BAB 14

Romance Completed 6596

‘’Janganlah mengelak, boleh tak You tunggu dulu.’’’ Herlina berlari keanakan mengejar Fattah yang sudah laju kedepan.” Fattah, tunggu.. Tolonglah berhenti sekejap.”

Fattah memberhentikan langkahnya, itu pun kerana malu di pandang orang ramai kerana Herlina mengejarnya.

“kau ni tak tahu malu ke Herlina? Kau nak apa lagi?” jawab Fattah. Marah.

“Herlina nak mintak maaf atas kesalahan Herlina pada Fattah dulu, Herlina menyesal Fattah, Herlina betul-betul menyesal.”

“Emm aku dah maafkan kau, dah pergi sana, jangan ganggu aku lagi..!!”

“Fattah, janganlah macam ni.. Herlina masih sayangkan Fattah’’

Fattah ketawa, begitu juga Azman. Betapa malunya Herlina diperlakukan begitu. Tapi Herlina tetap berdiri di depan Fattah.

“Fattah , tolonglah bagi Herlina peluang kedua, Herlina janji akan jaga Fattah sebaik mungkin. Herlina tidak akan sakiti Fattah lagi.” Herlina merayu. Herlina tidak peduli dengan pandangan orang lain yang memandangnya, begitu juga dengan memek muka Fattah yang seolah-olah sedang mengejek dirinya.

“Oii kau ingat aku ni apa? Bila kau nak kau ambik, bila kau tak nak kau buang aku..!!! kau ni perempuan jenis apa hah?” kemarahan Fattah semakin mendidih

“Fattah cakaplah apa pun, Herlina tak kisah. Herlina sedar yang Herlina sudah lakukan kesilapan besar kerana tinggalkan Fattah dulu, dan sekarang Herlina nak tebus segala dosa Herlina pada Fattah, percayalah kali ini Herlina tak kan menduakan Fattah lagi”

“kau ingat kau beli aku aku dengan kata-kata kau tu?? Kau jangan nak bermimpilah Herlina, bila hati dah berkecai kau ingat, aku senang-senang saja nak terima kau?, baik kau lupakan saja hasrat busuk kau tu Herlina..!!” dengan lancang Fattah menghamburkan kata-kata itu kpd Herlina.. Herlina hanya tertunduk.

“Dan aku harap kau tak ganggu hidup aku lagi sebagaimana kau tak hadir dalam hidup aku semasa kau bersama dengan jantan tu dulu, dan sekarang kau jauhkan diri kau dari aku, aku jijik..!!! Fattah semakin lancang berkata-kata. Kali ini dia puas. Fattah terus berlalu meninggalkan Herlina.

“Wait, Fattah, tunggu dulu.. dengar sini.. aku akan pastikan kau akan jadi milik aku.. Fattah!!! Mutiara jernihnya menitis jua. Betapa pedihnya hati Herlina. Namun, dia masih tidak berputus asa, Herlina nekad untuk menggunakan mak dan ayah Fattah sebagai umpan mendapatkan Fattah kembali.

*****************************

Tiga puluh hari kemudian…

“Aku betul-betul tak sangka, kau boleh bertindak sejauh ini Herlina..!! Aku tidak sangka..! Kau betul-betul sudah gila Herlina..!” tempik Fattah dari cerowong telefonnya..

“Ya aku gila.. aku gilakan cinta kau Fattah, aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kembali cinta kau..” balas Herlina

“Kenapa dulu kau buang aku?? Kenapa? Dan sekarang.. kau jilat ludah kau balik..!! macam tu? Aku betul tak sangka begini sikap kau sebenar Herlina.. kau bertindak tidak rasional, sanggup kau merayu pada mak dan ayah aku, semata-mata untuk kembali kepada aku, kau tak sepatutnya buat aku macam ni, sebab aku dah tak cintakan kau Herlina..!! dan aku tak kan sesekali berkahwin dengan kau..” kemarahan Fattah semakin memuncak. Fattah terkejut besar apabila maknya Puan Salmah menelefonnya memberitahu antara dia dan Herlina sudah di ikatkan dengan tali pertunangan.

“Kau benar-benar keterlaluan, apa yang kau dah rasuk dalam pemikiran mak aku, sehinggakan aku dilarang membantah keputusan mereka??!! Perlakuan kau membuatkan aku mula membenci kau Herlina.. baik kau batalkan saja pertunangan ni.. aku tak kan terima..!!

“Tidak..Tidak sesekali..!! Aku akan tetap berkahwin dengan kau Fattah. Aku harus menebus segala dosa aku kepada kau” Herlina menegakkan pendiriannya

“Tak perlu kau tebus dosa kau dengan cara sebegini, sekarang aku sudah memaafkan kau, dan aku nak kau batalkan tali pertunangan ini di depan mak ayah aku. Sanggup kau peralatkan mak dan ayah aku, kau benar-benar zalim.. aku tak kan sesekali memperisterikan kau. Kau ingat tu Herlina..!!” lantas Fattah memutuskan talian.

Dia benar-benar tidak keruan. Pelbagai perasaan yang timbul di benaknya. Marah, geram, kecewa, resah, aaahhhh..!! Fattah menjerit sekuat hatinya.. hati Fattah semakin kecewa apabila mak dan ayahnya sanggup membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.. Fattah menumbuk dinding sekuat hati, hatinya puas. Kemarahan Fattah mengatasi segalanya. Fattah semakin hilang pedoman. kau gila Herlina..!! Gila..!! Fattah menjerit lagi.. Serta merta bayangan Fasha berlegar di mindanya. Bingkas Fattah mendail nombor telefon Fasha . Fattah menekan butang memanggil dan menunggu panggilan tersebut di jawab oleh Fasha. Fattah gelisah. Fattah mundar-mandir menghilangkan resah dihati.

“Fasha tolonglah jawab” sesekali Fattah bersuara. Di dailnya kembali untuk kali ke dua. Kali ini Fasha mengangkatnya.

“Hello Fattah.. maaflah, Fasha kat dapur tadi..

“Tak apa, Fasha kita jumpa sekarang, Fasha tunggu tempat biasa, sikit lagi Fattah sampai..” Fattah terus memutuskan talian.

Fasha terpana, pelik dengan perangai Fattah . Fasha mendengus kuat, lalu bersiap untuk berjumpa dengan Fattah. Selepas bersiap Fasha seperti biasa keluar untuk tunggu di perhentian bas.

Tidak sampai 10 minit Fasha duduk di perhentian bas tersebut, Fasha nampak Honda City milik Fattah sudah berada di depannya, tanpa membuang masa, Fasha masuk ke dalam perut kereta Fattah.

“Kita pergi Putrajaya” jawab Fattah ringkas.

Hanya itu yang di ucapkan.. selepas itu Fattah hanya mendiamkan dirinya. Kadang-kala Fattah mengeluh. Berat sekali bunyinya.

“Buat apa pergi Putrajaya?” tanya Fattah hairan

Fattah hanya diam. Ini membuatkan Fasha sedikit bengang. Fasha mengerutkan dahinya. Pelik. Dahlah tadi main putuskan sahaja talian, sekarang bila kita tanya diam pulak. Fasha mengomel di dalam hatinya. Fasha semakin geram.

“Nak buat apa pergi Putrajaya??!!” tanya Fasha . Kali ini suaranya sedikit tinggi.

Fattah tersentak. Dia tahu Fasha marah dengan perbuatannya yang melulu.

“Maaf ya Fasha, sampai sana nanti Fattah ceritakan hal yang menganggu fikiran Fattah sekarang.” Fattah sekilas memandang lembut wajah Fasha. Hatinya tenang.

Tetapi kembali panas apabila teringatkan peristiwa yang menghantui dirinya. Fasha hanya diam akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience