripada hujung rambut sampai hujung kakinya semua sama.

"Kau ...kau siapa? Macam mana wajah kau sama seperti aku? Aku berada di mana?
Soalannya hanya dibiarkan tidak dijawab.

Gadis itu tersenyum sebelum memalingkan badannya meninggalkan dirinya di situ.

Dia pantas bangun untuk mengejar sosok tubuh itu.

"Tunggu!! Langkah kaki tersebut terhenti serta merta.

"Aku perlukan perjelasan!! Dia memandang redup kearah anak matanya.

Gadis tersebut berpaling.

"Aku adalah kau...

"Tak..tak mungkin."Dirinya seakan tidak percaya apa yang dibicarakan oleh gadis tersebut.

"Kau sudah lihat semuanya... Bayangan,kegembiraan,kesengsaraan, kebahagian,kesedihan.. kau sudah melihat itu semua. Dua sisi tersebut adalah diri kau.

"Diri aku? Dirinya?

Gadis tersebut mengangguk.

"Tapi kenapa terdapat dua Dunia?
Soal dirinya.

"Terdapat dua sisi. Kanan dan kiri. Itu terletak pada tangan kau sendiri. kau yang layak memilih. Aku hanya pantulan kau sahaja. Semuanya bergantung kepada kau sama ada kau mahu yang kanan atau kiri.
Sebelum itu...

.
Ayat gadis tersebut tergantung.
"Sebelum apa?

"Sebelum itu aku mahu kau balas perbuatan mereka...

"Perbuatan apa?? Gadis tersebut tidak menjawab.

"Beritahu aku perbuatan apa?? Balas apa??

"Dendam yang harus kau lakukan agar mereka menderita seperti kau...
Gadis itu merenung ke dalam anak matanya .

"Kau satu satunya keturunan yang ada!! Takkan kau nak malukan diri kau..

"APA KAU CAKAP NI!! Kenapa kau beria nak suruh aku buat benda ni!!

"AURORA...SARA... ILIANA... Kau kena balas balik apa yang diaorang dah buat pada kau...

"Kau jadi macam ni sebab diaorang.. diaorang hanya mengpergunakan kau sahaja!!! Takkan itu kau tak boleh fikir!! Kau sakit sebab diaorang!! Jiwa kau jadi macam ni disebabkan kata kata diaorang... Kau terlalu lemah.. sehingga sanggup menerima semuanya...

...

"Biarlah..aku sudah terlalu penat... Hati aku penat...jiwa aku penat...nak puaskan hati semua orang...aku tak mampu..." Seraya air matanya mengalir turun.

"PENGECUT!!! Dia berpaling. Muka gadis yang tadi lembut ,ayu kini bertukar bengis seolah olah mahu menelan dirinya.

"ORANG PENGECUT SAHAJA YANG AKAN CAKAP MACAM TU!!
Gadis itu mencekam kedua dua bahunya.

"Lepaslah... Kenapa kau yang berlebihan..aku sudah reda dengan semua yang diaorang. Biarlah Allah yang membalas aku tiada kuasa...

.
"AKU CAKAP SEMUA NI SEBAB TAK NAK DIRI KAU MENDERITA... mulut kau memang kata tidak tapi hati kau kata ya...
Gadis itu tersenyum sinis.

"Kau MAHU kemana...? Soal dirinya. Gadis itu perlahan lahan melangkah jauh darinya.

"HEY!! Cahaya yang jauh disudut semakin lama semakin hampir ke arahnya.

Matanya terbuka luas. Tidak.. dirinya masih hidup...tapi kenapa...tadi itu semuanya...

Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Hampir seluruh tubuhnya dibaluti. Kenapa keadaan aku begitu teruk...

Dia cuba untuk bangun daripada pembaringan.

"Aduh!! Adu nya.

Matanya terarah kearah bunga yang penuh di atas meja.

"Untuk apa semua ni? Seraya tangannya menyapu habis bunga yang ada di atas meja. Hampir kesemua bunga tersebut jatuh berselerak di atas lantai.

"Sudah berapa lama aku tidak sedarkan diri? Otaknya terimbas kembali pada hari dimana dia meminta maaf seolah olah akan mati.

"Lemahnya hati kau! Diaorang yang penyebab kau begini kenapa harus kau yang meminta maaf? Adil kah?adil kah? Untuk aku?

"Sedangkan mereka tidak pernah langsung hiraukan kau? Adil kah semua ini?

"Zayden? Dia maksudkan bekas kekasihnya aku ke? Otaknya sekali teringat kembali apa yang gadis itu cuba sampaikan.

"Kenapa aku tidak mati saja? Dunia ini sudah terlalu kejam untuk hati seorang Aurora.

Haruskah aku keluar daripada tempat ini. Haruskah aku menjauh daripada mereka semua? Haruskah aku mengubati hati aku yang Lara ini? Tapi bagaimana pula dengan amaran yang gadis itu beritahu?

"Zayden. Tapi dalam masa yang sama aku benci dia... Dia tinggalkan aku... Dia yang putuskan hubungan kami? Takkan aku yang kena mengalah? Biarlah dia bahagia dengan pilihan Dia. Apa kaitannya dengan aku?" Dia kemudian kembali baring. Terasa lelah memikirkan hidup ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience