24

Detective Series 1266

"Asal ni? Nathan, Nix, Cason, Yara dan Syera pantas berlalu ke ruang tamu apabila terdengar suara orang bertengkar.

Nathan memandang Kiddo. Kiddo hanya mengelengkan kepalanya.

"Apa yang you dapat lepas buat I macam ni? Aurora merenung tepat ke dalam anak mata Vivian.

"Mesti you fikir 'ili dapat terima semuanya hati dia baik.'Hey you dengar sini Vivian. You tahu kan I macam mana. I pantang kalau orang tipu I lagi-lagi benda macam ni. Apa you ingat I senang senang diperbodohkan ,diperlakukan macam tu? Memang kat sini orang nampak I yang jahat! Jahat dalam menghukum, cannot accept the fact but they actually tahu tak jalan cerita dia tak kan?

"I sebernanya siapa dimata you Vivi? I ni dianggap keluarga atau bukan? Kenapa you buat I macam ni. I ni bodoh sangat ke hah?
"Ke I ni yang tak layak sebernanya nak bahagia. You cakap dengan I? Vivian memejam rapat kedua matanya. Berat hendak diceritakan. Tapi semua ini berlaku disebabkan kekhilafan dirinya juga.

"Cakaplah kenapa you diam! Bentak Aurora.
"I terlanjur." Aurora tergaman. Apa dia baru dengar ni.
"Wh...what?

"Masa tu I stres sangat. Sampaikan I terbuat benda terkutuk tu. After that I tersedar. I dah buat satu dosa besar. Seminggu kemudian I disahkan mengandung. Jadi i bagitahu hal tersebut pada Izzat yang I mengandung anak dia. Kitaorang bersetuju untuk bernikah tetapi nyawa anak I tak panjang. I gugur masa kandungan masuk usia empat bulan. Beberapa bulan setelah I gugur. I disahkan mengandung. Dan ini anak I . Nama dia Tiara. " Aurora memandang sekilas bayi yang digendong Vivian. Cantik persis Vivian.

"Jadi I harap sudah jelas. I takde niat nak rahsiakan daripada you.

"Jantan ni pun you tak kenal. Tup tup jadi husband you. " Aurora merenung tajam ke dalam anak mata Izzat.
"Katakan lah,dia." Jari dihalakan pada Izzat.
"Lepas tangan? Apa you akan buat? Jantan macam ni mana boleh percaya sangat!
Aurora tidak tahu kenapa dia benci sangat dengan lelaki ini.

"Mulut kau jaga sikit perempuan. Kalau aku dapat kau memang kau tahu nasib kau!! Izzat melepaskan amarahnya.

"Kau jangan nak belagak baik lah depan aku!! Jantan tak guna!! Kau dah rosakkan anak orang. Berani kau tunjuk muka kau depan aku.

"Benda dah jadi. You pun dah kahwin dengan dia. Dah ada anak dah pun." Sengaja dia tekankan perkataan anak tersebut.

"Kenapa ya semua terjadi dalam hidup aku. Adakah ini semua balasan atas apa yang I pernah buat dulu. Sakit yang dulu belum pudar lagi. Ini! Ini sakit yang datang pula. Aku tak dapat nak puaskan hati semua orang. Penat lah hidup ni. " Airmata tumpah.

'kalau dia boleh buat macam tu. Kau pun boleh buat. Tunjukkan kat diorang yang kau lagi hebat. Perempuan tu sengaja je buat macam tu sebab dengan cara tu dia boleh dapatkan harta kau!! Suara bisikan jahat mula kedengaran.

'Aurora... aurora...'

"Ili..." Kiddo mendekati. Bahunya disentuh lembut.

"Hehehehe..." Aurora mengangkat kepalanya. Dia ketawa sinis.

"Kalau aku jadi kau pun aku akan buat benda yang sama. Tapi dengan cara lebih kejam lagi. Aku akan bunuh kandungan aku. Sebab aku malu dengan diri aku sendiri. Jijik dengan diri aku!! Sebab aku dah tak suci. Dah kotor. Mana aku nak sorok muka aku. Tapi kau!! Jari ditunjukkan tepat dihadapan muka Vivian.

"Depan semua orang kau mengaku dosa kau. Kau memang perempuan tak malu eh. Dah buat dosa lepastu bukak aib sendiri!!

"Kurang ajar!! Izzat menghayunkan tangan menampar wajah mulus Aurora.
Aurora jatuh terduduk.

Ili menutup mulutnya terkejut dengan kata kata yang keluar daripada mulut adiknya sendiri dan tindakkan suaminya.

"Aurora!! Bella menjerit. Segera dia melihat keadaan sahabatnya.

"Bro!! Kiddo mencekik kolar milik Izzat. Lelaki ni dah melampau. Main tampar awek gua plak. Tak gentleman langsung.

"Kiddo." Nathan,Nix dan Cason cuba menghalang.

Aurora mengesat kasar cecair yang keluar dari tepi mulutnya.
"Ili mulut you berdarah! Tina ni sorang benda kecik nak diperbesarkan.

Keadaan menjadi kacau bilau. Sorang kena tampar,sorang macam tu, sorang macam ni.

"ARGH!! Kau bunuh jelah aku. Biar puas hati semua orang. Kau bunuh je aku. Bunuh!! Aurora mengambil pasu bunga yang ada lalu dihempas ke lantai. Serpihan kaca yang pecah diambil lalu disua pada lehernya.
Kedengaran tanggisan Tiara akibat bunyi pecahan kaca tersebut.

Yara dan Syera segera mendekati bayi tersebut dan didodoikan supaya kembali lena.
"Kau nak sangat aku mati kan!! Kan!! Korang semua memang nak tengok aku mati kan!!

"Aurora. Apa you buat ni. Please stop. Letak benda tu sayang. Jangan macam ni. " Pujuk Tina.

"No!! Tak aku patut mati. Aku dah banyak kecewakan semua orang. Aku lemah!!
Serpihan kaca tersebut diseret pada bahagian lehernya. Pandangan menjadi kelam. Ini yang dia mahukan mati. Agar semua bahagia tanpa kehadirannya.

"Ili..Ili..." Aurora tersedar daripada lamunan. Kepalanya diangkat. Dia memandang keadaan sekeliling. Yang tadi tu apa. Apa yang berlaku.
Seraya dia menyentuh lehernya. Normal.

Jadi yang tadi tu. Bayangan? Bayangan yang dia dah mati?
Aurora bingkas bangun. Dia sedar dia dah terlalu jauh tersasar.
Tapi kenapa bibirnya terasa pedih. Seperti baru sahaja ditampar.
Fikiran bercelaru. Apa semua ni.

Kiddo mendekati. Bahunya disentuh lembut.
Aurora serta merta berdiri. Wajahnya berpeluh. Dia rasakan dia mahu bersembunyi jauh dari semua orang. Aurora berlari menuju ke tingkat atas. Dia mahu bersendirian.

"Aurora... Aurora!! " Panggil Bella. Dia kemudian memandang Zayden.

"Kau jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Aku benci!! Aku benci!!
Aurora pergi meninggalkan mereka. Entahlah dia seakan akan sudah muak diperlakukan seperti itu.

Almari dibuka. Pantas tangan mencapai tshirts. Baju raya yang dipakainya ditanggalkan lalu dicampak ke tepi.

Masih tersedu sedu dengan tanggisan. Dengan kasar dia mengelap air matanya.
Helmet yang terletak elok di atas almari dicapai.
Habuk yang dikibas kibas menggunakan tangan. Dah lama dia tak membonceng motosikalnya. Elok sahaja tersadai depan rumah.

"

"You pergi cakap dengan dia. Dengan you mungkin hati dia lembut sikit. " Zayden mengganguk. Kakinya dihayun menaiki tangga.

Pintu bilik Aurora diketuk.
"Aurora... Ni aku ni." Namun tiada sahutan.
Hanya suara tanggisan sayu sayu kedengaran.

"Aurora. We need to talk. Sampai bila kau nak macam ni. Benda ni takkan selesai kalau kau terus lari dari masalah. Aku tahu sukar untuk kau tapi trust me semuanya akan ok kalau kau letting go everything yang menyesakkan jiwa kau."

"Aurora... please." Zayden menyandar di sebalik pintu. "Maafkan aku. Aku tak dapat lindungi kau daripada terus tersakiti." Kali ini dia pula yang rasa bersalah.

Bunyi pintu bilik dibuka. Zayden pantas berdiri. Tersunggul wajah Aurora yang sembab. Baju yang dia pakai tadi sudah ditukar.

"Aku..." Zayden tergaman. Ini mimpi ke.

Siap sahaja. Pintu bilik dibuka. Wajah Zayden dipandang kosong. Aurora sudah tiada mood hendak berbicara.

"Kau nak pergi mana? Soalnya. Sambil pandang helmet yang digenggam Aurora disisi.

Dia tidak menjawab.
Laju kakinya menuruni anak tangga. Tanpa menghiraukan kehadirannya.

Matanya mereka tertumpu pada dirinya yang lengkap berpakaian hitam. Dengan helmet
Yang dipeluk erat disisi.

"Aurora you nak ke mana? Tina menyoal. Namun soalannya dibiarkan dibawa angin.

Kunci yang tersangkut diambil. Enjin motor dihidupkan.

"Vroom..Vroom..Vroom. " Terus sahaja Aurora pecut meninggalkan perkarangan rumah.

"Bapak style siak. Rory! Laung Cason. " Namun bahunya dipukul Nix.

"Kau ni."

"Apa! Cason buat wajah binggung.

"Bagi pihak dia. Saya mohon maaf. Kitaorang tak expect benda ni akan berlaku. Kitaorang tak salahkan kedua belah pihak. Jadi atas apa yang you guys dengar and nampak. Just abaikan anggapkan benda ni tak berlaku. " Terang Tina.

"I tahu. Aurora takkan jadi macam tu kalau dia betul betul dah penat." Bella pula mencelah.

"Aurora kemana? Bella Dan Tina berpandang antara satu sama lain.

"Dia kalau betul betul tertekan dia akan ke pusara family dia atau ke pantai. " Segera Zayden mengambil kunci kereta. Cuaca ketika itu sedikit mendung menanda ingin hujan.

Pandangan kosong menghadap laut. Bunyi guruh kedengaran di Langit menandakan hari Ingin hujan. Dia tidak tahu tujuan dia hidup untuk apa lagi. Dia tersakiti dari segi mental dan fizikal.

"Memang diorang nak aku gila gamaknya. Lepastu biarkan aku sorang sorang kat hospital bahagia kan? Kenapalah hidup aku ditakdirkan macam ni. Betul lah orang cakap ada harta pun belum tentu hidup bahagia.
Tetapi bagaimana pula dengan Zayden. Jejaka yang di tunggu 10 tahun lepas? Dia juga tidak tau hatinya macam mana.

Apa patut ke aku lepaskan dia bersama yang lain agar Zayden tidak perlu menghadap perangainya lagi.
Mesti lelaki tu sudah muak kan.

"Cis!! Aurora menyepak pasir dihadapannya. Sakit dia rasakan terlalu sakit.
'You deserve this pain' Kata hatinya.

"Aurora..." Tegur satu suara garau. Aurora berpaling. Dia sangat segak berbaju melayu.

"Tengok tu. Handsome kan mamat tu. " Suara perempuan yang berada jauh dari mereka kedengaran.
Sibuk je nak puji pakwe kiter diorang ingat diorang sapa. Kutuk Aurora dalam hati.

"Mesti diorang yang suruh kau datang sini kan. Balik lah Zayden. Aku nak bersendirian. " Dia kembali menghadap laut. Udara dihirup. Dia rasakan tenang sekarang ni.

"Sampai bila kau nak 'lari' daripada semua ni. Kau tak penat ke Aurora. "
Soalan apa yang dia tanya.

"Kau kena open table and luahkan apa yang kau rasa tak puas hati. Aku kesian tengok kau macam ni Aurora. It's not gonna work Aurora kalau kau terus macam ni. "

"Apa kau cakap ni Zayden. Kau saja nak naikkan kemarahan aku kan? Kalau kau rasa kau tak membantu langsung kau boleh blah. Binggit tau dengar bebelan kau ni . Apa kau ingat aku tak penat ke. Penat sangat. Kalau aku tahu dari dulu. Memang aku takkan tunggu kau Zayden.

"Kau ni kenapa. Kenapa tiba tiba kau cakap pasal hubungan kita pulak." Zayden tidak berpuas hati. Dia merenung Aurora tajam.

"Kenapa tiba tiba. I thought you already have someone else that's why I curious. You still keep our promise. Kalau kau rasa dah muak ,penat dengan perangai aku yang childish ni. Silakan. Aku takkan pernah halang kau lagi. Aku betul betul dah penat. Penat nak jaga hati orang.

"Astaqfirullah alhazim Aurora. Kau sedar tak apa kau cakap ni. Hey looked at me. " Bahu aku dipegang dan wajah kami saling berpandangan.

"Aku dah janji dengan kau. Aku takkan tinggalkan kau untuk yang kedua kalinya. Percayalah. Sehingga maut yang pisahkan kita. Aku taknak dengar lagi benda ni keluar dari mulut kau. Cinta aku pada kau tak pernah berubah even dah 10 tahun. Faham sayang." Aurora terdiam. Mulutnya seakan terkunci untuk membalas . Kata kata menusuk kalbu. Aurora takkan kau nak sia siakan lelaki ni. Entah dia pun tidak mengerti perasaanya.

Aurora menapak kaki menjauh daripada Zayden. Dia perlukan ruang.
"Aku tak sesuai untuk kau Zayden. Aku lemah. Aku cenggeng. Mudah nangis,pengecut. Tak guna. Menyusahkan orang. Beban orang. Itu pun kau masih tak nampak lagi. "

"Aurora ka..." Belum sempat lagi Zayden menghabiskan ayatnya lantas dipotong.

"Aku tak layak bahagia dan dibahagiakan. Jadi stop Zayden. Stop... kita akan melukai each other.

"Aku tak mampu nak bahagiakan kau. Macam pasangan lain. Ak...aku tak mampu.." Tiba tiba tubirnya terasa panas. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Kenapa perlu sesakit ini. Kenapa dia harus merasainya. Argh dia benci perasaan ini.

"Kita putus..." Dua patah perkataan itu pernah dia dengari 10 tahun lepas dan sekarang dia dengar untuk kedua kalinya.

Zayden meninggalkan Aurora tanpa berpaling lagi. Begitu juga dengan Aurora tidak pula menghalang. Tetapi bagaimana pula dengan doa yang selama ini. Ia hanyalah sia sia. Itu yang kau nak kan. Sekarang dia betul betul pergi dari hidup kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience