21

Detective Series 1266

1 SYAWAL.

"Ayah..Ibu.. selamat hari raya Aurora ucapkan. Maafkan Aurora kerana tak selalu boleh balik jenguk Ayah ,Ibu. "

"Ayah... Aurora minta maaf dekat Ayah kalau Aurora selalu menyusahkan Ayah... Aurora selalu doakan untuk Ayah, Ibu. Ayah nak tahu tak lama lagi Aurora bakal jadi Doktor. Ayah bangga tak? Mesti Ayah bangga kan. " Ini kali keberapa helai tisu yang sudah dia gunakan untuk mengelap air mata.

"Ayah...Ibu Aurora minta izin dulu. Aurora nak melawat kubur O.G pula ." Jarak kubur Ibu,Ayah dan O.G tidak terlalu jauh. Hanya beberapa langkah sahaja.

"Assalamualaikum O.G. Ili datang ni."

"Selamat Hari Raya O.G ,masuk tahun ni dah 6 Tahun Kita tak raya bersama. Ili rindu nak bergurau dengan O.G. "

"Ili minta maaf. Ili tak dapat nak teruskannya. Ili rasa Ili tak layak. Lagipun dunia tuh keras O.G mana sesuai dengan diri Ili yang mudah nangis. " Dia tertawa kecil.

"O.G... Vivi dah tahu... Ili rahsiakan daripada dia. Dia tak dapat terima semua itu. Dia dah buang Ili. Dia juga dah tinggalkan Ili. Tapi Ili dah maafkan dia O.G. Salah Ili lagi ke? Ili dah takde sapa sapa lagi kecuali Vivi. Ili tak bencikan dia walaupun kata kata dia masih bermain di fikiran Ili...

"O.G... Ili tak layak untuk bahagia ke atau Ili yang tak reti menghargai? Entahlah O.G. Ili tahu itu bukan bahagian Ili . Ili hanya menjalani sahaja. Yang menentukan Dia yang di atas.

"Oklah O.G. Ili pulang dulu. Kalau ada masa Ili datang jenguk O.G lagi ya." Dia mengucup lama batu nisan sebelum dia meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

Tangannya ligat menyusun makanan di atas meja sebaik pulang dari kubur. Lagipun sudah lama dia tidak berbuat demikian. Sunyi. Ya dia akui sunyi tanpa kakaknya. Vivian... Entah sampai bila mereka akan begini.

Tema baju raya dia tahun ini ialah warna Nude. Tahun ni macam tahun tahun sebelumnya. Masih sendiri. Entah sampai bila. Tapi dia percaya Allah akan hadirkan seseorang tepat pada waktunya. Dia hanya perlu sabar.

Matanya memandang sekeliling ruangan. Dia terasa kehilangan. Seseorang yang ada ketika dia sedih. Seseorang yang banyak memberi semangat kepadanya. Tapi seseorang itu telah pergi entah kapan dia pulang ke sisinya.

Jam di dinding dikelih. Melewati angka satu.
Dia juga tak pasti sama ada kawan kawannya akan datang atau tidak. Makanan sudah tersedia hanya menunggu tetamu datang.

"Vivi...pulanglah. Tidak kah kau rindu pada adikmu yang satu ini. " Ujarnya sendiri.

"Assalamualaikum..." Kedengaran orang memberi salam. Segera dia menghampiri pintu depan.

"Waalaikumuasalam.. hah datang pun korang. "

"Happy Eid Mubarak my bestie!! Ketiga tiga mereka saling berpelukan.

"Dah,dah Jom masuk." Siapa lagi kalau bukan sahabat universitinya.

"Ni I ada bawak Kuih kesukaan you Sara. " Paper bags dihulurkan kepadanya.

"Wahh!! Lama I tak makan. Aww thank you. Macam tahu tahu je I nak makan benda ni." Tina membuat jari Peace.

Mata mereka berdua tertumpu pada meja yang terhidang makanan yang boleh dikatakan rare.

"You masak." Aurora mengangguk.

"Semua ni? Aurora mengeleng.

"Ada yang I tempah macam lemang, satay nasi dagang dengan serunding. Yang lain macam lontong ,rendang I yang masak ."
Aurora buat buat wajah bangga. Lagipun ini percubaan pertamanya. Tak sangka pula menjadi.

"Oh my god. I nak makan sekarang. " Pantas tangan mencapai pinggan yang sudah tersedia di atas meja.

"Selagi tak kenyang jangan mimpi nak balik. Apa you ingat tangan ni tak penat ke memerah tenaga untuk bagi you guys makan." Aurora beracting.

"I ingat you guys tak datang dah tadi. I ni dah macam mak mak dah tunggu anak balik. " Aurora juga mengambil tempat.
Entah kenapa dia melihat lauk pauk yang banyak ni tak dapat nak masuk dalam perut dia.

Sejak dua menjak ni . Seleranya hilang. Makan tak lalu ,tidur tak lena,mandi tak basah.

"You ok tak ni Sara? I tengok you banyak termenung je. Hari ni kan Hari Raya. Kena lah Happy² . Share lah dengan kita orang. You tahu kan I dengan Tina sentiasa ada untuk you, luah apa sahaja yang terbuku di hati you. "

"Thanks korang. But I okay don't worry I just penat tak tidur semalam. " Ujarnya.

"Tapi I ada satu soalan yang I curious nak tahu sekarang." Kalau ya pun habiskan dalam mulut tu dulu.

"You masak banyak macam ni. Siapa nak makan? Setakat kita berdua nak habiskan memang meletup lah perut kita orang. "
Mereka saling berpandangan.

"Kejap lagi ada teta...mu "

"Assalamualaikum..." Ucap seseorang di luar.

"Sekejap ya korang I nak tengok siapa ." Aurora bangkit menuju ke pintu melihat siapa yang datang.

"Waalaikumua...salam..." Cason , Nix, Nathan, Syera dan Yara terpegun melihat kecantikan Rory. Persis bidadari dari syurga.

"Wow!! Cantiknya kau!! Seraya mereka bersalaman.

"Sorry kita orang lambat nak kena tunggu SI Boss ni bersiap. " Nix menjeling ke tepi.

"Haihh. Pagi pagi raya dah cari pasal dengan aku.."
Balas Nathan.

Aurora tergelak kecil.
"Jemputlah masuk. Kalau bergaduh dekat sini sampai bila nak habis. " Mereka pun melangkah masuk ke dalam rumah.

Sebaik mereka masuk ke dalam. Matanya meliar mencari seseorang.
'Dia tak datang ke?

"Haih..." Aurora mengeluh kecil. Boleh tak berubah Aurora. Jangan letakkan harapan takut nanti hati kau yang terluka.

Cason, Nix terkejut melihat dua gadis cantik yang sedang makan.

' Cantik pulak kawan Rory ni ye' Bisik hati mereka.

Arabella dan Cristina yang sedang makan melihat ke arah jejaka yang tenung ke arah mereka berdua.

"Jemputlah duduk. Ke nak suruh kita orang tolong tarikan kerusi baru nak duduk." Perlinya.

'I like this girl." Cason sempat mengenyit mata. Arabella buat buat menyampah padahal dalam hati suka. Eee gatal.

Mereka tak tahu kalau ada tetamu nak datang. Boleh dikatakan penuh satu pinggan makanan yang diaorang ambik tadi. Malu pun ada.
Tapi mereka tetap buat biasa. Nak makan pun malu kau rasa?

"Jemputlah makan. Jangan segan segan. Buat macam rumah sendiri. " Nix mengambil tempat disebelah Cristina manakala Cason pula duduk di sebelah Arabella.
Mereka berdua saling berpandangan.

'Pahal mamat ni' Lagipun mereka duduk berhadapan.

Arabella hanya mengangkat kedua bahunya.

Mereka yang berada di meja tersebut makan dengan tekun tanpa mengeluarkan satu suara pun kecuali sudu dan garpu berlaga.

"Kau tak makan Rory? Soal Nathan yang melihat Aurora yang ragit melihat phone.

"Nanti aku makan lah. Korang makan lah dulu. " Matanya masih lagi tidak lepas dari melihat skrin telefon.

"Kau tunggu dia ke? Nathan tahu Rory sedang tunggu Agent Kiddo. Dia dapat tebak sebab apa sebab dari tadi dia dapat lihat Rory sekejap² melihat ke depan.

Arabella dan Cristina memandang kearah dirinya.

"Siapa?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience