"Kita putus... " Dia memandang kosong wajah di hadapanya tanpa riak. Hatinya penat . Terlalu penat.
"Putus heh..? Dia tersenyum sinis. Bagai mimpi sahaja.
"Explain kenapa kau nak putus... " Soalnya.
Tiada angin tiada ribut tiba sahaja mahu putus.
"Aku penat.. nak layan karenah kau ,belajar lagi ,lagipun kita masih terlalu muda untuk bercinta . Perjalanan kita masih terlalu jauh .." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya sudah dipotong laju.
"Dulu berjanji manis bagai. Kalau aku tahu,this happen takkan sesekali nama kau tersemat dalam hati aku. But masa tu perasaan bercinta dalam diri aku membuak buak . So aku accept..." Tergetar getar mulutnya mengucapkan perkataan tersebut.
"Kalau itu yang kau nak kita putus... After this tiada apa lagi antara kita..." Dia bangkit meninggalkan sang kekasih tanpa berpaling ke belakang lagi. Sakit ,kecewa,marah ,sedih . Semua bercampur aduk . Sempat dia mengesat kasar air mata.
"Haaihh... " Dia mengeluh lemah. Sudahlah tiada apa yang tinggal dia perlu pulang sebelum senja menjelang.
Skip
Kring!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu kelas telah tamat . Genap setahun perpisahan antara mereka . No more tears no more laugh and no more fight.
Memories yes dia rindu tapi cuma sebentar sahaja. Dia dah move on. Kadangkala dia ada juga terserempak dengan ex cuma dia buat tak penduli.
Dia telah berubah 100 peratus sejak putus dengan kekasih hati . Dulu dia ceria kini menjadi seorang pendiam .
Sikit lagi masa, sekolah yang menjadi kenangan ini akan dia tinggalkan buat selamanya . Dia ada juga terfikir bagaimanalah dia boleh terjatuh cinta. Kelakar bila diingat kembali. Dalam dia termenung memandang langit yang biru. Pandai dia memilih tempat di dalam kelas di tepi tingkap. Seseorang datang duduk di sebelah . Dia buat tak tahu ,matanya masih memandang langit ciptaan Tuhan.
"Kau asal tak balik lagi. Dah lewat . Jom ." Ajaknya. Tiada sahutan. Bahunya digoncang pula. Tersentak lamunanya. Segera dia berpaling.
Si dia .
Beg dicapai dia terus keluar dari kelas tersebut.
Skip
"Masa menjawab telah pun tamat." Pengawas peperiksaan.
Sebaik sahaja kertas peperiksaan terakhir habis .Bermakna kebebasan buat dirinya. Sudah tidak terikat dengan kerja sekolah , tuisyen , stayback,kelas malam . Nafas ditarik dalam. Dia sudah bersedia untuk hidup berdikari .
"Tunggu... " Panggil seseorang.
Si dia.
Tiada riak hanya pandangan kosong.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau. " Mata mereka beradu. Segera dia berpaling ke arah lain .
"Minggu depan aku akan flight ke German . Aku dapat tawaran sambung belajar dekat sana. Dua hari sebelum tu family aku ada buat majlis sikit so... " Dia mengarut kepalanya yang tidak gatal.
"Datang ekk... " Pelawanya.
Masih tidak beriak. Dua dua senyap.
"Busy.." Jawabnya ringkas sebelum berlalu pergi. Meninggalkan dia di belakang.
"Takpa. Aku tak boleh paksa kau. " Dia juga turut pergi.
Skip
Pantulan wajahnya dipandang lama. Tanpa secalit senyuman. Harini hari dimana bekas kekasih akan berangkat ke jerman.
Apa patut aku buat? Gembira,menangis . Ya gembira kerana cita cita bakal tercapai. Sedih kerana dia tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi forever. Sebab dua dua hati dah terubat .
Dia bingkas bangun. Berlalu keluar dari rumah tersebut menuju ke airport.
Tidak jauh dari tempat dia berdiri. Matanya berkaca. Wajahnya tampak bahagia bersama ahli keluarga tercinta. Sang ibu menangis kerana anaknya akan berada di negara orang dengan tempoh waktu yang lama.
"Selamat jalan..." Ucapnya . Air mata dikesat. Tidak mahu berlama di situ kerana ada kerja yang perlu dia selesaikan. Sampai disini sahaja kisah cinta mereka. Masing masing sudah besar dan ada haluan sendiri.
Selepas ini, Dia tidak mahu lagi meletakkan harapan terlalu tinggi dalam sesuatu perkara takut nanti kecewa di kemudian hari .
Share this novel