20

Detective Series 1266

Finally cuti sem kembali lagi!!

"Wah awal you bersiap? Tak sabar nak balik sana ke." Perli Bella.

"Haah. Sebab I nak raya dekat sana. Lagipun selama ni I raya dekat sini je. Rindu lah I dengan tanah air. "

"Iyalah Aurora but jangan lupa tau. Raya ketujuh family I ada buat open house. Jangan lupa datang! Kalau I tahu you tak datang siap you!!

"Ok Note! Mana member you sorang lagi tu." Soal aku

"Ada tu dalam bilik. "

"Sara..." Panggil Bella.

"You ingat lagi kan? Dengan abang I yang sulung tu!!

"Ouh yang Ceo tuh eh. Kenapa dengan dia?

"Dia syok dekat you. Puas I pujuk dia yang you dah ada tunang . Sebab I taknak you dekat dengan I . Jangan salah faham. You tahu kan abang I tu perangai macam mana. Perempuan keliling pinggang. I taknak hati you dipermainkan. So I cakap lah you dah ada tunang. "

"What? Bella? Are kidding me? Tunang? Dengan siapa. Ish you ni!! Macam mana kalau dia tahu yang I ni takde tunang lagi. Masak I macam ni. " Aurora mengelengkan kepalanya.

"I minta maaf sangat. I terpaksa. But dia tak percaya apa yang I cakap sampai dia nampak sendiri dengan mata kepala dia yang you dah ada tunang. "
Bella masih posisi menegak memandang Sara.

"Habis macam mana ni. " Dia tak cari masalah,masalah datang pada dia.

"Hah!! Bella terfikir idea yang bernas.

"Apa pula idea you kali ni."

"Apa kata you sewa partner!!

"Oh gosh. You merepek apa ni Bella. " Aurora pantas mahu meninggalkan Arabella yang mahu dia menyewa seorang lelaki untuk dijadikan tunang fake dia.

"Hey!! I tak habis cakap lagi ni. "
Panggil Ga

"Better I siap daripada dengar Idea you yang gila tu. " Buang masa.

Seketika kemudian....

Tina dan bella menemani Aurora sehingga ke muka pintu.

"Kalau you guys free. Raya pertama datang lah rumah I lagipun I duduk sorang. So sunyi sikit. " Bukannya Bella dan Tina tak tahu apa yang terjadi antara Sara dan kakaknya Vivian. Sahabatnya itu pernah bercerita yang Vivian membenci Sara dengan teruk gara gara Sara merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Vivian. Apa lagi dirinya dapat tahu yang dia hanya anak angkat dalam keluarga tersebut dia rasa dia tidak layak lagi tinggal dirumah mereka.

Sara juga sudah malas mahu memujuk. Biarkan lah dia. Kalau dia rindu pandai pandai lah dia pulang.

"InsyaAllah. Kita orang akan datang." Kami berpelukan. Minggu ini adalah minggu terakhir umat Islam berpuasa. Sekejap je dah nak raya. 24 tahun beraya tanpa Ibu. 10 tahun raya tanpa Ayah.

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT.

"I rasa baru semalam je you balik sini. Ni nak kena pergi pulak. Busy sangat you ni . "

"Vivi. Berapa banyak kali you nak ulang. I balik sini balik lah. Bukan duduk sana terus. Lagipun you satunya keluarga yang I ada. Takkan I nak tinggal you lama lama. Lainlah kalau you dah kahwin. Takdelah I risau. "

Tempat ini. Tempat ini yang membuatkan dirinya teringat perbualan mereka.

"Vivi... balik lah. I dah maafkan you. " Setitis air mata jatuh.
Kini dia sendirian lagi.

"Kenapa...ya... kenapa semua nak pergi dari hidup aku..."

Jodoh. Dia masih menunggu. Tapi sehingga sekarang dia masih belum jumpa.

"Hati aku tunggu dia ke? Zayden..." Sebaris nama itu.

"Zayden... Cita cita kau besar nanti nak jadi apa? Mereka berbaring di atas rumput sambil menghadap langit . Itu tempat perjumpaan mereka sebaik habis kelas.

"Engineering atau polis. Kau pula? Dia kemudian menoleh ke sebelahnya.

"Aku nak jadi Doktor..."

"Doktor ada banyak Aurora. Doktor bedah, Doktor sakit puan, Doktor gigi. Takkan kau nak jadi semua. Giler apa." Aurora tergelak.

"Doktor yang duduk dalam makmal tu. Yang analisis experiment semua tu. "

"Ouh? Kenapa tak Doktor lain?

"Entah . Aku minat bab kajian. Kaji kuman ,kaji tentang manusia,haiwan. "
Dari jauh lagi sudah terlihat awan mendung.

"Hah. Kau tak kaji pun tentang cuaca harini. Tak boleh lah kita nak lepak lama." Mereka bangun dari perbaringan. Masing masing mengebas baju yang ada sisa rumput.

"Aurora. Kalau suatu hari nanti kita dah tak jumpa antara satu sama lain. Dah tak contact apa semua . Aku nak kau janji dengan aku yang kau akan tunggu aku. " Aurora memandang Zayden dengan pandangan pelik.

"Asal? Kau nak pergi mana. Kan kita dah janji nak masuk U sama sama. Takkan kau dah lupa lot."

"Takde lah. Aku saje cakap. Tapi janji dulu dengan aku . Walau apa pun yang terjadi kau kena tunggu aku. Tunggu aku...aku hanya nak kau jadi Suri hati aku. " Jari kelingking dibuat.

"Janji!!! Dan mereka pun berjanji pada hari itu untuk saling menunggu antara satu sama lain.

"Aku masih setia tunggu kau sampai sekarang. Tapi kau? Kau mungkir janji...mana kau... Mana kau Zayden...
"Jangan sampai aku bosan tunggu kau Zayden...

Setitis demi setitis air mata mengalir. Adakah dirinya masih menunggu sang lelaki yang masih hilang entah ke mana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience