BAB 12

Romance Completed 6594

“Fattah..’’ Fasha semakin sebak

“ye sayang..”

“Herlina.. dia nak bebaik semula dengan Fattah. Herlina dah putus dengan Anas.Fasha bukan apa Fasha hanya takut Fattah berubah hati.”Fasha mula meluah segala gundah di hatinya

“Fasha jangan risau, Fattah tak kan sesekali berubah hati pada perempuan yang macam tu, bila dah susah, baru nak cari Fattah balik. Dulu kau buang Fattah tanpa sebab yang tak masuk akal.dan sekarang? Perempuan jenis apa tu? Kalau Fattah zkembali pada dia, Fattah lah lelaki paling bodoh dalam dunia ni.. ” jelas Fattah lagi

“tapi bukannya dulu Fattah terlalu menyintai Herlina?”

“Itu dulu Fasha, sebelum dia hancurkan hati Fattah. Tapi sekarang tidak lagi, setelah apa yang dia lakukan pada Fattah , membuatkan Fattah terfikir, betapa bodohnya Fattah, kalau Fattah tetap menunggu dia. Sedangkan dia berseronok dengan lelaki lain. Percayalah Fasha . Fattah sekarang hanya cintakan Fasha. Perasan pada Herlina dulu, Fattah dah buang jauh-jauh, Fattah tak kan menduakan Fasha. Ini janji Fattah.

Sedikit kekuatan telah dirasai oleh Fasha. Dalam kesedihan begini, Fasha sedar cinta antara Fattah dan Herlina tidak mungkin berputik kembali sekiranya hanya Herlina sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Fasha semakin lega. Dikesat lembut air matanya.

“kenapa Fasha tak bagitahu mereka tentang hubungan kita?” Tanya Fattah pelik

“Tah lah Fattah, Fasha rasa itu semua tak perlu. Biarlah mereka tahu sendiri kelak. Fasha tak mahu bermusuhan pulak dengan mereka disebabkan hal sebegini.”

“Tak mungkin bermusuhan.. Fasha belum cuba lagi.. Bukannya apa, kalau mereka tahu, confirm perkara sebegini tidak akan berlaku. Hati Fasha pun tak sakit.betulkan?” Jelas Fattah

“Memang betul. Tapi tak perlu lah..” Fasha mendengus kuat.

“Okey2.. Ikut sayanglah. Tapi yang penting, Fasha mesti percayakan Fattah, bahawa Fattah tidak akan terima Herlina.. Fattah akan jaga Fasha sebaik mungkin.. Percayalah itu Fasha . Sekarang, Fattah tak nak Fasha sedih-sedih tau.. dan Fattah tak nak Fasha berfikiran negative lagi..”

“Baiklah Fattah , Fasha n mintak maaf buat Fattah susah hati.. Fattah .’’ Fasha memanggil Fattah.. perlahan.

“Ya Fasha..” Fattah berdebar kembali,bimbang kalau-kalau ada lagi yang menganggu fikiran Fasha.

“Siapa yang menang main bowling tadi?”

“ohh ingat apalah tadi.. Azman yang menang. Fattah kalahlah sayang.” Fattah lega,ternyata sangkaannya meleset.

“ohh ya ke? Kesian Fattah.. ada habuan ke untuk kemenangan Azman?”

“Mestilah ada, Fattah kena belanja Azman makan selama seminggu.. patah tengkuk Fattah, dah lah Azman makan tak ikut masa Fasha, dia anytime mengunyah.”

Ketawa Fasha berderai. Fasha tidak lagi rasa terbeban.

“tak apa lah Fattah ,sekali sekala, yang penting Azman puas hati”

“Emm betul tu.. Fasha dah lewat malam ni, pergilah tidur, jangan fikir benda yang bukan-bukan lagi ok. Ingat pesan Fattah”

“Baiklah, Fasha pun dah mengantuk sebenarnya. Fasha tidur dulu ya. Fasha sayang Fattah. Selamat malam”

“ok good night.. I love you too.” Fattah mengukir senyum, lalu dia menekan butang send dan call Dia menghela nafas panjang. Bahagia.

**************************

“Fattah,petang nanti kau teman aku pergi Pyramid, boleh tak?

“Buat apa nak pergi sana?”tanya Fattah

“Aku nak beli baju untuk awek aku, tak lama lagi hari lahir dia” balas Azman

Fattah mencebik.. “okay..pukul berapa?”

“Lepas Asar kita pergilah, boleh?”

“Boleh..boleh..”balas Fattah setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience